BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 26, 2011

Bubur Nasik untuk orang sakit gigi


Bubur Nasik & lauk 3 serangkai


Mood pagi Ahad yang lemau.  Berkemas ala kadar je, yang lainnya lepak depan TV.  Tapi bukanlah tengok TV pun (sebab TV dah ditawan oleh Buchuks...)


Layan FB & blog, tapi malaslah pulak nak buat BW....  Tetiba teringat Bubur Nasik yang aku buat...  Sedapnya...  Bubur nasik ni aku masak plain je, cuma tambah garam sikit sebagai perasa.  Lauk-lauknya aku masak berasingan.. Yang pastinya, kalau buat bubur nasik, misti ada ikan masin goreng dan lobak asin goreng.  Ayam masak cendawan tu kira BONUS lah, bergantung ikut mood aku. 


Ayam masak cendawan - Bahan2nya

1 keping dada ayam, di potong dadu
1 batang lobak merah
2 biji cendawan kering shiiitake, dihiris
1/4 biji lada banggala merah
1/4 biji lada banggala hijau
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, dihilis halus
4 biji cili padi
2 sudu sos tiram
garam secukup rasa


Cara memasak.

1.  Panaskan minyak, masukkan bawang putih, halia dan cili padi.  Bila dah naik bau, masukkan ayam.
2.  Bila ayam dah masak, masukkan cendawan  shiitake, labok merah, dan lada banggala.  Tambahkan sedikit air semasa menumis.
3.  Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa.

Senang je kan... 


Amimarzsays :  apa nak buat ari ni ya????





Benci Bertukar Cinta

Macam ye ye je tajuk entry ni ya... Apa yang benci? Apa yang cinta? Dun worry, takde kene mengena samada dengan yang hidup, mau pun yang dah takde ya...  Nak tau ke apa dia cinta hati ku tu???...  Jangan gelak ya... itulah TEMPOYAK!!! hahahaha


Kalau nak tau, dulu masa zaman aku bujang, seumur hidup aku tak pernah pun sentuh tempoyak ni...  Jangankan nak makan, baunyer pun boleh buat aku berlari sambil hidung kembang kempis menahan aroma yang tak berapa enak..huhuhu


Tapi, semuanya tu berubah bila aku kawin dengan Mr Hubby...  Tempoyak ni memang feberet dia... Kalau balik kampung dia,  menu sambal tempoyak petai ni memang tak ketinggalan...  Pening tekak aku!!!!   Awal-awal kawin, selera aku maintain lagi walaupun Mr Hubby cuba untuk meracun selera aku sedikit demi sedikit... Tapi benteng pertahanan aku ni masih kuat lagi, tak lut pun pujukan & rayuannya....hahaha


Sehinggalah, selepas setahun lebih kami kawin, satu hari Mr Hubby balik umah bawak petai.  Dia bagitau aku, teringin nak makan sambal tempoyak petai... Dia minta aku tolong masakkan untuk dia... Ya Ampun!!!!  Tapi dek sebab sayangkan suami, aku pun rela terpaksa, masakkan jugaklah.  Aku telefon Kak Long dia kat kampung, tanya bahan-bahan & cara nak masak.  Bila dah selesai masak, aku panggil Mr Hubby rasa untuk, cukup rasa ke garam & gulanya?  Nak suruh aku rasa, mintak maaflah ya.


Kalau nak tau, itu bukan yang pertama & terakhir aku masakkan untuk dia.. lepas tu, dia suruh masak lagi dan lagi dan lagi... lepas masak 3 kali, dia dah tak mau jadi tukang rasa.. dia suruh aku rasa sendiri masakkan aku tu...  Apa nak buat, bahan-bahan semua tengah masak atas kuali ni, camne ni takde orang nak rasa.. Okay ke tak okay ni???  Maka, lagi sekali rela terpaksa, aku pun cuba-cubalah rasa masakan aku tu... dan hasilnya......  TIP TOP!!!


Start dari hari itulah, aku mula suka dengan tempoyak ni... tapi hanya sambal tempoyak petai ni aja yang aku makan... tempoyak mentah ataupun gulai tempoyak, masih belum boleh masuk tekak aku ni.. Pelik tak??? hehehe.  Mungkin sebab niat aku masak untuk menggembirakan hati suami, sambal tempoyak petai yang aku masak ni sering dapat puji-pujian dari Mr Hubby.. dia kata rasanya dah macam sambal tempoyak yang Mak dia masak!!!  Bangga betul aku!!!


Ni lah dia sambal tempoyak petai yang aku cakap tu...  Amacam, ada yang dah terliur ke???  Selalunya, bila aku masak sambal ni, dalam kuantiti yang banyak... Sebab tu, aku akan terus masukkan dalam bekas Tupperware aku, senang nak simpan dalam peti ais.. Jimat masa & tenaga..hehehe





Bahan-bahannya :

5 keping petai (dibuang kulit & dibelah 2.  Pastikan lapisan sarungnya dibuang, kalau tak, sambal ni nanti pahit sikit)
2 biji bawang besar, dihiris bulat.
Setengah mangkuk ikan bilis
5-10 biji cili padi - ditumbuk (ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 sudu tempoyak
Garam & gula secukup rasa

Cara memasaknya.
1.  Panaskan minyak, goreng petai sehingga layu.  Bila dah layu, angkat & asingkan petai tu.
2.  Goreng pula ikan bilis.  Bila dah hampir garing, masukkan bawang besar, cili padi, tempoyak dan sedikit air.
3.  Masukkan semula petai yang telah digoreng tadi.
4.  Tambahkan gula & garam secukup rasa


Senang je kan nak buatnya... 


Amimarzsays : Permintaan Yaya - Menu sarapan pagi esok- Nasik Lemak!!!  Camno nak kurus ni, asik masak je...hehehe




Friday, March 25, 2011

Naik Belon Panas... dalam mimpi je!!!

Dua-dua Buchuks dah tidur lena.. penatlah tu.  Puas main slide kat McD Senawang tadi, sambil makan malam.  Balik rumah, sambung main masak-masak pulak...emm.. memang gegirls betullah diorang ni.. Ni sajalah nak story, kalau dah gegirl tu gegirl lah jugak!!! 


Citernyer macam ni.. Turun dari bas tadi, aku terus ke McD sebab Mr Hubby, Buchuks & Andak dah tunggu kat sana.. Bila aku nampak Nana, aku macam perasan, apasal matanya kemerah-merahan???.. Demam lagi ke dia???.. Aku rasa badannya, suhunya normal je... takpe lah.. mungkin mengantuklah kot, sebab tu kelopak matanya merah sikit... Bila dah sampai ke tempat yang lebih terang, baru aku perasan.. rupa-rupanya dia pakai EYESHADOW!!!! Sabar je!!!  Masa Andaknya sibuk bersiap, sempat jugak dia mengePAU make up Mak Andaknya tu.. aduhaiiiiiii....


Malam ni aku nak update sikit lagi pasal trip minggu lepas, iaitu ke Pameran Belon Panas.. Entry ni dah terbalik sikit.. Sepatutnya, aku upload dulu cerita Belon Panas ni, tapi semalam aku punya mood menyimpang ke Port Dickson.  Sebab tulah entry Skuad!! Skuadddd Sedia ni keluar dulu... takpelah.. janji aku bahagia..hehehe


Sayang seribu kali sayang, nama je pergi ke pameran belon panas, tapi sekeping gambar belon panas pun takde!!!... Yang ada cuma beberapa keping gambar Yaya memanah.. Hah! Jangan tak caya si Yaya ni boleh memanah...  Sebenarnya, puas kami pusing satu ekspo, tapi tak ada aktiviti yang menarik yang boleh kami joint...  Memanah ni sekadar suka-suka je...  Kasik can Yaya merasa pegang arrow & bow ni.. Aku pun first time merasa gak ni..hehehe   Kiranya, sama-sama dapat first experience lah ni kan... Fair!!!




Hebat bergaya sungguh Yaya... Ada gaya Robin Hood tak???... yang tak tahan tu, cara dia aim arrow tu, siap kecikkan sebelah mata tuh....  Vah x3!!!  Ada kelas!




Betapa besarnya bow ni, compare to Yaya.. boleh ke nak tarik arrownya tu???...  Sebenarnya, resultnya not bad jugak...  panahannya mengene jugak...  Takpe, nanti dah besar sikit, kalau Yaya atau Nana berminat dengan sukan ni, boleh aje Ami uruskan...




Ni pulak turn Ami...Bukan apa, untuk aktiviti ni bayarannya cuma RM8.00, tapi arrow yang dia bagi tu 12 batang.. Agak-agaklah nak suruh Yaya abiskan kesemua 12 batang tu kan...  Mau sakit lengan dia tu.. So, bila dia dah puas & penat, aku pun tolong abiskan baki arrow yang ada...  Emmm...Takde gaya pemanah langsung aku ni, kan..hahaha...  Shot ni aku amik before nak memanah.  Belum ready pun.  Sepatutnya, masa nak aim arrow tu, tangan kanan tu kene tarik ke belakang, searas dengan arrow... bila dah aim baik punye, baru lepaskan talinya...  Tangan tak buleh kendur-kendur or jatuh ya...  Gaya Yaya kat atas tu, gaya yang sepatutnya...




Cuaca ari tu tak berapa bagus sangat... Hujan dah mula nak turun, dah renyai-renyai pun masa tu.. So, aku pun bagi isyarat bendera putih kat Mr Hubby, kene cepat-cepat chow dari situ..  Malas nak berkuyup kat tengah-tengah padang yang penuh sesak dengan manusia tu... Tak lama lepas tu, kami pun chow chin chow dari situ, terus menuju ke Port Dickson... Lagi-lagi PD...huhuhu




Awal-awal sampai ke tempat pameran, aku tumpang bergambar dengan benda alah ni... Apo ontah nama ae... lupo den nak joling kek label ae...  tapi yang pasti, ni pun sukan terbang-terbang lah jugak...

Ni je lah pengalaman aku kat pameran belon panas tu...  Tahun depan, kalau nak merasa naik belon, kene berkhemah kat Putrajaya lah gamaknya..  Sebab, aku dengar dari peniaga-peniaga kat ekspo tu, orang ramai beratur untuk beli tiket naik belon panas ni, seawal 6.30 pagi... Perghhhhhhh...  Giler belon jugak orang-orang Malaysia ni ya..hehehe


Amimarzsays : pakar steamboat nak bukak kodai esok... dah lama tak masak ni, ingat lagi ko????  Belasah yo lah.....



Thursday, March 24, 2011

Kisah teladan - Pemuda Malas Solat


Hari Jumaat yang busy... nak rehat kejap, amik nafas... Emmmm aaahhhhhhh...
Paper hari ni pun belum sempat nak baca lagi.  Apa berita panas ari ni agaknya???  Lunch time nanti lah, curik-curik masa...


Hari yang baik ni, nak lah share cerita yang baik dengan semua.  Untuk semua, dan untuk diri aku  terutamanya.  Cerita ni ada kisah teladan yang bagus, boleh dijadikan panduan terutamanya dalam mendidik anak-anak.  Aku memang setuju dengan cara yang Tuan Syeikh ni mendidik pumuda, Ahmad ni.  Bila nak mendidik anak terutamanya, mestilah ada kesabaran.  Approch yang betul pun jugak penting.  Tak boleh nak paksa-paksa dan gunakan kekerasan.  Nanti anak-anak akan memberontak balik.

Kisah teladan ni aku dapat dari email sorang sahabat.  Thanks to her, ingat jugak nak share ilmu dengan kekawan ya.  Jom baca Kisah Pemuda Malas Solat ni....


***********************************

Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat-peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.

Amimarzsays :  Hari ni makcik kayoooooooo..... hehehe

Skuad! Skuadddd Sedia!!!!

Entry yang terlewat upload.  Gambar ni aku ambil masa kami semua pergi ke Pameran Tentera di Museum Tentera, Port Dickson.  Kami tak plan pun nak pergi ke sana, tapi dek kerana frust tak dapat tengok belon panas kat Putrajaya hari tu, kami pun terus lah ke PD untuk menghilangkan duka...huhuhu





Tak dapat naik belon, dapat naik keto perisai (Condor) pun jadilah!!!  Tapi, seriusly bukan senang nak dapat peluang naik Condor ni tau.  En Sarjan yang jaga line sendiri mengaku, yang selama dia jadi askar ni, belum pernah pun dia merasa naik.  Jadi, kiranya kami ni bertuahlah dapat merasa naik Condor ni walaupun se round je.. Tiketnya tak mahal, cuma RM1 untuk seorang penumpang!!!  Murah banget!!!  Yang pastinya, Yaya & Nana seronok sangat dapat naik.. lagi-lagi dapat duduk kat atas bumbungnya tu.. memang BEST!!  tak puas kata Yaya, nak naik lagi tapi tak larat nak beratur dah... ramai yang menunggu.....  Dan, buleh tahan laju jugak Condor ni bergerak!!!




Bergambar dengan patung sejarah awal tentera di Tanah Melayu... Macam uniform dalam citer Sarjan Hassan kan...




Wah x2... bergaya dengan M16 pulak si Yaya ni... 




Tabik springgggggg!!!  Ada gaya tak Yaya jadi askar..hehehe..  Perasan tak T-shirt yang dia pakai.. gambar belon Doraemon tuh!!! T-shirt ni beli kat pameran belon Putrajaya tu lah... Jadilah, buat kenang-kenangan....




Tepi sikit, askar berkuda nak lalu....hehehe... steady & control macho plak Nana ni ya.. kalau kuda betul, mau dia lari... berani-berani takut dia ni dengan binatang-binatang!!!  Dengan kucing pun takut, apatah lagi kuda..hehehe




Bergambar dengan patung-patung yang berpakaian pelbagai jenis pakaian intiadat bagi Armour Diraja.  Macam-macam jenis dan kaler yang ada... Misti segak abang-abang askar pakai baju istiadat ni kan....hehehe


Nampaknya, memang berbaloi betul bawak Buchuks ke Museum Tentera ni.  Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat.  Banyak lagi yang ada di pameran tu.  Tapi, yang lain-lain tu akan aku upload kemudian ya.  Dah loteh sobonar er den ni hah...


Pesanan aku, sesiapa yang tak pernah melawat Museum Tentera ni, sila-silakanlah berkunjung ke sana ya.  Tak rugi!!!


Amimarzsays : Bila besar nanti, Nana nak jadi Askar... buleh gitu!!! huhuhu

Mana Aci Mrs Sunnies sorang yang makan.....

Hai... hai.. hai... takkan nak tengok Mrs Sunnies makan masak lemak labu sesorang kan... kita pun nak jugak!!! hehehe




Labu ni beli hari Ahad lepas... tapi dek sebab sakan berjalan hujung minggu aritu, tak sempat lah nak masak.  Tambahan pulak hari Isnin tu Nana demam, so berkampunglah kami semua kat rumah Nenek.... Malam ni barulah sempat nak berehat-rehat dirumah, sambil menikmati makan malam yang dimasak sendiri...gaya macam pro je masak-memasak ni kan...hahaha... layanz je lah ye...heheheh


Kalau sapa-sapa yang nak tau resepi masak lemak labu ni, bolehlah refer ke blog Mrs Sunnies ni ya.  Lebih kurang samalah resepi aku ngan dia, sebab sama-sama tekak Jawa..kikiki...  Tapi banyak lagi resepi-resepi kat blog cik kak ni, sebab dia ni memang suka masak!!!  Not like me, masak bila cuaca okey je... hahaha


Kalau Mrs Sunnies buat sambal bilis untuk lawan dengan masak lemak labu ni, aku punya pulak sambal tempoyak potai... ni feberet Mr Hubby aku ni.  Tapi ntah kenapa la, susah bonar lak nak upload gambor sambal tempoyak potai den ni.. Ni server saje dengkilah kat den lah ni.... Takpe, lenkali den uploadkan gambor dan resepinya yo!!


Amimarzsays : Esok ada 3 meeting... baik den tido awal malam ni!!!

Wednesday, March 23, 2011

Get Set Go........

Macam nak lumba hari lah pulak ya... Takde maknanya lah, dah lama meninggalkan acara-acara sukan ni.  Last aku bersukan masa wakil syarikat main bola jaring, tahun 2004.. masa tu single mingle lagi, boleh lah nak beraksi di padang..  Tapi kalu sekarang ni nak suruh kejar bola, mintak maaf la bebanyak... Bisa somput mak cik ni..hehehe

Apa yang "Get set GOoooooo" tu.. Hah!  Nak tau, start dari saat dan tika ini, aku akan jadi teramat-amat busy (dah takde la masa nak menguling mata ke tempat lain...huhuhu).. Takde yang lebih busy kat sini kecuali aku... hahaha.. perasan nyer.. Bukan apa, kerja yang dah 2 tahun tertangguh, akan dimulakan mulai ari ini... bukan 2 minggu atau 2 bulan, wokey.. 2 TAHUN!!! SABAR je lah kan.. Ni semua gara-gara seseorang yang namanya tak buleh nak disebutkan disini, yang tak mau lihat kejayaan orang lain.  Bila suruh dia buat, tak mau pulak dia buat.  Bila kita nak buat, dia buat onar pulak.. Dia ni memang betul-betul menguji kesabaran aku, tapi dek disebabkan aku ni memang sentiasa cool, makanya terpaksalah dia mengendurkan talinya... Tapi sebab dah terlewat 2 tahun, maka terpaksalah aku berkerja seolah-olah ada 8 tangan lah pulak (pinjam tangan spider buleh ke? huhuhu)  hampeh betul si dia tu kan... ngrrrrrrrr

Tapi, apa-apa pun, aku bersyukur sebab diberi peluang untuk menyiapkan tugasan ini.  Kejayaan tugasan ini nanti adalah bukti keupayaan aku yang selama ini diperlekehkan oleh orang itu... Doakan aku berjaya ya!!!!

Amimarzsays : Teringat motto sekolah aku "ILMU USAHA JAYA"....

Sapa berani mau duduk ini kerusi...

Kejap je dah pukul 11.00 malam...  Balik dari kerja tadi, terus singgah ke Spital KPJ Seremban, tengok anak buah yang sakit kat sana.  Tapi, alhamdulillah, dia pun dah beransur sihat.

Sambil-sambil relax tengok CSI Miami ni, jom jamu mata dengan idea-idea kreatif ni... Aku pun tak tau lah sapa punya idea ni, dan aku pun tak tahu apa motif dia reka cipta benda ni.. tapi yang pasti, orang yang cipta ni memang lah kreatif...

 Belum duduk pun dah terasa nyilu & sakit kat punggung ni... Ni bukan nak kasik relax, tapi mendera orang ni..hehehe


Gerenti, sapa-sapa yang duduk atas kerusi ni akan rentung..hahaha.. Kene make sure Bomba ada kat sebelah....

Ada kawan kata kasik sejuta pun dia tak mau duduk atas kerusi ni..hehehe.  Tapi, confirm ke ular idup ni.... ntah-ntah ular getah... Rugi sejuta..hahaha

Apa-apa pun, aku rasa kerusi-kerusi ni bukan untuk diduduki.. sekadar ekspresi idea kreatif penciptanya...  Ia mungkin ilusi semata-mata.. Ontahlah, den pun tak pasti...

Amimarzsays : bestnya dok atas sofa umah aku ni...hehehe

Atuk & Nenek tak kasik bawak Nana....

Annyeonghaseyo.....

Penat badan ni tak hilang lagi.  Mata pulak berat semacam je, macam ada gam gajah la pulak kat kelopak mata ni... Best nya kalau dapat lelapkan mata barang sejam dua..hahaha (permintaan yang berat ni!!!)  Pagi tadi telefon Nenek, dia kata Nana dah tak demam, cumanya masih belum ke sekolah lagi.  Biar dia rehat sepenuhnya.  Petang ni telefon lagi, Alhamdulillah, dah betul-betul sihat.  Esok dah boleh ke sekolah.  Nana pun dah tak sabar nak pegi sekolah, nak hantar kerja sekolah yang dia dah buat!!!!

Hari Jumaat lepas, kitorang jalan-jalan ke Putrajaya nak tengok Pameran Belon Panas.  Lepas ke Putrajaya, kami ke Port Dickson pulak, untuk tengok Pameran di Museum Tentera Darat.  Ahadnya pulak aktiviti beriadah & berkelah di tepi tasik.  Ni idea Yayalah, nak makan kat taman. Sambil-sambil bersarapan, kami anak beranak berjogging-jogging sekejap, lepas tu layan main layang-layang.  Banyak gambar-gambar yang nak dipost dalam blog ni, belum sempat nak diedit, disebabkan jadual harian yang sangat  pack.  Tambahan pulak, Nana demam semalam, so semua kerja-kerja mengedit pun tergendala...huhuhu

Dek kerana kepenatan tu lah, si Nana ni demam.  Badan dia memang manja sikit.  Tak boleh nak berjalan jauh atau kepenatan.  Esoknya misti dia demam.  Ni yang Ami kene sound ngan Atuk & Nenek.  Lepas ni jangan bawak Nana pegi jalan-jalan ke tempat-tempat terbuka, tak boleh berpanas, tak boleh buat aktiviti lasak dengan Nana.  Nak jalan kene tempat  berair-cond. Huhuhu....  Kesiannyalah anak Ami tu sorang ya... Padahal, dia memang suka sangat kalau kita bagi exposure ke tempat-tempat begitu. 

Ami ni pun serba salah jugak, nak bawak ke tak nak bawak.  Orang kata experience is the best teacher.  Sebab tu lah Ami suka bagi pendedahan secara terus kepada Buchuks.  Biar mereka sendiri merasa dan belajar dari pengalaman-pengalaman yang kami dedahkan.  Dengan cara ini, secara tak langsung mereka dapat belajar & akan ingat apa yang mereka alami.  Contohnya, bila tengok buku-buku animals, mereka akan ingat binatang apa yang mereka jumpa semasa di zoo, malah mereka boleh ingat reaksi binatang-binatang ni pada masa itu.  Bila beli strawberry, Yaya masih ingat lagi pengalaman dia memetik strawberry di ladang, masa kami semua bercuti di Cameron Highland.  Begitu juga pengalaman naik boat, bermain bowling dan banyak lagi...

Kesian jugak kat Yaya, kalau asik terperap kat umah ataupun shopping-shopping complex, misti dia pun bosan jugak.  Jangankan Yaya, aku pun kalu asik-asik ulang-alik ke shopping complex pun bosan jugak!!!  Ni pun dua-dua merengek nak ajak pegi swimming pool & ke A Famosa Safari (ni gara-gara tertengok gambar masa pegi sana, tahun 2008!!!)  Nana nak bagi makan rabbit, macam Kakak Yaya!!!  Apa nak buat ni..huhuhu

Amimarzsays : tercelik kejap bila dengar Big B nak datang minggu depan... YahooING!!!!

Tuesday, March 22, 2011

Apa maksud mimpi ni ya........

Tetengah syok tido, bermimpi Mr Hubby cakap, anak kita 3 orang... aku pun jawab balik, 2 la... dia kata balik.. TIGA......... Toing! Toing! Toing!


Apakah maksudnya itu ya... Petanda Nana nak dapat adik ke.. hahahha.  Aduhai!!! Baru je hari Ahad lepas Yaya suruh Ami keluarkan baby, Nenek terus interframe, “sape nak jaga baby tu nanti, Yaya ke??... Nenek jaga yang dah besor boleh lah...” huhuhu.  Belum betul2 preggy pun dah dalam dilemma ni..haiyo yo!!!  Tapi kalau ada rezki, Ami tak kisah pun.  Memang mengharap baby boy, untuk kawan Abah main bola!!! J


Amimarzsays :  Mode penat, jaga budak kecik yang demam!!!... Lega Nana dah sihat!


Monday, March 21, 2011

Eating Fruits

 

Annyeonghaseyo!!! (it means Hai, in Korean)

If you notice, when you watch Korean dramas, they all really-really appreciate food. Their snack are mostly fruits and veggie..  We can see that they are really enjoying the fruits, instead of junk food or fast food.  Been watching the dramas for quite sometimes, can’t remember watching them eating burger, or cracking the Twisties.. Instead, they go for fruits and kimchi..(Kimchi is a veggie based food).  .  Emm.. think that is why their bodies (esp the K-Pop singers) very-very de slim… huhuhu.

I don’t know if there is any significant meaning of fruits in their life.  But they do love fruits.  You can tell by their action.  They brought fruits as a gift when visiting their parents, they eat fruits when they celebrate happy news, they eat fruits when they are watching TV or sit together in the living room.  Fruit, fruit, fruit, everywhere!!! The way they eat their fruits is so yummy, so mouth watering… it’s really-really looks delicious on the screen..especially on HD LCD TV…hehehe.  Makes me want to have my fruit portion too..hahahha

It is totally different here in Malaysia.  Roti canai, pisang goreng, karipap or keropok, are the famous snacks.. they can be found everywhere, at any time.  Mamak stall opens 24 hours!!! Same goes to fast food!!!   Even our local fruits like durian, rambutan, maggo contains a very high sugar level, compare to apple or orange.  Maybe, we can start changing our eating habits.  Eat healthy to be healthy…  All those junk food need to be cut off!!! Say ADIOS to junk food!  And don’t forget to exercise, constantly….. Here are some good tips on eating fruits. 

**************************
We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat. 

What is the correct way of eating fruits?

IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH. 

If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities. 

FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD. Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so. 

In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil.... 

So please eat your fruits on an empty stomachor before your meals! You have heard people complaining — every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc — actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat! 

Graying hair, balding, nervous outburst, anddark circles under the eyes all these will NOThappen if you take fruits on an empty stomach. 

There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight. 

When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up. Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins. 

But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look! 

KIWI: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange. 

APPLE: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke. 

STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals. 

ORANGE : Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer. 

WATERMELON: Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium. 

GUAVA & PAPAYA: Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content.. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene; this is good for your eyes. 

Drinking Cold water after a meal = Cancer!Can u believe this?? For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal. 

A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive. 
Amimarzsays : Atuk  told Nana had a mild fever... Be strong & get well ya...

Thursday, March 17, 2011

Love is made from HEAVEN!!!

Allo there!!!

A frenz called yesterday, but wasn’t able to entertained her.  During the lunch hour today, I managed to return her call.

Wallah!!! Just like what I had in mind – it’s the same old story about her BF.  Again giving her a hard time!  Not for second or third time… but countless time.  As long as I remember, when I first met this girl in 2008, she & her BF already had this issue.  BF said he wanted to marry the girl, but no action has been taken.  Dragging from time to time.  Making it worst, came the third person. Fight here, fight there…. Make promises, then broken it, again… and again….

I felt sorry for her.  Then I remember my earlier entry about LOVE.  How love make your day cheerful & blissful.. but some people just don’t have the chance to feel that way.  Maybe at first, it makes your heart bloom, but it does not last for long.  The longer you hold to it, the bitter you feel in your heart!!!  Losing him makes you feels like it’s end of the world, but continue loving him makes your life miserable…  This is BIG TIME problems to deal with, don’t know which to choose.

I believe, LOVE should make you happy… LOVE is sharing the good and bad time together, LOVE is scratching each other’s back, LOVE is taking care of each other, LOVE is when you can feel his existing, even if he is not around.  LOVE is trust.  LOVE is tears of joyful. LOVE is giving and receiving, each other…. The definition of LOVE is universal!  There is no right or wrong answer about it.  No one in this world, would have the same feeling and experience about LOVE.  BUT, whatever it’s means to you, don’t let the LOVE kills you. Don’t be a slave to your LOVE.  Do not loose your dignity because of LOVE.  Because LOVE is pure and blessing, and it’s made from HEAVEN!

I believe, when a man says he LOVES you, he will run to you, protect you, and marry you with honour. 

Amimarzsays : Solat Istiqharah -  May Allah show you the right path to choose… InsyaAllah.

Wednesday, March 16, 2011

Love is in the air....

Allo there!!!

It’s a fresh day today! Enough with all the sad news and sobbing, here and there.  People said, “life  must go on”... I pray for my beloved Mak Long a fast recovery. Although we hardly seen each other and distance keeps us away, never in a second we forget about you. And my dear neighbour  Fiza, be strong and redha & have faith to Allah. Allah lebih sayangkan Arwah dari kita semua, ya....

Coming back to the office this morning, reveiced an email from a gud frenz, a story of love, short but very very sweet... bringing the memories of 7 years ago - the moment I learn what is LOVE, feeling the LOVE, celebrate the LOVE and sharing the LOVE with the LOVE one, and still until now is the only LOVE in my heart.. muah muah muah....Jiwang2!!!

Note : This email was sent by a frezz, from her frenzs’ frenz.. not sure who started the  emailing chain, but thanks to whoever wrote this nice piece of story – your writing makes who read, have a big SMILE on her/his face.  DOUBLE CHEERS!!!

                                         **************************************
Apa yang buat orang jatuh CINTA?

I’m very sure you all punya jawapan is cliché. Sebabnya – ”lawa, cantik, hemsem, body solid, barang baik all those thing la kan?” …so all that adalah yang membuatkan orang boleh jatuh cinta?

It maybe…tapi, you all pernah tengok tak odd couple?

Yang lelaki punya laa gemuk, yang girl cute slim.
Yang lelaki hemsem, yang girl hitam legam, hangus.
Yang girl putih melepak, yang lelaki pulak hitam legam? Haaa…I’m seriously met them, coz they are my friends. I know them!

So, apa yang menarik perhatian mereka sehingga tidak memikirkan sebab-sebab cliche tadi? What they told me, :-
  • “Kalau lawa or hemsen sangat, nanti orang kebas!”  
  • “tak tahu mengapa minat yang hitam!”  
  • “Gemuk dia tu buatkan dia nampak cute.”  
  • “Kalau lelaki putih nampak tak macho.”
 
Hah, ambik kau…hahaha macam-macam jawapan dia orang ni, ingat yang hemsem dan lawa je boleh menarik orang jatuh cinta? Yang sebaliknya pun boleh tau

Alright, untuk you all punya reference, all those answers by the couples, to me itu hanya lah sekadar jawapan spontan yang mereka tidak fikir pun sebenarnya.

The actual fact is
, kata Psychologist Mark Kristal from the University of Buffalo, USA, “There are several types of chemistry required in romantic relationships”  - Ada beberapa jenis chemistry atau rasa getaran atau magic atau karan letrik statik yang boleh menarik seseorang untuk jatuh cinta :-

1.BAU-BAUAN – Yes, sesetengah dari kita suka bau-bauan dari bunga, something like roses ke. Dari bau bunga ni masing-masing boleh khayal dalam cinta. Some of them pulak, dari wangian lavender. Sekali the girl memakai wangian lavender, so yang hitam legam pun sudah tidak menjadi persoalan.

Some girls pulak, suka dengan bau badan lelaki… kadang-kadang, bau badan lelaki ni punyalah amat busuk, tetapi to his girl…yang ketiak busuk itulah menjadi kegemaran hiduannya…haaaa…tu yang duk panggil “My Buchuk!”

2.NAFSU – Haa, ini susah nak cakap, tak boleh nak diajar. Ianya ada di dalam diri masing-masing. Bukan minta naik nafsu pun, tetiba je bila kita berdiri depan dia yang kita tak suka pun, mulai nafas terlemas-lemas, tersekat-sekat…breathless.

Tak buat apa pun…hanya bertentang mata, senyum…that’s all. Terus berderau darah, orang Kelantan kata, “Marhi raso rrhhaaaaaa!!!” huhuhu…tak cantik ke, tak hemsem ke…semua bertukar jadi MANIS!

3.OTAK -  Ini bersangkut dengan hormon dalam diri. Hormon akan memberitahu bahan kimia yang ada dalam badan ni tak serasi dengan dia ni tetapi selesa dengan yang itu. Apa nak buat? Otak dah rekomen macam tu…hati surely terima lah kan.

So, apa yang penting nak cakap di sini, sebab selalu sangat orang bertanya, “Mengapa dia tidak cinta saya lagi, or dia tak nak kat saya ke? Or Macamana nak buat dia jatuh cinta dengan saya?”

Well, apabila seseorang yang you all sangat harapkan untuk jatuh cinta tetapi tidak menjadi…of all you know, it is not because of you personally. Maybe you sudah lakukan yang terbaik dalam hidup you tetapi…tiada BAUAN yang serasi, tiada NAFSU semulajadi yang menarik, dan mungkin tiada hormon yang memberitahu OTAK nya yang anda adalah cintanya…

Semua ini tidak dikawal oleh orang yang anda minati itu, tetapi semuanya sudah ada didalam diri masing-masing sejak azali. So, kalau dia tak berminat tu, or dia kata nak ambil masa ke, or dia nak berkawan sahaja tu…that is mean TARIKAN SEMULAJADI itu sebenarnya tidak ada. Jadi, tak perlulah bersedih.

Pastinya anda akan menemui seseorang yang mempunyai ketiga-tiga perkara itu terhadap anda sekiranya you benar-benar percaya!… I tell you once you jumpa…you akan terus tahu that he or she is YOURS

Amimarzsays : berdebar2 bila dilamar Mr Hubby...
!

Makeover!! Makeover!!

Today I decided to do a makeover to my blog entirely, but first and foremost  the blog title.  Sambal Pecal Manisan Kabung is rather too long for a blog title, and it wasn’t catchy at all, right!!
So, I was pressing my thought, pulling ideas what’s the suitable name to replace it!  Came out with several: “Amimarz in d’house”, “Journal Amimarz”, “Story Morry Amimarz” and “Amimarz Sana Sini Sinun”.
I was thinking, Journal Amimarz is rather general,  or “Skema punya tajuk”..hehehe.  Amimarz Sana Sini Sinun  @ Amimarz Everywhere is more casual (but the Malay version is more catchy kan..)
So then, it was decided that Amimarz Sana Sini Sinun won  the vote... 1 vote only – that me, alone.. hahahaha.... And the tagline Nobody, Nobody like ME!!! – because the Buchuks  love this song like mad, they will sing and dance when they hear this song!! J ( I changed the word for you to me – because this blog is story about ME, not YOU..hahahah) 

Amimarzsays :  more coming in the makeover!!!

Tuesday, March 15, 2011

Sistem Kod Plastik



Kita biasa tengok simbol-simbol segitiga dengan anak panah berangkai  dengan nombor-nombor didalamnya di bawah botol atau bekas plastik yang kita beli. 
Tahu tak apa makna simbol-simbol ni?  Ada yang beranggapan ianya dibuat daripada bahan-bahan kitar semula atau pun bekas plastik ini boleh dikitar semula.  Silap.  Nombor-nombor itu sebenarnya memberitahu kita  jenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik berkenaan.  Ia juga bertujuan untuk memudahkan pekerja-pekerja di bahagian kitar semula untuk mengasingkan bekas-bekas plastik mengikut bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastic berkenaan.
Bisphenol A, sejenis bahan kimia industri yang digunakan untuk menghasilkan plastik polikarbonat telah mencetuskan isu berkaitan dengan kesihatan dan perdebatan antara saintis dan ..  Polikarbonat termasuk dalam katagori no 7 dalam kod plastik, walaupun bukan semua barangan dalam katagori 7 adalah diperbuat daripada polikarbonat.
Walaupun potensi risiko kesihatan daripada penggunaan plastic ini masih belum dalam perdebatan hangat, pemahanam  tentang simbol  kod plastik dapat membantu pengguna mengetahui apakah jenis plastik yang mereka gunakan dalam kehidupan seharian...

Amimarzsays : Jom ramai-ramai guna Tupperware!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...