BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 31, 2011

Jangan sampai jadi buluh.

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan?

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia
lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau ! bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku
balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg.

Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

"sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....!

Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa!

Hang jangan nak buat pasai!

Hang nak pakai tudung buat apa???

Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!

Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
-Dipetik dari email seorang sahabat, sumber asal tidak diketahui.

Pastinya, bila baca tulisan diatas ni, akan ada yang tergelak-gelak sebab lucu. Betul tak?  Tapi, dalam pada kita ni bergelak-gelak, dapat tak kita tangkat mesej yang nak disampaikan oleh penulis ni?

Teringat pulak cerita Anakku Sazali... Aku ingat-ingat lupa dialog nya, tapi lebih kurang macam ni lah kot “Kalau 13tahun (emm... ye ke 13thn???) dulu bapak pukul Sazali, Sazali tak akan jadi seperti ini....”

Bukan senang sebenarnya, tugas mendidik anak-anak ni.  Besar dan berat tanggungjawab seorang ibu dan seorang bapa.  Kalau tersalah didikan, takut-takut bila anak ni sudah besar, akan menyusahkan ramai orang, termasuk ibu bapa sendiri.  Mulalah keluar ayat begini, “kecik-kecik tak nak mampus, dah besor menyusahkan orang!!”  Tapi yang bercakap tu lupa nasihat orang dulu-dulu, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh, memang la payah nak dibentuk.

Dalam sibuk seharian dengan kerja dan  tugas-tugas lain, kadang-kadang aku terfikir, dah terbaik ke didikan yang aku beri untuk Buchuks aku?  Cukupkah masa yang aku luangkan untuk mengasuh mereka?  Pendekatan yang aku guna untuk mendidik mereka, adakah memberi kesan kepada mereka?  Akan ingatkah pesanan-pesanan dan peringatan-peringatan yang aku berikan kepada mereka?  Berbagai-bagai soalan yang terlintas dalam kepala ni, bila memikirkan hal anak-anak ni.

Sebagai ibu, aku berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk Buchuks aku.  Tak akan aku berputus asa untuk mendidik Buchuks aku, supaya kelak mereka menjadi insan kamil.  Semoga Allah mempermudahkan segala usaha aku!

Sunday, January 30, 2011

Dah lama sangat senyap.

Pejam celik-pejam celik, esok dah 31 Jan 2011.  Dah sebulan kita berada dalam tahun  2011 ni.  Sekejap je kan!!! Tinggal 11 bulan je lagi menjelang 2012.  So, sepanjang bulan Jan 2011 ni, apakah azam tahun baru yang telah kita semua capai?  Sebelum jawap soalan tu, pertama mula kene lah tanya, korang dah tanam azam 2011 ke sebelum ni..hehehe.  Kalau yang belum ada azam tu,masih belum terlambat lagi sebab korang ada sebanyak 334 hari lagi untuk sampai ke hujung tahun ni... selamat mencuba!!!

Salah satu azam aku tahun ni, ialah untuk amalkan gaya hidup sihat bersama keluarga aku!  Bunyik macam azam biasa-biasa aja kan... tapi impaknya besar tau!  Sebab apa aku kata macam tu, tak lain kerana selama ni kami sekeluarga tak pernah pun buat aktiviti riadah seperti bersenam dan berjogging.  Selalunya, bila hujung minggu, kami akan berjalan-jalan dan mencuci mata sambil mengisi perut di shopping2 complex.  Kalau tak keluar, kami lepak-lepak dengan family sambil makan-makan.. makan lagi (camne tak bertambah gumuks..hahahah)

Jadi, awal tahun ni aku telah berbincang dengan Mr Hubby tentang aktiviti riadah ni.. sekurang-kurangnya seminggu sekali kami perlu bawa Buchuks berjogging atau pun main-main di taman.  Paling utama, kami sendiri juga perlu bersenam, dan membakar segala lemak-lemak yang lama terkumpul dalam badan ni.  Dalam usia yang semakin meningkat ni, kene lah jaga kesihatan kan...  Sekarang ni, bukan sesuatu yang mustahil dalam usia 30-an ramai yang mengidap masalah jantung....

Alhamdullillah, apa yang dirancang setakat ni, berjalan dengan jayanya.  Buchuks pun enjoy dengan outdoor activities yang kami buat.  Mana taknya, mereka dapat bermain sepuas hati di taman, sambil kami berjogging!




Antara aksi-aksi Buchuks semasa beriadah.  Seronok lihat gelagat mereka, bebas untuk mengekspresi diri bersama alam.  Bak kata iklan Milo, "play more,learn more!!!".

Selain dari azam untuk beriadah dengan konsistan, aku juga sudah mula merajinkan diri memasak untuk keluarga.  Bermula dengan masakan yang simple-simple, kini aku mula mencuba masak makanan yang lebih mencabar (mencabar sebab tak pernah cuba..hahahha)  Tapi, yang paling aku suka bila Yaya kata Mami masak sedap!! Tu yang tambah berkobar-kobar lagi semangat aku untuk menajamkan skill memasak aku.  Nanti, bila dah pandai ala2 Top Chef, aku akan postkan sesuatu yang menarik dalam blog ni... Tunggu ya :) 

Thursday, January 6, 2011

Pertama di 2011

2011 dah masuk hari ke-6. Kejap je kan rasanya... baru minggu lepas kita cuti sambut tahun baru!! Ni entry pertama aku untuk tahun 2011.  Sebenarnya, ada beberapa entry yang aku dah draft, tapi half way, ada je yang ganggu emosi aku, hingga terbantut idea aku..huhuhu

Bila citer pasal tahun baru ni, misti orang akan sibuk2 dengan azam tahun baru kan.  Bagi orang yang teliti dan suka merancang, misti dah well prepared dengan azam2 2011 ni sebelum abis tahun 2010 lagi kan.  Bagi yang dah bersedia dengan senarai azam2 tu, aku doakan korang semua terus istiqamah untuk capai azam korang tu ya.  Bagi yang takde azam tu, cuba2 lah buat azam ya. Sekurang-kurangnya, korang ada jugak matlamat hidup!  Hidup yang ada matlamat, barulah lebih bermakna!!!



Hari Isnin aritu, dua2 Buchuks memulakan alam persekolahan.  Yaya masuk ke Pra-sekolah, Nana pulak ke Tadika Kemas.  Untuk Yaya, aku memang menaruh harapan dia tak meragam untuk ke sekolah, macam tahun lepas (cuma bertahan 2 minggu je, lepas tu dia tak mau pegi dah - pening aku!).  Alhamdulillah, nampak dia bersungguh untuk ke sekolah.  Dia pun enjoy kat sekolah!  Kalau dulu sebelum masuk sekolah, dia selalu tidor lewat. Kadang-kala sampai pukul 12 malam belum tidor, layan kartun! Tapi, ni dia dah bersekolah, pukul 9.30mlm je dia dah siap2 nak tidor, sebab esok nak sekolah!  Perubahan yang bagus!  Syabas Yaya!!!





Untuk Nana pulak, aku sengaja masukkan dia ke Tadika Kemas sebab aku nak dia belajar berkawan2 dulu.  Selama ni, dia cuma berkawan dengan kakaknya saja.  Lagi pun, dia baru 3 tahun!! (dia lahir 29/12/2007).  Kalau ikutkan real age dia, Nana baru 3 tahun 8 hari tapi ikut calendar year dia dah 4 tahun.  Maknanya, bila dia masuk Darjah 1 nanti, umurnya baru 6 tahun 4 hari.  Aku yakin, walaupun usianya muda berbanding dengan kawan2 yang lain, Nana mampu untuk menunjukkan kecemerlangannya mengikut keupayaannya.  Dia ni cepat belajar dari Yaya dan tak nak kalah dengan Yaya, sebab tu dia selalu berusaha untuk maju.  Dan memang betul firasat aku, sebab walaupun takde sorang pun yang dia kenal dalam kelasnya, dia pandai bawa diri & sesuaikan diri dengan persekitaran.  Hari pertama pun takde masalah untuk aku tinggalkan dia sendirian (kejap2 je aku intai2 dia dari tingkap!!)  Syabas juga Nana!!!

Perjalanan 2011 masih awal, dan banyak lagi perkara yang mungkin akan berlaku dan perlu dilakukan!  Semoga semuanya berjalan lancar pada 2011 ni.  Semoga segala usaha berhasil! Semoga segala impian terlaksana! InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...