BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 14, 2010

Misti Buat - Kunci Pintu Kereta!!!!

Ini kisah benar – cerita dari seorang kawan seopis aku....semoga kita semua ambil ikhtibar!!!


Pagi-pagi lagi masa breakfast, sorang member aku ni datang dekat aku.  Macam biasalah, before masuk kerja, menyembang kat Pantry dulu...  Tapi citer dia pagi ni, something yang aku rasa perlu dikongsi dengan semua....

Kawan aku  ni kata, semalam dia panic betul sebab ada orang cuba bukak kereta dia.  Kejadian ni berlaku dekat Taman Sentosa, member aku ni nak pergi ziarah mak mertuanya.  Husband dia yang drive kereta.  Masa nak reverse kereta, mereka nampak kelibat orang lelaki kat belakang kereta, so husband dia stop dulu untuk bagi orang yang jalan kaki tu pergi dulu.  Tapi rupa-rupanya, tanggapan mereka tu meleset.  Instead of orang tu berjalan pergi, dia cuba nak bukak pintu belakang kereta member aku ni.  Nasib baik masa tu husband dia kunci kereta!!!... Kalau tak...ngeri nak bayangkan ooo(tetiba ada orang asing masuk dalam kereta...kalau dia bawak pisau/senjata tajam...lagi la ngeri!!!)  Bila perasan orang luar tu cuba buka pintu kereta, husband kawan aku ni ambil tindakan yang bijak, iaitu terus beredar dari tempat itu dengan segera.

Bila dengar cerita member aku ni, ngeri jugak lah kan.  Nasib baik husband dia kunci pintu.... Dan nasib baik husband dia tak cuba jadi hero dengan sergah orang luar tu.  Yelah, kita tak tau kalau-kalau orang tu ada senjata atau tidak kan.  Syukurlah, kawan aku & familinya selamat.

Kepada sesiapa yang  drive kereta sendiri, pastikan setiap kali korang masuk kereta, first thing yang korang kene buat ialah KUNCI PINTU.  Ingat!!! KUNCI PINTU DAHULU baru lah hidupkan enjin kereta.  Ini adalah untuk keselamatan kita sendiri.

Dan ingatan untuk pemandu wanita, jangan letakkan handbag korang atas kerusi sebelah penumpang ya.  Pastikan korang letak dibawah tempat duduk hadapan.  Kasik sorok sikit!!! Sebab banyak jugak  kejadian pecah tingkap cermin masa berhenti kat traffic light.  Bila handbag tu diletak atas kerusi, penyagak2 dengan mudah boleh capai handbag tu.


Beringat-ingat sebelum kene!!! Tapi sekiranya, penyagak sudah ada depan mata dan pisau sudah dileher, serahkan saje semua barangan korang.  Jangan sesekali cuba melawan!!!  Keselamatan & nyawa kita lagi penting dari harta benda.

Amimarzsays : kene lebih berhati-hati!!!

1 comments:

ar. said...

wohh ngeri nya =.="
seram den. haihh
orang sekarang. macam macam cara dorang try eah. isk isk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...