Sapa tau ni logo apa???
Takpelah , aku tanya, aku jawab sendiri. Hah! Inilah logo Astro One HD (Channel 393), khas untuk drama-drama Korea sahaja. Peminat-peminat drama Korea misti excited kan. Mana taknya, 24jam drama Korea tanpa henti!!!
Aku bukanlah peminat drama Korea. Aku terjumpa Channel 393 ni secara tak sengaja, sebabnya terlalu bosan dengan Astro yang asik ulang cerita yang sama. Kebetulan, masa jumpa Channel ni, drama best disiaran. Apalagi, teruslah follow.
Drama Secret Garden ni lah yang aku mula-mula tengok di Astro One ni. Memang sweet ceritanya. Kisahnya pasal lelaki ni anak orang kaya, jatuh cinta dengan gadis ni yang kerjanya sebagai stunt-woman. Kemudian lelaki ni kemalangan, dan hilang ingatan.... tapi cinta mengatasi segalanya, banyak benda yang dia lupa, tapi dalam ingatan dia ada nama gadis itu, cumanya dia tak ingat siapa gadis itu dihatinya....bila dia lihat perwatakan gadis tu yang gila-gila dan kasar, dia tak tahu kenapa dia boleh bercinta dengan gadis itu. Jadi dia pun mencari-cari jawapan, sambil cuba mengenali gadis ni. So sweet...
Ni pulak Paradise Ranch. Drama ni baru lagi. Kisah pasal pasangan suami isteri yang telah bercerai, tapi bila balik ke Korea, mereka perlu berhadapan sesama sendiri dalam urusan harian dan perniagaan. Walaupun, masing-masing punya pilihan sendiri, tapi bila ternampak ex-wife/ex-husband dengan kekasih masing-masing, nampak riak cemburunya... Tak sabar nak ikuti kesudahan cerita ni.. Adakah mereka kekal dengan kekasih sekarang, atau pun kembali semula sebagai suami isteri...
Drama Love You Thousand Times ni pulak menggantikan drama First Wives Club yang baru saja abis 2 minggu lepas. Masih terlalu awal lagi ceritanya. Tapi, drama berkisah tentang seorang gadis yang terpaksa menjadi ibu tumpang semata-mata ingin membantu keluarganya yang kesempitan kerana perniagaan ayahnya mengalami kerugian, dan dalam masa yang sama ayahnya pula sakit. Yang nak dijadikan cerita, gadis ni mengandungkan anak untuk abang kekasihnya... macam best kan ceritanya!!!
Bukan aku saje yang minat Channel 393 Astro One ni, tapi Mr Hubby pun minat jugak. Tapi dia takde lah suka cerita cintan-cintun macam aku ni. Dia minat drama Giant ni, yang lebih sesuai dengan jiwa dialah..hehehe Drama Giant ni berkisar pergolakan, dendam & persaingan dalam bidang perniagaan. Kisah 3 beradik, yang kematian ibubapa akibat ketamakan seorang sahabat. Bila 3 beradik ni besar, abang-abangnya bersumpah untuk membalas dendam terhadap orang yang membunuh ibubapa mereka. Untuk menjadikan cerita ni menarik, adik perempuan mereka bercinta dengan anak orang yang membunuh ibubapa mereka. Sementara abangnya yang kedua pulak terpaksa mengenepikan cintanya, malah menjadikan gadis yang dicintai sebagai saingan dan musuh, demi untuk membalas dendam dan mencapai impiannya - sungguh dramatiskan. Tak sabar nak tunggu minggu depan untuk sambungannya.
Amimarzsays : Astro AXN tetap dihati jugak!!!
0 comments:
Post a Comment