Ikan kekek mak ilui-ilui
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak ilui-ilui
Pulang sama mak ilai-ilai
Tenang-tenang air di laut
Sampan golek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik rasa dijunjung
Ikan kekek mak ilui-ilui
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak ilui-ilui
Pulang sama mak ilai-ilai
Ingat lagi tak korang dekat lagu rakyat ni…. Jujurnya, banyak lagu-lagu rakyat yang aku dah lupa. Tapi, terima kasih untuk majalah Pa&Ma bulan ni, sebab ada ruangan bonus yang memaparkan lagu-lagu rakyat yang sering dinyanyikan oleh mak-mak kita dulu kala untuk mendodoikan kita.
Lagu Ikan Kekek ini antara lagu yang aku selalu nyanyi masa kecik-kecik. Banyak lagi lagu-lagu rakyat yang dipaparkan dalam majalah Pa&Ma. Kalau korang nak tau, kene la beli ya majalah tu (takut kene marah dengan Editor Pa&Ma plak kalau tulis semuanya..hehehe).
Bila tengok balik lagu-lagu yang ada dalam ruangan ini, aku teringat masa bercamping zaman belajar dulu. Bila aktiviti berkumpul kat unggun api, kami akan nyanyikan lagu ni beramai-ramai. Tapi, of course la aku dah lupa apa lirik yang aku cipta spontan masa tu. ngeeeee
So, aku pun nyanyikan lah lagu ni dengan Buchuks aku. Aku ubahlah sikit liriknya agar bersesuaian dengan kitorang. Barulah seronok tengok reaksi diorang tu…ngeeeeee. Nak tau lagu apa…emmm, scroll down…………
Buchuks & Kazen Yana
Hah! Inilah lagunya....jeng, jeng, jeng!!!
Dimana dia anak kambing Ami
Anak kambing Ami yang suka main belon
Dimana dia cinta hati Ami
Cinta hati Ami yang suka minta kelon
Can mali can hohoi...
Can mali can hohoi...
Can mali can
Ketipung payung…
Bila dengar je perkataan kelon tu dua-dua pakat datang dekat dan peluk aku. Perkataan kelon tu ialah perkataan dalam Bahasa Jawa. Kalau dalam Bahasa Melayu maknanya ialah peluk. Jadi, bila aku nyanyi cinta hati aku yang suka minta kelon, tu yang Buchuks datang peluk aku. Sebab diorang ni memang suka aku peluk, especially bila nak tido… Bahagianya….ngeeeeeeee
Amimarsays : Pening nak jawap soklan "Kambing boleh main belon ke, Ami???" huhuhu
0 comments:
Post a Comment