BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 17, 2011

Marvellous Lunch!!





Ni buah roselle yang aku petik semalam.  Hari ni kene terus buat jusnya, kalau tunggu lama-lama nanti buahnya layu pulak.. membazir je kan.  So, lepas breakfast pagi tadi, aku pun beroperasi di dapur buat jus roselle aku...  






Mula-mula, kene kupas kelopak buah roselle.  Masa kupas tu, kadang-kadang ada semut terselit kat celah-celah kelopaknya.  So, kita rendam 5-10 minit supaya benda-benda asing tu terapung, dan basuh bersih-bersih.








Bila dah basuh bersih-bersih, rebus la pulak....  Agak-agak lah airnya, jangan terlalu banyak ya.







Taraaaaaaa!!! Air dia dah berubah warna!!!  Merah menyala!! Roselle ni direbus selama 15-20 minit supaya warna dan perasanya sebati.  Lepas tu, keluarkan kelopak roselle tadi dan tambahkan gula secukupnya.  Tadi aku letak dalam setengah kilo gula.  Biar rasanya manis sikit, sebab kita buat jus pekat.






Bila jus tadi dah sejuk, bancuh dengan air dan tambahkan ais didalamnya.. SEDAP youu...  lagi-lagi minum masa cuaca panas.  Tak cukup segelas...hehehe. 







Menu lunch ari ni pun boleh tahan jugak!!!  Ayam goreng berempah, masak lemak rebung campur udang, dan ulam pucuk ubi cicah sambal bilis tauchu.  Makan tak agak-agak, 2 pinggan licin..hahaha (macam mana Mr Hubby tak complaint beratnya bertambah...hahaha).  Kalau nak tau, rebung ni aku bawak dari umah Mak mertua aku minggu lepas.  Rebung ni dia yang carik sendiri. Rebung ni betul-betul bahagian pucuknya, dan empuk betul!!! Tak payah rebus lama-lama pun. 



Sekali-sekala kene lauk-lauk kampung ni memang menyelerakan.  Ditambah dengan air roselle yang aku buat pagi tadi.. lunch ari ni memang marvellous!!!

2 comments:

Mas said...

wahhh... 3 hari ai tak bukak blog, sekali bukak tu diaaaaaa bukan main banyak menu dalam dapur rahsia dia hihihi..

BTW air roselle tu buat macik terliur lah :) dah lama tak buat huhuhu...

amimarz said...

hahaha... wiken aritu mmg mood rajin masak terlebey!!! sebab banyak bahan-bahan dalam fridge, tak masak kang, lama-lama membazir pulak :)))

Nak air roselle ke? Nnt balik kg, singgahlah umah Mak, ada byk lg tu Angah tak petik semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...