BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label General Gebang. Show all posts
Showing posts with label General Gebang. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Kuliah Zohor bersama Ustaz Sharhan Shafie

Alhamdulillah, lunch time tadi berjaya mengawal nasfu nak makan, dan berjaya menggerakkan diri untuk hadir dengar kuliah Zohor bersama Ustaz Sharhan Shafie. Kuliah hari ini takde tajuk yang khusus, tapi Ustaz banyak sentuh bab-bab amalan sihir, jin dan penawarnya.  Ustaz Sharhan memang terkenal dengar kaedah perubatan Islam.


Apa yang menarik, yang ai nak kongsi dalam blog blues ni, ialah nama-nama yang kita sebagai ibu bapa patut elakkan daripada memberi nama kepada anak-anak kita.  Ini kerana, nama-nama ni menurut Ustaz ada berkait dengan nama-nama jin.


Antara nama-nama yang beliau highlightkan adalah:-

1)  Qistina
2)  Batrisya
3)  Syafiqa
4)  Zakuan
5)  Erisya/Arisya
6)  Haziq
7)  Balqis
8)  Najwa


Teringat ai, dulu masa Nana lahir ai memang plan nak namakan dia Nur Rizqhana Balqis.  Tapi, si Nana ni dok asyik menangis je bila panggil nama tu.. Dia ni kalu menangis, sampai merah-merah mukanya.  Last-last Abah cakap la, "Adik nak nama macam kakak ke? Abah bagi nama macam kakak ya, Nur Rizqhana Suffiya."  Langsung terus senyap & lekatlah nama tu sampai sekarang. 


Masa tu, ramai yang kata mungkin nama tu tak serasi dengan dia, maklumlah nama tu kan sinonim dengan nama Puteri Balqis yang cantik rupawan.   Bukan semua orang boleh ada nama yang sama dengan nama puteri-puteri ni.. emm.. ye ke???


Tapi, apa-apa pun ai bersyukur sangat.. walaupun tak tau sebab mutlak kenapa Nana menangis-nangis bila diberi nama Balqis tu, sekarang ai bersyukur sebab dielak dari memberi nama yang tidak baik untuk dia.  Tanggungjawab ibu bapa memberi anak-anak nama yang baik.


Walau bagaimana pun, Ustaz kata kalau dah kebetulan nama anak-anak kita termasuk dalam senarai yang dia bagi... tak perlu kelam-kabut pi tukar nama kat jabatan pendaftaran... cukup sekadar ditukar nama panggilannya saja.


Bagi yang baru merancang-rancang nama untuk anak-anak, rujuklah pada Ustaz-ustaz atau alim ulama ya.. nama ni kadang-kala sedap didengar, tapi maknanya tidak elok.


Tuesday, June 21, 2011

1 2 3 4

SATU
Kasih yang abadi
Tiada tandingi DIA yang satu
DUA
Sayang berpanjangan
Membawa ke syurga KASIHnya IBU
TIGA
Lapar dan dahaga
Rela berpayahan SETIAnya AYAH
EMPAT
Mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

IBU kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
AYAH menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau peroleh BAHAGIA
INGAT ITU BUKAN UNTUK SELAMANYA
Andai kau dalam sengsara
INGAT ITU BUKAN UNTUK SELAMANYA
Hidup ini sementara 

Friday, June 10, 2011

Jalan Lurus, Jangan Belok-belok!!!



Sunyi pulak hari ni, ramai yang dah cuti.. Ye lah, dah penghujung cuti sekolah ni, ramai yang ambil peluang nak spend lebih masa dengan famili kan.

Dan, macam kebiasaannyalah, bila ada yang tak datang maka kerja-kerja pejabat ni harus dibahagi-bahagikan, gitu.... So, macam lipas kudung jugak lah ai menyiapkan kerja pagi ni.. tengah siyok buat kerja, tup tup telefon ai berbunyi..

Yang tak berapa siyoknyer, suara dari sebelah sana cakap "nak cakap dengan My Mr Seth Tan"... hahaha (ni agak-agak perasan my Mr Hubby seromantis Seth Tan la ni) Mentang-mentang Seth Tan tengah hangat dipasaran.. hehehe

Ai pun cakap la, "ni no hp ai. No tel suami ai xxxxxxxxxx."

Tak dan selang setengah jam, telefon ku berbunyik lagi.  Jugak nak cakap ngan My Mr Seth Tan!!! Grrrrrrrrrrrrrrrrrr 

Control marah x2.  Hari Jumaat tak elok marah-marah ni....  Tapi dalam hati ni berfikir, kenapa lah orang yang kasi nombor tu tak terus direct kasi no tel Mr Hubby.  Sebenarnya kedua-dua caller tu memang takde no telefon Mr Hubby, dan ni pertama kali nak berurusan dengan dia.  Jadi mereka pun minta no telefon tu dari kenalan kami.  Bukan ari ni je dapat panggilan hangit macam ni, sebelum ni pun dah pernah terjadi.

Persoalannya, kenapa tak diberi terus no Mr Hubby kepada orang yang minta?  Kenalan tu takde no tel Mr Hubby >>> MUSTAHIL!!!

Tak terlintas ke kat kepala orang tu, dia dah menyusahkan orang yang meminta tolong dari dia??? Hajat nak cakap ngan Mr Hubby, tapi panjang pulak jalannya.  Macamlah Pn Isteri ni kaki control pulak ya, sesiapa yang nak berurusan dengan Mr Hubby kene melalui Pn Isteri ni.. sabar je lah kan.

Lagi pulak, tak sensitif la kenalan tadi tu dengan adab pergaulan.  Yang minta no telefon tu lelaki yang kami tak kenal.  Ai ni kan perempuan, berstatus isteri orang pulak tu...  Kenapa misti beri no telefon ai kepada orang asing yang takde urusan dengan ai.  Ai rasa tu satu tindakan yang tak manis dan boleh menimbulkan fitnah.  Mungkin kenalan ni tadi, mereka suami isteri memang dah biasa & tak kisah langsung memberi no telefon mereka kepada sesiapa sahaja.   

Mungkin pada sesetengah orang, hal ni perkara kecil.  But to me, it's a BIG deal!

Wednesday, June 8, 2011

Hujan di petang Rabu, rezki alam...

Bukan masanya untuk bicara panjang.  Ada kelapangan, jari-jemari ni akan mengetuk  kekunci keyboard ni lagi, InsyaAllah.

Friday, April 15, 2011

Buat apa pukul dua setengah pagi ni....

Apa kohje pagi-pagi buta ni tak tidor lagi ya... Dah lah tu, sempat lagi membelek-belek blog ni.... Hah, habis semua dipunggah... jadi ini lah hasilnya..hahaha


Hari tu ada cakap nak buat makeover untuk blog ni kan, tapi sekerat jalan lepas tu berhenti... takde idea dan masa pun yileks... Tup-tup mentol idea tu muncul kul 1 pagi tadi, masa tengah syok layan citer Korea...  So, Ai pun on lappy & start lah design mana-mana yang patut. 


Pagi ni idea datang mencurah-curah ni misti sebab banyak sangat makan ikan talapia bakar ni.. Kalau nak tau, jiran-jiran kat sini ciyok... diorang ni banyak aktiviti... petang tadi kaum2 Adam pergi menjala ikan kat kolam (kolam mana den tak tau yer), dah dapat tu, depa pi bakar kat luar lorong ni... Ai tumpang makan je lah..hahaha... sodap!!!


Wokey, nak tidor lah.. Esok nak breakfast apa ya???  Emm.. Karipap yang Mak buat ada lagi dalam peti ais, belum goreng... Sarapan karipap lah kita esok ya!!!  (Syukur, breakfast dah ready)  Mekacih Mak!!! 


Amimarzsays : Nyenyak tengok Buchuks bum-bum, Ami pun nak tido gak lah.

Thursday, April 7, 2011

Diam

Salam pagi Jumaat.
Rasa lama benor tak update apa-apa dalam blog ni... Alahai, awok busy benor sekarang ni... Pagi ni terasa nak share email yang awok dapat dari kekawan... iyer lah.. yang baik tu kita kongsi sesama untuk kebaikan kita semua.
Terima kasihlah kat kawan awok tu ya, suka benor kasik email-email nasihat dan pesanan ni.. Bukan apa, kekadang tu memang kita ni tau benor bab-bab dosa pahala, halal haram ni.. sebab dulu masa kat sekolah puas dah Ustazah mengajor.. tapi bila dah lama-lama tu kekadang jadi lupe!!  Yang buat-buat lupe pun ada!!!  Manusia ni memang mudah jadi pelupe....... Sebab tu kita ni kenalah selalu saling ingat-mengingati, supaya kita tak tak lupe.
Udah-udah ler tu, meh ler kita sama-sama baca dan buat renungan bersama.. Mudah-mudahan yang sikit ni boleh bagi kesan dihati. 
Amimarzsays : Apasal orang Jawa Nogori speakang lagu ni.... tersampuk hantu kak limah & Lat la ni gamaknyer... cer citer! cer citer!!
**********************************************
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Hikmah Diam

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barang siapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )*

"Barang siapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )*

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RIWAYAT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

Wallahualam.

Wednesday, March 23, 2011

Sapa berani mau duduk ini kerusi...

Kejap je dah pukul 11.00 malam...  Balik dari kerja tadi, terus singgah ke Spital KPJ Seremban, tengok anak buah yang sakit kat sana.  Tapi, alhamdulillah, dia pun dah beransur sihat.

Sambil-sambil relax tengok CSI Miami ni, jom jamu mata dengan idea-idea kreatif ni... Aku pun tak tau lah sapa punya idea ni, dan aku pun tak tahu apa motif dia reka cipta benda ni.. tapi yang pasti, orang yang cipta ni memang lah kreatif...

 Belum duduk pun dah terasa nyilu & sakit kat punggung ni... Ni bukan nak kasik relax, tapi mendera orang ni..hehehe


Gerenti, sapa-sapa yang duduk atas kerusi ni akan rentung..hahaha.. Kene make sure Bomba ada kat sebelah....

Ada kawan kata kasik sejuta pun dia tak mau duduk atas kerusi ni..hehehe.  Tapi, confirm ke ular idup ni.... ntah-ntah ular getah... Rugi sejuta..hahaha

Apa-apa pun, aku rasa kerusi-kerusi ni bukan untuk diduduki.. sekadar ekspresi idea kreatif penciptanya...  Ia mungkin ilusi semata-mata.. Ontahlah, den pun tak pasti...

Amimarzsays : bestnya dok atas sofa umah aku ni...hehehe

Thursday, March 17, 2011

Love is made from HEAVEN!!!

Allo there!!!

A frenz called yesterday, but wasn’t able to entertained her.  During the lunch hour today, I managed to return her call.

Wallah!!! Just like what I had in mind – it’s the same old story about her BF.  Again giving her a hard time!  Not for second or third time… but countless time.  As long as I remember, when I first met this girl in 2008, she & her BF already had this issue.  BF said he wanted to marry the girl, but no action has been taken.  Dragging from time to time.  Making it worst, came the third person. Fight here, fight there…. Make promises, then broken it, again… and again….

I felt sorry for her.  Then I remember my earlier entry about LOVE.  How love make your day cheerful & blissful.. but some people just don’t have the chance to feel that way.  Maybe at first, it makes your heart bloom, but it does not last for long.  The longer you hold to it, the bitter you feel in your heart!!!  Losing him makes you feels like it’s end of the world, but continue loving him makes your life miserable…  This is BIG TIME problems to deal with, don’t know which to choose.

I believe, LOVE should make you happy… LOVE is sharing the good and bad time together, LOVE is scratching each other’s back, LOVE is taking care of each other, LOVE is when you can feel his existing, even if he is not around.  LOVE is trust.  LOVE is tears of joyful. LOVE is giving and receiving, each other…. The definition of LOVE is universal!  There is no right or wrong answer about it.  No one in this world, would have the same feeling and experience about LOVE.  BUT, whatever it’s means to you, don’t let the LOVE kills you. Don’t be a slave to your LOVE.  Do not loose your dignity because of LOVE.  Because LOVE is pure and blessing, and it’s made from HEAVEN!

I believe, when a man says he LOVES you, he will run to you, protect you, and marry you with honour. 

Amimarzsays : Solat Istiqharah -  May Allah show you the right path to choose… InsyaAllah.

Thursday, March 3, 2011

Kaedah menentukan Jabatan yang sesuai untuk pekerja baru

Pagi-pagi lagi dapat emel merepek dari kawan lama... dan mood aku petang ni pulak mood merewang... Jom merepek & merewang dengan aku..hahahaha

KAEDAH BERGUNA BAGI MENENTUKAN JABATAN YANG SESUAI UNTUK PEKERJA BARU

1.    Masukkan 400 keping  batu-bata dalam bilik yang tertutup
2.    Masukkan pekerja-pekerja baru di dalam bilik tadi
3.    Tinggalkan mereka selama 6 jam


Selepas 6 jam, buat kajian mengikut tingkah laku mereka:-

a.    Jika mereka mengira batu-bata, masukkan mereka ke Jabatan Akaun
b.    Jika mereka mengira semula batu-bata, masukkan mereka ke Jabatan Audit
c.    Jika mereka membuat bilik itu tunggang langgang dengan batu-bata di merata tempat, masukkan mereka ke Jabatan Kejuruteraan
d.    Jika mereka menyusun batu-bata dalam bentuk yang aneh, masukkan mereka ke Jabatan Perancangan
e.    Jika mereka membaling batu-bata ke arah satu sama lain, masukkan mereka ke Jabatan Operasi
f.     Jika mereka hanya tidur, masukkan mereka ke Jabatan Keselamatan
g.    Jika mereka memecahkan batu-bata, masukkan mereka ke Jabatan Teknology Maklumat
h.    Jika mereka hanya duduk diam, masukkan mereka ke Jabatan Sumber Manusia
i.     Jika mereka kata mereka telah cuba beberapa pendekatan, dan masih lagi mencuba, tetapi tiada satu pun batu-bata yang digerakkan, masukkan mereka ke Jabatan Jualan
j.     Jika mereka telah meninggalkan bilik itu terlebih dahulu,  masukkan mereka ke Jabatan Pemasaran
k.    Jika mereka merenung ke luar tingkap, masukkan mereka ke Jabatan Perancangan Strategik
l.     Jika mereka berbual sesama sendiri, tiada satu batu-bata yang dipindahkan, ucapkan tahniah kepada mereka, dan masukkan mereka ke Bahagian Pengurusan Atasan

Sapalah yang buat analisa macam ni ya.  Mana-mana majikan yang ikut kaedah ni memang Sangap la..hahahaha... tapi, kalu korang tau ada jugak majikan yang follow kaedah ni tolong bagitau aku ya..

Amimarzsays : Agak-agak korang, nak pilih buat yang mana ya??? Of course la l kan..muahahahaaaa

Wednesday, March 2, 2011

COMPLETE vs FINISHED...

People say there is no difference between the word "COMPLETE" & "FINISHED"
... but there is:

When you marry the right one, you are COMPLETE....
When you marry the wrong one, you are FINISHED.....
And when the right one catches you with the wrong one, you are ...
COMPLETELY FINISHED !!!!!!!!!!!!!!

Amimarzsays : completely complete... <3 <3 <3

Thursday, February 24, 2011

Hujan oh Hujan....


Seriusly, aku memang terkejut bila keluar dari LRT Central Market petang tadi, sebabnya tengok air di Sungai Gombak yang naik dengan tingginya.  Aku tertanya-tanya dalam hati, lebat sangat ke hujan petang tadi.  Masa hujan tadi, aku betul-betul sibuk sampaikan tak sempat nak jenguk-jenguk ke luar tingkap pun.

Sambil berjalan ke bus stop, sempat jugak aku snap beberapa keping gambar walaupun hati berdebar-debar ni... bukan apa, takut jugak lah kalau-kalau ada jalan-jalan yang dinaiki air.. nak balik ni weiiii... harap-harap jalan tak jemmed ya!!!

 Gambar dari jejantas LRT CM

Lagi sikit je air nak sampai lantai jalan


Apa-apa pun aku bersyukur, sebab hujan turun sekejap saja.  Tak dapat aku bayangkan, apa akan jadi kalau hujan ni berpanjangan sepanjang hari.  


Ada sesiapa yang terperangkap dalam jem ke petang tadi?

Wednesday, February 9, 2011

Apa pilihan terbaik!




Gara-gara sakit kepala yang berpanjangan, pagi ni aku jumpa doctor untuk buat pemeriksaan.  Tekanan darah agak rendah, so doctor suruh aku berehat.  Korang tau tak apa maknanya tu.. MC la apa lagi... 

Lepas makan ubat dan tidur, aku rasa sedikit lega.  Walaupun kepala ni masih lagi berdenyut-denyut, tapi aku bukak jugak lah mini lappy aku ni.  Yelah, dari pukul 9 tadi asyik berbaring je, lama-lama bosan jugak.  Tidur, dah tidur.  Makan pun aku dah makan.  Tengok TV, takde apa cerite yang menarik...huhuhu. Layan blog la kejap. Tapi kejap je tau!!! (cross my fingers..heheheh)


Hari Sabtu ni aku ada interview, untuk kerja dekat Rembau.  Sebenarnya, aku ni berbelah bagi nak pergi ke tak interview tu (memang la aku yang apply kerja tu kan).  Kenapa ya?  Padahal aku memang menanti-nanti peluang untuk kerja di sekitar Seremban/Senawang ni.  Bila dapat kerja disini, bolehlah aku urusan hal-hal keluarga aku dengan lebih teratur lagi.  Tapi, entah kenapa tiba-tiba aku rasa tak pasti dengan apa yang aku hendak.  Ragu-ragu bukan dalam hal nak menguruskan keluarga aku (yang ni memang sentiasa dalam top priority aku).  Yang aku ragu-ragu ialah untuk mencari kerja berdekatan dengan rumah aku ni.

Sebelum nak buat sesuatu kita mestilah buat pertimbangan baik dan buruknya, betul tak?  Rata-rata bila aku bercakap dengan geng bas SKS aku, aku tanya mereka kenapa mereka sanggup bekerja jauh sampai ke KL? (Ni aku harap MB NS atau wakil-wakilnya baca dan renung-renungkan keluahan anak Nogori ya)  Semuanya cakap, sebab kat Seremban tak banyak peluang kerja.  Susah sangat nak dapat kerja kat Seremban.  Kalau ada kerja pun gaji yang ditawarkan rendah (berapa tahap rendah tu aku tak pastilah).  Oleh sebab itu, ramai yang sanggup untuk berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, semata-mata untuk mencari rezeki.

Betapa gigih sungguh orang-orang Seremban ni bekerja.  Bangun pagi seawal 5pagi untuk bersiap-siap ke tempat kerja.  Sampai rumah setiap hari, paling awal pun 7.45 malam.  Setiap hari!  Aku rasa, tak semua orang sanggup untuk buat macam tu.  Tapi, untuk orang-orang Seremban, kebanyakkannya tak ada pilihan.  Untuk dapatkan gaji yang selesa untuk menyara seisi keluarga, dengan imbuhan-imbuhan tambahan seperti pakej perubatan, insuran dan yang paling penting, peluang untuk memajukan diri dari segi skil dah pengalaman kerja, ramai yang membulatkan tekad untuk kerja di luar.  Sebabnya, peluang sebegini tak ada ditawarkan di Seremban.  Kita boleh lihat sendiri, berapa kerat sangat syarikat-syarikat besar yang menapak di Negeri Sembilan. Kenapa syarikat-syarikat besar tak mahu melabur di Negeri Sembilan? Sapo nak jawab ni???

Nilai dan Senawang ni memanglah terkenal sebagai kawasan peridustrian.  Satu masa dulu,dua kawasan ni memang terkenal sebab banyak kilang-kilang yang beroperasi.  Masa tu, ramai lah yang datang berhijrah ke sini. Tapi, walaupun banyak kilang-kilang yang beroperasi di sini, tapi pembangunan keseluruhan tidaklah serancak pembangunan di Shah Alam.  Kalau nak dilihat, Seremban dan Shah Alam, kedua-dua bandar ni terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur. Tapi Shah Alam lebih maju dari Seremban.  Kek mano silap nyo?  Sekarang ni pun, banyak kilang-kilang besar di Senawang ni yang dah tutup kodai atau pun mula mengurangkan pekerja.  Motorola dah lama lonyap, terbaru pulak Samsung Elektronik bagi VSS kepada pekerja-pekerjanya.  Esok lusa tak tau pulak kilang mana yang akan tutup.....

Jadi, berbalik kepada permasalahan aku ni, nak teruskan kerja sekarang ataupun cari kerja di Seremban, terus terang aku pun tak pasti.  Yang pasti, kalau aku sedia kerja di sini, maka aku kenelah terima yang aku akan dibayar gaji yang kurang dari sekarang secara relatifnya.  Bila aku kata secara relatifnya ialah peningkatan dari segi kerja & tanggungjawab, tapi berkemungkinan gaji yang diterima sama dengan gaji sekarang, ataupun lebih sadis lagi kurang dari sekarang.  Kat sini isu moral kerja pulak boleh jadi akan timbul, terpaksa terima diri dalam golongan underpaid worker.

Berapa jauh jarak Seremban ke Kuala Lumpur? Jauh ke? Tak jauh. Sedangkan bas-bas SKS mampu bawak penumpangnya sampai ke destinasi masing-masing dalam masa 1jam 20min (secara purata dalam masa peak hours), kalau bawak kereta sendiri lagilah cepatkan.  Dalam keadaan sekarang yang banyak kemudahan pengangkutan dan hiway-hiway penghubung kedua tempat, kenapa perbezaan taraf hidupnya sangat jauh berbeza.  Tapi, harga bahan mentah seperti ikan, ayam, beras, minyak masih juga sama dikedua-dua tempat. Harga Pizza Hut kat KL sama jugak harganya dengan harga Pizza Hut di Seremban.  Giant, Teso, Carefour, Jusco pun pastinya semua amalkan harga yang sama untuk setiap cawangannya.  Maksudnya, orang-orang Seremban juga bayar barang dengan harga yang sama dengan orang-orang Kuala Lumpur.  Tapi, kenapa majikan-majikan di Seremban, tak bersedia membayar gaji sama seperti majikan-majikan di Kuala Lumpur??

Itulah, kalau nak difikirkan lagi bertambah-tambah pening kepala aku ni.  Dah nak sampai masa untuk aku makan ubat lagi.  Lepas makan ubat ni, aku nak sambung tidur.  Esok kerja!!!  Yang pasti, interview hari Sabtu ni tetap aku akan pergi, tengok dulu persekitarannya ya.  Kalau dah tertulis itu rezeki aku, aku terima seadanya.  Tapi kalau masih lagi rezeki aku diperantauan, tetap akan aku gagahkan diri ini.

Amimarzsays :  Makan + makan ubat + tidur + layan Astro = best jugak MC macam ni kan!

Ceramah Pasangan Semanis Kurma - Keluarga Idaman menurut Al-Quran dan As-Sunnah


Lanjutan daripada entry aku pagi tadi, aku nak share sikit tentang ceramah yang aku dengar tengahari ni.  Tajuk ceramah tengahari tadi adalah Keluarga Idaman menurut Al-Quran dan As-Sunnah.  Sesuai sangatlah tajuk yang diberikan, sebab pasangan Semanis Kurma ni memang nampak bahagia dan mesra, walaupun sudah 25 tahun berumahtangga.  Semoga tunjuk ajar daripada mereka ini dapatlah kita teladani.

Ada 7 asas yang diberikan oleh pasangan Semanis Kurma ni untuk dijadikan panduan untuk membina keluarga idaman.  Jom kita sama-sama tengok petua yang mereka bagi ya.

Asas 1 - Iman dan takwa kepada Allah s.w.t

-  Adalah penting untuk kita, semasa memilih pasangan mencari suami/isteri yang beriman.  Ini kerana, apabila pasangan yang dipilih adalah berasaskan iman, maka kehidupan rumahtangga akan kekal bahagia di dunia dan akhirat.  Jika pilihan yang dibuat berasaskan kekayaan, kemewahan, kecantikan dan kuasa, maka apabila hilang semua itu, akan hilanglah keharmonian dan runtuhlah rumah tangga.

Suami yang beriman akan sentiasa setia kepada isterinya, tak akan mengasari isterinya walaupun dia melakukan kesalahan dan sentiasa membantu isterinya.  Sementara isteri yang beriman pula akan sentiasa menyenangkan suaminya, dan mampu mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh.

Asas 2 - Kasih sayang.

-   Kasih sayang ini penting dalam kehidupan seharian.  Berkasih bukanlah semasa awal bercinta, tetapi yang penting sepanjang tempoh perkahwinan.   Kasih sayang ni mestilah sentiasa dipupuk supaya sentiasa segar, seperti masa mula-mula berkahwin dulu.  Untuk menyemarakkan cinta, ia mestilah dibuktikan dengan kata-kata dan juga perbuatan.  Panggilan yang mesra seperti Sayang dan Darling adalah salah satu contoh pembuktian melalui kata-kata.  Manakala memberi hadiah kepada pasangan masing-masing adalah contoh pembuktian melalui perbuatan.

Asas 3 - Pergaulan yang baik

-  Pergaulan yang baik antara suami isteri adalah penting.  Suami isteri mistilah sentiasa saling menghormati.  Adalah penting untuk menjaga mood diawal-awal pagi. Sekiranya pagi dimulakan dengan perasaan marah-marah, kemarahan itu akan berpanjangan seharian.  Kalau ini berlaku, diri sendiri yang akan rugi.

Asas 4 - Rezeki yang halal.

-   Rezeki yang halal adalah kunci untuk segala amalan dan doa kita diterima Allah.  Adalah penting untuk kita mencari rezeki dari punca-punca yang halal dan jauhkan benda-benda yang haram.  Rezeki yang halal akan membawa keberkatan.  Salah satu punca anak-anak tidak mendengar kata atau pun menjadi liar adalah kerana berkemungkinan makanan yang diberikan kepada anak-anak adalah berpunca dari rezeki yang haram.

Asas 5 - Amanah dan tanggungjawab

-  Isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada suami.  Oleh itu, suami mistilah tahu akan tanggungjawabnya dan menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.  Isteri juga perlu tahu akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.  Sekiranya isteri kurang pengetahuan dalam hal-hal agama, maka tanggungjawab suami untuk mendidiknya.  Seterusnya mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh.

Asas 6 -  Berdoa kepada Allah dan berzikir.

-   Yang ini paling penting, kita kenelah sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan didunia ini.  Pasangan Semanis Kurma ini memberikan satu doa yang boleh dijadikan amalan untuk dipermudahkan segala urusan, iaitu ayat kedua terakhir daripada Surah At-Taubah.


Asas 7 - Taat dan menabur kebajikan kepada kedua ibu bapa.

-   Selagi kita masih mempunyai ibu dan bapa, adalah penting untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita.  Restu ibu bapa amatlah untuk kebahagiaan anak-anak.  Selain ibu bapa kandung, ibu bapa mertua juga mistilah dilayan sama adil.  Ini kerana ibu bapa mertua ada sama kedudukannya seperti ibu bapa kandung.  Oleh itu, suami ataupun isteri janganlah mengongkok pasangan masing-masing daripada berbuat baik kepada ibu bapa mereka.

Ini sahajalah tips-tips yang diberikan oleh pasangan Semanis Kurma dalam ceramah mereka petang tadi.  Semoga ia memberi kebaikan kepada kita semua untuk membina keluarga bahagia seperti yang kita idam-idamkan.


Amimarzsays :  masih lagi pening-pening lalat...ubat apa yang doctor ni bagi aku daaaaaaa....

Wednesday, February 2, 2011

Jangan mudah tergoda.

PADA suatu pagi, Ummu Kalsum bermain seorang diri. Abangnya, Hasan dan Husin sudah keluar, tidak diketahuinya ke mana mereka pergi. Ayahnya, Ali bin Abi Talib pula sudah keluar sejak awal pagi lagi bagi mencari nafkah. Ibunya, Fatimah az-Zahra sudah lama meninggal dunia. Tinggallah Ummu Kalsum bersendirian, menunggu kepulangan ayah dan abang-abangnya.
"Wahai Ummu Kalsum, ke mana kedua abangmu?" Ali yang baru pulang bersuara apabila melihat Ummu Kalsum saja di rumah.
"Saya tidak tahu, ayah. Barangkali, abang-abang pergi rumah mak cik Asma' bermain dengan Muhammad, Aun dan Abdullah," jawab Ummu Kalsum dengan fasih.
"Mengapa kamu tidak pergi ke sana bersama mereka? Tentu kamu sunyi tinggal di rumah," kata Ali lagi.
"Tidak mahulah, ayah. Mereka semua lelaki, saya perempuan," jawab Ummu Kalsum.
Ali tersenyum mendengar jawapan puteri kesayangannya itu. Nampaknya, Ummu Kalsum semakin matang sekarang kerana sudah ada sifat malu dalam dirinya pada kaum lelaki.
Ali teringat pada sahabatnya, Umar bin Khattab. Beberapa hari lalu, Umar datang bertemunya. Kata-kata Umar kembali terngiang-ngiang di telinganya.
"Wahai Ali, nikahkanlah daku dengan puterimu Ummu Kalsum".
Ali sedikit terkejut mendengar kata-kata sahabatnya itu. Ummu Kalsum masih kecil dan belum masanya bagi dinikahkan. Lagi pula, Ali bercadang hendak menikahkah Ummu Kalsum dengan anak saudaranya, iaitu anak kepada Jaafar bin Abi Talib.
"Sebenarnya aku hendak menikahkan Ummu Kalsum dengan anak-anak Jaafar," kata Ali berterus terang.
Namun, Umar terus mendesak. "Wahai Ali, nikahkanlah aku dengan Ummu Kalsum. Aku yakin, tidak ada orang lain yang besar harapannya supaya dapat hidup bersama Ummu Kalsum melebihi harapanku," kata Umar.
Ali masuk ke biliknya, lalu mengambil sehelai kain. Kemudian, dia keluar semula mendapatkan Ummu Kalsum.
"Ummu Kalsum, mari ke sini sebentar," Ali memanggil Ummu Kalsum yang masih leka bermain.
Ummu Kalsum meletakkan permainannya lalu menghampiri ayahnya.
"Pergilah berjumpa Amirul Mukminin dan sampaikan salam ayah kepadanya," kata Ali, sambil menyerahkan lembaran kain yang dilipatnya kepada Ummu Kalsum.
"Bagi kain ini, ayah?" Tanya Ummu Kalsum.
"Tunjukkan kain ini kepadanya. Suruhlah dia ambil kain ini jika dia suka, dan jika tidak suka, suruhlah dia kembalikan," terang Ali.
"Baiklah ayah. Saya pergi sekarang," kata Ummu Kalsum, lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah Umar.
Umar tersenyum apabila melihat kedatangan Ummu Kalsum. Ummu Kalsum segera menyampaikan salam ayahnya, dan menyerahkan kain itu kepada Umar.
"Aku suka. Semoga Allah memberkatimu dan ayahmu," kata Umar ringkas.
Ummu Kalsum segera pulang ke rumahnya, lalu mendapatkan ayahnya yang sedang menunggu kepulangannya.
"Ayah, Amirul Mukminin tidak melihat pun kain yang kubawa ini, sebaliknya hanya memandangku saja," ujar Ummu Kalsum.
Ali tersenyum mendengar kata-kata Ummu Kalsum. Ali pun memberitahu puterinya itu bahawa, dia akan dinikahkan dengan Umar tidak lama lagi.
Sesudah berkahwin dengan Umar, Ummu Kalsum dengan cepat dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru sebagai isteri Amirul Mukminin. Namun, ia bukanlah kehidupan mewah di istana yang besar, memakai perhiasan yang mahal, pakaian yang bagus dan dilayan oleh dayang-dayang.
Sebaliknya, dia hidup dalam keadaan yang sederhana dan serba kekurangan. Ini kerana, Umar memilih hidup yang sederhana seperti yang dilalui oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar bin Siddiq.
Suatu malam, Ummu Kalsum bersiap-siap mahu tidur. Hari sudah lewat malam, namun, Umar masih belum pulang. Belum sempat Ummu Kalsum melelapkan mata, dia mendengar suara Umar di pintu.
"Assalamualaikum!" Umar memberi salam sambil mengetuk pintu. Ummu Kalsum bangun membuka pintu. Umar segera masuk ke dalam rumah.
"Apa yang berlaku, wahai Amirul Mukminin? Aku lihat seperti ada sesuatu yang menyusahkan dirimu," ujar Ummu Kalsum.
"Benar. Sekarang aku ingin bertanya, mahukah kau menerima pahala yang Allah datangkan kepadamu malam ini?" Tanya Umar.
"Sudah tentu! Tetapi apakah perkaranya?"" Tanya Ummu Kalsum.
"Ada perempuan asing di pinggir kota ini hendak melahirkan anak. Tidak ada sesiapa pun yang membantunya".
"Jadi kau mahu aku membantunya? Baiklah, akan aku lakukan," kata Ummu Kalsum.
"Bawalah segala benda yang diperlukan olehnya," kata Umar. Dia sendiri terus menuju ke dapur lalu mengambil periuk, mentega, tepung dan biji-bijian.
Selepas semuanya siap, mereka berdua berangkat ke pinggir kota Madinah. Ummu Kalsum membawa barang-barang keperluan wanita itu dan bayinya, manakala Umar memikul periuk dan bahan-bahan masakan bagi membuat roti.
Selepas beberapa lama berjalan, mereka tiba di sebuah khemah. Dari jauh, Ummu Kalsum dapat mendengar suara wanita yang sedang menahan kesakitan hendak melahirkan. Ummu Kalsum segera masuk ke dalam khemah bagi membantu wanita tersebut.
Umar pula menyalakan api bagi memasak makanan. Dia meminta suami wanita itu menolongnya. Umar sendiri yang mengadun tepung dan memasaknya sehingga menjadi roti.
Tidak lama sesudah itu, bergemalah suara tangisan bayi memecah kesunyian malam. Ummu Kalsum segera keluar dari khemah dan mendapatkan Umar.
"Wahai Amirul Mukminin, berilah khabar gembira kepada temanmu bahawa dia mendapat bayi lelaki," kata Ummu Kalsum kepada Umar.
Lelaki bersama Umar itu terkejut mendengar kata-kata Ummu Kalsum. Barulah lelaki itu sedar, yang menolongnya sekarang adalah Amirul Mukminin Umar bin Khattab bersama isterinya Ummu Kalsum.
Malam itu, Ummu Kalsum pulang ke rumahnya dengan rasa puas, kerana dapat menolong orang yang memerlukan bantuan. Demikianlah sikap suka menolong yang ada dalam diri Ummu Kalsum.
Ummu Kalsum menjadi janda selepas Umar bin Khattab meninggal dunia kerana dibunuh oleh Abu Lu'lu'ah ketika beliau sedang menjadi imam solat Subuh di masjid. Sesudah itu, Ali menikahkan Ummu Kalsum dengan saudaranya Aun bin Jaafar. Selepas Aun meninggal dunia, Ummu Kalsum berkahwin pula dengan Muhammad bin Jaafar dan akhir sekali dengan Abdullah bin Jaafar.
Ummu Kalsum meninggal dunia ketika menjadi isteri Abdullah. Dia meninggal dunia saat melihat kematian puteranya, Zaid bin Umar.
l PETIKAN daripada buku Doa Gadis Baitulmaqdis terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.


Cerita kat atas tu sebenarnya selingan saje... yang aku tertarik nak ulas ialah bahagian yang aku merahkan tulisannya.

Bila nak bercakap bab2 pahala dan rahmat Allah ni, 3 hari 3 malam pun belum tentu akan habis, betul tak?  Lagi pun, aku ni pun bukan lah yang arif sangat nak tulis berkaitan agama ni, takut-takut ilmu tak cukup, penyampaian terkilaf.

Cumanya, yang aku nak cerita ni, ialah betapa Maha Pemurahnya Allah Taala ni, setiap apa yang kita buat, kalau dibuat dengan ikhlas Lillahi Taala, akan ada ganjaran pahalanya, waima kita berikan senyuman kepada orang yang kita tak kenal.

Lumrah manusia, selalu lupa & leka.  Mungkin dah jadi kebiasaan sangat, sampaikan lupa apa yang kita buat tu, akhirnya boleh mengurangkan pahala, walaupun tujuan asalnya mencari keredhaan Allah.

Perkara yang aku selalu perhatikan, kat surau-surau kat pejabat (tiga2 tempat aku kerja, senarionya sama saje).  Bila time solat, ramai yang pergi ke surau untuk solat.  Alhamdulillah. Tapi yang jadi tak berapa seronok tu, bila yang datang tu berkawan-kawan.  Sampai surau, sembang dulu... lepas solat sembang lagi.  Dahlah bergosip kat dalam surau, kuat la pulak suaranya.  Huishhhh... Macam nak ajak satu surau bersembang la plak ya.  Dah mengganggu orang yang tengah solat, tak bagus la macam tu kan.  Kan lagi molek, kalau kita ke surau, terus ambil wuduk, solat dan balik ke tempat kerja, betul  tak?


Orang  bersedekah, kita pun nak bersedekah.  Lagi-lagi masa ceramah Ustaz kata, bila kita meninggalkan kelak, akan terputus semua urusan didunia, kecuali 3 perkara : Doa anak yang soleh, sedekah dan amal jariah, dan ilmu yang dimanfaatkan.  Yelah, orang yang suka bersedekah ni, besar ganjarannya.  Sebab dia menafkahkan rezeki yang dia dapat, untuk kebaikan orang lain. Kita ni saudara sesama Islam ni, ibarat cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakit.  Bila kita tengok ada saudara-saudara kita yang didalam musibah, kita hulurkanlah bantuan semampunya untuk meringankan beban mereka.  Masalahnya, bila bersedekah tu pulak diselingkan dengan pengumuman dan pemberitahuan, sampai satu Malaya tau!!!   Sepatutnya, bila tangan kanan keluarkan sedekah, kenelah buat senyap-senyap sampaikan tangan kiri pun tak tau. Bukan macam ayam, bertelur sebijik riuh sekampung....


Rasulullah s.a.w berpesan 9/10 punca rezki adalah daripada berniaga.  Tengok Cik Temah maju berniaga nasik lemak kat tepi jalan, kita pun sibuklah jugak nak berniaga.  Untung-untung, boleh lah bantu suami tambah pendapatan keluarga.  Baguslah kalau ada daya saing untuk memajukan diri sendiri.  Tapi, yang selalu menjadi penyakit masyarakat kita ni, pemegang PHD ramai benar.  PHD yang ni Penyakit Hasad Dengki lah, bukannya Ijazah Kedoktoran tu....  Bila tengok Cik Temah lagi maju, ramai yang datang ke gerainya, gerai kita pulak lengang je.  Maka mulalah langkah pegi carik bomoh sana, dukun sini.  Ni bukan saja pahala tak dapat, takut-takut pulak perbuatan kita tu mengundang dosa, sebabnya berlaku zalim kepada saudara yang lain dan menyekutukan Allah.  Bukan ke lagi baik kalau pergi ambil kursus-kursus makanan untuk  tingkatkan skil memasak tu supaya masakan kita ni lebih sedap dari Cik Temah tu tadi.  Belajar buat packaging yang cantik ke dan buatlah marketing sikit untuk tarik pelanggan. Betul tak.....


Sebenarnya, banyak lagi kalau aku nak cerita bab-bab kesumbangan kita dalam mencari pahala ni.  Kalau aku cerita lebih-lebih kang, korang kata aku ni macam ustazah lah plak ya.  Tapi, inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan kita seharian.  Terlalu mudah tergelincir dalam pada kita meniti perjalanan hidup.  Aku selalu ingatkan diri aku sendiri, hidup di dunia ni hanya sementara, tapi Akhirat perjalanan yang sebenar & kekal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...