BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 21, 2010

Bukan sombong....

Dah lama aku tak jenguk2 blog aku ni, apatah lg berblogwalking.... bukan aku sombong atau dah ilang minat dengan dunia blog ni... tapi kesibukan masa dan tahap kesihatan yang kurang baik tak izinkan aku untuk menyapa blog kawan2, apatah lagi untuk membuat entri terbaru..  Kepada kawan2 yang aku belum sempat nak ziarah balas, bila da sihat sikit nanti aku akan jalan2 umah korang ya... jangan mare ya..ngeeeeeee

Hujung  minggu yang lepas, aku sibuk dengan majlis pertunangan adik perempuan aku. Walaupun majlis tu berlangsung pada hari Ahad, tapi sejak hari Sabtu lagi kami semua dah sibuk2 dengan persiapan.  Aku pun tak terlepas dari bersengkang mata sampai pukul 1 lebih pagi, dek sibuk menghiris daging daging salai untuk menu masak lemak daging salai esok harinya....

Pagi Ahad  tu pulak, pagi2 lagi dah bangun, untuk siapkan sarapan pagi.  Sarapan ni kene prepare awal2 sebab pukul 8.30am dah ramai sedara2 yang datang sinoman... Emmm.. memang sibuk betul ari tu.. Dek kerana penat sangat aku hampir2 tumbang... nasib baik ada si Nana, dalam pukul 11am, dia merengek nak minta susu & nak aku temankan dia menyusu. Apalagi!!! Peluang depan mata ni.. misti aku sambar! So, aku pun ajak la Nana masuk bilik, sambil2 tidorkan dia, aku pun tidor sama (tapi kejap ke lah aku mengelatnya...)  Bila da bangun tu rasa refresh la pulak.. Bagus jugak tu kan, rehat sekejap untuk recharge.
Nasib baik majlis tu abis awal, seperti yang dirancang.  Tapi bila petang tu, terasa2 sakit la plak pinggang aku ni.  Adus!! Sakit pinggang aku ni datang balik la..huhuhu
Aku pun telan lah pain killer yang memang ada dalam beg aku... lepas tu, tido la..apa lagi...

Esok paginya nak pergi kerja, sakit tak kurang.  Tak tahan dengan sakit, aku pun pergi la ke klinik.  Kali ni aku suruh doctor buat x-ray  (patutnya minggu lepas aku pergi buat x-ray, tapi tak berkesempatan).  Lepas tu, doctor buat surat reference untuk aku jumpa pakar kat hospital swasta kat Seremban.  Bayangkan dari pukul 9am sampai la pukul 5.20pm, aku terperangkap dalam spital.. tension betul!! Lama betul aku tunggu giliran nak jumpa doctor  tu.. kalu tak sebab aku ni  memang tengah sakit, mau je aku angkat kaki balik rumah... tp sebab sakit, aku pun tunggu jugak lah.  Sib baik ada novel Sungguh Aku Cinta (Anis Ayuni), temankan aku... kalau tak, berangin2...  Lepas jumpa doctor, aku kene buat physiotherapy pulak... tu yang pukul 5.20pm baru siap!! Burn MC aku aritu.. tak dapat nak rehat2 kat umah (dah macam pegi keje la pulak rasanya ya....)huhuhu...  Minggu depan kene buat follow up check-up.. plus doctor pun nak buat MRI scan kat aku...  bila terbayang nak kene masuk dalam terowong MRI Scan tu, ngeri la plak.... Tak mo pikir! Tak mo fikir!

Hari ni kat opis, pinggang aku masih lagi terasa sengal2nya...  tak boleh duduk lama2 & tak leh berdiri lama2.. jalan pun masih lagi slow2.  Opis aku ni pulak, sejuknya Ya Rabbi, sampai aku terpaksa pakai stoking untuk elakkan kaki aku ni kesejukan.. bila sejuk, pinggang & lutut ni terasa lagi berbisa sengalnya (terasa macam dalam berpantanglah pulak, bila pakai stoking ni..ngeeeeee).

 Amimarzsays : Bila sakit2 begini, teringat masa sihat...

1 comments:

Aida Tamrim said...

Sama la kita dik...Adik akak pun tunang 19/12 yang lepas ni..Sebelum tu ader kenduri arwah 7hr 7mlm kat rumah makcik..Tak berupdate je blog...Hari ni pun kena melambak..pun tak sempat langsung nak buat n3...

BTW, semoga sakit tu cepat la sembuhnye yee..Jgn lupa mamam ubat ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...