BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Tuti dalam labu

Sambil-sambil bersin AaCUM!! Aacum!! depan PC ni, aku cuba2 la gagahkan mata dan otak untuk menaip apa saja.  Kalau nak diikutkan hati, memang pilihan pertama yang ada dalam kepala otak aku ialah, ZZZzzzzzzzkan mata aku sekejap.  Huhuhuhu....


Bila bersin ni aku teringat kat Buchuks aku... sebabnya, bila aku cerita kisah Tuti dalam labu, sampai dihujung cerita, mereka akan berpura2 bersin sekuat2 hati seperti Tuti.  Kisah & teladan ni banyak aku ceritakan pada Buchuks aku untuk aku bagi pengajaran dan peringatan pada mereka... Nasihat dalam bentuk kisah dan teladan ni salah satu cara pembelajaran yang berkesan untuk Buchuks aku, sebab mereka akan ingat pada karektor dan kisah yang aku ceritakan.

Jom layan cerita Tuti dalam labu......


Tuti dan Mimi, dua ekor anak ayam, suka berjalan-jalan dihujung kampong.  Oleh kerana mereka ni suka bermain-main, ibu mereka selalu berpesan supaya sentiasa berhati-hati.  Jangan bermain jauh2 dan jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali.  Sebabnya, kita tak tau samada orang itu baik atau pun jahat.


Satu hari, sedang mereka bermain, tanpa disedari ada seekor musang yang mengintai mereka.... “emm..dua ekor anak ayam...pastinya ada ibu mereka.  Kalaulah aku dapat makan ibu ayam ni, puas hati!!” kata musang tu dalam hati.

Si Musang pun berjalan ke arah Tuti dan Mimi, lalu menegur mereka... Pada masa ini, kedua2 anak ayam ni terlupa pesan ibu mereka supaya jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali.. Mereka pun berhenti bermain dan berbual-bual dengan musang.

“Hai anak2 comel!  Pakcik ni dah tersesat jalan.  Dan dah 2 hari pakcik tak makan.  Err... anak ni ada apa-apa makanan yang boleh beri pada pakcik tak?”  kata musang tu.

“Maaflah pak cik, kami ni takde makanan.  Tapi kat rumah kami ada banyak makanan”  jawab Tuti.

“Oh ya ke?  Kalau begitu, boleh ke pakcik datang ke rumah kamu untuk makan malam ni.  Kesianlah pada pak cik, nak...”  si musang cuba pasang perangkap.

Tanpa berfikir panjang, Tuti pun mempelawa si musang datang ke rumahnya.  Dia dah terlupa pesan ibunya.  Sebenarnya, Tuti dan Mimi tak tahu pun yang sebenarnya mereka sedang bercakap dengan musang.  Si musang tersengih gembira.  Makan besar lah dia malam ni.

Memandangkan hari dah hampir senja, maka kedua-dua anak ayam tadi pun minta diri pulang ke rumah.  Si musang berjanji akan datang ke rumah mereka untuk makan malam.

Sesampai di rumah, Tuti dan Mimi segera bagitau ibunya tentang musang tadi...

“Ibu, malam ni ada seorang pak cik akan datang ke rumah kita untuk makan malam.  Kesian dia, dah 2 hari tak makan”, ujar Tuti.

“Pak cik yang mana?  Sapa namanya?” tanya si Ibu.

“Alah, lupa lah nak tanya namanya...  Tapi pakcik tu besor, berkaki 4, badannya berbulu, ekornya panjang, hidungnya panjang,giginya tajam!!!” jawab Mimi dengan jujur.

“APA??? Wahai anak-anakku... kalau kamu  nak tahu, itulah MUSANG.  Musang ni musuh ketat kita.  Dia datang nak makan kita semua”, jawab ibu ayam hampir pengsan.

Mendengar itu, Tuti dan Mimi menangis ketakutan.. masing-masing menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu  mereka.  Berkali-kali mereka minta maaf pada ibu mereka.


Walau bagaimanapun, ibu ayam ni bijak.  Dia teringat ada sebiji labu berdekatan dengan reban mereka... lalu diajak anak-anaknya ke sana.  Labu tu labu lama  yang sudah pecah.  Sampai disana,  dia berkata kepada anak-anaknya “wahai anak2 ku, masuklah kita ke dalam labu ini untk bersembunyi pada malam ini.  Esok bila hari sudah siang, kita akan berpindah untuk mencari tempat yang  lebih selamat.”

Tak berapa lama kemudian, kedengaran si mMusang berkeliaran mencari Tuti dan keluarganya.  Puas dia berpusing-pusing di sekitar reban ayam tu, tetapi tak nampak pun bayang-bayang ayam.  “Cis, nampaknya aku sudah kene tipu dengan anak-anak ayam itu” getus si musang.

Dalam masa yang sama, didalam labu, Tuti tiba-tiba berasa hendak bersin. Lalu dia berbisik pada ibunya. 

“Ibu, saya rasa nak bersin”
“Shhh... tahan dulu bersinnya.  Musang masih ada diluar sana.  Nanti dia tahu kita bersembunyi dalam labu ni” kata ibunya.

Tetapi, tiba2 “AACUMMMM!!! AACUMMMM!!!” Tuti terbersin dengan kuatnya.  Bunyi bersinnya yang kuat itu bergema seolah-olah kedengaran seperti “TUM!!! TUM!!”

Mendengar itu, terkejut si Musang yang sedang leka mencari ayam.  Tanpa menoleh kebelakang, dia pun berlari untuk menyelamatkan diri.  Kerana bunyi Tum Tum yang dia dengar tu, disangka bunyi tembakan senapang oleh pemilik ayam.

Ibu ayam berasa lega kerana musuh mereka telah lari.  Dia tak sangka bunyi bersin Tuti menyelamatkan mereka dari dibaham oleh Musang yang licik.  Dari hari itu, Tuti dan Mimi berjanji akan sentiasa ingat pesan ibu mereka agar lebih berhati2 dan tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali.  **Tamat**

Hah! Itu la cerita Tuti dalam labu yang sering juga aku ceritakan kepada Buchuks aku....  Kelakar tak?...hehehe.... yang kelakar tu bila dua2 cuba buat2 bersin dan lumba sapa bersin paling kuat...ngeeeeee

Aku harap, walaupun dengan bercerita, tapi mereka dapat faham apa yang aku cuba sampaikan....  banyak lagi kisah2 teladan yang aku suka berkongsi dengan Buchuks aku.  Dan aku tak jemu2 untuk ulang bercerita supaya mereka sentiasa ingat pesan aku ni.  Kadang2 aku ambil giliran bercerita dengan Yaya, sebab dia dah boleh faham & hafal jalan ceritanya (bila dia terlupa, aku akan bagi hint).  Dengan cara ini jugak, aku boleh melatih Yaya berkomunikasi dalam bentuk bercerita dan menguji kefahaman dia. Play & Learn tips yang sangat  berkesan kerana anak-anak boleh belajar dalam suasana yang gumbira!!!  Cuba2 la tips  ni!


Amimarzsays  :  Watak2 dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.  Takde kene mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.  Ahaksssssss!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...