BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 3, 2010

PELABURAN UNIT AMANAH

Ari ni kita sembang pasal duit!!!..kalu citer pasal duit ni,  misti ramai yg suka, betul tak? (lg2 kalu org yg ada nombor getaran wang dalam diri dia...mata duitan..hahahaha)  Sapa kat dunia ni yang tak suka duit?? Kalu ada sapa2 yg baca blog ni  yg tak suka duit atau kenal org yg tak suka  duit, helo2 kat aku..heheheh, kita boleh tolong adjustkan kan utk dia..heheheh... “Cik Dot, ko amik la duit la duit aku ni, menyampah plak aku nengok duit ni asik melekat dlm purse aku ni.  Benci youuuuuuu!!!” Compem, tak kan jumpa lah!!!  (Dermawan & org yg tak suka duit ada lah org yg berbeza sama sekali, wokey!!! Jgn salah paham) Buchuks aku tu pun da pandai nak minta duit utk beli jajan or mainan...kejap2 minta 50sen, nak beli tikam2 kat kedai acik Ipin..sungguh la aku ni bengkek ngan mesin tikam2 tu..kot dlm tu mainan yg senonoh takpe...


Sekarang ni ramai yg cakap pasal pelaburan unit amanah...kat tv, kat radio, even kat tepi2 jalan pun korang boleh nampak billboard yg besor bagak macam kat bawah tu, dok promote unit amanah.




Apa tu pelaburan unit amanah?  Ye la, kalu kita nak melabur, kene la faham apa yg kita laburkan.  Takkan org kata melabur, kita pun terus melabur kan.  Sbb ini adalah duit tabungan kita di masa depan.

Pelaburan unit amanah ni ialah satu alat pelaburan secara kolektif, dimana ia membolehkan pelabur2 yg mempunyai objektif yg sama utk mengumpul dana yg akan dilaburkan dalam pelbagai portfolio termasuklah pelaburan aset seperti tunai, bon & simpanan, saham, properties dan komoditi.  Dana yg dikumpulkan ini pulak akan diuruskan oleh pengurus2 dana professional ke dalam pelaburan2 yg dibenarkan oleh surat ikatan disamping tertakluk kepada Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC).





Proses pelaburan dalam unit amanah (ikhsan : Public Mutual)

Dalam pelaburan unit amanah ni, ada 3 pihak berkepentingan yg terlibat iaitu pemegang unit, pengurus dana dan juga pemegang amanah.  Siapakah mereka bertiga ini?

1.    Pemegang unit ini ialah pelabur, org yg melaburkan duitnya ke dalam dana amanah ini.
2.    Pengurus Dana pula ialah sykt pengurusan  yg mempunyai kepakaran secara teknikal yg akan menguruskan dana secara professional.
3.    Pemegang Amanah pulak adalah badan bebas yg akan mengawalselia pentadbiran dana pelaburan.

Berbanding dengan saham, pelaburan unit amanah ni tertakluk kepada Suratikatan (Deed) yg akan menggariskan hak & tanggungjawab pengurus dana dan pemegang amanah, termasuk juga hak2 pemegang unit.  Suratikatan ini penting sebab ia menyatakan secara terperinci bagaimana pengurusan dan operasi unit amanah ini patut dijalankan.  Selain itu, ia juga akan menyatakan bagaimana kadar bayaran yuran ditentukan utk sesuatu dana itu. Dengan adanya Suratikatan ini, kepentingan pemegang unit dilindungi.


Bila cakap pasal pelaburan, misti la ada keuntungan nya kan..kalu tak untung tu bukan la pelaburan..tp peleburan..ngeeee.  so, macam mana kita nak dpt keuntungan dr pelaburan unit amanah ni.  Ada 2 cara – Capital gains (pertumbuhan modal) dan Distribution (agihan dividen).  Apakah maksudnya tu?

Bila kita pelabur dalam unit amanah ini, pegangan pelaburan kita akan dibahagikan kepada unit pelaburan.  Apabila nilai dana meningkat/menurun, nilai seunit pelaburan kita juga akan meningkat/menurun. Capital gain ni kita akan dpt bila masa kita jual unit pelaburan kita, nilai seunit pada masa jualan adalah lebih tinggi berbanding nilai seunit masa kita beli.

Agihan dividen pulak adalah dari pendapatan hasil yg dijana oleh pelaburan yg dbuat.  Ianya bergantung kepada prestasi pelaburan dana.  Sekiranya keuntungan pelaburan tinggi, maka agihan dividen kepada pemegang unit juga akan tinggi, begitu jugak sebaliknya. Agihan dividen ini kadang kala tidak dibayar secara tunai, tetapi boleh juga diberi dalam bentuk unit tambahan.



Kelebihan2 melabur dalam unit amanah:-

1.    Kepelbagaian (Diversification)
Berbanding kalau kita melabur pada 1 atau 2 jenis pelaburan atau saham, 1 portfolio pasaran sekuriti boleh diwujudkan. Dengan adanya portfolio pelaburan yg luas, maka kuranglah ketidaktentuan pulangan drpd  pelaburan. Dalam ertikata lain, pelaburan dalam unit amanah ni bermaksud kita mempelbagaikan risiko “not putting all your eggs in one basket”

2.    Kecairan
Pada bila2 masa, pemegang unit amanah boleh menjual semua atau sebahagian pelaburan mereka tanpa sebarang  kesulitan. Unit amanah menyediakan kelebihan ini iaitu ianya senang untuk dibeli dan dijual.  Walaupun, ada pelaburan lain yg lebih menguntungkan tetapi sukar untuk ditunaikan (dijual), ia bukanlah pelaburan yg bagus kerana kecairan yg rendah akan meningkatkan risiko kepada pelabur.
     
3.    Modal yg sedikit
Untuk melabur dalam unit amanah ni, tak perlu modal yg besar.  Ianya mampu untuk semua golongan.

4.    Pengurus dana professional
Orang yg menguruskan unit amanah ini adalah org yg benar2 professional dan berpengalaman luas dalam bidang ini. 

5.    Transaksi yg mudah
Dengan ada nya syarikat pengurusan dana, pelabur boleh melabur dengan mudah tanpa sebarang kerumitan, berbanding jika memegang portfolio saham sendiri di pasaran saham.

6.    Peruntukan undang2
Macam yg kita da bincang kat atas, unit amanah ni terikat dengan Suratikatan yg merupakan dokumen sah dr segi perundangan.  Selain itu juga, ia tertakluk kepada peraturan2 yang dikawalselia oleh SC yg bertujuan untuk melindungi kepentingan awam.

7.    Pulangan yg memberangsangkan
Untuk jangka masa panjang, pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal dan juga agihan dividen adalah yang lebih tinggi  berbanding simpanan di bank-bank.

Ni sikit sebanyak yg aku boleh citer pasal pelaburan unit amanah.  Harap2 korang sume dapat la info yg berguna dr entry ni.  Kalau ada sesapa yg berminat untuk tau lebih lanjut pasal pelaburan unit amanah ni, feel free to drop a note to me, ya.



“The mutual fund is a wonderful invention for people who have neither the time nor the inclination to test their wits against the stock market, as well as for people with small amount of money to invest who seek diversification” – Quote : Peter Lynch, One up on The Wall


Amimarz says : nak pencen bergaya, kene plan dr muda!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...