Pada sesiapa yang ada anak, ciumlah anak-anak korang tu. Cium setiap hari, jangan jemu. Sebabnya, kalau korang nak tau, ibubapa yang mencium anaknya dengan ikhlas akan mendapat pahala yang besar. Betapa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kan, bila kita cium anak pun Dia bagi pahala kat kita.
1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
2. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
3. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
4. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

5. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Ni baru sebahagian dari kebaikan-kebaikan kalau kita berbuat baik pada anak-anak kita. Yalah, anak tu kan amanah dari Allah. Jadi bila kita dianugerahkan kelebihan ini, memang sepatutnya lah kita ni menjaga dan menghargai pemberian Allah ini.
Aku betul-betul tak faham kenapa ada orang yang tergamak untuk melakukan penderaan terhadap kanak-kanak. Penderaan ini termasuklah penderaan dari segi fizikal dan juga mental. Dimana agaknya sikap perikemanusiaan dalam diri pendera-pendera ni. Adakah hati mereka ni dibuat daripada batu atau pun logam, sehinggakan tandus untuk menyemai rasa kasih?
Dan aku betul-betul tak faham kenapa bagi sesetengah pasangan yang bercerai, amat-amat payah nak memberi nafkah untuk anak-anak mereka... Yang bercerai tu antara suami dan isteri, bukan bercerai antara ayah/mak dengan anak-anak. Kenapa sanggup membiarkan anak-anak hidup tersepit dan menderita. Apa jua alasan, jawapannya ada pada diri kalian sendiri.
0 comments:
Post a Comment