BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Cerpen - Teratai ku sayang. Show all posts
Showing posts with label Cerpen - Teratai ku sayang. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Teratai ku sayang - Part 4



Memang banyak kenangan antara dia, Johan dan teratai.  Semua bermula dengan teratai di kaki Gunung Ledang semasa ekspedisi berbasikal anjuran pihak universiti tempat mereka menuntut dahulu.  Ekspedisi itu memberi banyak kenangan manis di dalam hatinya.  Hubungannya mereka tidak terputus walaupun selepas Joseph menamatkan pengajian.

Pagi itu, Joseph menelefon memberitahu dia telah berjaya mendapat kerja di salah sebuah syarikat di ibu kota.  Dia akan mula bekerja dua minggu lagi.  Madiha pula, pada masa itu sudah kembali  ke universiti dan memulakan semestar yang baru.  Oleh sebab itu, Joseph mengajaknya untuk makan tengahari bersama-sama bagi meraikan kejayaannya.  Sudah lama mereka tidak berjumpa.  Kali terakhir adalah semasa di ekspedisi dulu.  Madiha mengambil masa yang agak lama untuk memilih pakaian yang sesuai.  Walaupun ini hanya temujanji biasa, tapi dia mahu kelihatan menarik.

Dia berkira-kira untuk menggayakan gaun peach berbunga paras lutut yang baru dibelinya di butik East India.  Tapi memikirkan reaksi yang bakal diterima dari Joseph yang  tidak pernah melihatnya memakai pakaian seumpama itu, dia membatalkan sahaja niatnya.  Sebaliknya, dia memilih untuk memakai T-shirt Guess merah putih dan dipadankan dengan jeans putih.  Itulah penampilan dia yang biasa dilihat oleh Joseph.  Cuma, hari itu dia membiarkan sahaja rambut lurusnya yang mencecah bahu tidak berikat.

Lewat petang itu barulah dia pulang ke rumah.  Selepas makan, dia menemankan Joseph membeli beberapa helai pakaian baru untuk kegunaan ke pejabat.  Dia membelikan Joseph sehelai tali leher berwarna biru sebagai hadiah kepada kawannya yang baru mendapat kerja.  Semasa memilih tali leher di kedai Tie Rack, KLCC, Joseph telah memilih sehelai tudung berwarna merah jambu dengan corak geometri halus.  Joseph membeli tudung itu dan memberikan kepada Madiha.  Dia terkejut diatas pemberian itu, dan bertanya kepada Joseph makna disebalik hadiahnya kerana dia sendiri tidak memakai tudung.

"I tengok design tudung ni lawa dan warnanya pun lembut.  I rasa kalau you pakai masa raya nanti, mesti nampak lagi anggun.  Itupun kalau padan dengan baju raya you nantilah".
"Kalau nak padan, kenelah you belikan bajunya sekali", dia membalas dengan seloroh.
"Iyalah tuan puteri.  Nanti dah gaji, I belikan you baju ya", balas Joseph dengan gelak tawa.  Mereka kemudian berhenti untuk menghilangkan penat dan dahaga di Deli France sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Madiha, waktu itu sedang menyambung pengajian di tahun kedua.  Dia yang gemar membacasejak dari kecil lagi mengambil keputusan untuk memilih kerjaya sebagai perpustakawan, dengan alasan agar dia sentiasa rapat dengan buku-buku dan bahan bacaan.  Baginya, sehari tidak membaca adalah satu kerugian kerana banyak yang boleh ditimba daripada bahan-bahan bacaan tersebut.  Telah banyak buku-buku literasi dan ilmiah yang dibacanya.  Dia tidak memilih buku-buku karangan penulis terkenal sahaja, sebaliknya menyokong dan memuji bakat-bakat baru dalam bidang penulisan.  Kini, sudah hampir sebulan dia di kampus, bermakna selama itu jugalah dia tidak berjumpa dengan Joseph.  Namun begitu, hampir setiap  hari mereka bertukar-tukar berita melalui email.

Kalau dulu dia sering berbasikal dengan Joseph tetapi sekarang hanya Maya dan Sara saja yang menjadi temannya beriadah di waktu petang.  Walaupun pada awalnya dia merasa janggal dan kehilangan teman baiknya, namun dia cepat membiasakan diri dengan keadaan baru.

Suatu petang semasa dalam perjalanan pulang dari kuliah, dia bertembung dengan Sara.  Kawannya itu memberitahu ada pelawat istimewa yang sedang menunggunya di kafetaria.  Dalam hatinya tertanya-tanya siapakah agaknya pelawat yang dimaksudkan oleh Sara.  Tak mungkin Ummi dan Abi yang datang, kerana dia baru saja menelefon umminya semalam untuk bertanya khabar.  Tak ada pula Ummi bercerita tentang hendak melawatnya di kampus.  Walau bagaimanapun, dia mempercepatkan langkahnya supaya tanda tanya itu segera terjawab.  Terkejut dan gembira apabila dia lihat Joseph yang menantinya di cafe.  Joseph melambai-lambaikan tangannya apabila melihat Madiha menuju kearahnya.

"Joe, what a pleasant surprise!  What are you doing here?  You sihat?", begitu banyak soalan yang diajukan tanpa memberi peluang kepada kawannya itu untuk menjawab.
"I come to see you.  I have a good news and can't wait to tell you myself.  I'm so exited about it!!".  Rupa-rupanya Joseph memdapat tawaran pergi ke Jerman selama tiga tahun atas urusan kerja.  Ini merupakan satu peluang yang sangat berharga dan Joseph telah menerima tawaran tersebut.  Dia akan berangkat ke sana dalam masa seminggu lagi.  Ini merupakan perubahan disaat-saat akhir apabila rakan sejawatnya yang sepatutnya pergi telah menarik diri atas alasan peribadi.  Bermakna ini merupakan pertemuan terakhir antara dia dan Joseph kerana minggu depan peperiksaan pertengahan semestar akan bermula.  Dia tidak dapat untuk pulang ke Kuala Lumpur untuk menghantar Joseph.

Semenjak pertemuan terakhir itu, hari-harinya berlalu seperti biasa walaupun kadang-kala dia teringatkan Joseph.  Hanya email penghubung antara mereka berdua yang berada jauh beribu batu.  Kini, dia telah berada di tahun akhir pengajian, bermakna hampir 2 tahun mereka tidak berjumpa.  Dan selama dua tahun itu juga dia tidak rapat dengan mana-mana pelajar lelaki kerana hatinya belu  terbuka untuk menerima kehadiran sesiapa.  Kenangan bersama Joseph masih utuh walaupun dia tidak tahu kenapa dia begitu merindui saat-saat mereka bersama.  Hanya Maya dan Sara yang menjadi temannya ke sana-sini.  Itupun kadang-kala dia ditinggalkan sendirian kerana kawan-kawannya sudah mempunya buah hati masing-masing.  Sara, temannnya itu telahpun bertunang dengan teman lelakinya yang sama-sama menuntut di universiti yang sama dan akan diijabkabulkan sebaik sahaja tamat pengajian.  Pada usia begini, masing-masing telah mempunyai pilihan hati sendiri.  Sedangkan dia masih berteka-teki dengan perasaannya sendiri.  Walaupun dia sering teringatkan Joseph tetapi dia takut kalau itu hanyalah mainan perasaannya sahaja.  Selain latar belakang mereka yang berbeza, Joseph juga ada beberapa kali dalam emailnya bercerita tentang minah-minah mat saleh yang ditemuinya di Jerman.

Madiha merasa beruntung kerana sebaik sahaja tamat pengajian, dia mendapat tawaran bekerja di perpustakaan negeri di Shah Alam.  Kerana tempat kerjanya jauh dari rumah Ummi di Ampang, dia menyewa sebuah rumah di Shah Alam bersama-sama Maya yang kebetulan bekerja di Kelana Jaya.  Maya, gadis dari Melaka itu merupakan rakan biliknya selama tiga tahun di universiti dulu.  Sehingga kini, mereka masih tinggal bersama-sama.  Banyak kenangan manis dan pahit yang dikongsinya bersama-sama Maya.


***************************************


Deringan telefon bimbitnya menghentikan lamunannya.  Dilihat pada skrin, nama Maya yang tertera.  Seperti dapat merasa yang dia sedang memikirkan sahabatnya itu, Maya menelefon untuk bertanya khabar.

"Assalamualaikum Diha".
"Waalaikum salam.  Engkau sihat?".
"Sihat.  Engkau di rumah tepi bukit ke?".
"Macam biasalah Maya.  Hujung minggu begini macam dah jadi kemestian, aku mesti nak balik ke rumah ini.  Errrr.. kenapa kau cari aku ya?".
"Aku dah agak engkau mesti ada kat sana.  Aku ni sebenarnya cuma nak pastikan yang engkau tu okay sebab ada orang yang tak senang duduk bila engkau tak jawab panggilannya", jelas Maya.
"Sapa?"
"Sapa lagi kalau bukan peminat setia engkau, si Sulaiman tu", jawab Maya sambil tergelak kecil.  Dia hanyan memdiamkan diri bila nama Sulaiman disebut sahabatnya.
"Sebenarnya, dari semalam dia cari engkau.  Katanya, korang sepatutnya makan malam bersama tapi engkau tak datang.  Kau pergi mana?  Risau betul dia.  Lepas kau tak datang, dia pergi ke rumah kau, tapi gelap je katanya.  Dia telefon rumah dan handphone kau, dua-dua tak berjawab.  Ni yang dia minta aku tolong tanyakan khabar kau.  Diha, kau dengar tak apa aku cakap ni?", tanya Maya, risau bila kawannya itu berdiam sahaja.
"Dengar.  Maya, kau cakap kat Sulaiman, aku minta maaf sebab buat dia menunggu.  Siang tu bila kami bertembung, aku dah tolak pelawaannya.  Tapi dia yang beriya-iya dan memaksa aku untuk makan sama-sama.  Tapi aku sepatutnya telefon dan batalkan".
"Diha, aku ni bukan nak busy body hal engkau berdua, tapi aku tengok Sulaiman tu benar-benar ikhlas dengan kau.   Kau terimalah lamarannya.  Lagipun, dah dua tahun kau hidup sendirian.  This is the time for you to start a new chapter in your life.  Give yourself a chance, Madiha", pujuk Maya.
"I'm not ready yet", jawabnya ringkas.
"Sampai bila", ada nada tinggi disuara kawannya.  Mungkin Maya tidak berpuas hati dengan alasan yang dia dengar.
"Bila sampai masanya, InsyaAllah", masing-masing senyap membisu seketika. 
"Takpelah Diha, nanti aku bagitau Sulaiman yang kau tu sihat.  Cuma ayam & itik kau je yang sakit.  Sebab tu kau terpaksa balik ke rumah tepi bukit semalam", Maya cuba untuk mengurangkan ketegangan.
"Ada-ada sajalah kau ni, Maya".
"Okaylah Diha, si Adam ni dah nangis nak menyusu.  Nanti senang-senang aku telefon kau lagi.  Jaga diri kau baik-baik dan jangan bersedih sangat.  Dan lagi satu, jangan biarkan Sulaiman tu tunggu lama sangat.  Kesian dia.  Bye".  Maya mengakhiri perbualan mereka.  Dia termenung memikirkan kata-kata Maya dipenghujung perbualan mereka.


Sulaiman.  Satu nama baru yang muncul dalam hidupnya.  Mereka berkenalan setahun yang lalu masa Sulaiman sering berkunjung ke perpustakaan tempat dia berkerja untuk mencari bahan-bahan rujukan bagi kursus sarjananya.  Dia banyak membantu Sulaiman untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan terutama bahan-bahan yang didalam ruangan khas.  Dari situ, perkenalan mereka berlarutan sehinggalah pemuda itu jatuh hati kepadanya dan ingin melamarnya.  Namun, ingatannya pada Johan masih kuat lagi dan sukar untuk dia menerima lamaran tersebut.  Ingatannya kembali kepada Johan, kekasihnya yang telah pergi selama-lamanya.


Amimarzsays :  still in silence mode!


Thursday, April 28, 2011

Teratai ku sayang - Part 3



"Diha, you temankan I cari kayu api, boleh?", suara Joseph mengajak.
"Cari kayu api tu keerja lelaki.  Tak laratlah I nak angkat kayu api tu nanti.  Tak sesuai lah", saja dia bermain kata-kata, walaupun tingkahnya dia sudah bersedia untuk mengikut kawannya itu.
"I taulah you tu macam tuan puteri, asyik nak kene manja saja.  Tuan puteri, boleh tak tuan puteri temankan hamba berjalan-jalan sambil mencari kayu api?  Kalau tak dicari kayu apinya, tak bolehlah dayang-dayang yang lain nak memasak dan nanti malam tuan puteri terpaksa tidur dengan perut yang kosong.  Lebih malang lagi kene gigit nyamuk.  Nanti hamba yang susah",dengan penuh gaya menyembah tuan puteri Joseph memujuk Madiha.
Melihat gelagat Joseph, Madiha hanya mampu tergelak. 

Mereka berjalan beriringan sambil berbual-bual.  Apabila ternampak ranting kayu yang besar, Joseph akan mengutipnya.  Dia pula cuba beringan tangan dengan membawa ranting-ranting yang kecil.  Tidak lama kemudian, mereka tiba di tepi sebuah kolam yang terbiar.  Tepi-tepi kolam kolam itu ditumbuhi dengan rumput-rumput yang subur membesar.  Beberapa ekor pepatung terbang hinggap diatas rumput-rumput itu.  Walaupun tepinya semak, tetapi kolam itu mempunyai tarikannya sendiri.  Terdapat pokok-pokok teratai yang tumbuh ditengah-tengah  kolam itu.  Dua pokoknya sedang berkembang mekar.  Tiupan angin yang sepoi-sepoi petang itu membuatkan kembang-kembang teratai menari-nari dengan lenggok sendiri.  Warnanya yang merah memberi kelainan kepada suasana yang penuh kehijauan dan sekaligus menutup pandangan semak-samun disekelilingnya.  Mereka berhenti duduk di tepi kolam sambil melihat pemandangan di tempat yang baru mereka kunjungi.


"Diha, habis ekspedisi ni you nak kemana?", tanya Joseph memulakan perbualan selepas beberapa minit masing-masing senyap memandang ke arah teratai yang ditengah-tengah kolam.
"I bercadang nak terus ke kampung Atuk di Merlimau.  Dah lama I tak balik kampung.  Lagipun, sekarang ni musim buah-buahan.  Ummi kata, durian sedang luruh di dusun dan rambutan pun dah ranum.  Tak sabar rasanya nak balik ke kampung Atuk.  Dah puas kat kampung barulah I balik ke Ampang.  You pula, ada plan nak kemana-mana ke?', dia bertanya balik ke Joseph.

"Tak ada, cuma mungkin nak luangkan lebih masa dengan Mail, Lim dan Jay sebelum kami balik ke kampung masing-masing.  Lepas ni, bukan senang nak jumpa mereka.  Si Lim tu, keluarganya dah tak sabar-sabar tunggu dia kat Kuching.  Dengarnya, mereka dah ada calon isteri untuk dia. Bertuah Lim, semua keluarga dia yang uruskan.  Macam I ni, susah senang tanggung sendiri.  You Diha, dah ada teman lelaki ke?", Joseph cuba mencungkil rahsia.

"Pandailah you nak kenekan I ya.  I ni manalah ada boyfriend. You tu lainlah, ramai peminat. Aweks keliling pinggang", dia ketawa sambil cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan tadi.
"Kenapa you takde boyfriend? You ni memilih ya?"
"Emm.. banyaklah you ni, memilih konon... Sapalah yang nak kat I ni.  I tak lawa..."
"Sapa kata you tak lawa.  Kalau dibandingkan dengan teratai tu, you lagi lawa tau", Joseph tergelak mengusik.
Madiha membaling ranting kecil ke arah Joseph kerana geram disakat olehnya.  Gelak kawannya itu semakin kuat.
"Kalau you susah sangat nak dapat boyfriend, biar aje lah yang jadi boyfriend you.  Untung you tau.  I ni kan baik hati orangnya, kacak dan ada senyuman yang menawan", sambil tersenyum meleret Joseph memuji dirinya sendiri.  Tidak dinafikan, Joseph memang mempunyai senyuman yang menawan.  Senyuman yang sering menampakkan gigi taringnya yang berlapis dan lesung pipit yang hanya terlekap di pipi kanannya, membuatkan dia mendapat jolokan sipenggoda oleh penghuni kampus.
"Lagi satu, I suka tolong orang. Lagi-lagi kalau orang tu, you sendiri, sepantas kilat I datang".
"Kita tengoklah nanti, kalau betul apa yang you katakan tadi".  Kepalanya ligat memikirkan apa yang dia nak buat untuk membalas usikan pemuda itu.  "Joe, I sukalah bunga teratai tu.  You tolong ambilkan untuk I, boleh ke?", Madiha menguji.

Dengan spontan, Joseph bergerak ke tepi dan bersedia untuk memasukkan kakinya ke dalam kolam.  "Joe, you are not serious, right?  You are not going to swim in that water just to get that flower for me, right?", ada nada gusar disuaranya. "Well, I don't want that lotus, anyway", pantas dia bersuara, bimbang Joseph betul-betul nak pergi mengambilnya.
Joseph berpaling dengan senyuman yang paling menawan pernah dia lihat, sambil berkata,"jadi girlfriend I Diha.  Satu kolam teratai I hadiahkan untuk you".
"Kalau you setuju tukar nama jadi Muhammad Joseph, bolehlah I pertimbangkan", dia pula mengusik Joseph.  Dia tahu gurauan itu tidak akan membawa apa-apa makna kerana banyak perbezaan antara mereka.
"Takkan Muhammad Joseph.  It's a weird combination.  Tak sesuai".
"Emm... Muhammad Johan lah.  I suka.  Johan is pemenang.  So, you'll be a winner all the time".
"Muhammad Johan.  Nice name.  I can consider that".
"Sudahlah Joe.  Kita ni asyik sembang kosong je.  Kita ni sepatutnya carik kayu api, bukan menyembang tepi kolam.  Nanti tak berasap dapur kita malam ni.  Jom balik ke khemah".  Dia tak mahu perbualan yang tak berasas itu berpanjangan.

Sebelum mereka beredar, Joseph sempat memetik bunga-bunga liar berhampiran dan memberikannya kepada Madiha, katanya untuk tuan puterinya.


************************************************************

Melihat sekuntum bunga teratai ditengah-tengah kolam membuatkan hatinya sayu kembali.  Tinggal sekuntum bunga itu yang masih segar berkembang, sementara sekuntum bunga yang lain telah layu.  Walaupun bunga teratai itu nampak cantik, tapi seperti dirinya, ia sendirian ditengah-tengah kolam itu.  Mengumpamakan dirinya ibarat teratai itu, hatinya semakin sayu.  Airmatanya jatuh tidak dapat ditahan lagi.  Kenangan bersama Johan tidak pernah padam dan rindunya juga tidak pernah berkurangan.  Hanya Tuhan saja yang tahu derita yang ditanggungnya.

**********************************************************

Wednesday, April 27, 2011

Teratai ku sayang - Part 2



"Aku terjumpa dengan Mail di perpustakaan tadi.  Bersungguh-sungguh dia mengajak aku menyertai ekpedisi berbasikal tu.  Dahlah dia buat muka seposennya, kasihan pula aku tengok", Maya kawan baiknya bercerita dengan penuh semangat.

"Habis tu, engkau setuju ke untuk pergi dengan mereka?  Masa makan tadi, Joseph pun ada bertanyakan soalan yang sama.  Kasihan mereka, acara kali ini kurang mendapat sambutan.  Yelah, cuti semester ramai yang hendak pulang terus ke kampung masing-masing", dia memberi respon kepada topik perbualan mereka.

"Yelah, kasihan mereka.  Lagi-lagi Joseph sebab dia yang akan mengetuai ekspedisi tu nanti.  Aku ni mudah cair bila orang buat muka kesian, jadi aku pun setujulah."  Maya memaklumkan penyertaannnya.

Sambil tersenyum menyikat rambutnya, Maya berhati-hati mengeluarkan kata-kata, "Diha, kau tak marahkan aku letak nama kau sekali.  Kasihan aku takde kawan nanti.  Kau kan kawan aku, jadi kau temankanlah aku disana nanti ya."  Ada riak takut diwajah Maya semasa menyampaikan berita itu.  Walaupun mereka berkawan baik, tapi dia tahu sepatutnya dia berbincang dahulu dengan Madiha dan meminta persetujuannya.  Madiha pula melihat Maya dengan pandangan yang kosong tanpa bersuara.

"Alah Diha.  Janganlah marah.  Aku tahu aku salah, tapi engkau janganlah marah-marah aku ya.  Kalau engkau tak nak ikut, takpe lah.  Nanti aku batalkan nama engkau.  Diha, senyumlah.  Janganlah marah.  Lagipun niat aku baik.  Aku ingat nak bagi kau pergi sebab Joseph ada.  Ini ekpedisi terakhir dia.  Semester depan dia dah habis pengajian, nanti kau tak dapat jumpa dia lagi.  Diha, janganlah diam je.  Diha...," Maya memujuk kawannya yang dari tadi membisu sahaja.  Bermacam-macam alasan diberikan tanpa putus-putus mengharap simpati sahabatnya itu.

Melihatkan Maya yang bersungguh-sungguh meminta maaf, timbul rasa simpatinya.  Ditambah dengan matanya yang terkelip-kelip mengharap simpati, membuatkan Madiha hampir-hampir tergelak.  "Baiklah, aku tak sampai hati tengok engkau asyik mengelipkan mata macam cicak.  Aku maafkan kau.  Tapi lain kali jangan buat lagi ya."  Madiha tahu Maya bukan sengaja hendak membelakangi dia didalam membuat keputusan.  Lagipun mereka berkawan rapat, salah sikit tak perlu diperbesarkan.

"Lega hati aku, engkau dah maafkan.  Aju janji aku tak buat lagi ya.  Tapi engkau nak ikut sama ke ekspedisi tu tak?".  Walaupun baru sahaja dimaafkan tapi Maya masih tidak serik bertanyakan ekspedisi tu.  Ada nada merayu didalam suaranya.  Dia sangat-sangat berharap Madiha akan setuju kerana dia telah berjanji dengan Mail untuk memujuk Madiha.  Semuanya kerana Joseph yang beriya-iya benar mahu Madiha ikut serta dan dia telah kebuntuaan akal untuk memujuk wanita itu.

"Kalau engkau janji akan menggantikan aku tiap kali kene memasak masa ekspedisi tu, aku akan ikut.  Kalau tak, aku tak nak ikut,"  saja Madiha mengenakan syarat kepada Maya.  Tapi sebenarnya dia pun memang ada hasrat untuk turut serta dalam ekspedisi tersebut, dan alasannya hampir sama dengan seperti yang Maya katakan sebelumnya.  Semuanya kerana ini merupakan ekspedisi terakhir bersama-sama Joseph.  Dan, seboleh-bolehnya dia tak mahu melepaskan peluang ini.

"Itu tak jadi masalah.  Aku tau kau tak nak masak sebab kau tak pandai masak, betul tak?  Jatuhlah saham kau kat Joseph kalau dia tau yang engkau tak pandai masak." Maya tergelak besar. "Tak guna punya kawan, mengutuk aku pulak ya", Madiha berpura-pura merajuk sambil membaling teddy bearnya ke arah Maya.

"Ekspedisi berbasikal bermula sebaik sahaja peperiksaan akhir semestar kedua tamat.  Madiha, Maya dan Sara bergilir-gilir mengayuh basikal dengan peserta lain kerana pihak penganjur sengaja menyediakan peserta tambahan, takut-takut ada peserta yang tak larat untuk berkayuh kerana keletihan.  Lagi pula mereka bertiga merupakan pelajar junior, dan kurang menjalani latihan stamina.  Oleh sebab itu, mereka diberi tugas tambahan iaitu untuk menyediakan minuman untuk setiap peserta apabila mereka berhenti berehat.  Sepanjang di dalam van, Madiha asyik melihat Joseph yang mengayuh basikal dengan penuh bertenaga.  Dia sentiasa berada dihadapan mengetuai kumpulan ekspedisi itu.  Dia memang gemar sukan berbasikal. Setahu Madiha, Joseph sering juga menyertai pertandingan sukan tersebut dan pernah menang beberapa kali.  Dia juga meminati sukan ini, tapi tidak pernah menyertai apa-apa pertandingan.  Baginya, dia berbasikal sekadar untuk beriadah dan mengisi masa lapangnya sahaja.  Namun, kerana minat yang sama, mereka berdua sering juga menghabiskan masa petang bersama-sama berbasikal disekitar kampus.  Keakraban mereka pada awalnya menjadi bualan ramai kerana orang hanya memandang kepada perbezaan bangsa dan agama mereka sahaja.  Tambahan pula Joseph, pelajar tahun akhir ini, mempunyai peminatnya sendiri.  Ramai pelajar perempuan yang mengagumi wajahnya yang kacak dan cuba untuk merapatkan diri kepadanya.  Bagi Madiha yang sedar akan perbezaan besar antara mereka, tidak pernah mengharap sesuatu yang lebih dari persahabatan biasa.

Pada hari ketiga ekspedisi, mereka tiba di kaki Gunung Ledang.  Kalau malam sebelumnya mereka bermalam dirumah tumpangan ataupun asrama sekolah, tapi malam itu mereka ingin merasa tidur di khemah berselimutkan langit dikaki Gunung Ledang.  Setiba dikawasan lapang, masing-masing memulakan tugas yang telah diberikan terlebih dahulu kepada mereka.  Walaupun penah berbasikal, mereka tetap bertenaga dan bersemangat untuk melalukan tugasan mereka.  Maya yang sudah berjanji untuk menggantikan dia memasak, mengotakan janjinya dengan senang hati.  Dia pula mengambil tugasan yang lebih mudah iaitu mengemas khemah peserta wanita yang telah dibina secara bergotong-royong.  Semasa dia leka mengemas, tiba-tiba namanya dipanggil....

Amimarzsays : zzzZZZZZZ  till then.




Tuesday, April 12, 2011

Teratai ku sayang - Part 1

Oh teratai bunga indah, Engkaulah pujaan hatiku, Telah lama aku rindukan, Wahai teratai bunga indah.
Sungguh cantik parasmu, Sinar matamu bagaikan suria pagi, Setiap insan selalu terpikat, Memandang teratai bunga indah
Ku tak menyangka, Wahai teratai ku sayang.  Badai taufan datang, Menghembus dirimu, Engkau pun terkulai, Dan menunduklah layu, Tak berseri lagi
Oh tolong, lindungilah dia, Agar ku dapat bersamanya lagi, Ku inginkan teratai ku sayang, Berseri seperti semula.......


Dia duduk sendirian di tepi kolam, leka mengamati keindahan kumpulan teratai yang melintuk-riuk terapung di atas air.  Sorotan lagu Teratai nyanyian Ramli Sarip menerja dikepalanya.  Manik-manik jernih hampir sahaja jatuh setiap kali dia mendalami lirik lagu itu.  Ditangannya masih menggenggam bungkusan biru laut beriben merah yang dibalut rapi, tetapi tiada gerak dihati untuk mengetahui isinya.  Dibiarkan sahaja bungkusan itu begitu.  Dinginnya perasaan dia terhadap bungkusan itu sama seperti sikap sepinya terhadap pemberi bungkusan itu.  Dia malas hendak berfikir tentang itu semua.  Disaat ini, fikirannya hanya mahu terus-menerus tenggelam meniti kisah-kisah semalam.  Dan dia senang duduk di tepi kolam yang penuh teratai sambil mengenang sejarahnya.


Kolam ini telah menjadi tempat kunjungannya hampir setiap minggu semenjak dua tahun kebelakangan ini.  Di dalam serambi yang dibuat khas di tepi kolam ini, dia duduk bersendirian mencari ketengangan yang seringkali tiada dalam jiwanya.  Ada kalanya, dia tidak bersendirian.  Penghuni kolam itu sering menjadi temannya sewaktu berduka sendirian.  Gelagat sekeluarga itik yang teratur berenang-renang membuatkan dia merasa terleka.  Alunan kior sang katak yang sahut-menyahut sesama mereka menjadi muzik lataran yang berlarutan sepanjang masa.  Tiga ekor mengkarung yang sering berkejaran di bibir air turut menghiburkan hatinya.  Ibu mengkarung itu merupakan penghuni asal paya yang dulunya terbiar.  Dia yang menyuruh Johan membiarkan sahaja sarang mengkarung di tempatnya, untuk menambah watak bagi drama alam di kolam ciptaan mereka.  Nyata kehidupan terceria dengan kehadiran keluarga mengkarung itu.  Kadang kala sengaja dia membaling kayu ke arah mengkarung-mengkarung itu, gelihati melihat mereka terkejut dan bertempiaran lari.  Alangkah seronoknya menjadi mengkarung, sepanjang masa bermain dan berhibur, tiada duka dan masalah fikirnya.  Kerana kerap benar memerhatikan si mengkarung bermain, timbul rasa akrab kepada binatang tersebut.


Dengan tenang dia melihat kolam yang menyimpan banyak kenangan dia bersama satu-satunya lelaki yang dicintai, Johan.  Rumah di tepi bukit ini Johan beli selepas mereka berkahwin dulu.  Johan memang mencintai dan menghargai suasana kampung yang penuh kehijauan dan kedamaian, jauh lebih tenang daripada kesibukan kota seperti di Kuala Lumpur.  Secara tidak langsung, rumah ini menjadi rumah rehat bagi mereka berdua.  Landskap dan susunan rumah itu adalah hasil kreativiti Johan sendiri.  Katanya rumah di tepi bukit ini adalah umpama taman inderaloka yang dibuat khas untuk isteri kesayangannya.  Dia amat bahagia mendengar ucapan cinta itu.


*****************************


Dia mula mengenali Johan semasa sama-sama menuntut di salah sebuah universiti tempatan dahulu.  Johan merupakan pelajar tahun akhir jurusan pentadbiran perniagaan sementara dia pula pelajar tahun satu jurusan sains perpustakaan.  Kebetulan mereka menyertai persatuan berbasikal dan sama-sama aktif di dalam persatuan itu kerana masing-masing mempunyai minat yang sama.  Walaupun baru berkenalan, Johan pandai mengambil hati dan mereka cepat menjadi akrab.  Johan ataupun dulu namanya Joseph Yong merupakan pemuda kacukan Cina-Serani.  Kerana sikapnya yang mudah mesra dengan semua orang dan wajah yang kacak, Joseph mempunyai ramai peminat.  Namun persahabatannya dengan Joseph hanyalah sekadar kawan biasa, kerana perbezaan agama dan keturunan.  Walaupun dia merasa senang dan gembira setiap kali bersama Joseph, tetapi tidak mungkin untuk dia mengharap sesuatu yang lebih dari persahabatan itu.


"Diha, you pergi tak ekspedisi ke Johor?", tanya Joseph setelah mengunyah suapan terakhir mee gorengnya.  Seperti biasa, selepas habis kuliah, mereka akan berjumpa di kafeteria untuk mengisi perut masing-masing.


"Belum pasti lagi lah Joe.  Need to ask permission from my parents first.  Why?".  Dia tertanya-tanya kenapa Joseph begitu berminat untuk mengetahui penglibatannya di dalam ekspedisi berbasikal menjelajah Negeri Johor.  Ini adalah kali keempat Joseph bertanyakan soalan yang sama kepadanya. 


"Peserta wanita untuk ekspedisi ini cuma ada tiga orang saja.  Tak balance lah dengan jumlah peserta lelaki yang seramai sebelas orang  itu.  Kalau you pergi, kawan-kawan you, Maya dan Nana pasti akan ikut serta.  Lebih ramai peserta lagi meriah.  Please Diha, joint the expedition with us", Joseph memberi penjelasan dan berharap dapat memujuk Madiha.


"Nantilah Joe.  I fikirkan dulu ya.  Tapi I tak janji apa-apa tau".  Dia masih tidak dapat memberikan kata putus lagi.  Sebenarnya, dia bercadang hendak balik ke kampung datuknya pada cuti semester ni.  Dah lama dia tak jumpa dengan orang tua itu. 


 Amimarzsays  :  sambung esok ya... kita tidor dulu!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...