BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 9, 2011

Ceramah Pasangan Semanis Kurma - Keluarga Idaman menurut Al-Quran dan As-Sunnah


Lanjutan daripada entry aku pagi tadi, aku nak share sikit tentang ceramah yang aku dengar tengahari ni.  Tajuk ceramah tengahari tadi adalah Keluarga Idaman menurut Al-Quran dan As-Sunnah.  Sesuai sangatlah tajuk yang diberikan, sebab pasangan Semanis Kurma ni memang nampak bahagia dan mesra, walaupun sudah 25 tahun berumahtangga.  Semoga tunjuk ajar daripada mereka ini dapatlah kita teladani.

Ada 7 asas yang diberikan oleh pasangan Semanis Kurma ni untuk dijadikan panduan untuk membina keluarga idaman.  Jom kita sama-sama tengok petua yang mereka bagi ya.

Asas 1 - Iman dan takwa kepada Allah s.w.t

-  Adalah penting untuk kita, semasa memilih pasangan mencari suami/isteri yang beriman.  Ini kerana, apabila pasangan yang dipilih adalah berasaskan iman, maka kehidupan rumahtangga akan kekal bahagia di dunia dan akhirat.  Jika pilihan yang dibuat berasaskan kekayaan, kemewahan, kecantikan dan kuasa, maka apabila hilang semua itu, akan hilanglah keharmonian dan runtuhlah rumah tangga.

Suami yang beriman akan sentiasa setia kepada isterinya, tak akan mengasari isterinya walaupun dia melakukan kesalahan dan sentiasa membantu isterinya.  Sementara isteri yang beriman pula akan sentiasa menyenangkan suaminya, dan mampu mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh.

Asas 2 - Kasih sayang.

-   Kasih sayang ini penting dalam kehidupan seharian.  Berkasih bukanlah semasa awal bercinta, tetapi yang penting sepanjang tempoh perkahwinan.   Kasih sayang ni mestilah sentiasa dipupuk supaya sentiasa segar, seperti masa mula-mula berkahwin dulu.  Untuk menyemarakkan cinta, ia mestilah dibuktikan dengan kata-kata dan juga perbuatan.  Panggilan yang mesra seperti Sayang dan Darling adalah salah satu contoh pembuktian melalui kata-kata.  Manakala memberi hadiah kepada pasangan masing-masing adalah contoh pembuktian melalui perbuatan.

Asas 3 - Pergaulan yang baik

-  Pergaulan yang baik antara suami isteri adalah penting.  Suami isteri mistilah sentiasa saling menghormati.  Adalah penting untuk menjaga mood diawal-awal pagi. Sekiranya pagi dimulakan dengan perasaan marah-marah, kemarahan itu akan berpanjangan seharian.  Kalau ini berlaku, diri sendiri yang akan rugi.

Asas 4 - Rezeki yang halal.

-   Rezeki yang halal adalah kunci untuk segala amalan dan doa kita diterima Allah.  Adalah penting untuk kita mencari rezeki dari punca-punca yang halal dan jauhkan benda-benda yang haram.  Rezeki yang halal akan membawa keberkatan.  Salah satu punca anak-anak tidak mendengar kata atau pun menjadi liar adalah kerana berkemungkinan makanan yang diberikan kepada anak-anak adalah berpunca dari rezeki yang haram.

Asas 5 - Amanah dan tanggungjawab

-  Isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada suami.  Oleh itu, suami mistilah tahu akan tanggungjawabnya dan menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.  Isteri juga perlu tahu akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.  Sekiranya isteri kurang pengetahuan dalam hal-hal agama, maka tanggungjawab suami untuk mendidiknya.  Seterusnya mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh.

Asas 6 -  Berdoa kepada Allah dan berzikir.

-   Yang ini paling penting, kita kenelah sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan didunia ini.  Pasangan Semanis Kurma ini memberikan satu doa yang boleh dijadikan amalan untuk dipermudahkan segala urusan, iaitu ayat kedua terakhir daripada Surah At-Taubah.


Asas 7 - Taat dan menabur kebajikan kepada kedua ibu bapa.

-   Selagi kita masih mempunyai ibu dan bapa, adalah penting untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita.  Restu ibu bapa amatlah untuk kebahagiaan anak-anak.  Selain ibu bapa kandung, ibu bapa mertua juga mistilah dilayan sama adil.  Ini kerana ibu bapa mertua ada sama kedudukannya seperti ibu bapa kandung.  Oleh itu, suami ataupun isteri janganlah mengongkok pasangan masing-masing daripada berbuat baik kepada ibu bapa mereka.

Ini sahajalah tips-tips yang diberikan oleh pasangan Semanis Kurma dalam ceramah mereka petang tadi.  Semoga ia memberi kebaikan kepada kita semua untuk membina keluarga bahagia seperti yang kita idam-idamkan.


Amimarzsays :  masih lagi pening-pening lalat...ubat apa yang doctor ni bagi aku daaaaaaa....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...