BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Penama KWSP

Sedikit info pasal penama KWSP.  Sekali pandang, hal ni macam perkara remeh.... Tapi bila takde, boleh jadi kecoh... sampai bergaduh2 sesama ahli keluarga. Kalau bergaduh, sapa yang malu... mereka dan keluarga mereka, wokey..heheheh


1.      Kenapa Perlu Membuat Penamaan?
Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada penama tersebut.

Sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris terdekat atau tanggungan anda berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan tersebut daripada KWSP.

Sekiranya simpanan anda melebihi RM25,000, waris terdekat anda perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian/Sijil Faraid daripada pihak yang menguruskan harta pusaka seperti Amanah Raya Berhad atau Mahkamah atau Pejabat Tanah.

Proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan biasanya mengambil masa yang panjang dan pemohon akan dikenakan bayaran tertentu.


2.      Simpanan KWSP Dengan Penamaan
Bagi simpanan KWSP dengan penamaan, penama yang layak boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan ahli yang telah meninggal dunia dengan syarat penama mestilah berumur 18 tahun atau lebih.

Jika penama berumur di bawah 18 tahun, pihak KWSP tidak boleh membuat apa-apa pembayaran kepada penama sehinggalah dia mencapai umur 18 tahun. Walaubagaimanapun, penjaga kepada penama boleh memohon untuk membuat pengeluaran bagi pihak penama untuk tujuan menyara penama. Pemohonan akan dipertimbangkan atas budi bicara pihak KWSP.

Untuk ahli yang beragama Islam, penama hanya bertindak bagi seorang wasi atau pentadbir simpanan tersebut. Beliau dinasihatkan untuk mentadbir dan mengagihkan simpanan ahli berdasarkan undang-undang Islam (Faraid).


3.      Simpanan KWSP Tanpa Penamaan
Di dalam kes dimana ahli yang meninggal dunia tidak membuat sebarang penamaan, keutamaan untuk menuntut simpanan ahli diberikan kepada pentadbir pusaka yang dilantik. Ini tanpa mengambil kira status perkahwinan ahli yang meninggal dunia.

Jika ahli yang meninggal dunia itu telah berkahwin, orang yang layak untuk menuntut, mengikut keutamaan, adalah pasangan dan anak-anak ahli atau penjaga mereka (jika anak-anak di bawah umur).

Jika tiada tuntutan dari mereka yang disebut di atas, orang yang layak untuk menuntut, mengikut keutamaan, adalah ibu bapa, adik beradik dan sesiapa yang dianggap layak oleh KWSP untuk menerima simpanan ahli.

Kepada ahli yang beragama Islam, undang-undang Faraid akan digunakan.


Jadi kalau korang belum lagi letak nama penama untuk simpanan KWSP korang tu, elok la pergi buat sekarang.  Bukan apa, ini untuk memudahkan waris2 korang untuk  menuntut wang simpanan tu nanti  (korang tak yah la nak tuntut sebab korang da takde lagikan..huhuhu). 

Tak susah prosesnya, dan tak perlu amik masa yang lama pun.  Yang korang kene buat ialah pergi ke mana2 pejabat KWSP yang  berdekatan, ambil borang Penama, isikan butiran2 yang diperlukan... ambil no giliran (nasib2 la ya...kalu cepat2 tu syukran!!! Kalau tak, korang dok diam2 tungguuuuuu), dan hantar ke kaunter yang disediakan.  Sonang jo kan!!!


Amimarzsays  :  Beringat sebelum terlambat!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...