BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 26, 2011

Giliran Nana pulak!!!

Pening!!!  Memang pening...


Baru dapat call dari Nenek, Nana balik sekolah bagitau cikgu dia pesan ada pertandingan pakaian seragam.  Esok kene bawak baju ke sekolah, cikgu nak tengok!!!  Hari  Jumaat ada rehearsal.


Waduh2... ni da kira last minute sangat ni.  Mana sempat nak buat apa2!!!  Tak nak siapkan, kesian pulak Nana.. beriya-iya dia cakap kat Nenek, nak masuk macam kakaknya...  Tapi dalam hati tensen gak, kenapalah cikgu Nana tak bagitau awal-awal, so that ibu bapa boleh buat persiapan awal..... huhuhu


Lepas bincang ngan Nenek & Abah, kita decide pakaikan baju punjabi kakak.  Saat-saat genting ni, kenelah guna pakai apa yang ada...  nasib baik saiz badan Buchuks ni lebih kurang je, cuma kakak ni tinggi sikit dari adik.  Harap-harap perbezaannya tak ketara ya... :))


p/s :: mencabar betul ada 2 orang anak perempuan yang bijak ni ya :)

Jangan pandang belakang....

Ada banyak yang nak ditulis, tapi kesempatan yang ada sangat-sangat terbatas.  Kebelakangan ni, semua nukilan hanyalah coretan sekilas lalu yang singgah di benak minda ini.  Ditulis tanpa draf, rangka ataupun suntingan.


Ada banyak juga gambar-gambar yang belum sempat diuploadkan lagi.  Bila ada kesempatan nanti, akan diusahakan juga.. kenang-kenangan untuk Buchuks dimasa akan datang!!


Ya, dalam hidup ni memang banyak juga kenangan.  Ada yang manis.. tak kurang juga yang pahit... pengalaman masam-masam manis pun ada juga.. hehehe... 


Orang kata, hidup ni umpama putaran roda... ada masa kita berada diatas..ada masa pula kita berada dibawah....  Sebab itu, bila kita di atas, jangan lupa pandang pada orang dibawah, dan zahirkan rasa kesyukuran kepada-NYA.  Tapi, bila kita berada di bawah, jangan putus asa.. berusaha untuk bangkit semula!!!!


Bukan nak cakap pasal hal orang lain, tapi lihat pada diri sendiri.. bermacam-macam dugaan yang Allah berikan.  Walaupun bukan atas kesilapan kita sendiri, tapi tempias yang kita dapat daripada kesalahan orang lain, terpalit juga.. dan kesannya juga mencalar diri.  Sebab itulah, pesan orang tua, bila berkawan biarlah berpada-pada...


Walaupun episod hitam tu dah berlalu, tapi pengajarannya cukup berguna.  Ya, masa ni la kita boleh kenal, siapa kawan & siapa musang berbulu ayam.  Yang musang, bila  kita susah dia pun hilang.. malah mencebik-cebik & menjaja cerita kita ke sana-sini.  Tapi, bila kita senang, musang ni la yang datang dulu, sebab dia ada deria bau yang tajam... macam boleh hidu dari jauh... masa ni, mulalah dia buat baik dengan kita, sekejap-sekejap telefon bertanya khabar.. itu dan ini...


Ada kawan cakap, zaman sekarang susah jadi orang jujur.. bila kita jujur, orang takkan peduli, akhirnya kita yang ditindas & tertekan.. tapi, kalau kita pandai pusing, kita akan lebih banyak dapat advantage.  Orang-orang sekeliling pun lebih percaya kepada gosip-gosip liar... Walaupun kasar bahasa dia, tapi hakikatnya pahit untuk ditelan, sebab kebenaran pun ada dalam kata-katanya.


Walau apa pun, aku bersyukur sebab Allah telah membuka mata & hati ini untuk melihat segala yang terjadi ini dengan mata hati & akal yang terang.  Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 5 tahun yang lalu, aku mungkin menangis, meratap nasib.. orang yang disuap nasi, akhirnya menggigit tangan ini.  Tapi kini,  semua tu dah tak menjadi nanah dalam diri ini.  Banyak yang aku belajar dari pengalaman sepanjang 5 tahun ini.  Dan, yang pasti, mereka-mereka yang menganiaya & menfitnah telah mendapat petunjuk  masing-masing.  Benarlah, orang cakap zaman sekarang, Allah bayar cash kalau kita buat salah.. kene hati-hati dengan tindakan & perbuatan sendiri.


Berdiam, tidak membalas fitnah & hasutan kadang-kala langkah yang bijak, jika kita tau siapa lawan kita.


Friday, September 23, 2011

Jadikan ia satu kenyataan!!!

Petang semalam, balik dengan Mr Hubby.  Kebetulan dia ada kat sekitar KL, so ai pun ambil kesempatanlah bermanja-manja dengan suami tercinta.  Bukan senang nak dapat peluang dijemput balik dari opis, so kalau ada peluang, sure ai tak lepaskan.. hehehe


So, on the way balik ke umah, kami pun bersembang-sembang la dalam kereta.  Kadang-kadang, kami ni kalau mood tengah baik, suka sembang kosong sambil tu berangan tak hingat!! Hahaha


Topic ni Mr Hubby yang start dulu.. nanti kalau kita kaya, apa kita nak buat???  Jeng.. jeng.. jeng... macam syiok kan topiknya.. hahaha Ai pun apalagi, melayan la suamiku itu.


Mr Hubby cakap, “nanti kalau kata dah kaya betul, Ami  tak yah kejelah.  Dok umah je”  Wow!!! Tawaran HEBAT tu kan!!! Suka ai dengar. 

Tapi  Mi nak buat apa kat umah ya.. emm... kita ambillah anak angkat.  Kalau boleh kita ambil anak-anak yatim.. kita jaga.  Kalau ramai, kita buat asrama untuk anak-anak yatim ni... wahhhhhhh... murni nya niat Mr Hubby ni.  InsyaAllah, bila Allah kurniakan kita rezki yang banyak, impian ni bukan sesuatu yang mustahil.  Yelah kan, setiap rezki yang kita peroleh, di dalamnya terdapat hak orang lain, contohnya seperti anak-anak yatim dan golongan fakir.  Bila Mr Hubby bercerita angan-angannya, ai senyum aja, sebab ai pun suka kalau ada keluarga besar!!! J


Dan yang paling syiok dengar tu, dia kata, “kalau ada duit banyak, Ami amik cuti 1 bulan tanpa gaji, kita g round da world!!!”  hahaha  Mana satu ni, Abah???  Tadi kata suruh berenti keje, ni plak suruh amik cuti 1 bulan???  Apa-apa pun, until the day come, only we know what to do.. for now, kita hanya mampu berangan dulu.. hehehe  Yang pasti, IMPIAN MURNI Abah ni dah didengar oleh Allah swt.  Mudah-mudahan dipermudahkan IMPIAN Mr Hubby J

Wednesday, September 21, 2011

Kabur Dalam Terang

Huwawawaaaaaaaaa


Atau


Hahahahaaaaaaaaaaa



Tak pasti... nak ketawakan diri sendiri atau pun nak menangis sendiri

Yang pasti, hari ni pergi kerja tanpa CERMIN MATA di mata... kesian kan....

Yang pasti, mata ni sudah kepedihan sebab dok kusyuk tengok screen computer ni.. & kepala pun sudah ada sedikit pening-pening ni....







Tuesday, September 20, 2011

Macam-macam alasan nak ponteng!!!

Betulah, orang cakap tiap anak ni peel & ragam nya tak sama...  Lately ni, kerap jugak Nana ponteng sekolah.  Bila pagi je, macam-macam alasan yang dia bagi sebab tak nak pegi sekolah.


Pagi semalam dia kata, mengantuk sangat.  Tak boleh bukak mata.  Pujuk punya pujuk, last-last Nenek & Atuk yang mengalah.  So, tak pegi sekolah la dia. 


Pagi ni pula, bila Nenek tanya dia nak pegi sekolah, dia cakap sakit KAKI.... Nenek dah agak ni mesti alasan semata-mata ni... so, Nenek pun tanya, "kat mana yang sakit?"  Nana pun respon lah. "sakit kat sini"  TAPI dia angkat TANGAN!!! KANTOI berlakon la tu.. lepas tu dia pun gelak-gelak sambil cakap, "Na sakit olok-olok je..."  hahahaha  Panjang akal betul!! Ada je alasan dia ya.


Nana oh Nana... Nak marah pun terbantut...@_@

Monday, September 19, 2011

Cheer up Yaya!!!

Emmm.... ari ni baru dapat tau result pertandingan beragam semalam.  So, right after Yaya  balik dari sekolah, ai pun cecepat telefon Atuk sebab Ami pun tak sabo nak tau resultnya... heheheh


Tapi Ami termiss timingnya, Atuk dah keluar ke klinik untuk amik ubat Nenek. Tapi dia bagitau la yang Yaya dapat no. 3 & dapat hadiah set alat tulis.  And Atuk pun story la skit apa yang berlaku...


Balik dari sekolah, Atuk  nak telefon Ami... nak bagitau news ni tapi Yaya tak bagi.  Sungguh-sungguh dia tak bagi Atuk telefon Ami... kenapa agaknya ya????


Ami rasa Ami tau apa yang anak Ami tu fikir... dia tak happy la tu dapat no 3, sebabnya kalau boleh dalam semua hal, dia nak jadi yang pertama &  terbaik!!!  Jangan sedih & keciwa ya Kakak.. Ami tau Kakak dah buat yang terbaik!!!


Kalau Kakak nak tau, Ami bangga dengan Kakak sebab berani berdiri & berjalan atas pentas.  Walaupun ini pertama kali Kakak naik atas pentas, but you did it well!!!  Sebenarnya, itu yang Ami & Abah nak terapkan dalam diri Kakak.  To have confident in yourself & be independent.  Ni 1st time Kakak be on the stage sendiri, so we don't know what to expect from you.


Kalu nak tau soalan pertama Abah semalam bila Ami telefon dia, dia tanya Kakak nangis tak atas pentas... Ami cakap tak.  Kakak kata semuanya ok.  And Abah betul-betul lega.  So am I.  We valued the self confident in you.


So, Kakak WELL DONE & CHEER UP!!! 



Sunday, September 18, 2011

Berdebar-debar dalam mengantuksssss....

Hari ni Yaya ada pertandingan pakaian beragam... Aduhai, anak yang nak masuk bertanding, tapi Ami yang macam nak demam ni... apa taknya, cuti 3 hari ni dok melayan baju punjabi untuk pertandingan dia la... dah la Ami pun sibuk dengan sinoman @ merewang kat kenduri kawin.. anak punya pasal.... bersengkang mata pun tak kesah...


Hari Jumaat beli baju Punjabi untuk Yaya.. mula-mula planning nak buatkan baju kebaya labuh... tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa tukar plan.. cari punya cari.. dapatlah sepasang baju Punjabi.


Bajunya agak simple.. cuma ada sulaman sikit di bahagian leher.. so Ami pun volunteer nak pasangkan maniklah.. bior nampak mengerlip-ngerlip Yaya kat stage nanti...  Balik dari Somban, Ami pun pasangkan dulu maniknya.. setakat yang mampulah sebab nak ready pegi sinoman pulakkan.


Sinoman kat kampung ni bukan sikit-sikit punya kerja.. 2 hari uuuuuu.  Ari Sabtu, sinoman sampai kul 4pm.. giler rajin.. hahahah. Balik da flat banget.. rest la kejap.  Malam tu ingat nak tidur awal, tapi tak sampai hati sebab baju Yaya belum siap lagi.. So, stay up la Ami sampai kul 2 pagi jahit manik.. tu pun Abah da sound banyak kali suruh stop dulu & tidur.


So semalam seharian Ami dok kat umah siapkan jahit manik baju Yaya la..(masak pun tak sempat, lunch minta Abah pegi tapaukan lauk je.. hahahah)  Maniknya takde la banyak yang nak dijahit, tapi sebabkan ai ni kan masih amatur... so faham-faham je la.. jahit speed siput.. hahaha!!!  Kul 6pm baru la siap semuanya.  Letih betul & mencabar minda sungguh!!!


Malam tadi, sebelum tidur sapu minyak panas satu badan.. terasa sengal-sengal especially kat bahagian pinggang, bahu & belikat... Ai cakap kat Mr Hubby, ni baru pertandingan pakaian beragam dah macam nak demam Ami dibuatnya....  Agaknya nanti kalu Buchuks nak amik exam UPSR, PMR or SPM, Ami yang tumbang tergolek dok sebab sibuk tolong prepare kan anak-anak nak periksa... hahaha.  Ami oh Ami, sabor ler kamu ya :P

p/s:  macam mana agaknya Yaya catwalk atas stage ya.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...