Semua orang nak senang, semua orang nak mudah, semua orang nak cepat... Sebab tu lah, banyak betul produk-produk 2in1, 3in1...hinggalah 5in1 diperkenalkan dalam pasaran. Daripada kopi, milo, sabun, shampoo hinggalah ke printer. Sebabnya, semua orang suka kalau ada 1 barang yang boleh diguna untuk perkara lain. Jimatlah kan.
Tapi, kene ingat ya. Bukan semua benda boleh kita pelbagaikan fungsinya. Kalau disalahgunakan, malapetaka lah babe!!!
Cuba korang tengok betul-betul 2 benda kat bawah ni....agak-agak korang apa bendanya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hah... betul lah tu, yang 1 tu kunci kereta... yang lagi 1 tu kunci rumah. kunci kereta misti lah untuk buka pintu kereta & hidupkan enjin kereta, dan kunci rumah untuk buka pintu rumah. Bijak-bijak.
Fungsi hakiki 2 benda ni memang mutlak! Tak boleh korang nak memandai untuk ubahsuai kegunaannya, lebih-lebih lagi nak disamakategorikan dengan benda-benda kat bawah ni.... Cuba perhati, bijak tak kalau kunci-kunci penting ni korang samakan fungsinya dengan gambar-gambar kat bawah ni........
Cuba korang bayangkan, korang ambil kereta mainan ni, tekan butang kat tengah-tengah tu... agak-agak pintu kereta korang terbukak tak??? Atau, korang ambil sudu mainan ni, masukkan dalam lubang kunci rumah korang, pintu terbukak tak??? Misti la tak boleh kan....
Jadi, aku memang betul-betul tak paham kenapa ada yang selamba biarkan anak-anak main dengan kunci kereta & kunci rumah. Bila rosak atau hilang dengan selamba cakap "entahla mana anak korang campak kunci tu, tak tau la!!!" Sangap babe!!!
So, ingat ya pesan aku... anak-anak, bagi mereka mainan yang bersesuaian dengan umur dan tak merbahaya untuk mereka. Walau macam mana mereka ni merengek nak main kunci-kunci korang, bagitau mereka, kunci bukan mainan!!!
Amimarzsays : nangbutinang kuibutikui punya olang......
0 comments:
Post a Comment