BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 27, 2011

Kolesterol - Me Hate You!!!

Lepas lunch tadi, sorang member minta tengok tangan aku... dia kata dia dah jadi tok bomoh.. opssss... Mak Moh kot..hahaha.. Aku pun kasiklah tangan aku.. lepas tu dia belek sana, dia belek sini.. tekan sana, tekan sini...

Dianogsis Mak Moh pasal diri aku:-

   Selalu sakit-sakit pinggang  --- > BETUL!!!
-      Banyak angin dalam badan  ---- >  BETUL!!!
-      Badan berKOLESTEROL  ---- >   ALAMAK!!!

Macam mana Mak Moh buat dianogsis dia...

  1. Sakit pinggang – dia tengok kat jari kelingking.. ruas kedua tu bengkok sikit.. tu tandanya  orang tu selalu sakit-sakit pinggang... Kalu ruas pertama yang bengkok, tu tandanya orang  tu selalu sakit2 di bahagian leher.
  2. Badan berangin – dia tengok kat tapak tangan... ada area-area yang nampak tompok-tompok putih.  Dia kata tompok-tompok putih tu angin la tu...emmm
  3. Kolesterol – ni pun dekat tapak tangan.  Sama jugak, ada tompok-tompok atau  bintik-bintik merah.  Yang ni dia kata kolesterol.


Adey... semalam baru cerita pasal bab-bab makan tak hingat ya.  Hari ni aku pulak yang terkene...

So, aku pun google la carik sikit info pasal KOLESTEROL ni.  Kenelah tau , sebab tuan punya badan pun banyak kolesterol ni.


Kolesterol ikut kata cik WIKI ni ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL


Ok, panjang betul cik WIKI ni bercerita ya..  banyak la pulak ceritanya ya...  

Kolesterol ni bukan something yang baik untuk kita simpan dan belai dalam badan kita ni..  Walaupun sekarang ni macam tak ada masalah kesihatan, tapi bila umur semakin meningkat, pemakanan tu kene lah dijaga.  Selain daripada tu, kenelah rajin-rajin bersenam jugak.  Badan kita, kesihatan kita, kitalah yang kene jaga.  Takkan nak harapkan jiran sebelah rumah mak cik kita pulak yang jaga untuk kita, ye tak???


Rasa-rasa aku, dulu ada kawan-kawan hantar email pasal makanan mengikut jenis-jenis darah.. Kene check balik archive aku, ada lagi ke tak.. kalu ada, nanti kita share-share info ya...

2 comments:

Mas said...

Dah macam doc kesihatan pun ye gak angah ni hehehe...

Tapak tangan tu, kalau bintik2 putih/merah tu bukan tanda darah kurang/lebih ke?

Ish... tapak tangan mas ni banyak tompok/bintik putih.. apakah?

amimarz said...

Aisey... kan Wak JJ Mas dulu keje kat Klinik... tu yang terkenan kot...hahaha

emm... ntahlah, tanda kurang darah ke lebih, tapi kawan angah ni belajar sikit2 dari sedara dia yang buat rawatan alternatif.

Ambil info as panduan je, apa2 pun nak tepat kene buat medical check up lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...