BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 30, 2011

Naik kuda di Bukit Tinggi

Wah.. dah lama betul tak update apa-apa dalam blog blues ni.. nak kata sibuk, sibuk jugak lah.. especially masa nak prepare kenduri kahwin Ateh.. Biasalah, kalu da buat kerja kawin ni, penatnya memang lama nak hilang...  plus dengan mood yang lemau, tinggallah blog blues ni tak berketuk...


Tapi minggu lepas kitorang sempat jugak melarikan diri sekejap dari kehidupan biasa-biasa aje.. tiap-tiap hari asyik rutin yang sama, sesekali tukar selera best jugak kan... yang penting nak bawak Buchuks berjalan-jalan sambil lepaskan gian Yaya nak naik kuda & main dengan arnab.




Bukan Buchuks je yang mengidam nak naik horse, Ami pun teringin jugak...  before ni selalu bawak Yaya naik Poney kat Teluk Kemang, malu la plak Ami nak naik.. ni jauh sikit dari suku sakat & compem takkan bertembung dengan orang yang dikenali, so Ami pun tumpang sekaki la jugak.. hehehe





Bab naik kuda ni, takyah lah kelentong Yaya, sebab dia ni dari kecik memang suka sangat naik kuda.  Macam hari ni, dah naik kuda, nak jugak naik donkey (keldai tu macam tak best benor bunyik nya... heehoonn.. heehoonn.. ).  And memang dia betul-betul enjoy aktiviti ni...




Hari ni juga hari yang bersejarah, sebabnya entah dari mana datang keberanian Nana, tetiba dia kata nak jugak naik donkey ni... Macam tak percaya!!! Yelah, dengan rabbit pun dia takut, ni nak naik donkey.. Since dia sendiri yang kata nak naik, so kami pun encourage dia jugak.. emm.. ni lah dia post yang dah lama ditunggu-tunggu.. Steady Nana!!!





Bila dah sampai ke kandang donkey ni semula, Ami tanya Nana, suka tak naik donkey ni.. dia kata "suka!".. tapi muka ada sikit control.. maybe still takut-takut lagi.. apa-apa pun syabas sebab berani mencuba....

Selain dari horse & donkey ride ni, ada juga aktiviti lain seperti feeding rabbits & deers... donkey too!!!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...