BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 31, 2011

Kuliah Zohor bersama Ustaz Sharhan Shafie

Alhamdulillah, lunch time tadi berjaya mengawal nasfu nak makan, dan berjaya menggerakkan diri untuk hadir dengar kuliah Zohor bersama Ustaz Sharhan Shafie. Kuliah hari ini takde tajuk yang khusus, tapi Ustaz banyak sentuh bab-bab amalan sihir, jin dan penawarnya.  Ustaz Sharhan memang terkenal dengar kaedah perubatan Islam.


Apa yang menarik, yang ai nak kongsi dalam blog blues ni, ialah nama-nama yang kita sebagai ibu bapa patut elakkan daripada memberi nama kepada anak-anak kita.  Ini kerana, nama-nama ni menurut Ustaz ada berkait dengan nama-nama jin.


Antara nama-nama yang beliau highlightkan adalah:-

1)  Qistina
2)  Batrisya
3)  Syafiqa
4)  Zakuan
5)  Erisya/Arisya
6)  Haziq
7)  Balqis
8)  Najwa


Teringat ai, dulu masa Nana lahir ai memang plan nak namakan dia Nur Rizqhana Balqis.  Tapi, si Nana ni dok asyik menangis je bila panggil nama tu.. Dia ni kalu menangis, sampai merah-merah mukanya.  Last-last Abah cakap la, "Adik nak nama macam kakak ke? Abah bagi nama macam kakak ya, Nur Rizqhana Suffiya."  Langsung terus senyap & lekatlah nama tu sampai sekarang. 


Masa tu, ramai yang kata mungkin nama tu tak serasi dengan dia, maklumlah nama tu kan sinonim dengan nama Puteri Balqis yang cantik rupawan.   Bukan semua orang boleh ada nama yang sama dengan nama puteri-puteri ni.. emm.. ye ke???


Tapi, apa-apa pun ai bersyukur sangat.. walaupun tak tau sebab mutlak kenapa Nana menangis-nangis bila diberi nama Balqis tu, sekarang ai bersyukur sebab dielak dari memberi nama yang tidak baik untuk dia.  Tanggungjawab ibu bapa memberi anak-anak nama yang baik.


Walau bagaimana pun, Ustaz kata kalau dah kebetulan nama anak-anak kita termasuk dalam senarai yang dia bagi... tak perlu kelam-kabut pi tukar nama kat jabatan pendaftaran... cukup sekadar ditukar nama panggilannya saja.


Bagi yang baru merancang-rancang nama untuk anak-anak, rujuklah pada Ustaz-ustaz atau alim ulama ya.. nama ni kadang-kala sedap didengar, tapi maknanya tidak elok.


Sunday, October 30, 2011

Kakak Makan Suka Epal

Result penilaian akhir tahun Yaya da dapat...

     *     English     100%
     *     Maths        98%
     *     BM            82%


Aduhai anak Omak... apa sudah jadi ni... kesilapan dia banyak pada ejaan.. kedai, dia tulis "kebai"...  abah, dia eja "adah"tak pasti samada dia confuse antara huruf "b" dan "d".. atau just silly mistake... tapi, apa pun kene betulkan so that dia tak ulang kesilapan sebegitu lagi...

Dan, bila dia minta susun ayat... emm, nak tau jawapannya...

"Kakak makan suka epal"... Emm.. nasib baik dia tak tulis "epal suka makan kakak"... wakakaka  poning Omak!!!

Takpe, tahun ni boleh dimaafkan lagi, tapi lain kali simple mistake macam ni kene avoid la ya Kakak... Apa-apa pun, well done sebab dapat markah penuh dalam English & juga Maths (1 mistake only)!!!

Thursday, October 20, 2011

Welcome Pink Cherry!!!

Salam Jumaat semua.  It’s Friday again... and it’s coming to end-October already!!! In another 2 months, we will bit farewell to 2011.  Cepatnya masa berlalu ya.


Kebelakangan ni, memang tak banyak coretan dalam blog blues ni.  Busy sangat ker?.. emm, tak jugak.  Takde ilham la tu... emm, maybe!  Penyakit “M” datang... emm, barangkali. 


Bukan di blog blues ni saja yang ai senyap, dalam FB pun macam tu jugak.  Dah kurang berminat nak update status di mukabuku tu.  Masuk pun sekadar menjengah cerita-cerita kawan-kawan lain, mencelah bila perlu.. selebihnya, hanya baca sepintas lalu.


Kenapa ya????  Keghairahan nak beramah di alam maya, tetiba lesu.  Maybe, tu tandanya ai dah berumur..oopsss  matang kot.. hahaha.  Biarlah RAHSIA...

Oh ya, sebelum terlupa, welcome blogger Eja dengan blognya Pink Cherry !!!  Pn Eja ni dulu, classmate dan juga roommate ai masa matrikulasi dulu.  Ceria betul blognyer, pink colour gitu.. hehehehe.  Apa-apa pun Selamat Berkarya, Mate!!!


Sapa-sapa yang biasa datang blog blues ni, mesti perasan, blog list ai dah kosongkan... takyah nak gosok-gosok mata tu, kot-kot mata korang tu tersilap tengok... ya, memang ia dikosongkan  buat sementara waktu... nanti dah dapat ilham baru, ai updatekan blog list tu semula ya.  Buat masa ni, biarkan saja ia begitu....


Dah lama aku tenung screen computer ni... ada benda yang nak ditulis, tapi berat tangan ni nak ketuk-ketuk keyboard.  Runsing cara nak zahirkannya.  Akhhirnya, aku putuskan, biarkan dulu, mungkin belum masanya, sebab itulah ilham tak timbul lagi.


....................... kita MINUM duluuuuuu.........................

Monday, October 10, 2011

Nana da flower girl in town!!!

.... berjalan dia melenggang
      ditangannya penuh bunga... dihati penuh cinta....heheheh



Fewitttttttt.... control senyum pulak Nana ni ya :) 


Emm... Masa cikgu Nana bagitau ada pakaian beragam.. Ami garu kepala.. nak pakai baju apa, sebab masa da suntuk sangat, 3 hari je yang ada.. tak sempat nak cari  baju lain.  Ingatkan nak pakaikan baju kakak Yaya, tapi sebab Ami pun sebenarnya tak confident Nana berani nak buat show sendiri, so Ami telefon Cikgu Nani minta permission masukkan kakak untuk temankan Nana nanti... Cikgu Nani kata, okay..


Ami pun perah otak, nak pakaikan Nana baju apa???  Fikir punya fikir, dapatlah idea flower girl ni...  Ari Jumaat, balik dari opis terus Ami melembutkan sikit  tangan untuk hias topi & bakul Nana.. lepas siap, terus kami bertolak ke PD Walk... harus semput Ami aritu!!!


Sampai kat sana, Nana buat peel!!! dia tak mau pakai topi & bawak bakul yang Ami buatkan.. Lepas tu dia menangis2.. Aduhai!!!! Dalam hati, Ami cakap ni ada yang balik saje je petang ni.. tup-tup time tu Cikgu Nani sampai dengan kawan-kawan yang lain... tak lama tu, Nana pun reda lah skit.  Lega Ami.



Peserta-peserta berbaris untuk naik ke stage semula, untuk announce pemenang nya!!!


Ho ho ho... tak sangka Ami!!!  Tempat ke-3 jugak!...


So, ni la para pemenang nyer... boleh la kan... untuk pakaian bidan terjun macam Nana ni ya :p

Btw, mana kakak Yaya.. emm.. dia cuma dapat hadiah saguhati je.. takpe la ya Kakak... rezki adik pulak....  Tapi terima kasih sebab teman kan Adik Nana!!!

Namastee... Alliya in da house!!!

Baru sempat nak update gambor-gambor Yaya masa pertandingan pakaian beragam kat sekolah dia bulan lepas... Takpe la kan, bior lambat sikit, janji buat kan.. hehehe



Namastee...


Posing before nak naik stage.. ngan kawan sekelas dia Ah Moi Amilupa nama.. heheheh


Jujurnya, Ami takde masa Yaya buat persembahan ni... Sebabnya :-

1)  Buat time sekolah... untuk pelajar2 & guru2 sahaja...

2)  Ami pun keje ari ni... hehehehe

Jadi, sape yang amik gambor-gambor ni semua.. of course la Sir Maman a.k.a Pak Langnya.. hehehe.  So, Ami nak cerita banyak pun Ami tak reti.. layans gambor-gambor sajalah ya :)



Model catwalk yang jalan control2.. hehehe



Berbaris nak tunggu result diumumkan... tak nampak berdebar-debar pun.. ekekeke


Ramai jugaklah yang masuk pakaian beragam ni.. tapi rata2 pakai baju ala-ala India.. emm.. maybe sebab Deepavali da dekat, offer tengah banyak.. heheheh


Apa-apa pun, Ami gumbira sebab Yaya nampak enjoy atas stage.. & dapat no 3!!!  Okay la tu kan...


Sunday, October 9, 2011

Blog blues ni Dairi Amimarz


Mode syahdu pagi ni.. again, dalam bas teringat Buchuks.  Seminggu cuma 3 hari je kami dapat  berjumpa.  Masa pulak cepat benor berlalu, tau-tau dah masa untuk daftarkan persekolahan Nana.  Bila teringat anak-anak, ai memang akan emo sikit.  Ye lah, ibu mana yang tak sayang anak, betul tak....


Then, aku teringat Kuch Kuch Hota Hai...  dulu masa ai belajar, citer ni memang hot betul.. masa ni la demam Bollywood melanda negara kita...  masa ni bangla2 memang laku giler, ramai wanita2 Melayu yang tergoda sebab muka perasan ala2 Shah Rukh Khan.. hahahaha No comment la bab tu, selera masing-masing ye.


Yang aku  nak share, dalam cerita ni kan, setiap tahun bila tiba besday Anjali (anak Rahul@SHK) dia dapat surat dari mendiang ibunya.  So, dalam surat tu si ibu akan bercerita kepada anak yang dia tinggalkan sejak lahir lagi. Walaupun si anak ni tak pernah jumpa ibunya, jauh sekali dapat belaian kasih dari ibunya, tapi kehadiran surat-surat tu menjadi penghubung anak kepada ibunya yang telah meninggal dunia.  Melalui surat-surat tu, si anak dapat mengenali ibunya. 


Dulu, masa tengok cerita tu, scene tu hanya ditengok sebagai pembuka jalan cerita.   Tapi, ari ni, bila ai ingat balik scene tu, ia memberi tafsiran yang berbeza.  Timbul keinginan yang baru.. Ya, ai juga ingin seperti si ibu itu.  Bercerita dan berkongsi rasa kasih dengan anak-anak sepanjang masa, tanpa had masa dan tempat, secara nyata atau di alam maya.




 
Teringat aku pada blog blues aku ni.  Walaupun dalam blog ni memang ada cerita-cerita pasal 2 Puteri Buchuks ai, tapi tak banyak.  Since mediumnya dah ada, ai cuma perlu polish saje.  Dan, ye.. blog ni memang blog peribadi.. sebagai catatan peristiwa yang nak ai framekan supaya ia kekal, kalau bukan dalam ingatan, sekurang-kurangnya.. suatu masa nanti boleh di recall semula.  Tulisan2 dalam blog ni maybe tak relevan untuk dibaca oleh sesetengah pihak, tapi rentetan peristiwa yang dicatat dalam blog blues ni sungguh significant dalam hidup ini. 

Wednesday, October 5, 2011

Gastrik la pulak....

Teringat kat status FB  kawan sekolah.  Dia tulis, “sometimes you can forgive and forget: FORGIVE  them for hurting you and FORGET they even exist”.  Kata-kata yang baik untuk mulakan hari dengan ceria!!!


Semalam ai MC... gastrik you... emm.. tak pernah-pernah kene gastrik, tetiba malam tu tengah sedap-sedap tidor, perut terasa sakit.. tetiba2 sakit nyer tu sampai ke tahap super sakit.. rasa macam nak rebah pun ya.. nasib baik Mr Hubby da balik dari ngeteh.. terus dia bawak ai gi klinik.. sempat jeling kat jam kereta.. kul 1 pagi ya.. huhuhu  Sib ada klinik 24jam yang dekat dengan umah... bila doctor check, dia kata ni gastrik.. baru nak mula kene gastrik ni... adeyyy..


Kebetulan Mr Hubby nak pegi ke Putrajaya, kami singgah kat umah Mak.  Dia tinggalkan ai kat sana, in case sakit tu datang balik.. at least kat kampong ada orang boleh tolong.. Kebetulan Nana pun tak sekolah, cikgu dia kata cuti... emm, cuti apa ya??? Entahler, yang pasti memang sekolah dia cuti, bukan ponteng J   Suka sangat Buchuks tu tengok ai ada kat umah.  Bila Yaya balik dari sekolah, terkejut dia tengok Ami nya kat umah.. ai pun cakap la, Ami tak sihat, doctor suruh rehat kat umah.. diorang pun main sambil tengok TV... Ai pulak tidor keletihan.


So, ari ni  masuk kerja, agak lemau la sikit perasaannya.. perut pulak tak berapa baik lagi.. 1 yang pasti, bila  makan ubat gastrik, cepat rasa lapar la pulak.. kejap2 terasa lapar & pedih perut.. alahai... bab2 asik nak makan ni yang seriau.. baru je perasan, perut ni dah kempis sikit.  Semalam masa pakai jeans, terasa longgarnyer.. hehehehehe


Ai kurus ni bukan sebab tak makan ya... huhuhu.. never, never never ai skip meal.. Cuma nowadays ni, dinner amik yang light2 je.. no nasi-nasi... ai makan nasi lunch time je.  Tu yang ada perkembangan positif tu.. J


Petang-petang yang mendung ni, dengan cuaca yang sejuk2 kuku ni, ai pun mengoogle la info pasal gastric ni.. baru ai tau... rupa-rupanya makan kentang pun boleh buat perut berangin dan kembung!!! Ai ingatkan kentang tu bagus la, sebab ada kaborhidrat.. tu yang bila tak nak makan nasik time dinner, ai goreng kentang!! Pastu goreng  sosej, baked beans & telur.. seminggu 2 atau 3 kali masak menu ni.. rupa-rupanya mak silap!!! :P   so, lepas ni nak makan apa ya untuk dinner???  Roti tu boleh la, tapi kalu gastrik teruk, kene elakkan makan makanan beryeast!!!


Orang cakap, punca masalah penyakit datang dari pemakanan kan.. so lepas ni kene la jaga makan.  Knowledge pasal khasiat & mudarat makanan pun kene tau jugak.. tak boleh main bedal, lagi-lagi kalu sedap.. tu yang makan tak hingat!!!! 

p/s : malam ni nak makan apa ya???

Monday, September 26, 2011

Giliran Nana pulak!!!

Pening!!!  Memang pening...


Baru dapat call dari Nenek, Nana balik sekolah bagitau cikgu dia pesan ada pertandingan pakaian seragam.  Esok kene bawak baju ke sekolah, cikgu nak tengok!!!  Hari  Jumaat ada rehearsal.


Waduh2... ni da kira last minute sangat ni.  Mana sempat nak buat apa2!!!  Tak nak siapkan, kesian pulak Nana.. beriya-iya dia cakap kat Nenek, nak masuk macam kakaknya...  Tapi dalam hati tensen gak, kenapalah cikgu Nana tak bagitau awal-awal, so that ibu bapa boleh buat persiapan awal..... huhuhu


Lepas bincang ngan Nenek & Abah, kita decide pakaikan baju punjabi kakak.  Saat-saat genting ni, kenelah guna pakai apa yang ada...  nasib baik saiz badan Buchuks ni lebih kurang je, cuma kakak ni tinggi sikit dari adik.  Harap-harap perbezaannya tak ketara ya... :))


p/s :: mencabar betul ada 2 orang anak perempuan yang bijak ni ya :)

Jangan pandang belakang....

Ada banyak yang nak ditulis, tapi kesempatan yang ada sangat-sangat terbatas.  Kebelakangan ni, semua nukilan hanyalah coretan sekilas lalu yang singgah di benak minda ini.  Ditulis tanpa draf, rangka ataupun suntingan.


Ada banyak juga gambar-gambar yang belum sempat diuploadkan lagi.  Bila ada kesempatan nanti, akan diusahakan juga.. kenang-kenangan untuk Buchuks dimasa akan datang!!


Ya, dalam hidup ni memang banyak juga kenangan.  Ada yang manis.. tak kurang juga yang pahit... pengalaman masam-masam manis pun ada juga.. hehehe... 


Orang kata, hidup ni umpama putaran roda... ada masa kita berada diatas..ada masa pula kita berada dibawah....  Sebab itu, bila kita di atas, jangan lupa pandang pada orang dibawah, dan zahirkan rasa kesyukuran kepada-NYA.  Tapi, bila kita berada di bawah, jangan putus asa.. berusaha untuk bangkit semula!!!!


Bukan nak cakap pasal hal orang lain, tapi lihat pada diri sendiri.. bermacam-macam dugaan yang Allah berikan.  Walaupun bukan atas kesilapan kita sendiri, tapi tempias yang kita dapat daripada kesalahan orang lain, terpalit juga.. dan kesannya juga mencalar diri.  Sebab itulah, pesan orang tua, bila berkawan biarlah berpada-pada...


Walaupun episod hitam tu dah berlalu, tapi pengajarannya cukup berguna.  Ya, masa ni la kita boleh kenal, siapa kawan & siapa musang berbulu ayam.  Yang musang, bila  kita susah dia pun hilang.. malah mencebik-cebik & menjaja cerita kita ke sana-sini.  Tapi, bila kita senang, musang ni la yang datang dulu, sebab dia ada deria bau yang tajam... macam boleh hidu dari jauh... masa ni, mulalah dia buat baik dengan kita, sekejap-sekejap telefon bertanya khabar.. itu dan ini...


Ada kawan cakap, zaman sekarang susah jadi orang jujur.. bila kita jujur, orang takkan peduli, akhirnya kita yang ditindas & tertekan.. tapi, kalau kita pandai pusing, kita akan lebih banyak dapat advantage.  Orang-orang sekeliling pun lebih percaya kepada gosip-gosip liar... Walaupun kasar bahasa dia, tapi hakikatnya pahit untuk ditelan, sebab kebenaran pun ada dalam kata-katanya.


Walau apa pun, aku bersyukur sebab Allah telah membuka mata & hati ini untuk melihat segala yang terjadi ini dengan mata hati & akal yang terang.  Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 5 tahun yang lalu, aku mungkin menangis, meratap nasib.. orang yang disuap nasi, akhirnya menggigit tangan ini.  Tapi kini,  semua tu dah tak menjadi nanah dalam diri ini.  Banyak yang aku belajar dari pengalaman sepanjang 5 tahun ini.  Dan, yang pasti, mereka-mereka yang menganiaya & menfitnah telah mendapat petunjuk  masing-masing.  Benarlah, orang cakap zaman sekarang, Allah bayar cash kalau kita buat salah.. kene hati-hati dengan tindakan & perbuatan sendiri.


Berdiam, tidak membalas fitnah & hasutan kadang-kala langkah yang bijak, jika kita tau siapa lawan kita.


Friday, September 23, 2011

Jadikan ia satu kenyataan!!!

Petang semalam, balik dengan Mr Hubby.  Kebetulan dia ada kat sekitar KL, so ai pun ambil kesempatanlah bermanja-manja dengan suami tercinta.  Bukan senang nak dapat peluang dijemput balik dari opis, so kalau ada peluang, sure ai tak lepaskan.. hehehe


So, on the way balik ke umah, kami pun bersembang-sembang la dalam kereta.  Kadang-kadang, kami ni kalau mood tengah baik, suka sembang kosong sambil tu berangan tak hingat!! Hahaha


Topic ni Mr Hubby yang start dulu.. nanti kalau kita kaya, apa kita nak buat???  Jeng.. jeng.. jeng... macam syiok kan topiknya.. hahaha Ai pun apalagi, melayan la suamiku itu.


Mr Hubby cakap, “nanti kalau kata dah kaya betul, Ami  tak yah kejelah.  Dok umah je”  Wow!!! Tawaran HEBAT tu kan!!! Suka ai dengar. 

Tapi  Mi nak buat apa kat umah ya.. emm... kita ambillah anak angkat.  Kalau boleh kita ambil anak-anak yatim.. kita jaga.  Kalau ramai, kita buat asrama untuk anak-anak yatim ni... wahhhhhhh... murni nya niat Mr Hubby ni.  InsyaAllah, bila Allah kurniakan kita rezki yang banyak, impian ni bukan sesuatu yang mustahil.  Yelah kan, setiap rezki yang kita peroleh, di dalamnya terdapat hak orang lain, contohnya seperti anak-anak yatim dan golongan fakir.  Bila Mr Hubby bercerita angan-angannya, ai senyum aja, sebab ai pun suka kalau ada keluarga besar!!! J


Dan yang paling syiok dengar tu, dia kata, “kalau ada duit banyak, Ami amik cuti 1 bulan tanpa gaji, kita g round da world!!!”  hahaha  Mana satu ni, Abah???  Tadi kata suruh berenti keje, ni plak suruh amik cuti 1 bulan???  Apa-apa pun, until the day come, only we know what to do.. for now, kita hanya mampu berangan dulu.. hehehe  Yang pasti, IMPIAN MURNI Abah ni dah didengar oleh Allah swt.  Mudah-mudahan dipermudahkan IMPIAN Mr Hubby J

Wednesday, September 21, 2011

Kabur Dalam Terang

Huwawawaaaaaaaaa


Atau


Hahahahaaaaaaaaaaa



Tak pasti... nak ketawakan diri sendiri atau pun nak menangis sendiri

Yang pasti, hari ni pergi kerja tanpa CERMIN MATA di mata... kesian kan....

Yang pasti, mata ni sudah kepedihan sebab dok kusyuk tengok screen computer ni.. & kepala pun sudah ada sedikit pening-pening ni....







Tuesday, September 20, 2011

Macam-macam alasan nak ponteng!!!

Betulah, orang cakap tiap anak ni peel & ragam nya tak sama...  Lately ni, kerap jugak Nana ponteng sekolah.  Bila pagi je, macam-macam alasan yang dia bagi sebab tak nak pegi sekolah.


Pagi semalam dia kata, mengantuk sangat.  Tak boleh bukak mata.  Pujuk punya pujuk, last-last Nenek & Atuk yang mengalah.  So, tak pegi sekolah la dia. 


Pagi ni pula, bila Nenek tanya dia nak pegi sekolah, dia cakap sakit KAKI.... Nenek dah agak ni mesti alasan semata-mata ni... so, Nenek pun tanya, "kat mana yang sakit?"  Nana pun respon lah. "sakit kat sini"  TAPI dia angkat TANGAN!!! KANTOI berlakon la tu.. lepas tu dia pun gelak-gelak sambil cakap, "Na sakit olok-olok je..."  hahahaha  Panjang akal betul!! Ada je alasan dia ya.


Nana oh Nana... Nak marah pun terbantut...@_@

Monday, September 19, 2011

Cheer up Yaya!!!

Emmm.... ari ni baru dapat tau result pertandingan beragam semalam.  So, right after Yaya  balik dari sekolah, ai pun cecepat telefon Atuk sebab Ami pun tak sabo nak tau resultnya... heheheh


Tapi Ami termiss timingnya, Atuk dah keluar ke klinik untuk amik ubat Nenek. Tapi dia bagitau la yang Yaya dapat no. 3 & dapat hadiah set alat tulis.  And Atuk pun story la skit apa yang berlaku...


Balik dari sekolah, Atuk  nak telefon Ami... nak bagitau news ni tapi Yaya tak bagi.  Sungguh-sungguh dia tak bagi Atuk telefon Ami... kenapa agaknya ya????


Ami rasa Ami tau apa yang anak Ami tu fikir... dia tak happy la tu dapat no 3, sebabnya kalau boleh dalam semua hal, dia nak jadi yang pertama &  terbaik!!!  Jangan sedih & keciwa ya Kakak.. Ami tau Kakak dah buat yang terbaik!!!


Kalau Kakak nak tau, Ami bangga dengan Kakak sebab berani berdiri & berjalan atas pentas.  Walaupun ini pertama kali Kakak naik atas pentas, but you did it well!!!  Sebenarnya, itu yang Ami & Abah nak terapkan dalam diri Kakak.  To have confident in yourself & be independent.  Ni 1st time Kakak be on the stage sendiri, so we don't know what to expect from you.


Kalu nak tau soalan pertama Abah semalam bila Ami telefon dia, dia tanya Kakak nangis tak atas pentas... Ami cakap tak.  Kakak kata semuanya ok.  And Abah betul-betul lega.  So am I.  We valued the self confident in you.


So, Kakak WELL DONE & CHEER UP!!! 



Sunday, September 18, 2011

Berdebar-debar dalam mengantuksssss....

Hari ni Yaya ada pertandingan pakaian beragam... Aduhai, anak yang nak masuk bertanding, tapi Ami yang macam nak demam ni... apa taknya, cuti 3 hari ni dok melayan baju punjabi untuk pertandingan dia la... dah la Ami pun sibuk dengan sinoman @ merewang kat kenduri kawin.. anak punya pasal.... bersengkang mata pun tak kesah...


Hari Jumaat beli baju Punjabi untuk Yaya.. mula-mula planning nak buatkan baju kebaya labuh... tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa tukar plan.. cari punya cari.. dapatlah sepasang baju Punjabi.


Bajunya agak simple.. cuma ada sulaman sikit di bahagian leher.. so Ami pun volunteer nak pasangkan maniklah.. bior nampak mengerlip-ngerlip Yaya kat stage nanti...  Balik dari Somban, Ami pun pasangkan dulu maniknya.. setakat yang mampulah sebab nak ready pegi sinoman pulakkan.


Sinoman kat kampung ni bukan sikit-sikit punya kerja.. 2 hari uuuuuu.  Ari Sabtu, sinoman sampai kul 4pm.. giler rajin.. hahahah. Balik da flat banget.. rest la kejap.  Malam tu ingat nak tidur awal, tapi tak sampai hati sebab baju Yaya belum siap lagi.. So, stay up la Ami sampai kul 2 pagi jahit manik.. tu pun Abah da sound banyak kali suruh stop dulu & tidur.


So semalam seharian Ami dok kat umah siapkan jahit manik baju Yaya la..(masak pun tak sempat, lunch minta Abah pegi tapaukan lauk je.. hahahah)  Maniknya takde la banyak yang nak dijahit, tapi sebabkan ai ni kan masih amatur... so faham-faham je la.. jahit speed siput.. hahaha!!!  Kul 6pm baru la siap semuanya.  Letih betul & mencabar minda sungguh!!!


Malam tadi, sebelum tidur sapu minyak panas satu badan.. terasa sengal-sengal especially kat bahagian pinggang, bahu & belikat... Ai cakap kat Mr Hubby, ni baru pertandingan pakaian beragam dah macam nak demam Ami dibuatnya....  Agaknya nanti kalu Buchuks nak amik exam UPSR, PMR or SPM, Ami yang tumbang tergolek dok sebab sibuk tolong prepare kan anak-anak nak periksa... hahaha.  Ami oh Ami, sabor ler kamu ya :P

p/s:  macam mana agaknya Yaya catwalk atas stage ya.. hehehe

Thursday, August 25, 2011

Minat Baru Raya....




Wiiiiiiiiiiiiii........

Ari ni last day keje, before nak cuti panjang untuk beraya.  Tak sabar nak cuti ni..  3 orang member kat department ni cabut balik kampung awal-awal lagi.. tu yang lagi perasaan ni tak keruan nak tunggu pukul 4.30 petang...  Mood nak kerja pun dah bertukar ke mood raya ni, ni Kak Sally punya penangan jugaklah, dok forwardkan lagu-lagu raya... tapi last minute, bos suruh update cashflow la plak... macam balik lambat je... huhuhu


Sekejap je, Ramadhan dah nak sampai ke penghujung... Sape kerja kat Finance Department ni, bulan Ramadhan ni la bulan yang agak sibuk (selain masa nak year-end closing kan), sebabnya masa ni la semua orang dok chasing payment... lepas tu dah dekat-dekat nak raya ni, kekawan pulak dok minta tolong tukarkan duit raya kat bank dan yang paling utama, sampul duit raya... adey, pening betul layan karenah kawan-kawan ni.  Mentang-mentang la kita ni memang baik ngan bankers, nak tukar duit raya & sampul duit raya  pun department kita yang tolong arrangekan... tapi takpe la, asalkan semua gumbira.. semangat nak raya lah kan... hehehe  Cuma yang tak best, bila ada yang tak boleh kawal nafsu, sampul duit raya pun nak tapau banyak-banyak untuk diri sendiri.. kene la ingat-ingat sikit, kawan-kawan lain jugak ya...


Awal bulan aritu, ai cakap kat Mr Hubby, tahun ni tak nak beli banyak kuih raya sebab nak buat sendiri la.. so, Mr Hubby pun dengan 100% menyokong cadangan tu, makanya dia pun belikan ai over baru - Brand Morgan 43L tu!!!!  Bosar bonar oven nyer.. dalam hati, ni kalau bakar biskut ni, 2 atau 3 kali bakar, sure settle ni... suka ai.. bila weekend, ia pun buatlah kuih untuk berbuka menggunakan over baru ni.... senyum je la Mr Hubby.. rajin wife dia ya.... hehehe


Tup-tup, minggu lepas bila amik baju raya, Nenek cakap kenapa belikan baju raya Buchuks warna gelap... Aisey... nak buat camne, dah Mr Hubby yang pilihkan baju raya kami tu... since, Nenek dah cakap macam tu, ai pun mulakan lah opss blink-blink ai...  Jujurnya, ni la pertama kali ai nak jahit manik ni.  Before ni, tak minat langsung sebab rasa leceh sikit nak jaga baju yang bermanik ni.  Tapi untuk Buchuks yang tersayang, ai usaha yang terbaik!!!


Mula-mula ai jahit baju Nana... agak kekok & tak berapa kemas.. Idea pun tak berapa nak ada.  Nasib baik Kak Kasmah bagi sikit idea, so ai pun modify sikit corak susunan manik untuk Nana... emm, Mr Hubby kata OK... & of course la si kecik tu pun tersenyum-senyum tengok bajunya yang cantek.. (nasib customer cilik ni tak pandai complaint maniknya ada yang tersenget sikit.. hahahah)


Lepas tu turn baju Yaya pulak, kali ni dah pandai sikit... sebelum nak buat tu, buat outlinenya dulu, so that tak senget-senget.. hehehhe  Kali ni, Mr Hubby kata, ni kang ada yang iri hati sebab baju kakak lagi banyak manik... aduhai..........  ai cakap, kalu sempat nanti ai tambahkan sikit lagi manik kat baju Nana. 


Dah abis kedua-dua baju, ai dah rasa seronok pulak menjahit manik ni.. macam best sebab ada la sikit kelainan pada baju tu.. ai pun pasanglah manik kat baju ai.. tapi kali ni, ai pandai lagi setakuk.. Raihan ajar pulak cara-cara nak jahit manik.. try lah kat baju ai.. Mr Hubby kata, cantek.. especially bila tengok kat bawah cahaya... bersinar-sinar.. kembang hati ai!!!  masa ni jahitan ai pun da kemas sikit... then, penutupnya, ai letaklah bunga labuci kat baju ai.. kali ni Mr Hubby kata, compen ada yang menangis lepas ni, sebab tengok baju Aminya ada bunga, baju diorang takde bunga.. aduhai... payah betullah macam ni... sesekali nak melaram,  takkan Buchuks nak jeles kat Ami kan.. huhuhu  So, Ami kene standby dengan jawapan kreatif so that Buchuks tak meragam.. hehehehe  (ni Ami perasan la ni, baju blink-blinknya the boom.. wakakaka).  Lepas raya la letak gambornya yer... malu sehhhhhhhh

Dah asyik sangat menjahit manik.. apa jadi kat biskut raya ai.. huwaaaaaaaaaaaa... tak siap lagi derrrrrrrrrrrr...  esok Mak nak Munjung, so sehari la sibuk memasak.  Ahad nak kemas rumah pulak.. Raya dah dekat, biskut tak buat lagi ni... sempat ke tak!!! kalu tak sempat buat, camne nak raya... oh tidakkkkkkkkkkkkk.

Thursday, August 11, 2011

What makes you HAPPY!!

What makes her HAPPY?
What makes him HAPPY?
What makes them HAPPY?
What makes ME HAPPY????

Simple question, but very hard to answer... at this point of time, everything seems to be clueless to me...

And I don't even know what to say... or find the right words to EXPRESS what's in my mind, my head and my HEART!!!

For months, I keep it to myself, and will continue to do so...
For months, I being crying alone...
For months, I felt missed... very much
For months, I am lost...

If ever I can go back to that time,
If ever I can escape for now,
If ever I can voice it up,
If ever I can collect the missing pieces of my life,
If ever I can laugh again,
If ever I can give up,
If ever..........


My WISH, you would see inside me
My WISH, you would listen without me saying it 
My WISH, all the promises being kept
My WISH, not to cry alone anymore
My WISH, to find myself again
My WISH, be with you forever
My WISH, to keep my sane


Not that I am selfish
Nor ungrateful
but didn't I deserved a better life
atleast, give my smile back to me


What makes me HAPPY?
What makes me LAUGH?
What makes me CRY?
What makes me STRONG?
What makes me HOPELESS?
What makes me DREAM?

What are YOU to ME.... EVERYTHING!!!!

Ku pendam rasa ini...

Ya ALLAH, hanya DIKAU yang tahu, sampai bilalah hati ini mampu bertahan...

Ya ALLAH, hanya DIKAU yang tahu, kesudahan yang KAU janjikan...

Ya ALLAH, hanya DIKAU yang tahu, apa yang tak mampu aku nyatakan...



Duhai hati, tabahlah kau disitu

Duhai cinta, hangatkan hati-hati mereka

Duhai kekasih, jangan mungkir....


Saturday, August 6, 2011

Masak dengan rasa kasih, hasilnya SEDAP!!!

Gambar dari koleksi album sendiri

Semalam Mr Hubby kata teringin nak makan nasi kerabu.... yang ai buat.  Aduhai!  Permintaan yang sungguh syahdu ni.  Boleh ke masak nasi kerabu ni.  Seriusly, baru sekali ai masak nasi kerabu ni, tu pun long-long time ago...  itu pun with a help from Embong & Cik Yah.


Dengan semangat yang separa membara, ai pun agree la untuk masak nasi kerabu semuanya demi suami tercinta ni.  So, misi membuat nasi kerabu secara solo pun bermula... hehehe


Buat nasi kerabu ni cerewet sikit, sebab banyak bahan-bahan sampingan yang kene disediakan, seperti budu tumis, serunding ikan, ulam-ulaman, solok lada, daging goreng, telur masin & last but not least keropok ikan. 


Mr Hubby ni kalu nak makan nasi kerabu, misti complete semua bahan-bahannya.  Yang paling dia cerewet ialah budu tumis & ulam-ulamannya.  Ulam nasi kerabu ikut selera Mr Hubby misti ada daun SERAI KAYU, daun kaduk, daun kesom & bunga kantan.  Tapi yang paling utama ialah daun SERAI KAYU tu.. bau nya memang menambahkan selera.  Mr Hubby kalau jumpa nasi kerabu ulam kobis & togeh memang dia tolak ke tepi.. jangankan makan, pandang pun tak mau...


Daun serai kayu ni susah nak dapat, tak pasti ada dijual di pasar ke tak.  Dulu kalau nak makan daun serai kayu ni, Apak kene carik di hutan, tapi sekarang tak payah lagi sebab ai ada taman satu pokok di rumah ni.  Kat rumah Alang pun ada sepokok, tapi dia punya lagi subur dari pokok yang kat umah ai ni.  Sebabnya, kat Senawang ni, ai tanam pokok ni dalam pasu.  Tapi takpe, umah ai ke umah dia ke yang penting takde masalah lah nak dapatkan stok daun serai kayu ni.


Dengan penuh kasih sayang, ai pun masaklah nasi kerabu ni... ikut resepi mak mertua ai.. hehehehe.  Alhamdulillah, bila time berbuka puasa tak habis-habis Hubby puji, sedap katanya.. cukup rasa & cukup bahan-bahan....  Dan dia makan dengan puasnya.  Itu aja yang ai harapkan, kegembiraan dia menikmati juadah air tangan ai sendiri.  Sempat juga ai masakkan pengat pisang yang dia minta dari minggu lepas, yang tak kesempatan ai nak buatkan.


Walaupun suka dipuji-puji Mr Hubby, tapi jangan minta nasi kerabu selalu tau... penat lah bang.. hehehe

Wednesday, August 3, 2011

Nana & silat kunci





Pagi-pagi lagi teringat kat Nana, especially karenah dia malam tadi. Karenah yang  bikin Ami poning kepalo.. huhuhu.  Tapi, bila difikir-fikirkan, lucu juga. 

Malam tadi berbuka rumah Mak, kebetulan Abah pergi cari air kat Nilai (kat kampun ada masalah air, dari hari Jumaat lepas.. so, memang kering kontang ya.. kesian, dugaan di Bulan Ramadhan). 

Masa berbuka, Ayah buka cerita, ada budak nak minta Atuknya belikan kereta control... Ami & Abah pun menyampuk la, “ni kes tak dapat nak minta kat Ami & Abah, diorang kecek kat Atuk la pulak  ya...”  Ami pun cakap lah kat Atuk, diorang berdua tu da buat deal ngan Ami, masa beli basikal aritu, dah janji tak nak minta mainan lain.  Kalau minta mainan lain, Ami jual balik lah basikal tu (emm, Ami ni pun satu, ngan anak2 main ugut2 pulak ya.. heheheh)

Tapi bila nampak kereta control Ab Haiqainya, diorang pun terliur.  Apa nak buat, janji dah dibuat.  So, terpaksalah fikir cara lain nak dapatkan mainan idaman tu.

Lepas berbuka, Ami & Abah pun rush nak balik Senawang sebab Abah ada janji dengan orang.  Masa nak balik tu, cepat-cepat Nana pergi kat kereta.. nak ikut balik la tu kononnya.. puas kami cakap, Ami & Abah nak balik kerja, Nana dok umah Nenek, esok nak sekolah kan.. emm..dia jawap “esok cuti ya..”  Memang la esok cuti, sebab krisis air yang terlalu lama, so tadika Nana ditutup sementara, sampai bekalan air ada balik.

Disebabkan Nana menangis bagai nak rak, tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia macam tu aje.  Abah suruh Ami kelon & tidorkan dia.  Masa kelon tu dia kata, “Ami jangan kerja, duduk umah aje”.. Aisey, how I wished I can do that, dear.. InsyaAllah, kalu ada rezki yang cukup, memang Ami akan berhenti and buat part-time keje yang ada flexy hours ni..  Pray hard, sayang.

Then, bila dia dah hampir tidor, Ami pun buat la silat mengelak.. pelan-pelan Ami try loose kan pelukan dia... tapi, rupa-rupanya anak Ami ni lagi pandai silat kuncinyer.. hahaha.  Ami gerak seinci, dia kunci rapat.. makin cuba gerak, makin rapat dia peluk.  Yang tak tahan tu, kaki & tangan dia kunci badan Ami.. Nana, Nana....  tergelak kami dibuatnya.  Mata pejam, tapi boleh rasa tu Ami bergerak...

Last-last Abah kuar suara, Nana nak kereta kontrol warna apa?  Belum pun sempat Nana jawab, Kakak pertama sekali jawab, Kakak nak warna biru ya.. aikkkk.. silat selit terbaek dari Yaya.. dari tadi, masa Adik menangis & merengek, dia steady ke isap susu.. bila ada offer, cecepat dia jawab  ye.. huhuhu

Sayup-sayup terdengar suara, “Na nak warna putih kuning”.  “Apa? Abah  tak dengar”.  Terus dia bukak mata besor-besor, “kereta control putih kuning ya”.. And hilang semua tangisan & rengekan dia bila dia dengar,  “Yelah, nanti Abah belikan kereta control putih kuning ye.  Ami & Abah balik kerja boleh tak?”.  Dia pun angguk.


Bila sampai kat Lukut, Ami telefon Nenek tanyakan Nana, “OK, dia tengah main ni & tengok TV ni....”  huhuhu.. sungguh WAYANG la si Nana ni.. So, nak kene beli kereta control kah????

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan al-Mubarak

Salam Ramadhan ouls... Hari ni kita semua starts puasa.  Tapi puasa untuk orang dewasa macam kita ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga (yang ni lebih sesuai untuk anak-anak kita je.. hehehe).. tapi yang penting menahan nafsu!  Nafsu amarah, nafsu pembaziran, nafsu mengata mengumpat, nafsu tamak haloba dan macam-macam lagi dugaan...  Selain tu juga, bulan Ramadhan ni peluang untuk kita memperbanyakkan ibadah.  Setiap amalan kita di bulan Ramadhan ni, diberi ganjaran yang banyak.. Makan sahur pun ada pahala, berbuka pun ada pahala... solat terawih & tadarus Al-Quran apatah lagi kan, melimpah-limpah pahala yang disediakan... antara nak atau tak nak grab peluang yang ada je.


Nak belajar tahan marah, bulan ni lah bulan yang terbaik untuk kita belajar kawal kemarahan kita, tak perlu pegi bengkel anger management... hehehehe.. ye la, kalu kita marah membabi buta, kurang la pahala kita.. orang kata kurus puasa beb... 


Dugaan bershopping dalam bulan ni pun yang paling tinggi antara bulan-bulan yang lain.. ye lah, nak raya la katanya.  Baju raya, of course la nak kene beli kan (emm.. yang tak posa pun tak missed baju rayanyer.. hahaha).  Paling tak misti 2 pasang baju kurung, kan!  Lepas tu kuih raya.  Merata-rata orang jual kuih raya, bukan diorang buat pun, tapi tolong jualkan untuk orang.. hehehehe.  Camne nak tolak kalau yang jual tu adik-beradik, ipar duai, jiran sebelah, kawan opis, kawan jiran sebelah umah mak.... hahahaha.  Order 1 kat orang sana, order 1 kat orang sini, order 1 kat orang sinun.. bila time raya, tu dia... membukit balang kuih raya ye... time mengorder tu memang sedap, tapi bila time nak membayar tu yang sangap sikit.. "ehh.. aku order 3 jenis kuih je, pesal sampai beratus-ratus ya".. abis tu dah kalu 1 jenis beli 3 balang, apa cer???  ye lah 1 untuk sendiri, 1 untuk mak, 1 untuk mak mertua... hahahah (ai la tu... )


Tu belum  masuk perabot raya, langsir raya, kasut raya, carpet raya... segala macam raya.  Ye lah, kan raya sebulan.  hahahaha.  Kalu macam ni gaya nak sambut raya, memang botak kepala lutut..


Tak apalah, selera masing-masing macam mana nak beraya ya.  Ada yang suka bermewah, ada yang suka bersederhana, yang tak rasa macam nak sambut pun ada jugak!! Orang sekarang suka guna perkataan "hak asasi manusia" dan "kebebasan individu". Kalu cakap lebey-lebey kang, takut surat saman datang.. wakakaka


Untuk diri aku sendiri, Ramadhan tahun ini, semoga dapat benar-benar puasa, segala deria, segala nasfu, segala amarah, segala prasangka dipuasakan juga!!!   Yang wajib dan yang sunat, aku mohon dipermudahkan minda & fizikal supaya selari mencapai matlamat yang 1 - mencari keredhaan Ilahi di bulan yang barakah ini.  Segalanya bermula disini.

Saturday, July 30, 2011

Naik kuda di Bukit Tinggi

Wah.. dah lama betul tak update apa-apa dalam blog blues ni.. nak kata sibuk, sibuk jugak lah.. especially masa nak prepare kenduri kahwin Ateh.. Biasalah, kalu da buat kerja kawin ni, penatnya memang lama nak hilang...  plus dengan mood yang lemau, tinggallah blog blues ni tak berketuk...


Tapi minggu lepas kitorang sempat jugak melarikan diri sekejap dari kehidupan biasa-biasa aje.. tiap-tiap hari asyik rutin yang sama, sesekali tukar selera best jugak kan... yang penting nak bawak Buchuks berjalan-jalan sambil lepaskan gian Yaya nak naik kuda & main dengan arnab.




Bukan Buchuks je yang mengidam nak naik horse, Ami pun teringin jugak...  before ni selalu bawak Yaya naik Poney kat Teluk Kemang, malu la plak Ami nak naik.. ni jauh sikit dari suku sakat & compem takkan bertembung dengan orang yang dikenali, so Ami pun tumpang sekaki la jugak.. hehehe





Bab naik kuda ni, takyah lah kelentong Yaya, sebab dia ni dari kecik memang suka sangat naik kuda.  Macam hari ni, dah naik kuda, nak jugak naik donkey (keldai tu macam tak best benor bunyik nya... heehoonn.. heehoonn.. ).  And memang dia betul-betul enjoy aktiviti ni...




Hari ni juga hari yang bersejarah, sebabnya entah dari mana datang keberanian Nana, tetiba dia kata nak jugak naik donkey ni... Macam tak percaya!!! Yelah, dengan rabbit pun dia takut, ni nak naik donkey.. Since dia sendiri yang kata nak naik, so kami pun encourage dia jugak.. emm.. ni lah dia post yang dah lama ditunggu-tunggu.. Steady Nana!!!





Bila dah sampai ke kandang donkey ni semula, Ami tanya Nana, suka tak naik donkey ni.. dia kata "suka!".. tapi muka ada sikit control.. maybe still takut-takut lagi.. apa-apa pun syabas sebab berani mencuba....

Selain dari horse & donkey ride ni, ada juga aktiviti lain seperti feeding rabbits & deers... donkey too!!!


Tuesday, July 5, 2011

Tonite Dating dengan Mr Hubby

Transformers : Dark of the Moon



Jangan tak percaya.  Sepanjang 6 tahun we all bergelar suami isteri, movie ni adalah movie yang ke-3 kami tengok di pawagam.  Yang 2 lagi tu pun Chinese Kungfu movie (kegemaran Mr Hubby).  Puaslah Ai mengajak dia tengok movie, macam-macam alasan...

Masa pregnant >>   tak elok pegi, kang baby terkejut sound system nya kuat sangat.
Lepas bersalin >>   anak kecik lagi

Lepas setahun, mengandung lagi... alasan yang sama.. huhuhu.  Tapi bila dia rasa nak tengok movie, boleh pulak tu pergi....  Tu yang rasa macam tak aci tu... huhuhu

Then baru-baru ni ajak dia pegi panggung tengok Nur Kasih The Movie, dia kata tak boleh pergi.  Kalu kakak tahu, nanti dia merajuk sebab tak ajak dia.... (baek punya alasan) ngrrrrrrrrrrr.  Sebenarnya dia malas nak layan tengok citer tangkap leleh lah tu.

Ami pun suggestlah, kalau camtu kita tengok Kung fu Panda la.  Kakak & Adik boleh pergi sekali.  Dia kata ok...............  tapi weekend sibuk ngan kerjalah pulak, plus Ateh nak kahwin aritu.  Melopong lagi.

Hah, tetiba ari ni mood orang tu baiklah pulak.  Tu yang happy tu & tak sabar nak balik ni.  Suka.. Suka.. Suka :)

Monday, July 4, 2011

Start Where You Are

Satu dari banyak-banyak perkara yang Ai paling respek tentang Mr Hubby ialah MINAT MEMBACA yang mendalam.  Percentage dia membaca lagi tinggi dari Ai, yang kadang-kadang je nak pegang buku.  Kalu baca novel, compem abis. Tapi bila buku-buku ilmiah ni, macam loteh den nak abiskan... Malu jugak Ai dengan Mr Hubby ni.. hehehe

Berbalik kepada minat Mr Hubby ni, setiap bulan mesti dia akan beli buku. Paling tidak pun sebuah buku.  Kalau ke JJ misti singgah kat kedai MPH.  So, memang banyaklah koleksi buku-buku dia kat rumah tu.

Entah jin mana merasuk Ai pagi-pagi ni, mencapai salah satu buku dia “Start Where You Are” oleh Chris Gardner.  Buku ni dah lama dia beli, Ai je yang tak berminat nak baca.  Bulan lepas kebetulan kat TV2 (kalau tak silap), ada ditayangkan cerita kisah hidup Chris Gardner dalam filem The Pursuit of Happyness.  Menarik ceritanya, bagaimana dari seorang yang miskin, pernah jadi homeless tapi berjaya sehingga menjadi  JUTAWAN.  Penuh INSPIRASI!


Dari dalam bas sampai lah ke pejabat, sempat baca habiskan beberapa dalam buku ni.  Sambil-sambil baca, Ai catatkan nota penting supaya senang nak ingat intipati buku ni.  Ada 10 pengajaran dalam Bahagian 1: Bermula Dimana Kamu Berada.
  1. Pengajaran  # 1 : Tanpa perancangan, Impian Hanya Tinggal Impian Semata-mata
  2. Pengajaran  # 2 :  Kita semua Ada Kuasa Memilih
  3. Pengajaran  # 3 :  Tiada Pembantu yang akan Datang
  4. Pengajaran  # 4 :  Mulakan dengan Apa yang Kamu Miliki Sekarang
  5. Pengajaran  # 5 :  Sedikit Demi Sedikit, Lama-lama Jadi Bukit
  6. Pengajaran  # 6 :  Berhenti Menggali Ubi Sendiri
  7. Pengajaran  # 7 :  Apakah yang akan Dilakukan oleh Juara
  8. Pengajaran  # 8 :  Katakan “Damai Janganlah Berlalu”
  9. Pengajaran  # 9 :  Lewis dan Clark pun Ada peta
  10. Pengajaran  #10:  Cari ‘Butang’ Kamu


Tanpa PERANCANGAN, IMPIAN hanya tinggal IMPIAN semata-mata.  Betullah kan.  Setiap apa yang kita nak buat, mestilah ada PERANCANGAN.  Tak boleh main redah je.  Ataupun jadi macam lalang, ditiup ke kanan, kita pun  bergerak ke kanan.  Bila ditiup ke kiri, kita pun bergerak ke kiri.  Kalau kene pijak.. innalillah lah kat situ.. huhuhu


IMPIAN tu PENTING!  Setiap KEJAYAAN bermula dengan satu IMPIAN.  Bermula dengan IMPIAN inilah yang akan memberi INSPIRASI  dan MOTIVASI kepada kita.  Jika kita PERCAYA IMPIAN itu boleh diCAPAI dan menjadi kenyataan, maka titik permulaan KEJAYAAN sudah ada.


Dalam pengajaran #1 ni, Chris ni gariskan Kompleks-5K... (nilah, kalu baca buku-buku motivasi ni, kalu tak buat notes memang poning kepalo, sebabnya banyak sangat subtopik nya).  Apa pulak 5K ni? KEJELASAN, KETEPATAN, KETERUJAAN, KOMITED dan KONSISTEN.


IMPIAN mestilah JELAS.  Kena tahu apa yang kita mahu lakukan ataupun kemana kita nak pergi. KEJELASAN IMPIAN atau apa yang nak dicapai adalah MANDATORI.  Kalau kita sendiri tak tahu apa yang kita hendak, macam mana nak capainya. Bila dah tahu apa yang nak dicapai, maka kita kenalah letakkan PRIORITI mengikut keUTAMAan IMPIAN kita.

KETEPATAN juga PENTING supaya kita boleh FOKUS kepada VISI kita.  Bila  merangka VISI, ia mestilah  PADAT dan RINGKASs.  Paling penting ia MUDAH DISAMPAIKAN kepada diri kita sendiri dan juga kepada orang lain.  Bila kita sudah ada VISI, maka perlulah ada PERANCANGAN atau PELAN TINDAKAN yang perlu diambil.  Pelan RANCANGAN ini juga mestilah RINGKAS, PADAT tapi MUDAH dilakukan.  Senang cakap, planning kita tu mestilah straight to the point.


Yang ketiga penting dalam Kompleks ni ialah KETERUJAAN @ EXCITEMENT!  Bila dah ada IMPIAN, kita sendiri mestilah ada rasa KEINGINAN untuk dapatkannya.  Kita mesti meYAKINkan diri kita sendiri, apa yang kita IMPIkan boleh diCAPAI dan MENYEMARAKKAN lagi perasaan kita untuk BERJAYA. SEMANGAT ini perlu ada, sebagai PENDORONG untuk diri kita.  Sekiranya, ada masa-masa kita rasa down @ merudum, KEINGINAN kita inilah boleh menjadi PEMBAKAR SEMANGAT dan mencari sebab kemerudumam itu.


Untuk mencapai IMPIAN mestilah ada KOMITMEN @ KEGHAIRAHAN dalam diri kita.  Adakah kita KOMITED untuk mencapai IMPIAN atau sekadar hangat-hangat tahi ayam.  Tahap KOMITMEN yang TINGGI ini juga yang akan membantu meleburkan HALANGAN-HALANGAN dalam merentasi PELUANG-PELUANG yang menanti.  Kita juga perlu tahu KEGHAIRAHAN untuk BERJAYA, adakah sekadar melebihi tahap sederhana ataupun hampir gila mahu mendapatkannya.  Sekiranya KEGHAIRAHAN itu sekadar biasa-biasa atau suam-suam kuku, maka KEJAYAANnya adalah tipis.  Tapi jika KOMITMEN kita untuk BERJAYA adalah ditahap yang LUAR BIASA, maka kita akan memperoleh KEJAYAAN yang LUAR BIASA.


Akhirnya, KONSISTENSI kita atau USAHA yang berterusan dalam kehidupan, pencarian, perhubungan dengan orang lain dan ditempat kerja.  Tindakan ini yang akan memastikan kita terus BERJUANG atau tidak dalam membawa IMPIAN sehingga MENJADI KENYATAAN.


Itulah serba ringkas berkenaan buku yang Ai baca ni.  Apa yang ditulis dalam entri ini, intipatinya adalah dari buku Start Where You Are, tapi olahannya adalah mengikut faham Ai, sebab menulis ni bukan untuk suka-suka, tapi sebagai rujukan Ai sendiri di masa akan datang.  Bukan ini sahaja yang ditulis dalam buku itu, tapi banyak lagi (emm.. Ai pun belum abis baca derrr...).  Ai ambil sebahagian yang ada kaitan dengan diri Ai je.  Sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut, bolehlah membelinya dari kedai-kedai buku berhampiran (siap bagi free promotion plak tu.. ni kene minta royalty kat Chris Gardner ni.. hehehe).


Setiap orang ada IMPIAN.  Ai ada IMPIAN.  Mr Hubby ada IMPIAN.  Even Buchuks pun ada IMPIANnya (yang terkini dan terdekat, memujuk Ami & Abah belikan basikal baru.. hehehe.  Tiap-tiap hari ulang dialog yang sama, “Basikal dah rosak, bila nak belikan basikal  baru”.  KONSISTENSI kedua-duanya menyanyikan permintaan mereka berulang-ulang dengan nada dan ayat yang seragam, mencairkan hati Ami & Abah.  Wokey, hujung bulan boleh dapat basikal baru ya. J  InsyaAllah)


IMPIANku... macam-macam derrrrr.. tak terbilang. Hehehe.  Rasa macam tamak pun ada, tapi suka hati Ai lah kan.  Untung sabut, timbul.  Untung batu tenggelam.  Untung Amimarz, sapa tau kan.. Doa-doakan la ya J

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...