BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 28, 2010

Jawapan Basi!

Alkisah, pagi ni BFF aku bagitau,  Akak SI (kawan lamaaaaaaaa kami) dari tempat kerja lama tetiba sapa dia kat FB hari Sabtu lepas....Ding ding dong!!! Wah! Ni mimpi apa plak tetiba menyapa..heheheh misti ada hot news la kan... kalau tak, tak kan nak sapa, betul tak?

Apa kes dengan kawan yg sorang ni... Actually, aku berenti dari tempat kerja lama tu since 2006 (BFF aku 2005)... da lama lah kan.  Masa kat tempat keje lama, kami ni macam 3Dara Pingitan.  Kemana-mana misti bersama.  Bila nak berpisah tu, sedihlah kan nak tinggalkan kawan.  So, masa last day tu, dia kata friends for ever ya...hehehehe

Walaupun dah tak setempat kerja, tapi kami  contact each other everyday.. ye la, YM kan ada. Tapi, kebahagiaan yang dikecapi hanyalah sementara. Ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari..cewahhhhhhh!!!


Sebulan, dua je ok... masuk bulan keempat, senyap je... kita BUZZ dua tiga kali buat dek je..huhuhu.. apasal dengan kawan yang sorang ni... Dia kecik hati dengan aku ke.. Tak puas hati betul aku.  So, aku pun tanya la dengan BFF aku, dia pun terima nasib yang sama dengan aku... Kami ni  berdua pun termangu-mangu la, apa la salah kami, si Akak ni yang dulu berikrar Friends for ever ni tetiba mematikan talian hayatnya dengan kami...huhuhu

Selang beberapa bulan, aku cuba bertanya kabar lagi kat YM... (mana lah tau, dia tak busy kan...) Sepatah aku taip, sepatah tu yang dia jawab... lepas tu senyap je... sodih bonar la masa tu.... tapi aku tegur.. dan tegur.. tegur lagi!!!

Akhirnya, aku ambil keputusan aku nak stop tegur dia dulu kat YM.  Takkan aku je yang idung tak mancung, pipi tersorong-sorong plak kan. 

Berbalik kepada BFF aku ni, so aku pun tanya la, sembang apa ngan Akak tu. 

“Takde apa, sembang kosong.  Apa  soklan dia tanya saya, soklan tu jugak saya tanya dia..” BFF aku bagitau. “Lagi pun, jawapan dia tu semuanya dah BASI lah”

“Apasal basi??” Aku tanya

“Sama je jawapan dia cam dulu gak, kita dah tau... tak de perubahan langsung (since 2007).  Lagi pun saya dah terkedu nak cakap apa dengan dia.  Dah lama sangat dia membatu....”
Alahai..... No comment Babe!!!


Amimarzsays  :  Tak suka orang manis mulut dibibir saja!!!!

Friday, November 26, 2010

Giveaway Kecantikan #5

Ni saja-saja nak cuba nasib (rezki pukul 1 pagi, manalah tau..hehehe)


Sebenarnya, ni la first time Aku nak melibatkan diri ngan Contest-contest ni.. Ye la, tiap sesuatu tu misti ada permulaannya..ye tak?... Kalau tak, mana nak dapat pengalaman.

Orang kata jauh berjalan, luas pandangan... tapi sekarang ni dah tak payah nak jalan jauh-jauh sebab dengan blogwalking pun kita boleh timba ilmu & tambah kenalan..betul tak??..heheheh

Kenapa aku tetiba berminat nak masuk contest ni sebab hadiahnya menarik la.. Lip color magic tu, babe!!!.. Biasalah, orang perempuan ni memang sukakan make-up2 ni kan...lagi-lagi kalau dapat free..ngeeeeee

Amimarzsays : Rezki pukul 1.16agi  (entry siap!!)..Dapek la kat den yo...

Saya Suka Blog Awak La!




Dah lama tak join segmen En Ben ni... Since esok pun cuti, so layan sini dulu la...hehehe

5 blog yang aku suka (yang lain-lain pun aku suka jugak..cuma En Ben mintak senarai 5 je..jangan mare ya..ngeeee) adalah....

Yang pertama :   Sunnies oh Sunnies oleh Mas.  
Ni blog kazen aku.  Apa-apa yang dia buat, aku suka!!!  Sebab apa-apa yang dia buat, misti something yang baik & bagus.  Well done kazen!!!  (Mana ntah kazen aku ni pegi, cuti seminggu la plak ya...huhuhu)



Yang kedua    :    Hidup itu Indah oleh LM
1st time jenguk blog dia ni aku dah suka, maybe sebab blognya warna pink..heheheh... No lahhh!!! Blog dia memang best, sebab olahan & style dia.  Lagipun, kejap-kejap lagi aku nak masuk segmen GA dia..hahahaha (kasik intro dulu la..ngeeeeeee)



Yang ketiga    :    Ladyziana78 oleh NaNa
Mula-mula terjah blog dia, pelik sebab sikit-sikit kene bertempek..auwwwwwwww!!! Dari blognya, aku rasa Nana ni seorang yang ceria... Aku suka kawan dengan orang yang ceria, sebab boleh dapat tempias cerianya...hehehhe



Yang keempat :    mummynemo.com oleh Ellen
Kenapa aku suka blog ni.  Sebab dia ada A MUST VISIT BLOG list (aku pun dalam list dia gak..TQ Ellen).. Tapi yang buat nama dia naik hari ni sebab aku macam terkekek-kekek baca citer tikus & tuala wanita petang tadi... aduhai...telur tikus...hahahaha


Yang kelima    :    Wonderful Words of Life oleh Ainul
Aku rasa persamaan antara blog aku dengan blog Ainul ialah, blog kami sama-sama masih baru... Kalau ada kawan-kawan yang sama dengan kita, kira oklah kan, boleh la tolong-menolong...ya tak Pn Ainul..hehehe

Aku terjumpa segmen ni masa buat singgahan wajib pagi2 ke blog En Ben.... (kat opis berkobar-kobar nak buat segmen ni, tp sabor2 byk kohje..esok cuti..hehehhe)



Takat ni dulu lah segmen Saya suka blog awak la! dari aku.  Kalau esok-esok En Ben buat segmen ni part 2, 3 or 4 aku letak pulak blog-blog lain yang aku suka...Banyak ni...ngeeeee

Amimarzsays : korang suka aku tak????

Thursday, November 25, 2010

Laguku untuk mu...

Ikan kekek mak ilui-ilui
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak ilui-ilui
Pulang sama mak ilai-ilai

Tenang-tenang air di laut
Sampan golek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik rasa dijunjung

Ikan kekek mak ilui-ilui
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak ilui-ilui
Pulang sama mak ilai-ilai

Ingat lagi tak korang dekat lagu rakyat ni…. Jujurnya, banyak lagu-lagu rakyat yang aku dah lupa.  Tapi, terima kasih untuk majalah Pa&Ma bulan ni, sebab ada ruangan bonus yang memaparkan lagu-lagu rakyat yang sering dinyanyikan oleh mak-mak kita dulu kala untuk mendodoikan kita. 

Lagu Ikan Kekek ini antara lagu yang aku selalu nyanyi masa kecik-kecik.  Banyak lagi lagu-lagu rakyat yang dipaparkan dalam majalah Pa&Ma.  Kalau korang nak tau, kene la beli ya majalah tu (takut kene marah dengan Editor Pa&Ma plak kalau tulis semuanya..hehehe).

Bila tengok balik lagu-lagu yang ada dalam ruangan ini, aku teringat masa bercamping  zaman belajar dulu.   Bila aktiviti berkumpul kat unggun api, kami akan nyanyikan lagu ni beramai-ramai.  Tapi, of course la aku dah lupa apa lirik yang aku cipta spontan masa tu. ngeeeee

So, aku pun nyanyikan lah lagu ni dengan Buchuks aku.  Aku ubahlah sikit liriknya agar bersesuaian dengan kitorang.  Barulah seronok tengok reaksi diorang tu…ngeeeeee.  Nak tau lagu apa…emmm, scroll down…………

Buchuks & Kazen Yana

Hah!  Inilah lagunya....jeng, jeng, jeng!!!

Dimana dia anak kambing Ami
Anak kambing Ami yang suka main belon
Dimana dia cinta hati Ami
Cinta hati Ami yang suka minta kelon

Can mali can hohoi...
Can mali can hohoi...
Can mali can
Ketipung payung…

Bila dengar je perkataan kelon tu dua-dua pakat datang dekat dan peluk aku.  Perkataan kelon tu ialah perkataan dalam Bahasa Jawa.  Kalau dalam Bahasa Melayu maknanya ialah peluk.  Jadi, bila aku nyanyi cinta hati aku yang suka minta kelon, tu yang Buchuks datang peluk aku.  Sebab diorang ni memang suka aku peluk, especially bila nak tido… Bahagianya….ngeeeeeeee


Amimarsays : Pening nak jawap soklan "Kambing boleh main belon ke, Ami???" huhuhu

Tuesday, November 23, 2010

Salam terakhir.

Baru sekejap Mr Hubby telefon bagitau, Tok Janggut (atuk sedara) meninggal dunia pagi tadi.  Terkejut dan sedih bila dapat berita ni.  

Kehilangan Tok Janggut ni memang dirasai oleh Mr Hubby.  Masih ingat lagi, masa on the way nak balik kampung untuk beraya aritu(Aidilfitri), perkara yang dia ulang-ulang ialah nak ziarah Tok Janggut dan Nik (isterinya).  Dah lama betul tak jumpa dengan mereka berdua tu.  Dia siap pesan kat aku untuk belikan barang-barang dapur untuk dibawa masa menziarah tu.  Alhamdulillah, hajatnya tercapai.  Hari tu, sempatlah dia berjumpa buat kali terakhir.

Hanya doa yang dapat diiringkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.  Amin.

Who????

This has happened to me many many times... suddenly, some one just bumped into you & say hi & the conversations does not end there..its continue from one topic to another topic, topics rather personal like, “masih keje tempat lama ke?”, “anak da berapa”, “ada jumpa ke kawan kita sipulan sipulan”..while the questions keep coming from her mount, your mind start tracing, very2 deep & dig, dig and dig..but still no memories found of who is this fellow??? My god!!! How come she knows about me so much & I have no ideas who she is? Tolong2!!! And I don’t know what is the best way to ask questions like what’s your name ya? Where have we met before?  Things like that...perhaps in my mind I don’t want to belittled her by telling her, sorry, I have no idea of who you are Cik Kak.. I think it’s kind of rude!!! Don’t you think so?  I don’t know!!! Really, in this kind of situation, I really don’t know what’s the best way to act...

And at the same time, I would blame myself.  Why am I so forgetful??? Is it because of the fish head that I sooo damn like to eat or it’s because when I breath, less oxygen coming into my brain??? Or it is because of too many “urat putus” while giving birth to my 2 Buchuks or what????

When thinks like this happen, I’ll pray hard that she will go off quickly.. or I’ll try to cut short the conversation... “okay la, see u again, need to catch up the train” or “I need to buy something now” or anything....and pray hard that I’ll never meet her again, not atleast until I know who she is..ngeeeeee

In the cyber world, things like this also happening to me!!! Recently, I received an invitation in my FB.  The same case like above, her intro posted in my PM box “ni MJ yang duduk kat Kg Sawah NS tu ke?, Kalau ya, saya nak carik kawan2 lama” (note : my picture profile is greeny wood). This is definitely me, bcoz the chances of having 2 MJs in Kg Sawah is not likely going to happen – some more., my name is kind of like unique too... very2 rare I found a name same like me..hehehehe.  So, I’m preety sure she was refering to me...

Since we are not actually facing each other, so I brave myself asked her “ya, sape ni?”

Then she reply “Saya so & so, dari ..............., ingat tak?” 

Still hasn’t rang any bell “Maaf la, sy tak ingat.  Kita kenal kat mana ya?”

Kita kenal melalui ZR.......”  No, no, no!!!...the more clues she gave, the more clueless I became....


After 3 messages back to back, her last sentence that makes me think as for now, my act of “pura2 kenal” is the best way to avoid embarrassment to either me or the other party, which is “kalu tak ingat takpe, add je la” Dush! Dush! Dushhhhhhhh!!!!


Amimars says : loteh nak mikir an..sampai la ni tak ingat! huhuhu

Monday, November 22, 2010

Ai loike.....

ikan


Emm.... cantek tak bentuk-bentuk origami ni... tak sangka ya, duit USD1 ni boleh dilipat-lipat dan dibuat pelbagai bentuk... memang kreatif la orang yang buat ni kan...

Dulu aku pernah la cuba-cuba nak buat origami ni.  Buat yang basic la, yang orang selalu buat – origami burung jinjang..tapi 10kali ajar, 10kali gak fail!!!.... sampai letih member aku nak ngajar... dia kata ni misti sebab kecik-kecik tangan tak bedong.. ngeeeeee.   Kesian aku..takde seni gubahan langsung..huhuhu

Apa-apa pun aku harap korang gembira cuci  mata tengok USD-USD yang dilipat-lipat sebegini comey....



 kelawar



 Baju


 Camera



 Ketam


Kala



 Kereta kebal



 Labah-labah




 Ikan jerung




Mangkuk tandas



Amimarzsays : Salute kat orang yang buat origami ni...

Friday, November 19, 2010

Buang masa aku aje.....

Kenapa dia tak tahu nak menghargai masa....

Kenapa dia tak tahu nak menepati masa....

Kenapa dia tak fikir masa orang lain yang terbazir sebab nak tunggu dia....

Kenapa dia hanya pentingkan diri sendiri....

Kenapa dia tak fikir kepayahan orang lain...

Kenapa dia tak bersikap professional.....


Nak tau kenapa banyak sangat kenapa dalam entry ari ni....sebabnya semalam aku memang bengang gila kat somebody ni sebabnya :-

1)   Dia yang buat appointment pukul 5pm!!!
2)   Dia yang tak reti nak arrange masa dia untuk attend appointment tu!!!
3)   Dia suruh jugak aku tunggu sampai dia habis meeting!!!

Agak-agak la “Ah soh” woiii..kalu nak suruh tunggu tu pun, man-man la..takkan la sampai 2jam setengah aku nak kene tunggu untuk ko freekan diri interview aku!!!!  Appointment dah buat seminggu, PA  ko pun telefon 2kali untuk reconfirm appointment....

Akhirnya, lepas habis je interview tu, aku buat keputusan, aku tak mau lah kerja dengan ko!!!

Sebabnya kenapa???
Satu je sebabnya - 1st impression ko teruk la “Ah Soh” (bukan appearance, ok) tapi ko tak punctual!!! 2jam setengah tu menunggu tak masuk akal lah (kalau tak sebab PA ko yang kejap-kejap datang jumpa aku dengan senyuman manis tu, dah lama aku blah)....  Aku boleh bayangkan kekukubesian & ketidakperi pertimbangan ko dekat orang-orang sekeliling.


Biar la buat sementara waktu ni aku jadi penumpang setia bas SKS, yang commit dengan slogan 120 times daily tu...  masih belum desperate lagi nak masuk mulut harimau!!!

Amimarzsays : menyesal ai pergi!!!!

Tuesday, November 16, 2010

Esok Raya!!!

Emm..tak senang hati duduk kat opis ni, kejap-kejap tengok kat luar, kejap-kejap tengok jam..tengok kiri - kosong, tengok kanan-dinding..ngeeeeeee... alahaiii........ sunyi la pulak.  Bila lah nak pukul 5.30 ni...lambatnya!!! Hujan kat luar tu dah berhenti ke belum... mintak-mintak pukul 5.30 ni dah tak hujan, kalau tak sure basah punya... menggigil la pulak dalam tren nanti... Tak sabar nak balik kampung ni...hehehe (macam dah lama benor la pulak aku tak balik kg ya...ngeeeeeee)

Alahai, apa agaknya mak aku tengah  buat sekarang ni ya??? Apa menu untuk esok?  Nasik impit, kuah kacang confirm ada... rendang ke ayam masak tauhu???  Da siap ke kelapa, serai, daging, kacang, cili, bawang?  Dah siap lah kot, sebabnya Andak ada kat rumah tu, misti dia tolong mak  kan.  Tapi kalau tak siap lagi, kene la aku tolong-tolong  apa yang patut malam ni.. Ye la, takkan semua nak siapkan pagi esok.. Mau kelam kabut dibuatnya kan.

Aku rasa petang ni jalan misti jemmed.  Sebab semua sibuk nak balik kampung. Sebab ESOK RAYA!!! Raya apa? Raya Haji @ Aidil Adha.  Di sesetengah tempat sambutan raya haji ni tak berapa meriah macam raya puasa, tapi raya tetap raya... Walaupun takde kuih raya & duit raya, tak salah kalau kita nak ambil kesempatan ni untuk menziarahi sanak saudara (esp yang tak sempat kita kunjungi  masa raya Aidilfitri yang lalu...ada ke?...)

Untuk semua yang nak balik kampung beraya, berhati-hati di jalan raya.  Utamakan keselamatan!!! Lambat sampai takpe, jangan tak sampai langsung.  Beringat-ingat semasa bergembira, jangan nanti mengundang duka.  Dalam kita bersuka ria, jangan dilupa pada yang kurang bernasib baik.  Harap-harap esok pagi kita bukan sekadar menadah tangan untuk menerima habuan daging korban tapi yang paling utama ialah penghayatan korban sebenar diambil ikhtibar dan jangan diambil mudah. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR & BATIN

Amimarzsays : terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog ni, dan double terima kasih juga yg sudi follow blog ni..

Monday, November 15, 2010

Salah siapa dia jadi begini????



Kesian betul tengok Cik Ti tu kan...Macam mana la kepala dia boleh tersepit kat dalam printer tu ya... tak agak-agak betul dia ni buat kerja....ngeeeeeeee

Aku rasa sekali pandang gambar ni, korang misti tergelak punya... memang kelakar betul!!! Hahahaha

Tapi dalam pada kita ni gelakkan kesilapan orang lain, pernah tak kita sendiri terfikir yang kadang kala kita sendiri pernah terkantoi macam Cik Ti kita ni.... dan orang lain yang tengok dari jauh samada mereka dengan senang hatinya mentertawakan kita, atau memberikan senyuman sumbing ataupun berjalan dengan selamba yang dikontrol-kontrol  yang kemudian disusuli dengan gelak-gelak kecik yang cukup menghiris hati korang...pernah???

Sebab tu lah, kalau kita nak buat sesuatu benda, kene la fikir dahulu lepas tu baru buat.  Jangan pulak kita buat dulu, kemudian baru nak fikir....  Orang tua-tua kata, kalau dah mula terbalik, jadinya terbalik la jugak!!! Kalau kita nak buat sesuatu perkara, yang seeloknya kenalah ada modus operandinya.  Biar la teratur sikit kerja kita tu nanti.  Jangan lupa juga untuk sediakan back up plan, manalah tau, kot-kot planning kita tak berjalan seperti yang dirancang.  Jadi, ia akan mengelakkan diri dari tersepit macam Cik Ti ni..ngeeeeeeeee


Ada juga kes, kadang-kadang kita dah fikir masak-masak dan  buat pertimbangan, tapi ada jugak masalah yang timbul.  Emmmmm..kalau nak fikir tu kene la fikir secara rasional dan bukannya ikut perasaan.  Ikut rasa binasa, ikut hati mati... so, baiknya, bila nak fikir tu guna lah akal.  Kalau agak-agak masih buntu, tanyalah pada orang yang lebih berpengalaman.


Amimarzsays : tapi kalau dah nak terkantoi jugak..tu namanya DUGAAN!!!



Sunday, November 14, 2010

Jom berkenalan...Khas buat blogger baru.

Pagi ni bukak blog kazen Sunnies Mas, rasa macam teringin pulak nak join blogger komuniti ni secara aktif.  Ye la, seronok jugak kalau boleh tambah kawan kat sini kan.. Tapi sebelum nak mula, credit utk Ben Ashaari atas kesudian melapangkan masa untuk bagi sokongan moral & panduan untuk blogger-blogger baru seperti aku ni.





Salam perkenalan untuk semua dan selamat datang ke blog aku yang tak seberapa ni.  Untuk makluman semua, aku ni baru je berjinak-jinak dalam arena blog ni.  Sebelum ni, aku cuma sekadar jadi follower blog-blog orang lain saja.. tak terlintas pun nak buat blog sendiri, sehingga la bila aku pindah ke rumah sendiri, aku rasa kesunyian sebabnya terpaksa berjauhan dengan anak-anak aku.  Jadi disitulah timbul idea untuk buat blog ni, sebagai mengisi masa lapang aku.  Tapi, tak sangka pulak, rupa-rupanya bila ada blog sendiri ni best juga sebab kita boleh luahan idea kreatif kita disamping boleh meluahkan apa yang terbuku dalam kepala/perasaan yang sukar kalau kita nak suarakan secara bersemuka...

Masih banyak yang aku kene belajar tentang blog ni especially untuk jadikannya nampak lebih menarik, tertarik dan deBOMM!!! Al maklumlah, usia blog ni pun tak sampai sebulan di alam maya ni..hehehehe.  Yalah, blog kene la ada daya tarikannya tersendiri, baru la boleh nak tarik orang untuk datang selalu dan kalau ada yang nak jadi follower lagi bagus kan.... Walaupun pada awalnya, blog ni hanya untuk mengisi ruang kosong dalam hidup aku, tapi aku harap dengan adanya blog aku yang tak seberapanya ni, dapat menambah keceriaan dan berkongsi ilmu dengan semua.  Jadi, kepada sesiapa yang singgah ke sini, sudi-sudilah kiranya memberi tunjuk ajar dan panduan untuk aku ya.  Dan untuk En Ben terima kasih sekali lagi ya!!!

Amimarzsays : Berkawan biar beribu...musuh aku tak mau ya...
p/s : En Ben, entry aku ni penuhu syarat tak???

Saturday, November 13, 2010

Atas permintaan mu....

Atas permintaan sorang kawan ni, aku pun tunaikan la.  Bila dia baca entri aku pasal metafizik, dia pun terus Buzz aku kat YM, and suruh aku kirakan tarikh lahir dia…  Bisa diatur!!!

So, birthday dia 10.10.1977.  Lepas aku kira-kira, dapatlah nombor akarnya 8, manakala no chasis nya ialah 1-1-8.  So, apa karektor kawan aku ni ikut pandangan Metafizik. Orang no. 8 ni ialah sorang yang bertanggungjawab tapi ada sedikit panas baran & cepat nak naik hangin!!!  Walau bagaimanapun, orang no.8 ni ialah orang-orang yang boleh pikul tanggangjawab dan terima tekanan kerja.. (sebab byk tekanan kerja, tu yang cepat berangin tu…hahaha).  Masalah orang no. 8 ni, kalau kita tak bagi dia apa-apa kerja, dia akan mula kacau kerja orang lain… sebabnya, dia akan lagi rasa TERTEKAN kalau takde kerja, berbanding tekanan kerana kerja…(ni amat bahaya kalau bos tau… bertambah-tambah kerja la lepas ni ya..ngeeeeeee)

Selain dari suka diberi tanggungjawab, orang no. 8 ni juga materialistik, ego nya tinggi, suka kepada kebebasan dan tak suka dikongkong.  Walaupun agak keras kepala, tapi orang no. 8 ni seorang yang BAIK HATI, suka tolong orang, lembut dan mudah cair bila dipujuk. Hati-hati dengan orang no. 8 ni sebab six sense nya amat la kuat!!!

Selain dari no. akar, ada juga nombor-nombor kombinasi yang tak orang berlainan… setiap nombor kombinasi ni pun ada karektornya yang tersendiri… macam kawan aku ni, dia ni memiliki nombor-nombor kombinasi 1,2,3 iaitu mulut laser (memang pun dia ni terlalu berterus terang atau pun sound direct kalau ada apa-apa hal yang dia tak suka!!!)… walaupun dia ni jenis sound direct punya orang, tapi dalam masa yang sama ramai orang yang suka kat dia, sebab dia ni ada nombor kombinasi  2,7,9 iaitu no pelaris…auwwwww… orang yang ada no kombinasi ni, pandai menarik perhatian orang lain.  Maknanya, dia ni ada daya tarikan semulajadi & karisma yang membuatkan orang lain tertarik untuk berkawan dengan dia… (no wonder, you hot girl!!!)

Tapi, satu yang perlu diperbaiki ialah dia ni ada masalah kebocoran wang, sebabnya nombor kombinasi 3,3,6 yang dia miliki… maksudnya, duit senang masuk, tapi sekejapan je, lepas tu misti dia ni akan belanjakan duit tu…  Masalah la kan…  Macam mana nak atasi masalah kebocoran wang ni… Caranya, kemudian nanti la aku cerita ya..hehehehehe

Emmm… boleh tahan tak explanation aku pasal maksud tarikh lahir kawan aku ni…  Sebenarnya, ada lagi huraian yang aku buat, tapi ia lebih kepada peribadi… so, yang lain-lain tu aku akan bagitau personally kat kawan aku tu…

Amimarzsays :  sekadar bersuka-suka di hari minggu ya!!!  

Cerita semalam.


Cuti hujung minggu yang memang aku tunggu-tunggu, sebab it's time untuk aku spend masa dengan Buchuks aku kat rumah aku sendiri...  Memang aku da jangka, aku akan sibuk sepanjang masa melayan karenah diorang ni...

Semalam, awal-awal pagi lagi, kami dah dapat tetamu…sapa lagi kalu bukan Dina dan Ain, anak jiran sebelah umah aku tu…  diorang ni kawan Buchuks aku kalau balik ke Senawang.  Walaupun baru sebulan lebih kami pindah ke sini, tapi budak-budak ni cepat mesra.  Tiap kali terserempak dengan mereka ni, misti bertanyakan pasal Buchuks aku… letih la gak masa mula-mula nak explain kat diorang ni, Buchuks aku tu kat kampong dengan nenek nya… bila cuti dan hujung minggu barulah ada kat sini…  kene la tunggu petang Jumaat baru lah aku akan ambil Buchuks aku ni…
Hari Jumaat tu, sampai je kami kat rumah, terus diorang ni panggil Buchuks aku, nak ajak main masak-masak… alahaiiii..teringat zaman kanak-kanak dulu… evergreen sungguh permainan masak-masak ni or playing pretends ni kan..hehehe

Sambil-sambil anak-anak ni main sama-sama, aku pun sediakan sikit makanan… superfast breakfast preparation - burger ayam dan mini sandwich. Coco crunch & apple kudapan sampingan.






Emm…tengok la diorang tu makan…cukup berselera je…sebenarnya, yang syok tu tengok diorang ni berlumba-lumba nak habiskan makanan diorang tu.. biasalah, budak-budak ni kalau makan berkawan memang cukup berselera.

Tengahari aku tak masak untuk lunch, sebab dapat invitation opening restaurant adik opismate aku kat Saujana Utama… Jauh tuuuuuu!!! Tapi disebabkan ada 1 menu yang memang aku minat giler, so aku ajak gak la Mr Hubby bawak aku ke Sungai Buloh!!!

Emmm…memang jauh!!! Kami ni memang la tak familiar dengan area Sg Buloh tu…ikut map yang dia bagi, macam complicated la plak… orang tua2 kata, "malu bertanya, sesat jalan", so kami singgah la bertanya kat kedai runcit kat area Sg Buloh tu... Mamat tu kata " terus, lepas 3 traffik lights, masuk kiri...." betul!!! Kami sampai dengan selamatnya ...




Hah…ni la kedai yang kami nak pergi tu..Ruen Thai Corner… gambor ni aku amik dari dalam kereta…sebenarnya, masih lagi malu-malu nak amik gambar beriya-iya..(kalu malu tak yah la nak jadi blogger kan…huhuhu)

Masa sampai tu ada la 3 orang opismate yang dah sampai… Tengok diorang makan, terliur la plak aku..  So, tak tunggu lama, aku pun join diorang sekali la..  Sedap punya pasal, aku boleh terlupa nak snap gambor2 masa kat sana.. Tadi aku ada kata, aku datang ni pun sebab menu special yang diorang sediakan.. Nasib baik sempat ambil gambor ni sebelum semuanya habis masuk dalam perut aku…hehehehehe



Hah!!! Inilah dia, Niam Kang (harap2 betul la ejaan nya ya….) apa benda nya ni..ini la dia salah satu hidangan Thai.  Sekali pandang macam daun sireh, tapi sebenarnya daun kaduk… Nak makannya pun ala-ala makan sireh, tapi of course la bukan kapur & pinang…hehehehe

So, macam mana nak makan Niam Kang ni… Caranya ialah masukkan bahan-bahan nya iaitu kacang tanah, hirisan kelapa, halia, bawang besar, limau nipis, cili padi, udang geragau dan yang paling penting ialah kuahnya (kuah ni manis rasanya).  Bila dah masukkan semua bahan-bahan ni, bungkus macam sireh, dan apa lagi, masuk mulut laaaaaa…emmm…sedap giler!!! Cukup semua rasanya.. ada rasa manis, masam, lemak, pedas ditambah rasa udang geragau tu… tapi hati-hati, kalau tergigih cili tu, cepat-cepat la minum air..berasap telinga!!!!  Sambil-sambil bersembang, tak perasan habis sepinggan mengadap benda ni...ngeeee

Masa on the way tadi, tetiba macam teringin nak singgah rumah kazen Sunnies Mas...(dia siap dah post kat blognya, aku nak datang rumah dia).  Dah lama dia ajak, tapi tak berkesempatan nak pegi.  Since dah dekat dengan rumah dia, so aku ingat nak nak singgah la kejap.   Tapi balik dr Saujana Utama tu, Mr Hubby ikut direction dari Hubby kawan aku (sbb dia dok sibuk cakap tadi hampir-hampir sesat), so kawan tu bagi direction yang senang la pulak…  Tup-tup, kami sampai ke Tol Batu Tiga, Shah Alam…. Alamak!!! Jauh la plak nak pusing balik ke Sri Damansara!!!  So, kami pun terus je la balik ke PD..(huhuhu, tak kesampaian gak aku nak bertandang ke rumah kazen aku tu).   Sampai je kat rumah Mak aku, memang orang tua tu tengah tunggu-tunggu aku balik…memang tepat la langkah kami.

Friday, November 12, 2010

Da lama mengidam....

This will be a very short entry....suddenly masa kepala otak ni tengah fikir pasal presentation aku, tetiba aku teringat kegilaan & keinginan aku satu masa dulu..yang sampai sekarang ni aku belum dapat tunaikan...huhuhu

Macam suspen je kan bunyinya... apa agaknya yang aku nak buat tu ya...sebenarnya, aku ni dah lama teringin nak warnakan rambut aku ni..hehehe (alamak!!! ingatkan apa la tadikan..ngeeeeeee)


Tapi aku bukan nak warnakan rambut aku macam si Reese Witherspoon ni... Tapi aku memang teringin benor la nak warnakan rambut aku macam Minah-minah ni....hehehehe..macam cantek je kan rambut merah diorang tu kan...



Tapi masalahnya, aku tak dapat greenlite dari family aku..huhuhu

Dulu masa bujang pernah la aku bagitau Mak, aku nak warnakan rambut..tp dia kata tanya kat Ayah...pastu Ayah aku dengar dia kata "kalau warnakan rambut tu nanti balik kampung Ayah botakkan kepala tu..."  huhuhu..garang betul la Wak Jalil ni.  Ku pendam rasa....

Takpe, lepas aku kawin, aku tanya pulak Mr Hubby aku...dia kata suka hati aku la, TAPI kalu dosa tu aku tanggung sendiri yaaaaaa.... huhuhu (tak nak kasik, kata la tak kasik!!!)

Akhirnya, bila aku tengok gambar Lisa Surihari, aku rasa baik aku kekalkan je la rambut ku yang hitam menawan ni...hehehehe

Amimarzsays : times up!!! Hitam itu menawan.

Thursday, November 11, 2010

Bowling @ Jusco Somban 2

Agak-agak korang, ni sapa yang main bowling ni…Kakak atau pun Atehnya???

Hahahah…tu la gaya Buchuks aku masa kitorang main bowling ari Sabtu yang lepas…  tiap kali kitorang baling bola, tiap kali tu la diorang ni buat gaya ala-ala strike gitu!!! Tak tahan aku gelak tengok telatah diorang ni.  Macam-macam betul.

Sebenarnya, hari tu aku tak plan pun nak pegi main bowling, sebabnya kami baru je lepas balik dari kenduri cukur jambul anak jiran kat Kuala Pilah.  Lepas balik dari sana, singgah kejap kat Carefour Rahang beli barang dapur sikit…  Letih betul!!!  Baru je sampai rumah, si Ateh telefon ajak main bowling kat Jusco Seremban 2…  Mula tu macam malas gak nak pegi, tapi bila Ateh cakap Mak pun ada skali, tu yang gagahkan diri gak join diorang ni…  bukan senang Mak aku tu nak ikut anak2 dia jalan-jalan…selalu tu ada je halnya.


 Gaya macam nak join main je Mak aku ni, tapi bila bagi bola tak mau plak dia main..hehehehe.  MIsti gempak la kalu tetiba Mak aku main bowling ni....tak dapat nak bayangkan!!!

Players untuk ari tu ialah, of cource la aku, Mr Hubby, Alang, Ateh, Andak, Izwan, Kairol & Nik….

Tapi highest scorernya, ni dia!!!!  Tak sangka, boleh tahan gak Alang, adik aku sorang ni main boling….
Tapi punca kemenangan Pak Lang ni sebabnya Kakak yang tolong pilihkan bola untuk dia… tu yang dia menang tu… (ayat org jeles...hehehehe)





 Ni plak Andak…orang nya kurus je…aku tengok dia yang melayang2 masa nak hayun bola tu…  Pulak tu, slow je bola dia bergerak..macam nak tak nak je peginya..tapi ok gak score dia (bola dia ni ambil konsep biar lambat asal pin tumbang la kot..heheheh)


 Dalam banyak2 gaya, aku tak tau la, apasal si Ateh ni amik gambor aku camgini rupa…  tak best langsung!!!  Next time kene suruh orang lain la yang amikkan gambor..huhuhu


Nampak dari gayanya, macam boleh tahan je kan.  Tapi, agak2 korang lah,  Mr Hubby ni melompat sbb strike ke sbb bola dia masuk longkang??? Korang teka sendiri la, aku tak berani nak tulis kat sini..ngeeeeeeee


Orang lain sibuk berbowling, diorang ni plak sibuk berposing…  Ni la aksi 4dara pingitan.  Diorang berempat ni kalu berposing, memang tak agak2…pantang ada kamera, sempat je nak menyelit, tak kira tempat!!!  Aku la mangsa tukang snap gambor diorang ni..

Abis 1 round, semua pun pakat2 nak balik..  Even main 1 round je pun, tapi penat gak  (sakit tangan sebenor nya…huhuhu)..ye la, da lama benor aku tak main…   walaupun sekejap, tapi kami adik beradik enjoy the moment!!!  Bila dah abis main tu, baru la ingat..ehhh….Mak mana ya??? Rupa2nya Mak aku tu bosan menunggu.. So, dia pun buat lah aktiviti membeli belah dengan menantunya, Mak Lang… Beli apa ntah la diorang tu...

Amimarzsays : busy giler minggu ni….


Dan lagi dan lagi....

Ini koleksi terbaru aku dr brand kesukaan aku tak lain dan tak bukan, Tupperware!!! Cantek kan…


Aku ni kan baru lagi dalam dunia blog2 ni kan, so macam terkial2 gak la nak susun tupperware2 ni untuk aku snap gambarnya… tetiba  ada plak suara2 sumbang kat tepi “sejak bila la bini aku ni tukar profession jadi photographer…” amboi2….nak kene ya perli2 ai ni…

Mr Hubby kata, nama blog ni Sambal Pecal Manisan Kabung, tapi takde pun gambar gula kabung… So, inilah dia gambor gula kabung yang aku dok citer masa intro opening blog aku ni…sesuai benor la Kraker Keeper aku ni untuk letak gula kabung kat dalamnya… 1 bekas ni boleh muat 10 buku @ 2 turus gula kabung.  1 buku (dalam balutan daun) tu bersamaan dengan 2 keping gula.  1 turus pulak bersamaan dengan 5 buku ataupun 10 keping.


Macam nil ah rupa gula kabung yang dah dikeluarkan dari balutan daun nya… betul kan aku kata, ada 2 keping gula dalam 1 buku…  So, kalu korang pergi ke pasar minggu kat pekan Benta atau kawasan2 yang sewaktu dengannya, bila nak beli gula kabung ni kene cakap nak 1 buku ke 2 buku ke… kalu beli 5 buku, boleh la kata kat peniaga tu, “kasik saya gula kabung 1 turus”.  Confirm la peniaga tu bagi korang 5 buku… Nampak la cam korang ni da familiar dengan gula kabung ni, walaupun pertama kali nak beli.. first impression kan penting..heheheh (bukan nak ngurat anak dara orang je yang kene kasik good impression tau!!!)

Gula kabung ni, ibarat hitam-hitam sitampuk manggis, walaupun hitam harganya PERGHHHH…kalah gula pasir, gula perang, atau gula melaka!!!!  Sebuku harganya RM7.50 kat kedai2 atau pasar minggu… tapi kalu beli direct dari org yang buat gula kabung ni, boleh la dapat murah sikit…. (kan Mak kan….hehehehe).  Sebab tu, orang2 yang beli gula kabung hanya orang2 yang memang penggemar gula kabung dan yang tahu untuk menghargai keenakkan rasanya. 



Menarik tak Multi Dispenser aku ni…  Nampak  tak divider  kat dalam nya boleh ditanggalkan… So, bila aku rasa macam tak nak pakai divider tu, boleh la keluarkan ia buat sementara.  Tapi bagusnya pakai divider ni, aku boleh bahagikan pasta aku kepada 3 bahagian… Setiap 1 divider tu kira 1 portion untuk aku masak la..(macam Formula Dispenser la)…. So, pasta yang aku tak nak pakai lagi, aku tak usik la.


So, macamni la rupanya lepas aku letak pasta aku kat dalamnya…minggu ni kalu teringin nak masak pasta, pakai 1 portion ni je..kan senang gitu… sungguh mudah & yang penting, bila letak kat atas kabinet tu, mengancam warna merah menyalanya..heheheh

Amimarzsays :  target hujung bulan da ada… tunggu gaji dulu ya…ngeeeeeee

Wednesday, November 10, 2010

Meruntun jiwa

Emosi sikit terganggu... ingatkan nak telefon buchuks just to say hi, a quick call pembakar semangat.  Tapi turns out ia meruntunkan jiwa raga ku...huhuhu

Kakak “Ami balik ari ni ker?”
Ami  “Tak, Ami blik esok ya...”
Kakak “Ala, asik2 esok je”

Aduhai, anak...andai kau tahu, it’s not easy for me too,  to leave both of you with Nenek & Atuk...

Tak semua benda dalam hidup ni kita boleh dapat, tapi apa yg penting ialah menghargai apa yg kita ada, dan dalam masa yg sama, buat org2 yg kita sayang gembira.

Bila aku mula2 aku amik keputusan pindah ke Senawang & tinggalkan Buchuks kat kg ngan mak & ayah, ramai gak yg bg macam2 opinion..of course la yang tak menyokong & menarik utk didengar...  tapi maybe pada diorang, it’s not a good idea..but for me, banyak hati2 yg berkembang merak bila aku kata Buchuks remains kat kg ngan Nenek & Atuk diorang.

Tapi yg paling penting, sbb aku rasa selesa bila Mak aku sendiri  yang jaga Buchuks aku tu..so that, aku boleh pegi kerja dgn hati yg senang, tak payah nak risau2 hal anak bila hantar diorang ni ke nursery or rumah babysitter... Aku tau Buchuks aku ni selamat dalam jagaan Mak aku. Tak payah nak risau Buchuks ni kene dera ke, kene pukul ke, tak makan ke, tak mandi ke apa ke? Nenek mana yang tak sayang cucu oiii!!!  Bertambah2 manja diorang tu dengan Atuk & Nenek lagi ada (tukang back up bila kene marah ngan Ami & Abah!!!). 

Bukan aku tak percaya ngan nursery or babysitter, tp berita2 sedihyg selalu keluar kat papers or tv pasal bayi tercekik susu dalam jagaan pengasuh la, kene dera la, jatuh la, buatkan naluri ibu ni tersentuh, seriau pun ya.  Macam mana la anak kecik yang tak berdosa, yg so innocent, tak tau apa, jadi mangsa orang2 yang tak bertanggungjawab.

Kalu dapat babysitter yg betul2 baik takpe, tu rezki namanya...tp bila dapat babysitter yang jaga anak sekadarnya, tu yang malang tu...depan kita cakap elok jer, tapi kat belakang kita, bila anak kita buat salah, abis dimaki hamunnya...bodoh la,takde otak la, itu la ini la..bukan setakat pengasuh tu yang maki, anak2 dia pun sama naik maki budak jagaan tu... Sedih betul!!!  Terfikir, agak2 kalu aku letak Buchuks aku kat situ, dia akan buat yang sama ker?....(tak tercapai akal ku nak fikir...)

Nak carik orang jaga Buchuks tu satu hal, Mak & Ayah aku pun satu hal...bila cakap nak pindah aritu, mula la Mak aku tu dok terperuk kat dapur sambil meleleh air mata dia... adussssss!!! Tu yg tak tahan tu!!! Lemah lutut den ni hah jadinya.  Ayah plak kata, Buchuks tak payah bawak dulu, nanti kalu salah sorang kami dapat keje dekat2, barulah boleh bawak.. Ye la, aku ni kerja kat KL, pagi2 dah kuar, malam baru sampai.  Hubby pun kerja dia banyak travel... Tak tentu masa.  Jadi memang susah la kalu nak kene amik Buchuks dari nursery/umah babysitter on time...

Ayat Kakak yg last tadi before letak tel, “Amik, dengar ni, Kakak dah selsema” sambil sok sek sok sek dia bunyikan kat telefon...sodeh la plak ati den ni jadinyo...


 Amimarzsays : tambah berkobar2 semangat  nak carik keje kek Soromban....huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...