Atas permintaan sorang kawan ni, aku pun tunaikan la. Bila dia baca entri aku pasal metafizik, dia pun terus Buzz aku kat YM, and suruh aku kirakan tarikh lahir dia… Bisa diatur!!!
So, birthday dia 10.10.1977. Lepas aku kira-kira, dapatlah nombor akarnya 8, manakala no chasis nya ialah 1-1-8. So, apa karektor kawan aku ni ikut pandangan Metafizik. Orang no. 8 ni ialah sorang yang bertanggungjawab tapi ada sedikit panas baran & cepat nak naik hangin!!! Walau bagaimanapun, orang no.8 ni ialah orang-orang yang boleh pikul tanggangjawab dan terima tekanan kerja.. (sebab byk tekanan kerja, tu yang cepat berangin tu…hahaha). Masalah orang no. 8 ni, kalau kita tak bagi dia apa-apa kerja, dia akan mula kacau kerja orang lain… sebabnya, dia akan lagi rasa TERTEKAN kalau takde kerja, berbanding tekanan kerana kerja…(ni amat bahaya kalau bos tau… bertambah-tambah kerja la lepas ni ya..ngeeeeeee)
Selain dari suka diberi tanggungjawab, orang no. 8 ni juga materialistik, ego nya tinggi, suka kepada kebebasan dan tak suka dikongkong. Walaupun agak keras kepala, tapi orang no. 8 ni seorang yang BAIK HATI, suka tolong orang, lembut dan mudah cair bila dipujuk. Hati-hati dengan orang no. 8 ni sebab six sense nya amat la kuat!!!
Selain dari no. akar, ada juga nombor-nombor kombinasi yang tak orang berlainan… setiap nombor kombinasi ni pun ada karektornya yang tersendiri… macam kawan aku ni, dia ni memiliki nombor-nombor kombinasi 1,2,3 iaitu mulut laser (memang pun dia ni terlalu berterus terang atau pun sound direct kalau ada apa-apa hal yang dia tak suka!!!)… walaupun dia ni jenis sound direct punya orang, tapi dalam masa yang sama ramai orang yang suka kat dia, sebab dia ni ada nombor kombinasi 2,7,9 iaitu no pelaris…auwwwww… orang yang ada no kombinasi ni, pandai menarik perhatian orang lain. Maknanya, dia ni ada daya tarikan semulajadi & karisma yang membuatkan orang lain tertarik untuk berkawan dengan dia… (no wonder, you hot girl!!!)
Tapi, satu yang perlu diperbaiki ialah dia ni ada masalah kebocoran wang, sebabnya nombor kombinasi 3,3,6 yang dia miliki… maksudnya, duit senang masuk, tapi sekejapan je, lepas tu misti dia ni akan belanjakan duit tu… Masalah la kan… Macam mana nak atasi masalah kebocoran wang ni… Caranya, kemudian nanti la aku cerita ya..hehehehehe
Emmm… boleh tahan tak explanation aku pasal maksud tarikh lahir kawan aku ni… Sebenarnya, ada lagi huraian yang aku buat, tapi ia lebih kepada peribadi… so, yang lain-lain tu aku akan bagitau personally kat kawan aku tu…
Amimarzsays : sekadar bersuka-suka di hari minggu ya!!!
2 comments:
wa.. sadis betul baca kat 'kebocoran wang' tu... tapi takperlah kan? masuk sikit, bocor pun sikit... heh heh heehh..
jgn masuk skit, bocor byk..hehehhe
Post a Comment