BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 2, 2010

Bila hilang nikmat sihat!

Aduhai..sakitnya la pinggang aku ni.. macam nak patah pun ya... duduk tak senang, berdiri lagi la tak boleh... rasa macam nak berbaring je...huhuhu


Walaupun tengah sakit-sakit ni, sempat pulak aku menggoogle info pasal sakit belakang ni.  Mari kita share sama-sama ya. (sumber info dari : http://www.infosihat.gov.my/)


Pengenalan

Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang
badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.


Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang idak
dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:

Otot
o Otot tergeliat
o Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
o Otot letih

Tulang
o Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
o Pecah tulang belakang
o Tulang yang cacat
o Kanse tulang

Lain-lain
o Kedudukan badan yang tidak betul
o Penyakit Radang Pelvic (PID)
o Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
o Penyakit batu karang
o Psikologi
􀂃 Berkaitan dengan stres


Tanda & Gejala
Bila perlu berjumpa doktor?
Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
Rasa sakit yang menusuk
Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
o Fever (demam)
o Sakit di bahagian perut
o Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
o Sakit kepala
o Berkaitan dengan haid


Komplikasi
Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh
menyebabkan komplikasi :-
Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
Kecacatan kekal
Kanser yang tidak dapat dikesan
Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.


Rawatan
Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :
o Rehat yang cukup
o Regangan pada bahagian belakang
o Fisioterapi
o Menggunakan ubat sapu
o Ubat anti inflamasi tanpa steroid
Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI


Pencegahan
Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat
berat
Berehat untuk meregangkan belakang badan
Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan
Kanser Serviks
Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain
untuk mencegah osteoporosis.
Kekalkan cara hidup yang sihat


Pemulihan
Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti NASIDs, Fisioterapi (Pemulihan
Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja.

 
Dulu masa kat kolej, aku pernah terjatuh dalam longkang..huhuhu..sakit giler!!!  Walaupun dah lama, tapi kesannya masih lagi aku terasa...  lagi-lagi kalau cuaca sejuk, bertambah-tambah lah sakitnya. 

Minggu depan aku ada appointment dengan doktor untuk X-ray tulang belakang aku ni.  Harap-harap takde la masalah lah ya... 


Amimarzsays : Windu kat Mr Hubby yang jauh di Tawau.  Cepat balik ya Bah!!! Sudah kangen sama kamu!!..heheheh

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...