2011 dah masuk hari ke-6. Kejap je kan rasanya... baru minggu lepas kita cuti sambut tahun baru!! Ni entry pertama aku untuk tahun 2011. Sebenarnya, ada beberapa entry yang aku dah draft, tapi half way, ada je yang ganggu emosi aku, hingga terbantut idea aku..huhuhu
Bila citer pasal tahun baru ni, misti orang akan sibuk2 dengan azam tahun baru kan. Bagi orang yang teliti dan suka merancang, misti dah well prepared dengan azam2 2011 ni sebelum abis tahun 2010 lagi kan. Bagi yang dah bersedia dengan senarai azam2 tu, aku doakan korang semua terus istiqamah untuk capai azam korang tu ya. Bagi yang takde azam tu, cuba2 lah buat azam ya. Sekurang-kurangnya, korang ada jugak matlamat hidup! Hidup yang ada matlamat, barulah lebih bermakna!!!
Hari Isnin aritu, dua2 Buchuks memulakan alam persekolahan. Yaya masuk ke Pra-sekolah, Nana pulak ke Tadika Kemas. Untuk Yaya, aku memang menaruh harapan dia tak meragam untuk ke sekolah, macam tahun lepas (cuma bertahan 2 minggu je, lepas tu dia tak mau pegi dah - pening aku!). Alhamdulillah, nampak dia bersungguh untuk ke sekolah. Dia pun enjoy kat sekolah! Kalau dulu sebelum masuk sekolah, dia selalu tidor lewat. Kadang-kala sampai pukul 12 malam belum tidor, layan kartun! Tapi, ni dia dah bersekolah, pukul 9.30mlm je dia dah siap2 nak tidor, sebab esok nak sekolah! Perubahan yang bagus! Syabas Yaya!!!
Untuk Nana pulak, aku sengaja masukkan dia ke Tadika Kemas sebab aku nak dia belajar berkawan2 dulu. Selama ni, dia cuma berkawan dengan kakaknya saja. Lagi pun, dia baru 3 tahun!! (dia lahir 29/12/2007). Kalau ikutkan real age dia, Nana baru 3 tahun 8 hari tapi ikut calendar year dia dah 4 tahun. Maknanya, bila dia masuk Darjah 1 nanti, umurnya baru 6 tahun 4 hari. Aku yakin, walaupun usianya muda berbanding dengan kawan2 yang lain, Nana mampu untuk menunjukkan kecemerlangannya mengikut keupayaannya. Dia ni cepat belajar dari Yaya dan tak nak kalah dengan Yaya, sebab tu dia selalu berusaha untuk maju. Dan memang betul firasat aku, sebab walaupun takde sorang pun yang dia kenal dalam kelasnya, dia pandai bawa diri & sesuaikan diri dengan persekitaran. Hari pertama pun takde masalah untuk aku tinggalkan dia sendirian (kejap2 je aku intai2 dia dari tingkap!!) Syabas juga Nana!!!
Perjalanan 2011 masih awal, dan banyak lagi perkara yang mungkin akan berlaku dan perlu dilakukan! Semoga semuanya berjalan lancar pada 2011 ni. Semoga segala usaha berhasil! Semoga segala impian terlaksana! InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment