BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 24, 2010

Entry awal pagi.....

Malam yang penuh santai, ie relax takde apa yang menerjah tetiba...cuma batuk2 masih belum kurang.  Masalah dengan batuk ni, ialah batuk berkahak...since aku still kene pegi kerja (takat batuk2 je doktor tak layan la nak bg MC ni..huhuhu) so, aku pun cuba la petua madu & perahan limau nipis.. pagi2 before nak pegi kerja, aku makan madu & limau nipis tu, okey la, ada kurang sikit.  memang berkesan jugak petua ni.  Kalau makan ubat batuk, for sure la kepala ni jadi weng skit, sebab ubat batuk ni mengantuk!!!

Yang tak bestnya, untuk kita yang ada anak2 kecik ni... batuk, demam & selsama ni memang la sangat2 perlu dielakkan... sebabnya, budak2 ni cepat betul la berjangkit.  Macam sekarang ni la.. since aku ni beberapa hari batuk, hari ni si Nana dah mula menampakkan tanda2 nak selsema jugak!!! Aduhai lah... Ni yang buat jiwa raga aku ni gelisah.  Sebabnya, bila dah tak sihat, compem la dia akan merengek aje.  Dan yang tahan tu bila time makan ubat, melalak2.. Ya Rabbi, malu kat jiran2 bila si Nana ni menjerit2 "tak sedap! tak sedap!" sekuat2 hati.  Dengan bantuan Abahnya, misi bagi makan ubat selosai...  Bila dia tido, aman la hidup aku..ngeeeeee

Dalam pada terbatuk2 ni, mata asik menjeling2 bungkusan2 jajan yg Mr Hubby beli dari Lumut semalam.. mengancam jiwa raga ku sungguh la.  Dahlah semuanya tu memang kegemaran aku (special order tu!!),  satay ikan, keropok ikan, sotong gula...huwaaaaaaaaaaaa!!!!! bila boleh makan ni!  Nasib baik la Buchuks tak pandai makan jajan2 tu lagi, kalu tak, putih mata la Ami...hihihi  So, takat jeling2 manja la kat jajan2 atas peti ais  tu la, sampai batuk ni ilang.. (tak sabor dah ni nak makan!!!)

Okay lah, dah lewat pagi la rupanya ya... mato den pun dah kuyu jo ni... apa2 pun, selamat bercuti hujung minggu lah untuk semua ya.. bagi yang kerja ari sabtu, best la korang dapat nikmati cuti umum ni kan..tapi macam aku yang memang berkerja 5 hari seminggu, rasa takde perbezaan pun cuti Hari Natal ni dengan Sabtu minggu lepas... apa2 till next tima ya!!!


Tuesday, December 21, 2010

Bukan sombong....

Dah lama aku tak jenguk2 blog aku ni, apatah lg berblogwalking.... bukan aku sombong atau dah ilang minat dengan dunia blog ni... tapi kesibukan masa dan tahap kesihatan yang kurang baik tak izinkan aku untuk menyapa blog kawan2, apatah lagi untuk membuat entri terbaru..  Kepada kawan2 yang aku belum sempat nak ziarah balas, bila da sihat sikit nanti aku akan jalan2 umah korang ya... jangan mare ya..ngeeeeeee

Hujung  minggu yang lepas, aku sibuk dengan majlis pertunangan adik perempuan aku. Walaupun majlis tu berlangsung pada hari Ahad, tapi sejak hari Sabtu lagi kami semua dah sibuk2 dengan persiapan.  Aku pun tak terlepas dari bersengkang mata sampai pukul 1 lebih pagi, dek sibuk menghiris daging daging salai untuk menu masak lemak daging salai esok harinya....

Pagi Ahad  tu pulak, pagi2 lagi dah bangun, untuk siapkan sarapan pagi.  Sarapan ni kene prepare awal2 sebab pukul 8.30am dah ramai sedara2 yang datang sinoman... Emmm.. memang sibuk betul ari tu.. Dek kerana penat sangat aku hampir2 tumbang... nasib baik ada si Nana, dalam pukul 11am, dia merengek nak minta susu & nak aku temankan dia menyusu. Apalagi!!! Peluang depan mata ni.. misti aku sambar! So, aku pun ajak la Nana masuk bilik, sambil2 tidorkan dia, aku pun tidor sama (tapi kejap ke lah aku mengelatnya...)  Bila da bangun tu rasa refresh la pulak.. Bagus jugak tu kan, rehat sekejap untuk recharge.
Nasib baik majlis tu abis awal, seperti yang dirancang.  Tapi bila petang tu, terasa2 sakit la plak pinggang aku ni.  Adus!! Sakit pinggang aku ni datang balik la..huhuhu
Aku pun telan lah pain killer yang memang ada dalam beg aku... lepas tu, tido la..apa lagi...

Esok paginya nak pergi kerja, sakit tak kurang.  Tak tahan dengan sakit, aku pun pergi la ke klinik.  Kali ni aku suruh doctor buat x-ray  (patutnya minggu lepas aku pergi buat x-ray, tapi tak berkesempatan).  Lepas tu, doctor buat surat reference untuk aku jumpa pakar kat hospital swasta kat Seremban.  Bayangkan dari pukul 9am sampai la pukul 5.20pm, aku terperangkap dalam spital.. tension betul!! Lama betul aku tunggu giliran nak jumpa doctor  tu.. kalu tak sebab aku ni  memang tengah sakit, mau je aku angkat kaki balik rumah... tp sebab sakit, aku pun tunggu jugak lah.  Sib baik ada novel Sungguh Aku Cinta (Anis Ayuni), temankan aku... kalau tak, berangin2...  Lepas jumpa doctor, aku kene buat physiotherapy pulak... tu yang pukul 5.20pm baru siap!! Burn MC aku aritu.. tak dapat nak rehat2 kat umah (dah macam pegi keje la pulak rasanya ya....)huhuhu...  Minggu depan kene buat follow up check-up.. plus doctor pun nak buat MRI scan kat aku...  bila terbayang nak kene masuk dalam terowong MRI Scan tu, ngeri la plak.... Tak mo pikir! Tak mo fikir!

Hari ni kat opis, pinggang aku masih lagi terasa sengal2nya...  tak boleh duduk lama2 & tak leh berdiri lama2.. jalan pun masih lagi slow2.  Opis aku ni pulak, sejuknya Ya Rabbi, sampai aku terpaksa pakai stoking untuk elakkan kaki aku ni kesejukan.. bila sejuk, pinggang & lutut ni terasa lagi berbisa sengalnya (terasa macam dalam berpantanglah pulak, bila pakai stoking ni..ngeeeeee).

 Amimarzsays : Bila sakit2 begini, teringat masa sihat...

Thursday, December 16, 2010

Semuanya kerana......

Emm... perut dah kenyang...Alhamdulillah, lagi best sebab bos yang belanja lunch tadi. Heheheh....Syukur ya, dapat bos yang baik hati & bertimbang rasa.  Boleh bergurau2 & lepak2 dengan anak2 buah, macam kawan tapi rasa hormat pada bos tetap ada...

Pagi tadi, masa Town Hall session dengan top management, Big Boss cakap.. as a muslim, what ever we do..or where ever we go, it must be Lillahi Taala..semuanya kerana Allah, dengan kuasa dan limpahanNya kita berada disatu2 tempat.

Sebenarnya, peringatan2 begitu sering kita dengar dari zaman persekolahan dulu, dari Ustaz2 & Ustazah2, dari ceramah2, dari kawan2... malah mak ayah pun selalu pesan perkara yang sama... Tapi, natijahnya, kita sebagai manusia ni selalu lupa... lagi2 bila diulit kemewahan dan kesenangan... lagi cepat kita lupa pada sejarah.  Sebab itulah, adalah kewajipan kita sesame Muslim untuk saling ingat-mengingati dan berpesan2, supaya kita sentiasa.

Sedihnya, harta & kuasa masih lagi menjadi keagungan manusia..sehingga ada yang sanggup membunuh, menganiaya, menindas dan menyeleweng.  Semuanya semata2 kerana harta & kuasa.  Kala ini, hilanglah pandangan siapa saudara, siapa kawan.  Yang penting, mulut sendiri mahu disuap untuk kenyang sendiri.

Soalnya, adakah semua itu berbaloi kesenangan yang dicapai dengan jalan yang pincang, bila mana di hari Perhitungan nanti takde sebesar zarah pun harta yang dikumpul dapat membantu kita.  Bolehkah emas segunung yang kita kumpul hasil dari penipuan2 & penindasan2, membeli sekaki payung untuk kita berteduh daripada panas matahari yang jaraknya sejengkal itu?  Andai didunia kita adalah pemimpin yang paling berkuasa, ramai pak turut & pembodek yang tak putus2 menempel.  Yang bila kita lapar, cepat2 disuapkan makanan... bila bersin, cepat2 dicarikan ubat – hanya kerana mau imbalan yang lumayan.  Adakah pak2 turut & pembodek2 ini akan masih setia menjadi teman berpanas di Mahsyar?

Walau berkali2 diperingat... Walau banyak kisah2 teladan dicerita... Walau berulang2 drama2 kehidupan dipertontonkan di TV untuk ikhtibar... namun, ramai yang mendengar, tapi sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. ramai yang melihat tapi buta mata hari...

Pengalaman masa lalu banyak memberi pengajaran.  Tak pernah terlintas difikiran untuk melihat sendiri drama2 kehidupan yang rata2 dilakonkan oleh orang2 terdekat.  Lantaran kerana tamakkan harta dan kuasa, yang anak menghina mak & ayah... saudara bertikaman sesama sendiri... keluarga berpecah belah & berpuak2...kawan makan kawan... sindir-menyindir, umpat-mengumpat, kutuk-mengutuk, hina-menghina berlarutan, akhirnya menjadi dendam kesumat.  Hakikatnya, kayu yang sudah dibakar, walaupun apinya sudah padam, takkan kekal menjadi kayu – jika tak jadi abu, tetap menjadi bara.  Begitu juga kehidupan....

Andai diberi harta segunung, akan jadi pemurahkah kita, seperti Saidina Usman Bin Affan... (takut2 kita menjadi pengikut Qarun yang haloba....)
Andai diberi kuasa & kekuatan, akan jadi seadil Saidina Umar Al-Khatab kah kita, menjatuh hukuman tanpa melihat darah daging kerana patuh pada perintah Allah... (takut2 kita menjadi pengikut Firaun yang zalim...)

Sekadar renungan....

Amimarzsays : walau tak sekaya Mark Zuckerberg, cukup sekadar senang & dipermudahkan segala urusan...ngeeeeee

Wednesday, December 15, 2010

Tiruan sana sini.....

Dalam berita semalam, 3,360 kicap tiruan dirampas..aku geleng kepala... Aduhai...apalah nak jadi ngan orang-orang ni... sampaikan kicap pun ada versi cetak rompak ya..isk isk isk... balik nanti nak check kicap kipas udang aku – ori ke tiruan..huhuhu

Sekarang ni banyak sangat barang-barang tiruan yang ada dipasaran...  daripada barangan elektrik, telefon, pakaian berjenama, aksesori, CD hinggakan jenama makanan pun ada tiruan. 


Kenapa agaknya ada banyak barang2 tiruan kat pasaran ya??? Aku rasalah kan, mungkin sebabnya.......................


1)    Ada permintaan lah kot..... 
Ye la, selalunya barang2 yang ditiru ni semuanya barang2 jenama terkenal... orang cakap Branded la...  Nak beli yang original mungkin tak mampu la kot, sebab harganya riban-riban (bukan kicap la kan..heheheh).  Tengok member sebelah pakai handbag Prada, jam tangan Guess, telefon Blackberry.. pedih la plak mata... Nak beli, takut miss soru..so carik yang cetak rompak la...bukan orang tau maaaaaaa

2)    Ada orang yang kreatif lah kot....
Orang-orang ni malas nak carik idea sendiri, tapi cukup kreatif nak buat magic..iaitu trace without trace (salin tanpa kesan)....  nak dapat skill ni, bukan semua orang boleh  buat.. sebab tu la, barang2 tiruan ni pun ada grading nya...

3)    Ada orang yang tamak lah kot...
Nak modal kecik tapi nak untung riban2... dari orang yang keluarkan barangan tiruan ni, ke pengedarnya...ke penjualnya  sampailah ke pembelinya..tamak!!! Sebab apa aku kata tamak?  Kalu takde pembeli yang nafsu tinggi ni, takkan ada la penjual barang2 tiruan ni kan... Kalu takde penjual yang nak untung banyak (beli seringgit jual sepuloh hinggit – sbb ada brand maaaaa), takkan ada orang yang nak keluarkan barang2 tiruan ni kan.. yelah, dah buat berkodi2 kalu  takde sapa nak jual, mana nak dapat untungkan...Yang keluarkan barang pulak nak amik jalan mudah, tak payah buat R&D, marketing & promotion.. tempekkan je jenama orang lain (macam kes kicap ni lah kan...).  Profit pulak tak payah declare... Emm..senang sangat lah kan.  Tapikan, mereka2 ni lupa sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah.. bila dah jatuh, baru mereka ingat orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang2...

Aku tak tau lah orang lain kan... tapi aku memang tak berminat dengan barang2 tiruan ni, walaupun dari jenama antarabangsa yang terkenal.  Aku rasa takde feel kalau pakai barang yang tak ori ni... baik aku beli barang dari jenama biasa2 aja, yang aku mampu beli tanpa perlu merobekkan poket aku daripada beli barang dari jenama2 5star tapi made in Thai/China......

Amimarzsays  :  Kenelah sedar diri & ukur baju dibadan sendirikan....

Tuesday, December 14, 2010

Lebey kuah dari sudu.....


Dah lama gak aku tak buat entry dalam blog ni... minggu lepas memang betul2 busy... tapi Alhamdulillah, semua sudah beres....huray huray!!! Hip hip huray!!!

Minggu lepas, sorang wak aku buat kenduri kawin anak dia.  Anak bongsu, mistilah meriah  giler... Adat kami orang Jawa, bila kenduri kendara ni yang paling seronok ni bila time sinoman (org melayu kata rewang).  Masa nil ah, semua sanak saudara yang jauh dekat berkumpul bergotong royong untuk buat persiapan kenduri....

Bila dah berkumpul ramai-ramai ni, al-maklum saje la misti la banyak fiil nya ya... sebab banyak kepala banyak la ragamnya. 

Satu kelainan kenduri semalam ialah kehadiran sorang ‘Bibik’ kepada Wak aku ni... ni kira 1st time la dia join kami semua sinoman.  Mungkin sebab kami ni semuanya baik2 & peramah, maka dia pun rasa  begitu selesa dengan kami (bagus la kan, orang luar rasa selesa).  Masalah yang kami jadi geram ni sebab dia ni pulak melebih2 la plak!!! Siap bagi arahan bagai2 pada kami macam mana nak potong kentang, kupas nanas dan macam-macam lagi lah....panas betul hati aku!!!  Macam la kitorang ni tak reti nak nak buat kerja.  Kalau kami buat salah, misti la Mak & Mak2 sedara lain akan tegur.  Tapi paling panas hati bila kita minta dia buat kerja, tau pulak mengelat tak nak buat...  Dah jadi macam mandur la plak si ‘Bibik’ ni.  Memang betul2 lebey kuah dari sudu la dia ni.......

Banyak gak pengalaman aku tengok & dengar pasal citer2 lebey kuah dari sudu ni... Selalunya orang-orang begini, rasa mereka ni ‘bagus’ dari orang lain.  Tak pun rasa keyakinan mereka ni OVER sangat!!! Mereka ni gemar beri arahan... Plus, kulit misti mau tebal ya..kalu tak misti dah merah padam bila dijeling2..heheheh  Orang-orang begini, kalau mereka dapat kuasa... memang lembik lututlah orang2 bawahannya... MASALAHNYA, orang2 yang suka bersikap lebey sudu dari kuah ni orang2 yang dibawah, tapi berlagak macam orang atasan... sudahnya, keluarlah kata2 YA AMPUN!!! Tobat dapat orang perangai camgini.....huhuhu

Terus terang, aku memang akan rasa tension yang teramat, kalu terkene dengan orang yang  fiil nya begini.  Tak tahu nak menjaga batas2 dalam pergaulan.  Walaupun kita ni baik dengan seseorang tapi kene la tau batas2annya.  Tak kiralah dalam hubungan suami isteri, atau sesama adik-beradik, ipar duai, jiran tetangga, sahabat baik, rakan pejabat mahupun pekerja majikan... semua tu  misti ada batasan dalam pergaulan.  Kalau salah seorang bertindak melampau batas, maka hubungan tadi akan jadi hambar sebab sebelah pihak tadi rasa teraniaya, tapi tak mampu  nak berbuat apa.. yang sadisnya, bila ada yang makan hati... parah babe!!!

Amimarzsays : tanam sayur pun ada batas..heheheh

Misti Buat - Kunci Pintu Kereta!!!!

Ini kisah benar – cerita dari seorang kawan seopis aku....semoga kita semua ambil ikhtibar!!!


Pagi-pagi lagi masa breakfast, sorang member aku ni datang dekat aku.  Macam biasalah, before masuk kerja, menyembang kat Pantry dulu...  Tapi citer dia pagi ni, something yang aku rasa perlu dikongsi dengan semua....

Kawan aku  ni kata, semalam dia panic betul sebab ada orang cuba bukak kereta dia.  Kejadian ni berlaku dekat Taman Sentosa, member aku ni nak pergi ziarah mak mertuanya.  Husband dia yang drive kereta.  Masa nak reverse kereta, mereka nampak kelibat orang lelaki kat belakang kereta, so husband dia stop dulu untuk bagi orang yang jalan kaki tu pergi dulu.  Tapi rupa-rupanya, tanggapan mereka tu meleset.  Instead of orang tu berjalan pergi, dia cuba nak bukak pintu belakang kereta member aku ni.  Nasib baik masa tu husband dia kunci kereta!!!... Kalau tak...ngeri nak bayangkan ooo(tetiba ada orang asing masuk dalam kereta...kalau dia bawak pisau/senjata tajam...lagi la ngeri!!!)  Bila perasan orang luar tu cuba buka pintu kereta, husband kawan aku ni ambil tindakan yang bijak, iaitu terus beredar dari tempat itu dengan segera.

Bila dengar cerita member aku ni, ngeri jugak lah kan.  Nasib baik husband dia kunci pintu.... Dan nasib baik husband dia tak cuba jadi hero dengan sergah orang luar tu.  Yelah, kita tak tau kalau-kalau orang tu ada senjata atau tidak kan.  Syukurlah, kawan aku & familinya selamat.

Kepada sesiapa yang  drive kereta sendiri, pastikan setiap kali korang masuk kereta, first thing yang korang kene buat ialah KUNCI PINTU.  Ingat!!! KUNCI PINTU DAHULU baru lah hidupkan enjin kereta.  Ini adalah untuk keselamatan kita sendiri.

Dan ingatan untuk pemandu wanita, jangan letakkan handbag korang atas kerusi sebelah penumpang ya.  Pastikan korang letak dibawah tempat duduk hadapan.  Kasik sorok sikit!!! Sebab banyak jugak  kejadian pecah tingkap cermin masa berhenti kat traffic light.  Bila handbag tu diletak atas kerusi, penyagak2 dengan mudah boleh capai handbag tu.


Beringat-ingat sebelum kene!!! Tapi sekiranya, penyagak sudah ada depan mata dan pisau sudah dileher, serahkan saje semua barangan korang.  Jangan sesekali cuba melawan!!!  Keselamatan & nyawa kita lagi penting dari harta benda.

Amimarzsays : kene lebih berhati-hati!!!

Wednesday, December 8, 2010

Penama KWSP

Sedikit info pasal penama KWSP.  Sekali pandang, hal ni macam perkara remeh.... Tapi bila takde, boleh jadi kecoh... sampai bergaduh2 sesama ahli keluarga. Kalau bergaduh, sapa yang malu... mereka dan keluarga mereka, wokey..heheheh


1.      Kenapa Perlu Membuat Penamaan?
Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada penama tersebut.

Sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris terdekat atau tanggungan anda berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan tersebut daripada KWSP.

Sekiranya simpanan anda melebihi RM25,000, waris terdekat anda perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian/Sijil Faraid daripada pihak yang menguruskan harta pusaka seperti Amanah Raya Berhad atau Mahkamah atau Pejabat Tanah.

Proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan biasanya mengambil masa yang panjang dan pemohon akan dikenakan bayaran tertentu.


2.      Simpanan KWSP Dengan Penamaan
Bagi simpanan KWSP dengan penamaan, penama yang layak boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan ahli yang telah meninggal dunia dengan syarat penama mestilah berumur 18 tahun atau lebih.

Jika penama berumur di bawah 18 tahun, pihak KWSP tidak boleh membuat apa-apa pembayaran kepada penama sehinggalah dia mencapai umur 18 tahun. Walaubagaimanapun, penjaga kepada penama boleh memohon untuk membuat pengeluaran bagi pihak penama untuk tujuan menyara penama. Pemohonan akan dipertimbangkan atas budi bicara pihak KWSP.

Untuk ahli yang beragama Islam, penama hanya bertindak bagi seorang wasi atau pentadbir simpanan tersebut. Beliau dinasihatkan untuk mentadbir dan mengagihkan simpanan ahli berdasarkan undang-undang Islam (Faraid).


3.      Simpanan KWSP Tanpa Penamaan
Di dalam kes dimana ahli yang meninggal dunia tidak membuat sebarang penamaan, keutamaan untuk menuntut simpanan ahli diberikan kepada pentadbir pusaka yang dilantik. Ini tanpa mengambil kira status perkahwinan ahli yang meninggal dunia.

Jika ahli yang meninggal dunia itu telah berkahwin, orang yang layak untuk menuntut, mengikut keutamaan, adalah pasangan dan anak-anak ahli atau penjaga mereka (jika anak-anak di bawah umur).

Jika tiada tuntutan dari mereka yang disebut di atas, orang yang layak untuk menuntut, mengikut keutamaan, adalah ibu bapa, adik beradik dan sesiapa yang dianggap layak oleh KWSP untuk menerima simpanan ahli.

Kepada ahli yang beragama Islam, undang-undang Faraid akan digunakan.


Jadi kalau korang belum lagi letak nama penama untuk simpanan KWSP korang tu, elok la pergi buat sekarang.  Bukan apa, ini untuk memudahkan waris2 korang untuk  menuntut wang simpanan tu nanti  (korang tak yah la nak tuntut sebab korang da takde lagikan..huhuhu). 

Tak susah prosesnya, dan tak perlu amik masa yang lama pun.  Yang korang kene buat ialah pergi ke mana2 pejabat KWSP yang  berdekatan, ambil borang Penama, isikan butiran2 yang diperlukan... ambil no giliran (nasib2 la ya...kalu cepat2 tu syukran!!! Kalau tak, korang dok diam2 tungguuuuuu), dan hantar ke kaunter yang disediakan.  Sonang jo kan!!!


Amimarzsays  :  Beringat sebelum terlambat!!!

Tuti dalam labu

Sambil-sambil bersin AaCUM!! Aacum!! depan PC ni, aku cuba2 la gagahkan mata dan otak untuk menaip apa saja.  Kalau nak diikutkan hati, memang pilihan pertama yang ada dalam kepala otak aku ialah, ZZZzzzzzzzkan mata aku sekejap.  Huhuhuhu....


Bila bersin ni aku teringat kat Buchuks aku... sebabnya, bila aku cerita kisah Tuti dalam labu, sampai dihujung cerita, mereka akan berpura2 bersin sekuat2 hati seperti Tuti.  Kisah & teladan ni banyak aku ceritakan pada Buchuks aku untuk aku bagi pengajaran dan peringatan pada mereka... Nasihat dalam bentuk kisah dan teladan ni salah satu cara pembelajaran yang berkesan untuk Buchuks aku, sebab mereka akan ingat pada karektor dan kisah yang aku ceritakan.

Jom layan cerita Tuti dalam labu......


Tuti dan Mimi, dua ekor anak ayam, suka berjalan-jalan dihujung kampong.  Oleh kerana mereka ni suka bermain-main, ibu mereka selalu berpesan supaya sentiasa berhati-hati.  Jangan bermain jauh2 dan jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali.  Sebabnya, kita tak tau samada orang itu baik atau pun jahat.


Satu hari, sedang mereka bermain, tanpa disedari ada seekor musang yang mengintai mereka.... “emm..dua ekor anak ayam...pastinya ada ibu mereka.  Kalaulah aku dapat makan ibu ayam ni, puas hati!!” kata musang tu dalam hati.

Si Musang pun berjalan ke arah Tuti dan Mimi, lalu menegur mereka... Pada masa ini, kedua2 anak ayam ni terlupa pesan ibu mereka supaya jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali.. Mereka pun berhenti bermain dan berbual-bual dengan musang.

“Hai anak2 comel!  Pakcik ni dah tersesat jalan.  Dan dah 2 hari pakcik tak makan.  Err... anak ni ada apa-apa makanan yang boleh beri pada pakcik tak?”  kata musang tu.

“Maaflah pak cik, kami ni takde makanan.  Tapi kat rumah kami ada banyak makanan”  jawab Tuti.

“Oh ya ke?  Kalau begitu, boleh ke pakcik datang ke rumah kamu untuk makan malam ni.  Kesianlah pada pak cik, nak...”  si musang cuba pasang perangkap.

Tanpa berfikir panjang, Tuti pun mempelawa si musang datang ke rumahnya.  Dia dah terlupa pesan ibunya.  Sebenarnya, Tuti dan Mimi tak tahu pun yang sebenarnya mereka sedang bercakap dengan musang.  Si musang tersengih gembira.  Makan besar lah dia malam ni.

Memandangkan hari dah hampir senja, maka kedua-dua anak ayam tadi pun minta diri pulang ke rumah.  Si musang berjanji akan datang ke rumah mereka untuk makan malam.

Sesampai di rumah, Tuti dan Mimi segera bagitau ibunya tentang musang tadi...

“Ibu, malam ni ada seorang pak cik akan datang ke rumah kita untuk makan malam.  Kesian dia, dah 2 hari tak makan”, ujar Tuti.

“Pak cik yang mana?  Sapa namanya?” tanya si Ibu.

“Alah, lupa lah nak tanya namanya...  Tapi pakcik tu besor, berkaki 4, badannya berbulu, ekornya panjang, hidungnya panjang,giginya tajam!!!” jawab Mimi dengan jujur.

“APA??? Wahai anak-anakku... kalau kamu  nak tahu, itulah MUSANG.  Musang ni musuh ketat kita.  Dia datang nak makan kita semua”, jawab ibu ayam hampir pengsan.

Mendengar itu, Tuti dan Mimi menangis ketakutan.. masing-masing menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu  mereka.  Berkali-kali mereka minta maaf pada ibu mereka.


Walau bagaimanapun, ibu ayam ni bijak.  Dia teringat ada sebiji labu berdekatan dengan reban mereka... lalu diajak anak-anaknya ke sana.  Labu tu labu lama  yang sudah pecah.  Sampai disana,  dia berkata kepada anak-anaknya “wahai anak2 ku, masuklah kita ke dalam labu ini untk bersembunyi pada malam ini.  Esok bila hari sudah siang, kita akan berpindah untuk mencari tempat yang  lebih selamat.”

Tak berapa lama kemudian, kedengaran si mMusang berkeliaran mencari Tuti dan keluarganya.  Puas dia berpusing-pusing di sekitar reban ayam tu, tetapi tak nampak pun bayang-bayang ayam.  “Cis, nampaknya aku sudah kene tipu dengan anak-anak ayam itu” getus si musang.

Dalam masa yang sama, didalam labu, Tuti tiba-tiba berasa hendak bersin. Lalu dia berbisik pada ibunya. 

“Ibu, saya rasa nak bersin”
“Shhh... tahan dulu bersinnya.  Musang masih ada diluar sana.  Nanti dia tahu kita bersembunyi dalam labu ni” kata ibunya.

Tetapi, tiba2 “AACUMMMM!!! AACUMMMM!!!” Tuti terbersin dengan kuatnya.  Bunyi bersinnya yang kuat itu bergema seolah-olah kedengaran seperti “TUM!!! TUM!!”

Mendengar itu, terkejut si Musang yang sedang leka mencari ayam.  Tanpa menoleh kebelakang, dia pun berlari untuk menyelamatkan diri.  Kerana bunyi Tum Tum yang dia dengar tu, disangka bunyi tembakan senapang oleh pemilik ayam.

Ibu ayam berasa lega kerana musuh mereka telah lari.  Dia tak sangka bunyi bersin Tuti menyelamatkan mereka dari dibaham oleh Musang yang licik.  Dari hari itu, Tuti dan Mimi berjanji akan sentiasa ingat pesan ibu mereka agar lebih berhati2 dan tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali.  **Tamat**

Hah! Itu la cerita Tuti dalam labu yang sering juga aku ceritakan kepada Buchuks aku....  Kelakar tak?...hehehe.... yang kelakar tu bila dua2 cuba buat2 bersin dan lumba sapa bersin paling kuat...ngeeeeee

Aku harap, walaupun dengan bercerita, tapi mereka dapat faham apa yang aku cuba sampaikan....  banyak lagi kisah2 teladan yang aku suka berkongsi dengan Buchuks aku.  Dan aku tak jemu2 untuk ulang bercerita supaya mereka sentiasa ingat pesan aku ni.  Kadang2 aku ambil giliran bercerita dengan Yaya, sebab dia dah boleh faham & hafal jalan ceritanya (bila dia terlupa, aku akan bagi hint).  Dengan cara ini jugak, aku boleh melatih Yaya berkomunikasi dalam bentuk bercerita dan menguji kefahaman dia. Play & Learn tips yang sangat  berkesan kerana anak-anak boleh belajar dalam suasana yang gumbira!!!  Cuba2 la tips  ni!


Amimarzsays  :  Watak2 dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.  Takde kene mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.  Ahaksssssss!!!

Monday, December 6, 2010

Official Advertisement!!!



Ingat lagi tak dengan entry aku yang terdahulu pasal Couple One Spray Perfumes ni?  Ingat? Kalau tak ingat klik sini untuk refresh ya.

Untuk makluman semua, Couple One Spray Perfumes ni dah beberapa bulan berada dipasaran.  Tapi, cuma baru-baru ni je keluar iklan kat surat khabar untuk mewar-warkan kewujudannya dipasaran secara rasmi.  Kita tunggu pulak launching besar-besaran untuk produk ni ya.

SUCI... BERSIH... HALAL UNTUK SOLAT.  Inilah slogan yang dibawa oleh Couple One Spray Perfumes ni.  Bukan senang untuk kita mencari produk yang halal ni, terutama yang boleh dibawa untuk bersolat.  Pemilihan produk yang tepat amatlah penting supaya apa jua ibadah yang kita ingin lakukan, tidak menjejaskan amal ibadah kita.

Kebetulan, minggu lepas aku berkesempatan untuk berjumpa sendiri dengan Abby Yus.  Aku tanyalah, bila agak-agaknya nak launch perfumes ni.  Dia kata "sekarang ni mereka dalam proses untuk mencari ejen2 pengedar.  Nanti bila launching, mereka akan jemput semua ejen2 untuk bersama-sama dalam majlis perasmian tu nanti"  Hah!! bukan senang nak dijemput ke satu-satu majlis perasmian kan...  Hanya golongan VIP & VVIP je yang selalu dapat jemputan ni.

Jadi, aku rasa, kalau ada pembaca-pembaca kat luar sana yang berminat untuk mencari peluang bagi menambahkan pendapatan, apa kata korang cuba ursha-ursha Couple One Spray Perfumes ni.  Keuntungan runcitnya memang fantastic sekali dan bau-bauannya juga...perghhhhhhhh...wangi sangat!!!  Sapa-sapa yang berminat, bolehlah tinggalkan komen dalam ruangan ni ya...


Amimarzsays  :  Wang besar! Wang besar!!! Mari-mari-mari!!!

Perbezaan antara marjerin dan mentega!!!

Sekali imbas marjerin & mentega ni, macam lebih kurang sama je fungsinya.  Dua-dua boleh digunakan untuk buat kuih/kek atau diguna dalam masakan.  Tapi dari segi nutrisi, khasiat dan kesan2nya, kedua-duanya tak sama.  Korang dah tau ke.... Aku baru tau. So, aku share dengan korang ya.  Orang kata, sharing is caring... Jom kita ikut info sihat ni ya....

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual  kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka  dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.



TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?


Bacalah sehingga ke akhirnya? anda tentu tertarik!
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.


Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam  makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!


Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain.  Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus).  Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan?

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.


Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak daripada memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).


Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat
teduh.

Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya
(ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada
nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu
mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat
hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia
ke atas roti anda?



Amimarzsays  :  Nak lebur Tupperware ku...minta ampun la ya..ngeeeeeee

Saturday, December 4, 2010

Disebaliknya...



Aku dapat email ni dari kawan aku... dari mana sumber asal gambar ni aku tak pasti... tapi ini hanya sekadar gambar hiasan saje.


Nak tengok magic tak?  Sekarang ni kan, banyak sangat citer-citer pasal magic kan, so apa kata korang layan magic kat bawah ni....(pastikan mulut korang tu tertutup rapat, okay!!)

Fewiiitttt... Suwitttnya

Korang tengok Amoi ni, comey tak?  Comey lah kan, ngan mata bulat, hidung terletak, bibir mulus... Tapi, persoalannya..adakah apa yang kita nampak ni, hakikat yang sebenar?  Tapi lumrahnya, kita akan buat penilaian berdasarkan pandangan dan pengamatan kita.  Cuba kita selidik satu persatu...apakah jawapan yang akan kita jumpa... Ada berani???



Kita bungkus rambutnya yang hitam mengurai tu dan padamkan lipstick yang buat bibirnya nampak seksi tu.....


Kemudian, kita padamkan eyelinernya....


Seterusnya, bulu mata dan maskara yang menonjolkan matanya bulat...


Akhir sekali padamkan concealer & faundation yang tebal menutup cela-cela dimuka dan kita buka contact lense yang menampakkan mata hitamnya besar menawan...

Bila dah buang semua make-up tu, boleh tak korang bayangkan wajah asli Amoi ni... Tapi, macam yang aku bagitau diawal tadi, entry ni bukan pasal make over Amoi ni...Aku pun tak peduli dia nak buat apa dengan muka dia... Dan aku pun tak berminat nak tayangkan gambar asal Amoi ni, okay!

Yang aku nak cerita ialah pasal pandangan zahir yang kadang kala boleh mengaburi mata kita, sehingga kita ni tertipu dengan lakonan baik seseorang.  Benda ni memang subjektif.  Takde ukuran untuk kita menilai peribadi seseorang.  Samada dia ni seorang yang ikhlas, atau musuh dalam lipatan ataupun spesis sesumpah.  Hanya masa dan ketentuan Allah yang membolehkan kita dapat melihat kebenarannya.  Pahit dan manis dalam persahabatan ni,  hanya kita yang tahu....Lebih senang kalau kita nak hakikat 'dibunuh' oleh musuh kita, berbanding ditikam oleh orang yang dianggap saudara. 

 
Bila kita berkawan dengan seseorang, memang sukar nak kenal hati budinya.  Untuk kawan baru, biasanya kita akan menilai perwatakan dia berdasarkan penampilannya.  Tapi, kadang-kadang penampilan luaran ni hanyalah lakonan sahaja.  Bila ada insiden-insiden yang tak disengajakan, masa tu barulah kita akan kenal hati budi kawan kita tu... Masa tu, nak menyesal pun tak guna.. Apa yang boleh kita buat ialah jadikan apa yang terjadi sebagai pengajaran dimasa hadapan.

Tak semestinya orang yang kelihatan lemah lembut, manis mulut tu sentiasa ikhlas dalam berkawan.  Dan tak semestinya, orang yang nampak brutal, cakap lepas tu bukan kawan yang baik.  Keikhlasan hati tak dapat nak dinilai dengan penampilan diri seseorang.  Oleh itu, kita mestilah sentiasa berhati-hati dalam menilai siapa kawan dan siapa lawan.  Sebab tu lah, orang tua-tua dah pesan "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"

Tak salah nak berbuat baik dengan semua orang, tapi kebaikan tu mistilah ada batasannya (lagi-lagi kalau dengan orang yang kita baru kenal!!!).  Demi kebaikan diri sendiri, tak salah untuk kita ada rasa prasangka, supaya kita sentiasa berhati-hati... tapi jangan pulak terlampau berprasangka buruk, tu pun tak bagus jugak!!!

Amimarzsays :  dah kenal siapa lawan dan siapa kawan....

Cantek tak???

Lawa tak lukisan Buchuks aku ni... Dari mata aku, misti lah lawakan.  Tapi yang aku bangga dengan Buchuks aku ni dia pandai nak zahirkan apa yang dia fikir atas kertas putih ni....

Yaya, tahun depan baru nak masuk alam pra-sekolah.  Awal tahun aritu, aku cuba masukkan dia ke Taski Abim kat kampung aku... tapi dia belum bersedia lagi.  Harap-harap tahun depan ni dia tak buat masalah la...kalau tak, aku yang bermasalah...huhuhu


Yaya - Alam haiwan

Walaupun dia tak pergi ke sekolah, tapi kat rumah dia ni suka melukis & mewarna.  Gambar-gambar yang dia lukis kebanyakkannya haiwan-haiwan seperti burung, ikan, rama-rama... Dia pun suka lukis gambar bunga-bungaan.....

Nana - Pelangi

Nana ni baru 3 tahun... Dia ni suka ikut apa yang kakak dia buat.  Secara tak langsung, dia dapat pendedahan awal melalui kakaknya.  Aku suka semangat bersaing yang ada dalam diri Nana.  Dia ni suka berdikari dan suka berusaha untuk capai apa yang dia inginkan.


Yaya & Nana

Sejuk mata memandang, bila tengok dua-dua Buchuks ni rajin belajar ya...  Harap-harap mereka ni consistant dalam pembelajaran mereka..

Amimarzsays : Kreatif macam Aminya la ni...ngeeeeee

Segmen Hujung Minggu : Blog oh Blog

Memandangkan hari ni aku memang berniat nak abiskan masa dengan membelek dan membedek blog aku dan blog kawan-kawan yang lain, aku why not aku tumpang sekaki segmen BA untuk hari ni.


Let's check it out, soklan-soklan dari BA ni.... dan apa aku nak jawab... scroll down...hehehhe





























Usia anda berblog
37 hari.... (kalau baby baru lahir, masih dalam pantang ni..heheheh)

Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
Keinginan aku untuk membuat ruang sendiri, menzahirkan kreativiti aku, melahirkan apa yang terpendam dalam diri ni.  Dalam blog aku ni, aku bebas untuk meluahkan apa yang aku fikirkan (tapi of course la, yang tak melanggar batas-batas susila & undang-undang, ye tak). 

Perkara pertama yang timbul dalam kepala anda bila mendengar perkataan blog
Diari hidup aku - yang sengaja aku nak war-warkan kepada umum..hahahaha

Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog...
Semistinya la, Sunnies Mas (kazen aku) dan jugak kawan-kawan blogger semua.  Semakin kerap aku buat blogwalking, semakin banyak ilmu yang aku timba.... dan yang pastinya, semakin ramai kawan....   

Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog anda pada rakan anda yang buta IT
Aku dulu pun banyak tak tau pasal IT ni jugak, tapi buka minda & mata, korang akan nampak keindahannya... Tak caya, cuba try buat & tengok!!!

Dalam 100 patah perkataan, Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda? 
Sudah semistinya, blog aku ni mempengaruhi hidup aku (kalau tak, takkan lah aku dok terpacak dari td depan lappy aku ni kan...hahahah).  Blog aku ni adalah salah satu terapi minda, especially bila aku tengah kusut ataupun tension... bukan untuk aku melepaskan geram, tapi sekurang-kurangnya bila aku menulis, aku akan lupa apa yang aku marahkan sebelumnya... dan blog ni jugak berjaya menyelamatkan poket aku, sebabnya sebelum ini, kalau aku tension, Shopping! Shopping! Shopping adalah terapi untuk ku...muahhahaha!!!

Amimarzsays : I feel gooddddddd!!!!

Friday, December 3, 2010

Bukan semua benda boleh ada fungsi 2dalam1

Semua orang nak senang, semua orang nak mudah, semua orang nak cepat... Sebab tu lah, banyak betul produk-produk 2in1, 3in1...hinggalah 5in1 diperkenalkan dalam pasaran.  Daripada kopi, milo, sabun, shampoo hinggalah ke printer.  Sebabnya, semua orang suka kalau ada 1 barang yang boleh diguna untuk perkara lain.  Jimatlah kan.

Tapi, kene ingat ya.  Bukan semua benda boleh kita pelbagaikan fungsinya.  Kalau disalahgunakan, malapetaka lah babe!!! 

Cuba korang tengok betul-betul 2 benda kat bawah ni....agak-agak korang apa bendanya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hah... betul lah tu, yang 1 tu kunci kereta... yang lagi 1 tu kunci rumah.  kunci kereta misti lah untuk buka pintu kereta & hidupkan enjin kereta, dan kunci rumah untuk buka pintu rumah.  Bijak-bijak.

Fungsi hakiki 2 benda ni memang mutlak!  Tak boleh korang nak memandai untuk ubahsuai kegunaannya, lebih-lebih lagi nak disamakategorikan dengan benda-benda kat bawah ni.... Cuba perhati, bijak tak kalau kunci-kunci penting ni korang samakan fungsinya dengan gambar-gambar kat bawah ni........


Cuba korang bayangkan, korang ambil kereta mainan ni, tekan butang kat tengah-tengah tu... agak-agak pintu kereta korang terbukak tak??? Atau, korang ambil sudu mainan ni, masukkan dalam lubang kunci rumah korang, pintu terbukak tak??? Misti la tak boleh kan....

Jadi, aku memang betul-betul tak paham kenapa ada yang selamba biarkan anak-anak main dengan kunci kereta & kunci rumah.  Bila rosak atau hilang dengan selamba cakap "entahla mana anak korang campak kunci tu, tak tau la!!!" Sangap babe!!!

So, ingat ya pesan aku... anak-anak, bagi mereka mainan yang bersesuaian dengan umur dan tak merbahaya untuk mereka.  Walau macam mana mereka ni merengek nak main kunci-kunci korang, bagitau mereka, kunci bukan mainan!!!

Amimarzsays : nangbutinang kuibutikui punya olang...... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...