BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Welcome Pink Cherry!!!

Salam Jumaat semua.  It’s Friday again... and it’s coming to end-October already!!! In another 2 months, we will bit farewell to 2011.  Cepatnya masa berlalu ya.


Kebelakangan ni, memang tak banyak coretan dalam blog blues ni.  Busy sangat ker?.. emm, tak jugak.  Takde ilham la tu... emm, maybe!  Penyakit “M” datang... emm, barangkali. 


Bukan di blog blues ni saja yang ai senyap, dalam FB pun macam tu jugak.  Dah kurang berminat nak update status di mukabuku tu.  Masuk pun sekadar menjengah cerita-cerita kawan-kawan lain, mencelah bila perlu.. selebihnya, hanya baca sepintas lalu.


Kenapa ya????  Keghairahan nak beramah di alam maya, tetiba lesu.  Maybe, tu tandanya ai dah berumur..oopsss  matang kot.. hahaha.  Biarlah RAHSIA...

Oh ya, sebelum terlupa, welcome blogger Eja dengan blognya Pink Cherry !!!  Pn Eja ni dulu, classmate dan juga roommate ai masa matrikulasi dulu.  Ceria betul blognyer, pink colour gitu.. hehehehe.  Apa-apa pun Selamat Berkarya, Mate!!!


Sapa-sapa yang biasa datang blog blues ni, mesti perasan, blog list ai dah kosongkan... takyah nak gosok-gosok mata tu, kot-kot mata korang tu tersilap tengok... ya, memang ia dikosongkan  buat sementara waktu... nanti dah dapat ilham baru, ai updatekan blog list tu semula ya.  Buat masa ni, biarkan saja ia begitu....


Dah lama aku tenung screen computer ni... ada benda yang nak ditulis, tapi berat tangan ni nak ketuk-ketuk keyboard.  Runsing cara nak zahirkannya.  Akhhirnya, aku putuskan, biarkan dulu, mungkin belum masanya, sebab itulah ilham tak timbul lagi.


....................... kita MINUM duluuuuuu.........................

Sunday, October 9, 2011

Blog blues ni Dairi Amimarz


Mode syahdu pagi ni.. again, dalam bas teringat Buchuks.  Seminggu cuma 3 hari je kami dapat  berjumpa.  Masa pulak cepat benor berlalu, tau-tau dah masa untuk daftarkan persekolahan Nana.  Bila teringat anak-anak, ai memang akan emo sikit.  Ye lah, ibu mana yang tak sayang anak, betul tak....


Then, aku teringat Kuch Kuch Hota Hai...  dulu masa ai belajar, citer ni memang hot betul.. masa ni la demam Bollywood melanda negara kita...  masa ni bangla2 memang laku giler, ramai wanita2 Melayu yang tergoda sebab muka perasan ala2 Shah Rukh Khan.. hahahaha No comment la bab tu, selera masing-masing ye.


Yang aku  nak share, dalam cerita ni kan, setiap tahun bila tiba besday Anjali (anak Rahul@SHK) dia dapat surat dari mendiang ibunya.  So, dalam surat tu si ibu akan bercerita kepada anak yang dia tinggalkan sejak lahir lagi. Walaupun si anak ni tak pernah jumpa ibunya, jauh sekali dapat belaian kasih dari ibunya, tapi kehadiran surat-surat tu menjadi penghubung anak kepada ibunya yang telah meninggal dunia.  Melalui surat-surat tu, si anak dapat mengenali ibunya. 


Dulu, masa tengok cerita tu, scene tu hanya ditengok sebagai pembuka jalan cerita.   Tapi, ari ni, bila ai ingat balik scene tu, ia memberi tafsiran yang berbeza.  Timbul keinginan yang baru.. Ya, ai juga ingin seperti si ibu itu.  Bercerita dan berkongsi rasa kasih dengan anak-anak sepanjang masa, tanpa had masa dan tempat, secara nyata atau di alam maya.




 
Teringat aku pada blog blues aku ni.  Walaupun dalam blog ni memang ada cerita-cerita pasal 2 Puteri Buchuks ai, tapi tak banyak.  Since mediumnya dah ada, ai cuma perlu polish saje.  Dan, ye.. blog ni memang blog peribadi.. sebagai catatan peristiwa yang nak ai framekan supaya ia kekal, kalau bukan dalam ingatan, sekurang-kurangnya.. suatu masa nanti boleh di recall semula.  Tulisan2 dalam blog ni maybe tak relevan untuk dibaca oleh sesetengah pihak, tapi rentetan peristiwa yang dicatat dalam blog blues ni sungguh significant dalam hidup ini. 

Thursday, May 19, 2011

Short but Sweet

Emm... dah pendek pun bloglist ai...  bukan apa, kazen Mrs Sunnies kata blog comey ku ni tak leh nak bukak sebab ada virus MALWARE dari one of my bloglist... tapi dia tak ingat blog mana..  So, akak pun buatlah renovation.. buang mana yang patut, and remain mana yang patut.. Aci ke gitu???...  kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. ke, marahkan nyamuk kelambu dibakar....hahaha.  No lah, motif penyahsenaraian dalam bloglist ni ialah untuk jadikan bloglist ai ni ringkas, dan yang betul2 ai follow almost tiap2 hari....

Add/remove bloglist ni perkara kecik je kan... yang perasan blognya terremoved dari bloglist ai ni, sori memanyak ya...  jangan kecik ati no.... and kalu terasa nak masuk balik, just kasik tau ai.. anytime ai buleh add in, dengan syarat blog you ouls takde MALWARE, kay...

Ada permintaan dari kawan lama, buat entri pasal memori zaman sekolah... dun worry, ada free time nanti ai akan buat, khas untuk kekawan lama... :)

Wednesday, March 16, 2011

Makeover!! Makeover!!

Today I decided to do a makeover to my blog entirely, but first and foremost  the blog title.  Sambal Pecal Manisan Kabung is rather too long for a blog title, and it wasn’t catchy at all, right!!
So, I was pressing my thought, pulling ideas what’s the suitable name to replace it!  Came out with several: “Amimarz in d’house”, “Journal Amimarz”, “Story Morry Amimarz” and “Amimarz Sana Sini Sinun”.
I was thinking, Journal Amimarz is rather general,  or “Skema punya tajuk”..hehehe.  Amimarz Sana Sini Sinun  @ Amimarz Everywhere is more casual (but the Malay version is more catchy kan..)
So then, it was decided that Amimarz Sana Sini Sinun won  the vote... 1 vote only – that me, alone.. hahahaha.... And the tagline Nobody, Nobody like ME!!! – because the Buchuks  love this song like mad, they will sing and dance when they hear this song!! J ( I changed the word for you to me – because this blog is story about ME, not YOU..hahahah) 

Amimarzsays :  more coming in the makeover!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...