Aku dapat email ni dari kawan aku... dari mana sumber asal gambar ni aku tak pasti... tapi ini hanya sekadar gambar hiasan saje.
Nak tengok magic tak? Sekarang ni kan, banyak sangat citer-citer pasal magic kan, so apa kata korang layan magic kat bawah ni....(pastikan mulut korang tu tertutup rapat, okay!!)
Fewiiitttt... Suwitttnya
Korang tengok Amoi ni, comey tak? Comey lah kan, ngan mata bulat, hidung terletak, bibir mulus... Tapi, persoalannya..adakah apa yang kita nampak ni, hakikat yang sebenar? Tapi lumrahnya, kita akan buat penilaian berdasarkan pandangan dan pengamatan kita. Cuba kita selidik satu persatu...apakah jawapan yang akan kita jumpa... Ada berani???
Kita bungkus rambutnya yang hitam mengurai tu dan padamkan lipstick yang buat bibirnya nampak seksi tu.....
Kemudian, kita padamkan eyelinernya....
Seterusnya, bulu mata dan maskara yang menonjolkan matanya bulat...
Akhir sekali padamkan concealer & faundation yang tebal menutup cela-cela dimuka dan kita buka contact lense yang menampakkan mata hitamnya besar menawan...
Bila dah buang semua make-up tu, boleh tak korang bayangkan wajah asli Amoi ni... Tapi, macam yang aku bagitau diawal tadi, entry ni bukan pasal make over Amoi ni...Aku pun tak peduli dia nak buat apa dengan muka dia... Dan aku pun tak berminat nak tayangkan gambar asal Amoi ni, okay!
Yang aku nak cerita ialah pasal pandangan zahir yang kadang kala boleh mengaburi mata kita, sehingga kita ni tertipu dengan lakonan baik seseorang. Benda ni memang subjektif. Takde ukuran untuk kita menilai peribadi seseorang. Samada dia ni seorang yang ikhlas, atau musuh dalam lipatan ataupun spesis sesumpah. Hanya masa dan ketentuan Allah yang membolehkan kita dapat melihat kebenarannya. Pahit dan manis dalam persahabatan ni, hanya kita yang tahu....Lebih senang kalau kita nak hakikat 'dibunuh' oleh musuh kita, berbanding ditikam oleh orang yang dianggap saudara.
Bila kita berkawan dengan seseorang, memang sukar nak kenal hati budinya. Untuk kawan baru, biasanya kita akan menilai perwatakan dia berdasarkan penampilannya. Tapi, kadang-kadang penampilan luaran ni hanyalah lakonan sahaja. Bila ada insiden-insiden yang tak disengajakan, masa tu barulah kita akan kenal hati budi kawan kita tu... Masa tu, nak menyesal pun tak guna.. Apa yang boleh kita buat ialah jadikan apa yang terjadi sebagai pengajaran dimasa hadapan.
Tak semestinya orang yang kelihatan lemah lembut, manis mulut tu sentiasa ikhlas dalam berkawan. Dan tak semestinya, orang yang nampak brutal, cakap lepas tu bukan kawan yang baik. Keikhlasan hati tak dapat nak dinilai dengan penampilan diri seseorang. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berhati-hati dalam menilai siapa kawan dan siapa lawan. Sebab tu lah, orang tua-tua dah pesan "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"
Tak salah nak berbuat baik dengan semua orang, tapi kebaikan tu mistilah ada batasannya (lagi-lagi kalau dengan orang yang kita baru kenal!!!). Demi kebaikan diri sendiri, tak salah untuk kita ada rasa prasangka, supaya kita sentiasa berhati-hati... tapi jangan pulak terlampau berprasangka buruk, tu pun tak bagus jugak!!!
Amimarzsays : dah kenal siapa lawan dan siapa kawan....
0 comments:
Post a Comment