BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Makanan HALAL.

Ingat tak, aku pernah citer pasal daun kaduk gorengkan...sepatutnya, daun kaduk tu kene goreng dengan tepung gogi, tapi masa tu tepung tu tak ada, so aku ganti dengan tepung jagung & tepung gandum.  Jadi tu jadilah jugak, tapi rasanya tak sama.


Tepung gogi tu tepung apa?  Hah! Aku pun masa kawan aku bagitau kene pakai tepung gogi, aku pun tercengang-cengang.  Rupa-rupanya inilah dia tepung gogi yang dia cakapkan tu..  Cer tengok cer tengok...




Ohh.. rupa-rupanya tepung gogi ni ialah tepung tempura, so sesuailah kalau kita nak buat tempura udang atau sotong ya.. Kat belakang tu ada ditulis cara-cara bancuhannya.


Tepung gogi ni made in Thailand.. nampak tak tulisan kat packagingnya tu.  Ni sajalah nak story-story pasal citer halal atau tak halal ni.. Emm, macam Ustazah lah pulak bunyiknya ya..heheheh


Macam ni, aku pernahlah share ngan sorang kawan ni, pasal resepi-resepi yang aku dapat dari kawan aku yang berketurunan Thai .  Tak abis aku citer, member ni pun mencelah, “ehh.. bahan-bahan masakan Thai ni kebanyakkannya semua tak halal tau!  Orang-orang Thai bukan ramai yang beragama Islam.  Kilang-kilang dia pun kebanyakkannya orang  bukan Islam punya.  Akak tak beli bahan-bahan buatan Thai ni”.


Aku diam je lah, tapi dalam hati, “aik, makan kat kedai tomyam Thai tu buleh pulakkkkkkk”.  (Kena ingat, kebanyakkan kedai-kedai masakan Thai kat Malaysia, mereka memang menggunakan bahan-bahan masakan daripada Thai). Apa beza makan di kedai tomyam Thai dengan beli bahan-bahan masakan made in Thai???  Kat sini, statement dia tu aku kurang faham.  Kadang-kadang aku ni memang suka diamkan aje, orang yang suka bercakap macam bagus ni.  Sebab, kalau kita bantah masa dia tengok SYIOK bercakap, alamat sampai esok pagi mulutnya tak henti-henti nak bercakap.  Confident ke dia, semua makanan made in Mesir tu HALAL.  Atau betul ke makanan made in China tu TAK HALAL?  Takkan nak judge keHALALan sesuatu produk tu berdasarkan negara ia dibuat.


Apa guna tanda HALAL pada pek bungkusan tu?  Dari tanda HALAL tu, kita boleh jadikan sebagai satu indication masa nak beli produk makanan.  Pengiktirafan HALAL ni diberikan oleh majlis atau persatuan agama Islam ditempat masing-masing. Apabila sesebuah majlis atau persatuan agama Islam di negara luar mengeluarkan piawaian HALAL, kita mestilah bersangka baik yang ulama atau ketua agama Islam negara tersebut membuat yang penilaian yang terbaik untuk kepentingan umat Islam di negara tersebut. 


Tapi, masalah jugak, bila timbul isu tanda HALAL palsu!!!  Hai, banyak benor penyangak kat dunia ni ya.  Nak makan pun susah!  Bila timbul isu-isu tanda HALAL palsu ini, kita sebagai pengguna kenalah alert dan buat extra digging untuk dapatkan kebenaran cerita yang kita dengar.  Cari kepastian untuk hilangkan keraguan kita, “emm.. halal ke tak ni?  Boleh makan ke tak??”.  Bila timbul keraguan HALAL atau TIDAK HALAL, makanan tu dah jadi SYUBAHAH.  HARAM untuk kita makan makanan yang ada unsur-unsur SYUBAHAH ni. 


Jadi, kita nak buat macammana??  Nak pakai tanda HALAL, ada pulak yang palsu ya.  Untuk kes-kes sebegini, kita kenelah rajin-rajin cari info terkini daripada JAKIM.  Selain itu kita juga boleh ambil extra efford, dengan tengok isi kandungannya pulak.  Kan kat tiap-tiap bungkusan misti ada tertera kandungan bahan-bahannya.  Kalau memang dia terang-terang tulis bahan-bahan terlarang, walaupun ada tanda HALAL, wajiblah kita JANGAN BELI!!!


Tapi ada pulak bahan-bahan tu dia sekadar tulis kod sahaja.  Macam mana?  Penggunaan kod makanan ni dah lama digunakan, dan ia standard digunakan diseluruh dunia.  Memang ada kod-kod yang tak halal.  Jadi, kita kenalah tau apa kod-kod yang TAK HALAL tu supaya masa membeli barang-barang, kita tak tersalah beli.

Antara kod-kod makanan yang dikatakan tidak halal adalah seperti berikut :-

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327,334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904


Kebetulan, masa aku carik-carik info pasal kod-kod ni, aku terjumpa satu jawapan daripada JAKIM yang aku rasa menarik, aku nak share dengan semua.  Jawapan ni daripada surat pembaca kepada soal jawab dengan JAKIM.

Soalan:
SAYA ingin memohon penjelasan sebenar dari pihak yang berkenaan (JAIS, JAWI, Jabatan Kesihatan, dan lain-lain) mengenai barangan halal-haram di pasaran yang dikatakan mempunyai unsur-unsur kandungan lemak khinzir.

Jawapan:
UNTUK menjelaskan masalah yang dibangkitkan oleh pembaca di atas, pihak Utusan Malaysia telah menghubungi Bahagian Kawal Selia Pensijilan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berikut adalah keterangan yang diberikan:

Para pengguna biasanya akan meneliti senarai kandungan (ingredient) bahan yang dicatatkan pada produk, terutama bahan makanan bagi memastikan status halal haramnya.
Bagaimanapun, selalunya terdapat kekeliruan apabila pelabelan sesuatu produk menggunakan kod-kod tertentu seperti E471 dan sebagainya.

Kod tersebut membawa maksud edditives, iaitu bahan-bahan tambahan yang digunakan semasa proses penyediaan atau pengilangan sesuatu bahan makanan, terutama membabitkan pembungkusan.

Edditives antara lainnya bertindak sebagai anti foaming agent (anti buih), pewarna, penambah perisa dan penyebatian (emulsifier).
Ini selalunya digunakan ketika proses membuat kek atau coklat.
Bagaimanapun edditives tidak semestinya memberikan kesan dari segi nilai nutritif dalam makanan.

Merujuk kepada kod E471 atau istilah saintifiknya mono and diglycerides of fatty acid, adalah bahan tambahan yang dihasilkan (origin) daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.
Kebimbangan terhadap status halal atau haram, biasanya timbul apabila sesuatu edditives berasal daripada haiwan.

Namun, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebahagian besar bahan makanan yang diluluskan untuk mendapatkan label halal, didapati menggunakan edditives daripada tumbuh-tumbuhan.

Justeru pengguna tidak perlu bimbang tentang masalah kod edditives, sekiranya sesuatu bahan makanan itu telah mendapat status label halal yang sah daripada JAKIM.

Masalah hanya timbul apabila kadang-kala terdapat pengguna yang membeli bahan makanan, terutamanya coklat dari luar negara yang tidak dapat disahkan, sama ada edditives yang digunakan berasal daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Oleh itu bagi mengelakkan sebarang keraguan, para pengguna disarankan agar menggunakan bahan makanan yang telah mempunyai label halal. - HELMI MOHD FOAD



 

Info diambil dari SINI.


Jadi, korang faham tak???  Bila orang yang diberi tauliah telah mengiktiraf sesuatu produk tu HALAL, maka kita sebagai pengguna boleh mengambil menggunakannya sebagai garis panduan.  Jangan kita bersembang tanpa mengunakan fakta, itu TAK HALAL, ini TAK HALAL tanpa asas yang kukuh. Sembang ahli mesyuarat tingkap ni boleh membuat menimbulkan keraguan dan kekalutan kepada orang yang mendengar, terutama bila yang dengar itu jugak kurang pengetahuan.  Waulahua’lam.


Sunday, April 17, 2011

Marvellous Lunch!!





Ni buah roselle yang aku petik semalam.  Hari ni kene terus buat jusnya, kalau tunggu lama-lama nanti buahnya layu pulak.. membazir je kan.  So, lepas breakfast pagi tadi, aku pun beroperasi di dapur buat jus roselle aku...  






Mula-mula, kene kupas kelopak buah roselle.  Masa kupas tu, kadang-kadang ada semut terselit kat celah-celah kelopaknya.  So, kita rendam 5-10 minit supaya benda-benda asing tu terapung, dan basuh bersih-bersih.








Bila dah basuh bersih-bersih, rebus la pulak....  Agak-agak lah airnya, jangan terlalu banyak ya.







Taraaaaaaa!!! Air dia dah berubah warna!!!  Merah menyala!! Roselle ni direbus selama 15-20 minit supaya warna dan perasanya sebati.  Lepas tu, keluarkan kelopak roselle tadi dan tambahkan gula secukupnya.  Tadi aku letak dalam setengah kilo gula.  Biar rasanya manis sikit, sebab kita buat jus pekat.






Bila jus tadi dah sejuk, bancuh dengan air dan tambahkan ais didalamnya.. SEDAP youu...  lagi-lagi minum masa cuaca panas.  Tak cukup segelas...hehehe. 







Menu lunch ari ni pun boleh tahan jugak!!!  Ayam goreng berempah, masak lemak rebung campur udang, dan ulam pucuk ubi cicah sambal bilis tauchu.  Makan tak agak-agak, 2 pinggan licin..hahaha (macam mana Mr Hubby tak complaint beratnya bertambah...hahaha).  Kalau nak tau, rebung ni aku bawak dari umah Mak mertua aku minggu lepas.  Rebung ni dia yang carik sendiri. Rebung ni betul-betul bahagian pucuknya, dan empuk betul!!! Tak payah rebus lama-lama pun. 



Sekali-sekala kene lauk-lauk kampung ni memang menyelerakan.  Ditambah dengan air roselle yang aku buat pagi tadi.. lunch ari ni memang marvellous!!!

Saturday, April 16, 2011

Hari masak-memasak dan makan-makan, tak hingat!!!

Emm... baru abis tengok Konsert Akademi Fantasia.  Buchuks pun dah tido, so relax la sikit.  Bolehlah berehat-rehat dan berblogging ya.



Penat betul hari ni.. dari mula celik mata sampailah sekarang, ada je kerja yang nak dibuat.  Kadang-kadang rasa, pergi kerja pun tak sepenat duduk di rumah.  At least kat office kita kerja ikut job description (JD) kita, dan JD ni selalunya specific dan terhad.  Tapi, kerja kat rumah ni takde batasan dan had... apa yang patut dan perlu dibuat, kene lah dibuat... SENDIRI...huhuhu.



Lunch hari ni aku masak nasi ayam...  Menu paling ringkas dan senang untuk dibuat.  Satu lagi, aku suka masak nasi ayam sebabnya aku tak perlu masak makanan lain untuk Buchuks.  Diorang ni makan memilih..  Pedas sikit tak boleh, masak lemak pun tak boleh... masak kicap pun tak makan. Sampaikan aku selalu pening nak pilih menu apa untuk dimasak. 






Emm... ni lah rupa nasi ayam yang aku masak siang tadi...  Aku masak nasi ayam ni guna beras Jasmine Basmathi.   Kalau nak bandingkan, masak guna beras biasa dengan beras basmathi ni, of course lah sedap lagi guna beras basmathi ni.  Beras mahal lah katakan.  Kalau masak nasi lemak dan nasi carrot pun sedap jugak!!!






Hah, nampak tak, panjang-panjang nasi ni lepas dimasak.  Dahlah saiznya lebih besar & panjang dari saiz beras biasa, nasinya jugak peroi.  Tu yang jadikan nasi ni lebih enak.  Sebelum ni, aku pernah guna beras Faiza Basmathi Moghul.  Compare antara keduanya, beras Jasmine Basmathi ni kene rendam lebih lama sikit sebelum nak dimasak, antara 10-15 minit.  Berbanding dengan Beras Faiza, rendam 5 minit pun dah ok. 


Mula-mula cuba masak pakai beras basmathi ni, aku tak tau pun kene rendam dulu (sebenarnya kat paket tu memang dah tulis cara-cara memasak, aku je yang tak terbaca..hahaha).  Bila masak , nasinya tak berapa tanak...  Dah jadi satu kerja , kene kukus nasi tu untuk betul-betul tanak.  Penat den.  Nasib baik member office bagitau, kene rendam sekejap supaya beras tu kembang.  So, bila aku rendam, barulah dapat hasil yang memuaskan.. yummy!!!


Petang tadi, aku sempat balik rumah Mak kejap.   Kebetulan, masa tu Mak ada kat kebun, tengah siram pokok-pokok sayur dia.  Aku apalagi, ambil kesempatanlah.  Ambil apa-apa yang patut!  hahaha  Seronok, tolong petik sayur-sayuran ni.. Yang paling seronok, tolong angkut bawak balik rumah sekali...hahahah





Bunga kantan dan daun kesum yang aku ambil dari kebun.  Macam ada keinginan nak buat laksa, sebab tulah aku standy awal-awal bahan-bahannya.  Mana tau, esok lusa sempat nak masak, semuanya dah ready.  Cuba tengok bunga kantan tu, cantikkan macam bunga tulip pun adakan.. heheheh






Hah, ni pulak buah roselle.  Buah roselle ni kita boleh buat jus, sedap tau!!!  Rasanya masam-masam manis, macam ribena.  Jus roselle ni pun memang bagus.  Banyak khasiat yang ada didalamnya.  Antaranya ialah sebagai agen anti penuaan, anti kanser, resdung (alergi) dan asma.  Ia juga boleh mengurangkan stress. 



Kat kebun Mak, ada dekat 20 batang pokok roselle ni.  Aku pun ada tanam jugak kat Senawang ni, tapi buahnya masih kecik lagi.  Belum boleh dipetik.  Rezeki akulah dapat buah roselle ni, sebabnya kalau lambat sikit, dah selamat dipetik Ateh pulak... hahahah.  Esok je lah aku buat jus roselle ni.  Nanti aku buat entry khas cara-cara nak buat jus roselle ni ya.








Pucuk ubi pun sempat aku kebas dari kebun Mak... hahahah.  Sebenarnya, tadi nampak ada sambal bilis tauchu kat dapur.  Tu yang teringin nak cicah dengan pucuk ubi ni.  Memang peveret aku, pucuk ubi(dicelur) cicah dengan sambal bilis.  Terliur den!!!  So, aku pun petiklah pucuk ubi ni kat kebun tadi... Pulak tu, Mak suruh aku tapau sambal bilis tu skali, sebabnya Ayah & Ateh makan malam kat luar.  Daripada membazir, Ai pun TAPAU je lah.. hahahah (rezki jangan ditolak....)






Ni bukan daun sireh ya.  Ni adalah daun kaduk... rupanya seakan-akan sama, tapi bau dan rasanya berbeza.  Daun kaduk ni boleh dibuat ulam.  Kalau buat nasi kerabu, memang sedap kalau letak daun kaduk.. Aromanya menambahkan selero!!!  Tapi, aku bukan nak buat nasi kerabu....  Agak-agak apa aku nak buat dengan daun kaduk ni ya???






Jeng-jeng-jeng, hah! Nilah rupa daun kaduk yang aku petik tadi, lepas digoreng.  Daun kaduk ni aku goreng dengan tepung.  Sepatutnya pakai tepung Gogi, tapi disebabkan kat rumah takde tepung tu, aku pun pakai tepung jagung & tepung gandum untuk buat bancuhannya.  Lepas di goreng dengan tepung, rasanya rangup sekali.






Daun kaduk goreng tu tadi, dimakan dengan kerabu.  Bahan-bahan kerabu tu adalah kacang, udang kering, cili, bawang besar dan limau nipis.  Caranya lebih kurang macam makan meung kam, cumanya takde kuah manisan.  Meung kam ataupun kerabu kaduk goreng, dua-dua pun sedap!!!  Me loike very-very much!!!  (tu yang tak layan Konsert AF, dok sibuk kat dapur goreng daun kaduk!!!)


And now, me already tired!!!  Very-very tired!!! Me wanna sleep.....  till then.

Saturday, March 26, 2011

Bubur Nasik untuk orang sakit gigi


Bubur Nasik & lauk 3 serangkai


Mood pagi Ahad yang lemau.  Berkemas ala kadar je, yang lainnya lepak depan TV.  Tapi bukanlah tengok TV pun (sebab TV dah ditawan oleh Buchuks...)


Layan FB & blog, tapi malaslah pulak nak buat BW....  Tetiba teringat Bubur Nasik yang aku buat...  Sedapnya...  Bubur nasik ni aku masak plain je, cuma tambah garam sikit sebagai perasa.  Lauk-lauknya aku masak berasingan.. Yang pastinya, kalau buat bubur nasik, misti ada ikan masin goreng dan lobak asin goreng.  Ayam masak cendawan tu kira BONUS lah, bergantung ikut mood aku. 


Ayam masak cendawan - Bahan2nya

1 keping dada ayam, di potong dadu
1 batang lobak merah
2 biji cendawan kering shiiitake, dihiris
1/4 biji lada banggala merah
1/4 biji lada banggala hijau
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, dihilis halus
4 biji cili padi
2 sudu sos tiram
garam secukup rasa


Cara memasak.

1.  Panaskan minyak, masukkan bawang putih, halia dan cili padi.  Bila dah naik bau, masukkan ayam.
2.  Bila ayam dah masak, masukkan cendawan  shiitake, labok merah, dan lada banggala.  Tambahkan sedikit air semasa menumis.
3.  Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa.

Senang je kan... 


Amimarzsays :  apa nak buat ari ni ya????





Benci Bertukar Cinta

Macam ye ye je tajuk entry ni ya... Apa yang benci? Apa yang cinta? Dun worry, takde kene mengena samada dengan yang hidup, mau pun yang dah takde ya...  Nak tau ke apa dia cinta hati ku tu???...  Jangan gelak ya... itulah TEMPOYAK!!! hahahaha


Kalau nak tau, dulu masa zaman aku bujang, seumur hidup aku tak pernah pun sentuh tempoyak ni...  Jangankan nak makan, baunyer pun boleh buat aku berlari sambil hidung kembang kempis menahan aroma yang tak berapa enak..huhuhu


Tapi, semuanya tu berubah bila aku kawin dengan Mr Hubby...  Tempoyak ni memang feberet dia... Kalau balik kampung dia,  menu sambal tempoyak petai ni memang tak ketinggalan...  Pening tekak aku!!!!   Awal-awal kawin, selera aku maintain lagi walaupun Mr Hubby cuba untuk meracun selera aku sedikit demi sedikit... Tapi benteng pertahanan aku ni masih kuat lagi, tak lut pun pujukan & rayuannya....hahaha


Sehinggalah, selepas setahun lebih kami kawin, satu hari Mr Hubby balik umah bawak petai.  Dia bagitau aku, teringin nak makan sambal tempoyak petai... Dia minta aku tolong masakkan untuk dia... Ya Ampun!!!!  Tapi dek sebab sayangkan suami, aku pun rela terpaksa, masakkan jugaklah.  Aku telefon Kak Long dia kat kampung, tanya bahan-bahan & cara nak masak.  Bila dah selesai masak, aku panggil Mr Hubby rasa untuk, cukup rasa ke garam & gulanya?  Nak suruh aku rasa, mintak maaflah ya.


Kalau nak tau, itu bukan yang pertama & terakhir aku masakkan untuk dia.. lepas tu, dia suruh masak lagi dan lagi dan lagi... lepas masak 3 kali, dia dah tak mau jadi tukang rasa.. dia suruh aku rasa sendiri masakkan aku tu...  Apa nak buat, bahan-bahan semua tengah masak atas kuali ni, camne ni takde orang nak rasa.. Okay ke tak okay ni???  Maka, lagi sekali rela terpaksa, aku pun cuba-cubalah rasa masakan aku tu... dan hasilnya......  TIP TOP!!!


Start dari hari itulah, aku mula suka dengan tempoyak ni... tapi hanya sambal tempoyak petai ni aja yang aku makan... tempoyak mentah ataupun gulai tempoyak, masih belum boleh masuk tekak aku ni.. Pelik tak??? hehehe.  Mungkin sebab niat aku masak untuk menggembirakan hati suami, sambal tempoyak petai yang aku masak ni sering dapat puji-pujian dari Mr Hubby.. dia kata rasanya dah macam sambal tempoyak yang Mak dia masak!!!  Bangga betul aku!!!


Ni lah dia sambal tempoyak petai yang aku cakap tu...  Amacam, ada yang dah terliur ke???  Selalunya, bila aku masak sambal ni, dalam kuantiti yang banyak... Sebab tu, aku akan terus masukkan dalam bekas Tupperware aku, senang nak simpan dalam peti ais.. Jimat masa & tenaga..hehehe





Bahan-bahannya :

5 keping petai (dibuang kulit & dibelah 2.  Pastikan lapisan sarungnya dibuang, kalau tak, sambal ni nanti pahit sikit)
2 biji bawang besar, dihiris bulat.
Setengah mangkuk ikan bilis
5-10 biji cili padi - ditumbuk (ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 sudu tempoyak
Garam & gula secukup rasa

Cara memasaknya.
1.  Panaskan minyak, goreng petai sehingga layu.  Bila dah layu, angkat & asingkan petai tu.
2.  Goreng pula ikan bilis.  Bila dah hampir garing, masukkan bawang besar, cili padi, tempoyak dan sedikit air.
3.  Masukkan semula petai yang telah digoreng tadi.
4.  Tambahkan gula & garam secukup rasa


Senang je kan nak buatnya... 


Amimarzsays : Permintaan Yaya - Menu sarapan pagi esok- Nasik Lemak!!!  Camno nak kurus ni, asik masak je...hehehe




Wednesday, February 23, 2011

Ilhamku - Udang Mesra Kasih



Resepi pertama yang aku nak share dengan korang semua.  Resepi ni memang originalnya daripada aku sendiri - aku namakan Udang Kasih Mesra.. hahahah tak leh tahan betul namanya ye!!!

Sebenarnya, masa on the way balik dari office tadi, aku dah berkira-kira nak goreng udang ni je.  Tapi entah macam mana la plak, tetiba datang idea yang sungguh-sungguh spontan bila aku dah panaskan kuali.  Wahx2!!! Ni kira percubaan berani mati aku lah malam ni ya.  Kalau tak menjadi, compem lah kene sound bisa dari Mr Hubby.  Alhamdulillah, hasilnya sungguh-sungguh berbaloi!!! Memang sedap! Mari tengok apa bahan-bahannya dan cam mana nak masaknya ya.

Bahan-bahannya.

8 ekor udang (dilumur dengan garam & serbuk kunyit)
1 biji kentang (dipotong nipis)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
2 biji belimbing buluh (dibelah 2)
secubit mixed herbs
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit butter untuk menumis
3 sudu besar susu sejat
Sedikit air

Cara memasaknya.

Cairkan butter dan tumiskan bawang putih.  Bila dah naik bau, masukkan kentang, serbuk lada hitam dan mixed herbs.  masukkan sedikit air dan tumis sehingga kentang tadi lembut. 

Seterusnya, masukkan udang.  Bila udang tadi dah layu, masukkan susu dan belimbing buluh. Tambah garam secukup rasa.  Bila tumisan kering, matikan api dan siap untuk dihidang!

Senang sajakan.  Kalau nak tahu, masakan ni ada rasa sedikit lemak, pedas dan masam.  Mixed herbs tadi memberikan aroma yang mengiurkan.  Sebab tu aku namakan masakan ni Udang Mesra Kasih. Cukup semua rasa!!!

Berselera sungguh Mr Hubby makan tadi! Tak sangka, ada bakat memasak yang terpendam dalam diri aku ni ya... Rasa macam Top Chef pun ada!!! Hahahaha

Selamat Mencuba Ya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...