Annyeonghaseyo.....
Penat badan ni tak hilang lagi. Mata pulak berat semacam je, macam ada gam gajah la pulak kat kelopak mata ni... Best nya kalau dapat lelapkan mata barang sejam dua..hahaha (permintaan yang berat ni!!!) Pagi tadi telefon Nenek, dia kata Nana dah tak demam, cumanya masih belum ke sekolah lagi. Biar dia rehat sepenuhnya. Petang ni telefon lagi, Alhamdulillah, dah betul-betul sihat. Esok dah boleh ke sekolah. Nana pun dah tak sabar nak pegi sekolah, nak hantar kerja sekolah yang dia dah buat!!!!
Hari Jumaat lepas, kitorang jalan-jalan ke Putrajaya nak tengok Pameran Belon Panas. Lepas ke Putrajaya, kami ke Port Dickson pulak, untuk tengok Pameran di Museum Tentera Darat. Ahadnya pulak aktiviti beriadah & berkelah di tepi tasik. Ni idea Yayalah, nak makan kat taman. Sambil-sambil bersarapan, kami anak beranak berjogging-jogging sekejap, lepas tu layan main layang-layang. Banyak gambar-gambar yang nak dipost dalam blog ni, belum sempat nak diedit, disebabkan jadual harian yang sangat pack. Tambahan pulak, Nana demam semalam, so semua kerja-kerja mengedit pun tergendala...huhuhu
Dek kerana kepenatan tu lah, si Nana ni demam. Badan dia memang manja sikit. Tak boleh nak berjalan jauh atau kepenatan. Esoknya misti dia demam. Ni yang Ami kene sound ngan Atuk & Nenek. Lepas ni jangan bawak Nana pegi jalan-jalan ke tempat-tempat terbuka, tak boleh berpanas, tak boleh buat aktiviti lasak dengan Nana. Nak jalan kene tempat berair-cond. Huhuhu.... Kesiannyalah anak Ami tu sorang ya... Padahal, dia memang suka sangat kalau kita bagi exposure ke tempat-tempat begitu.
Ami ni pun serba salah jugak, nak bawak ke tak nak bawak. Orang kata experience is the best teacher. Sebab tu lah Ami suka bagi pendedahan secara terus kepada Buchuks. Biar mereka sendiri merasa dan belajar dari pengalaman-pengalaman yang kami dedahkan. Dengan cara ini, secara tak langsung mereka dapat belajar & akan ingat apa yang mereka alami. Contohnya, bila tengok buku-buku animals, mereka akan ingat binatang apa yang mereka jumpa semasa di zoo, malah mereka boleh ingat reaksi binatang-binatang ni pada masa itu. Bila beli strawberry, Yaya masih ingat lagi pengalaman dia memetik strawberry di ladang, masa kami semua bercuti di Cameron Highland. Begitu juga pengalaman naik boat, bermain bowling dan banyak lagi...
Kesian jugak kat Yaya, kalau asik terperap kat umah ataupun shopping-shopping complex, misti dia pun bosan jugak. Jangankan Yaya, aku pun kalu asik-asik ulang-alik ke shopping complex pun bosan jugak!!! Ni pun dua-dua merengek nak ajak pegi swimming pool & ke A Famosa Safari (ni gara-gara tertengok gambar masa pegi sana, tahun 2008!!!) Nana nak bagi makan rabbit, macam Kakak Yaya!!! Apa nak buat ni..huhuhu
0 comments:
Post a Comment