BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 11, 2010

Dan lagi dan lagi....

Ini koleksi terbaru aku dr brand kesukaan aku tak lain dan tak bukan, Tupperware!!! Cantek kan…


Aku ni kan baru lagi dalam dunia blog2 ni kan, so macam terkial2 gak la nak susun tupperware2 ni untuk aku snap gambarnya… tetiba  ada plak suara2 sumbang kat tepi “sejak bila la bini aku ni tukar profession jadi photographer…” amboi2….nak kene ya perli2 ai ni…

Mr Hubby kata, nama blog ni Sambal Pecal Manisan Kabung, tapi takde pun gambar gula kabung… So, inilah dia gambor gula kabung yang aku dok citer masa intro opening blog aku ni…sesuai benor la Kraker Keeper aku ni untuk letak gula kabung kat dalamnya… 1 bekas ni boleh muat 10 buku @ 2 turus gula kabung.  1 buku (dalam balutan daun) tu bersamaan dengan 2 keping gula.  1 turus pulak bersamaan dengan 5 buku ataupun 10 keping.


Macam nil ah rupa gula kabung yang dah dikeluarkan dari balutan daun nya… betul kan aku kata, ada 2 keping gula dalam 1 buku…  So, kalu korang pergi ke pasar minggu kat pekan Benta atau kawasan2 yang sewaktu dengannya, bila nak beli gula kabung ni kene cakap nak 1 buku ke 2 buku ke… kalu beli 5 buku, boleh la kata kat peniaga tu, “kasik saya gula kabung 1 turus”.  Confirm la peniaga tu bagi korang 5 buku… Nampak la cam korang ni da familiar dengan gula kabung ni, walaupun pertama kali nak beli.. first impression kan penting..heheheh (bukan nak ngurat anak dara orang je yang kene kasik good impression tau!!!)

Gula kabung ni, ibarat hitam-hitam sitampuk manggis, walaupun hitam harganya PERGHHHH…kalah gula pasir, gula perang, atau gula melaka!!!!  Sebuku harganya RM7.50 kat kedai2 atau pasar minggu… tapi kalu beli direct dari org yang buat gula kabung ni, boleh la dapat murah sikit…. (kan Mak kan….hehehehe).  Sebab tu, orang2 yang beli gula kabung hanya orang2 yang memang penggemar gula kabung dan yang tahu untuk menghargai keenakkan rasanya. 



Menarik tak Multi Dispenser aku ni…  Nampak  tak divider  kat dalam nya boleh ditanggalkan… So, bila aku rasa macam tak nak pakai divider tu, boleh la keluarkan ia buat sementara.  Tapi bagusnya pakai divider ni, aku boleh bahagikan pasta aku kepada 3 bahagian… Setiap 1 divider tu kira 1 portion untuk aku masak la..(macam Formula Dispenser la)…. So, pasta yang aku tak nak pakai lagi, aku tak usik la.


So, macamni la rupanya lepas aku letak pasta aku kat dalamnya…minggu ni kalu teringin nak masak pasta, pakai 1 portion ni je..kan senang gitu… sungguh mudah & yang penting, bila letak kat atas kabinet tu, mengancam warna merah menyalanya..heheheh

Amimarzsays :  target hujung bulan da ada… tunggu gaji dulu ya…ngeeeeeee

2 comments:

Mas said...

cantik... dh leh tinggalkan jejak kt cini! mak aik.. byknya koleksi awokkkk hehehe

amimarz said...

hehehe..biasa la, baru nak jadi peminat tegar Tupperware ni...hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...