BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Cerita-ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita-ceriti. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Tuti dalam labu

Sambil-sambil bersin AaCUM!! Aacum!! depan PC ni, aku cuba2 la gagahkan mata dan otak untuk menaip apa saja.  Kalau nak diikutkan hati, memang pilihan pertama yang ada dalam kepala otak aku ialah, ZZZzzzzzzzkan mata aku sekejap.  Huhuhuhu....


Bila bersin ni aku teringat kat Buchuks aku... sebabnya, bila aku cerita kisah Tuti dalam labu, sampai dihujung cerita, mereka akan berpura2 bersin sekuat2 hati seperti Tuti.  Kisah & teladan ni banyak aku ceritakan pada Buchuks aku untuk aku bagi pengajaran dan peringatan pada mereka... Nasihat dalam bentuk kisah dan teladan ni salah satu cara pembelajaran yang berkesan untuk Buchuks aku, sebab mereka akan ingat pada karektor dan kisah yang aku ceritakan.

Jom layan cerita Tuti dalam labu......


Tuti dan Mimi, dua ekor anak ayam, suka berjalan-jalan dihujung kampong.  Oleh kerana mereka ni suka bermain-main, ibu mereka selalu berpesan supaya sentiasa berhati-hati.  Jangan bermain jauh2 dan jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali.  Sebabnya, kita tak tau samada orang itu baik atau pun jahat.


Satu hari, sedang mereka bermain, tanpa disedari ada seekor musang yang mengintai mereka.... “emm..dua ekor anak ayam...pastinya ada ibu mereka.  Kalaulah aku dapat makan ibu ayam ni, puas hati!!” kata musang tu dalam hati.

Si Musang pun berjalan ke arah Tuti dan Mimi, lalu menegur mereka... Pada masa ini, kedua2 anak ayam ni terlupa pesan ibu mereka supaya jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali.. Mereka pun berhenti bermain dan berbual-bual dengan musang.

“Hai anak2 comel!  Pakcik ni dah tersesat jalan.  Dan dah 2 hari pakcik tak makan.  Err... anak ni ada apa-apa makanan yang boleh beri pada pakcik tak?”  kata musang tu.

“Maaflah pak cik, kami ni takde makanan.  Tapi kat rumah kami ada banyak makanan”  jawab Tuti.

“Oh ya ke?  Kalau begitu, boleh ke pakcik datang ke rumah kamu untuk makan malam ni.  Kesianlah pada pak cik, nak...”  si musang cuba pasang perangkap.

Tanpa berfikir panjang, Tuti pun mempelawa si musang datang ke rumahnya.  Dia dah terlupa pesan ibunya.  Sebenarnya, Tuti dan Mimi tak tahu pun yang sebenarnya mereka sedang bercakap dengan musang.  Si musang tersengih gembira.  Makan besar lah dia malam ni.

Memandangkan hari dah hampir senja, maka kedua-dua anak ayam tadi pun minta diri pulang ke rumah.  Si musang berjanji akan datang ke rumah mereka untuk makan malam.

Sesampai di rumah, Tuti dan Mimi segera bagitau ibunya tentang musang tadi...

“Ibu, malam ni ada seorang pak cik akan datang ke rumah kita untuk makan malam.  Kesian dia, dah 2 hari tak makan”, ujar Tuti.

“Pak cik yang mana?  Sapa namanya?” tanya si Ibu.

“Alah, lupa lah nak tanya namanya...  Tapi pakcik tu besor, berkaki 4, badannya berbulu, ekornya panjang, hidungnya panjang,giginya tajam!!!” jawab Mimi dengan jujur.

“APA??? Wahai anak-anakku... kalau kamu  nak tahu, itulah MUSANG.  Musang ni musuh ketat kita.  Dia datang nak makan kita semua”, jawab ibu ayam hampir pengsan.

Mendengar itu, Tuti dan Mimi menangis ketakutan.. masing-masing menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu  mereka.  Berkali-kali mereka minta maaf pada ibu mereka.


Walau bagaimanapun, ibu ayam ni bijak.  Dia teringat ada sebiji labu berdekatan dengan reban mereka... lalu diajak anak-anaknya ke sana.  Labu tu labu lama  yang sudah pecah.  Sampai disana,  dia berkata kepada anak-anaknya “wahai anak2 ku, masuklah kita ke dalam labu ini untk bersembunyi pada malam ini.  Esok bila hari sudah siang, kita akan berpindah untuk mencari tempat yang  lebih selamat.”

Tak berapa lama kemudian, kedengaran si mMusang berkeliaran mencari Tuti dan keluarganya.  Puas dia berpusing-pusing di sekitar reban ayam tu, tetapi tak nampak pun bayang-bayang ayam.  “Cis, nampaknya aku sudah kene tipu dengan anak-anak ayam itu” getus si musang.

Dalam masa yang sama, didalam labu, Tuti tiba-tiba berasa hendak bersin. Lalu dia berbisik pada ibunya. 

“Ibu, saya rasa nak bersin”
“Shhh... tahan dulu bersinnya.  Musang masih ada diluar sana.  Nanti dia tahu kita bersembunyi dalam labu ni” kata ibunya.

Tetapi, tiba2 “AACUMMMM!!! AACUMMMM!!!” Tuti terbersin dengan kuatnya.  Bunyi bersinnya yang kuat itu bergema seolah-olah kedengaran seperti “TUM!!! TUM!!”

Mendengar itu, terkejut si Musang yang sedang leka mencari ayam.  Tanpa menoleh kebelakang, dia pun berlari untuk menyelamatkan diri.  Kerana bunyi Tum Tum yang dia dengar tu, disangka bunyi tembakan senapang oleh pemilik ayam.

Ibu ayam berasa lega kerana musuh mereka telah lari.  Dia tak sangka bunyi bersin Tuti menyelamatkan mereka dari dibaham oleh Musang yang licik.  Dari hari itu, Tuti dan Mimi berjanji akan sentiasa ingat pesan ibu mereka agar lebih berhati2 dan tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali.  **Tamat**

Hah! Itu la cerita Tuti dalam labu yang sering juga aku ceritakan kepada Buchuks aku....  Kelakar tak?...hehehe.... yang kelakar tu bila dua2 cuba buat2 bersin dan lumba sapa bersin paling kuat...ngeeeeee

Aku harap, walaupun dengan bercerita, tapi mereka dapat faham apa yang aku cuba sampaikan....  banyak lagi kisah2 teladan yang aku suka berkongsi dengan Buchuks aku.  Dan aku tak jemu2 untuk ulang bercerita supaya mereka sentiasa ingat pesan aku ni.  Kadang2 aku ambil giliran bercerita dengan Yaya, sebab dia dah boleh faham & hafal jalan ceritanya (bila dia terlupa, aku akan bagi hint).  Dengan cara ini jugak, aku boleh melatih Yaya berkomunikasi dalam bentuk bercerita dan menguji kefahaman dia. Play & Learn tips yang sangat  berkesan kerana anak-anak boleh belajar dalam suasana yang gumbira!!!  Cuba2 la tips  ni!


Amimarzsays  :  Watak2 dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.  Takde kene mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.  Ahaksssssss!!!

Tuesday, November 23, 2010

Who????

This has happened to me many many times... suddenly, some one just bumped into you & say hi & the conversations does not end there..its continue from one topic to another topic, topics rather personal like, “masih keje tempat lama ke?”, “anak da berapa”, “ada jumpa ke kawan kita sipulan sipulan”..while the questions keep coming from her mount, your mind start tracing, very2 deep & dig, dig and dig..but still no memories found of who is this fellow??? My god!!! How come she knows about me so much & I have no ideas who she is? Tolong2!!! And I don’t know what is the best way to ask questions like what’s your name ya? Where have we met before?  Things like that...perhaps in my mind I don’t want to belittled her by telling her, sorry, I have no idea of who you are Cik Kak.. I think it’s kind of rude!!! Don’t you think so?  I don’t know!!! Really, in this kind of situation, I really don’t know what’s the best way to act...

And at the same time, I would blame myself.  Why am I so forgetful??? Is it because of the fish head that I sooo damn like to eat or it’s because when I breath, less oxygen coming into my brain??? Or it is because of too many “urat putus” while giving birth to my 2 Buchuks or what????

When thinks like this happen, I’ll pray hard that she will go off quickly.. or I’ll try to cut short the conversation... “okay la, see u again, need to catch up the train” or “I need to buy something now” or anything....and pray hard that I’ll never meet her again, not atleast until I know who she is..ngeeeeee

In the cyber world, things like this also happening to me!!! Recently, I received an invitation in my FB.  The same case like above, her intro posted in my PM box “ni MJ yang duduk kat Kg Sawah NS tu ke?, Kalau ya, saya nak carik kawan2 lama” (note : my picture profile is greeny wood). This is definitely me, bcoz the chances of having 2 MJs in Kg Sawah is not likely going to happen – some more., my name is kind of like unique too... very2 rare I found a name same like me..hehehehe.  So, I’m preety sure she was refering to me...

Since we are not actually facing each other, so I brave myself asked her “ya, sape ni?”

Then she reply “Saya so & so, dari ..............., ingat tak?” 

Still hasn’t rang any bell “Maaf la, sy tak ingat.  Kita kenal kat mana ya?”

Kita kenal melalui ZR.......”  No, no, no!!!...the more clues she gave, the more clueless I became....


After 3 messages back to back, her last sentence that makes me think as for now, my act of “pura2 kenal” is the best way to avoid embarrassment to either me or the other party, which is “kalu tak ingat takpe, add je la” Dush! Dush! Dushhhhhhhh!!!!


Amimars says : loteh nak mikir an..sampai la ni tak ingat! huhuhu

Monday, November 22, 2010

Ai loike.....

ikan


Emm.... cantek tak bentuk-bentuk origami ni... tak sangka ya, duit USD1 ni boleh dilipat-lipat dan dibuat pelbagai bentuk... memang kreatif la orang yang buat ni kan...

Dulu aku pernah la cuba-cuba nak buat origami ni.  Buat yang basic la, yang orang selalu buat – origami burung jinjang..tapi 10kali ajar, 10kali gak fail!!!.... sampai letih member aku nak ngajar... dia kata ni misti sebab kecik-kecik tangan tak bedong.. ngeeeeee.   Kesian aku..takde seni gubahan langsung..huhuhu

Apa-apa pun aku harap korang gembira cuci  mata tengok USD-USD yang dilipat-lipat sebegini comey....



 kelawar



 Baju


 Camera



 Ketam


Kala



 Kereta kebal



 Labah-labah




 Ikan jerung




Mangkuk tandas



Amimarzsays : Salute kat orang yang buat origami ni...

Monday, November 15, 2010

Salah siapa dia jadi begini????



Kesian betul tengok Cik Ti tu kan...Macam mana la kepala dia boleh tersepit kat dalam printer tu ya... tak agak-agak betul dia ni buat kerja....ngeeeeeeee

Aku rasa sekali pandang gambar ni, korang misti tergelak punya... memang kelakar betul!!! Hahahaha

Tapi dalam pada kita ni gelakkan kesilapan orang lain, pernah tak kita sendiri terfikir yang kadang kala kita sendiri pernah terkantoi macam Cik Ti kita ni.... dan orang lain yang tengok dari jauh samada mereka dengan senang hatinya mentertawakan kita, atau memberikan senyuman sumbing ataupun berjalan dengan selamba yang dikontrol-kontrol  yang kemudian disusuli dengan gelak-gelak kecik yang cukup menghiris hati korang...pernah???

Sebab tu lah, kalau kita nak buat sesuatu benda, kene la fikir dahulu lepas tu baru buat.  Jangan pulak kita buat dulu, kemudian baru nak fikir....  Orang tua-tua kata, kalau dah mula terbalik, jadinya terbalik la jugak!!! Kalau kita nak buat sesuatu perkara, yang seeloknya kenalah ada modus operandinya.  Biar la teratur sikit kerja kita tu nanti.  Jangan lupa juga untuk sediakan back up plan, manalah tau, kot-kot planning kita tak berjalan seperti yang dirancang.  Jadi, ia akan mengelakkan diri dari tersepit macam Cik Ti ni..ngeeeeeeeee


Ada juga kes, kadang-kadang kita dah fikir masak-masak dan  buat pertimbangan, tapi ada jugak masalah yang timbul.  Emmmmm..kalau nak fikir tu kene la fikir secara rasional dan bukannya ikut perasaan.  Ikut rasa binasa, ikut hati mati... so, baiknya, bila nak fikir tu guna lah akal.  Kalau agak-agak masih buntu, tanyalah pada orang yang lebih berpengalaman.


Amimarzsays : tapi kalau dah nak terkantoi jugak..tu namanya DUGAAN!!!



Wednesday, November 3, 2010

Iktibar untuk diri sendiri

Semalam member kasik 1 blog kepunyaan kawan jauhhhhh kami la... sbnrnya, dulu masa sama2 keje skali, takde la amik tau sgt pasal hal minah ni...tp, sbb rasa nak tau apa yg  hot sgt citernya, aku pun visit2 la blog kawan ni td..Ya rabbi!!! Terkejut & terkedu la baca entry & comment2 yg pada hemat aku ni, sungguh keterlaluan & memalukan.

Alkisah, bermula citer, konon2 kawan ni nak buat citer ala2 kebudak2an, tp tak disangka rupa2nya dia ni ada musuh dalam selimut, kene kasik hantam & taruk KAW2 punya!!!!

Bukan la aku nak curah cuka kat luka pulak (aisey...baeekkk punya peribahasa pg ni), tu blog dia, citer dia, hal dia...Cuma, utk aku yg baru seminggu tercebur diri dlm dunia blog ni, pd aku ini peringatan terbaik utk aku amik iktibar!!! Selama ni aku follow blog2 yg ada, tak kira la personal blog ke business blog ke apa ke, tak jumpa lg la yg kes macam ni...

Walaupun blog ni blog peribadi, tp kita sdr yg membuka pintu utk org luar menilai peribadi kita...  kita sendri tak akan tau sapa yg akan baca blog kita ni, boleh jd yg baca tu kawan2, kawan kepada kawan, strangers or even ‘musuh’ kita!!! So, sendri mau ingat la ya!!!!

Amimarz says : tak tau pula POYO tu maksudnya cantek!!! (betul ke ada dlm kamus Dewan?)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...