Satu dari banyak-banyak perkara yang Ai paling respek tentang Mr Hubby ialah MINAT MEMBACA yang mendalam. Percentage dia membaca lagi tinggi dari Ai, yang kadang-kadang je nak pegang buku. Kalu baca novel, compem abis. Tapi bila buku-buku ilmiah ni, macam loteh den nak abiskan... Malu jugak Ai dengan Mr Hubby ni.. hehehe
Berbalik kepada minat Mr Hubby ni, setiap bulan mesti dia akan beli buku. Paling tidak pun sebuah buku. Kalau ke JJ misti singgah kat kedai MPH. So, memang banyaklah koleksi buku-buku dia kat rumah tu.
Entah jin mana merasuk Ai pagi-pagi ni, mencapai salah satu buku dia “Start Where You Are” oleh Chris Gardner. Buku ni dah lama dia beli, Ai je yang tak berminat nak baca. Bulan lepas kebetulan kat TV2 (kalau tak silap), ada ditayangkan cerita kisah hidup Chris Gardner dalam filem The Pursuit of Happyness. Menarik ceritanya, bagaimana dari seorang yang miskin, pernah jadi homeless tapi berjaya sehingga menjadi JUTAWAN. Penuh INSPIRASI!
Dari dalam bas sampai lah ke pejabat, sempat baca habiskan beberapa dalam buku ni. Sambil-sambil baca, Ai catatkan nota penting supaya senang nak ingat intipati buku ni. Ada 10 pengajaran dalam Bahagian 1: Bermula Dimana Kamu Berada.
- Pengajaran # 1 : Tanpa perancangan, Impian Hanya Tinggal Impian Semata-mata
- Pengajaran # 2 : Kita semua Ada Kuasa Memilih
- Pengajaran # 3 : Tiada Pembantu yang akan Datang
- Pengajaran # 4 : Mulakan dengan Apa yang Kamu Miliki Sekarang
- Pengajaran # 5 : Sedikit Demi Sedikit, Lama-lama Jadi Bukit
- Pengajaran # 6 : Berhenti Menggali Ubi Sendiri
- Pengajaran # 7 : Apakah yang akan Dilakukan oleh Juara
- Pengajaran # 8 : Katakan “Damai Janganlah Berlalu”
- Pengajaran # 9 : Lewis dan Clark pun Ada peta
- Pengajaran #10: Cari ‘Butang’ Kamu
Tanpa PERANCANGAN, IMPIAN hanya tinggal IMPIAN semata-mata. Betullah kan. Setiap apa yang kita nak buat, mestilah ada PERANCANGAN. Tak boleh main redah je. Ataupun jadi macam lalang, ditiup ke kanan, kita pun bergerak ke kanan. Bila ditiup ke kiri, kita pun bergerak ke kiri. Kalau kene pijak.. innalillah lah kat situ.. huhuhu
IMPIAN tu PENTING! Setiap KEJAYAAN bermula dengan satu IMPIAN. Bermula dengan IMPIAN inilah yang akan memberi INSPIRASI dan MOTIVASI kepada kita. Jika kita PERCAYA IMPIAN itu boleh diCAPAI dan menjadi kenyataan, maka titik permulaan KEJAYAAN sudah ada.
Dalam pengajaran #1 ni, Chris ni gariskan Kompleks-5K... (nilah, kalu baca buku-buku motivasi ni, kalu tak buat notes memang poning kepalo, sebabnya banyak sangat subtopik nya). Apa pulak 5K ni? KEJELASAN, KETEPATAN, KETERUJAAN, KOMITED dan KONSISTEN.
IMPIAN mestilah JELAS. Kena tahu apa yang kita mahu lakukan ataupun kemana kita nak pergi. KEJELASAN IMPIAN atau apa yang nak dicapai adalah MANDATORI. Kalau kita sendiri tak tahu apa yang kita hendak, macam mana nak capainya. Bila dah tahu apa yang nak dicapai, maka kita kenalah letakkan PRIORITI mengikut keUTAMAan IMPIAN kita.
KETEPATAN juga PENTING supaya kita boleh FOKUS kepada VISI kita. Bila merangka VISI, ia mestilah PADAT dan RINGKASs. Paling penting ia MUDAH DISAMPAIKAN kepada diri kita sendiri dan juga kepada orang lain. Bila kita sudah ada VISI, maka perlulah ada PERANCANGAN atau PELAN TINDAKAN yang perlu diambil. Pelan RANCANGAN ini juga mestilah RINGKAS, PADAT tapi MUDAH dilakukan. Senang cakap, planning kita tu mestilah straight to the point.
Yang ketiga penting dalam Kompleks ni ialah KETERUJAAN @ EXCITEMENT! Bila dah ada IMPIAN, kita sendiri mestilah ada rasa KEINGINAN untuk dapatkannya. Kita mesti meYAKINkan diri kita sendiri, apa yang kita IMPIkan boleh diCAPAI dan MENYEMARAKKAN lagi perasaan kita untuk BERJAYA. SEMANGAT ini perlu ada, sebagai PENDORONG untuk diri kita. Sekiranya, ada masa-masa kita rasa down @ merudum, KEINGINAN kita inilah boleh menjadi PEMBAKAR SEMANGAT dan mencari sebab kemerudumam itu.
Untuk mencapai IMPIAN mestilah ada KOMITMEN @ KEGHAIRAHAN dalam diri kita. Adakah kita KOMITED untuk mencapai IMPIAN atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tahap KOMITMEN yang TINGGI ini juga yang akan membantu meleburkan HALANGAN-HALANGAN dalam merentasi PELUANG-PELUANG yang menanti. Kita juga perlu tahu KEGHAIRAHAN untuk BERJAYA, adakah sekadar melebihi tahap sederhana ataupun hampir gila mahu mendapatkannya. Sekiranya KEGHAIRAHAN itu sekadar biasa-biasa atau suam-suam kuku, maka KEJAYAANnya adalah tipis. Tapi jika KOMITMEN kita untuk BERJAYA adalah ditahap yang LUAR BIASA, maka kita akan memperoleh KEJAYAAN yang LUAR BIASA.
Akhirnya, KONSISTENSI kita atau USAHA yang berterusan dalam kehidupan, pencarian, perhubungan dengan orang lain dan ditempat kerja. Tindakan ini yang akan memastikan kita terus BERJUANG atau tidak dalam membawa IMPIAN sehingga MENJADI KENYATAAN.
Itulah serba ringkas berkenaan buku yang Ai baca ni. Apa yang ditulis dalam entri ini, intipatinya adalah dari buku Start Where You Are, tapi olahannya adalah mengikut faham Ai, sebab menulis ni bukan untuk suka-suka, tapi sebagai rujukan Ai sendiri di masa akan datang. Bukan ini sahaja yang ditulis dalam buku itu, tapi banyak lagi (emm.. Ai pun belum abis baca derrr...). Ai ambil sebahagian yang ada kaitan dengan diri Ai je. Sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut, bolehlah membelinya dari kedai-kedai buku berhampiran (siap bagi free promotion plak tu.. ni kene minta royalty kat Chris Gardner ni.. hehehe).
Setiap orang ada IMPIAN. Ai ada IMPIAN. Mr Hubby ada IMPIAN. Even Buchuks pun ada IMPIANnya (yang terkini dan terdekat, memujuk Ami & Abah belikan basikal baru.. hehehe. Tiap-tiap hari ulang dialog yang sama, “Basikal dah rosak, bila nak belikan basikal baru”. KONSISTENSI kedua-duanya menyanyikan permintaan mereka berulang-ulang dengan nada dan ayat yang seragam, mencairkan hati Ami & Abah. Wokey, hujung bulan boleh dapat basikal baru ya. J InsyaAllah)
IMPIANku... macam-macam derrrrr.. tak terbilang. Hehehe. Rasa macam tamak pun ada, tapi suka hati Ai lah kan. Untung sabut, timbul. Untung batu tenggelam. Untung Amimarz, sapa tau kan.. Doa-doakan la ya J
0 comments:
Post a Comment