BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 3, 2011

Nana & silat kunci





Pagi-pagi lagi teringat kat Nana, especially karenah dia malam tadi. Karenah yang  bikin Ami poning kepalo.. huhuhu.  Tapi, bila difikir-fikirkan, lucu juga. 

Malam tadi berbuka rumah Mak, kebetulan Abah pergi cari air kat Nilai (kat kampun ada masalah air, dari hari Jumaat lepas.. so, memang kering kontang ya.. kesian, dugaan di Bulan Ramadhan). 

Masa berbuka, Ayah buka cerita, ada budak nak minta Atuknya belikan kereta control... Ami & Abah pun menyampuk la, “ni kes tak dapat nak minta kat Ami & Abah, diorang kecek kat Atuk la pulak  ya...”  Ami pun cakap lah kat Atuk, diorang berdua tu da buat deal ngan Ami, masa beli basikal aritu, dah janji tak nak minta mainan lain.  Kalau minta mainan lain, Ami jual balik lah basikal tu (emm, Ami ni pun satu, ngan anak2 main ugut2 pulak ya.. heheheh)

Tapi bila nampak kereta control Ab Haiqainya, diorang pun terliur.  Apa nak buat, janji dah dibuat.  So, terpaksalah fikir cara lain nak dapatkan mainan idaman tu.

Lepas berbuka, Ami & Abah pun rush nak balik Senawang sebab Abah ada janji dengan orang.  Masa nak balik tu, cepat-cepat Nana pergi kat kereta.. nak ikut balik la tu kononnya.. puas kami cakap, Ami & Abah nak balik kerja, Nana dok umah Nenek, esok nak sekolah kan.. emm..dia jawap “esok cuti ya..”  Memang la esok cuti, sebab krisis air yang terlalu lama, so tadika Nana ditutup sementara, sampai bekalan air ada balik.

Disebabkan Nana menangis bagai nak rak, tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia macam tu aje.  Abah suruh Ami kelon & tidorkan dia.  Masa kelon tu dia kata, “Ami jangan kerja, duduk umah aje”.. Aisey, how I wished I can do that, dear.. InsyaAllah, kalu ada rezki yang cukup, memang Ami akan berhenti and buat part-time keje yang ada flexy hours ni..  Pray hard, sayang.

Then, bila dia dah hampir tidor, Ami pun buat la silat mengelak.. pelan-pelan Ami try loose kan pelukan dia... tapi, rupa-rupanya anak Ami ni lagi pandai silat kuncinyer.. hahaha.  Ami gerak seinci, dia kunci rapat.. makin cuba gerak, makin rapat dia peluk.  Yang tak tahan tu, kaki & tangan dia kunci badan Ami.. Nana, Nana....  tergelak kami dibuatnya.  Mata pejam, tapi boleh rasa tu Ami bergerak...

Last-last Abah kuar suara, Nana nak kereta kontrol warna apa?  Belum pun sempat Nana jawab, Kakak pertama sekali jawab, Kakak nak warna biru ya.. aikkkk.. silat selit terbaek dari Yaya.. dari tadi, masa Adik menangis & merengek, dia steady ke isap susu.. bila ada offer, cecepat dia jawab  ye.. huhuhu

Sayup-sayup terdengar suara, “Na nak warna putih kuning”.  “Apa? Abah  tak dengar”.  Terus dia bukak mata besor-besor, “kereta control putih kuning ya”.. And hilang semua tangisan & rengekan dia bila dia dengar,  “Yelah, nanti Abah belikan kereta control putih kuning ye.  Ami & Abah balik kerja boleh tak?”.  Dia pun angguk.


Bila sampai kat Lukut, Ami telefon Nenek tanyakan Nana, “OK, dia tengah main ni & tengok TV ni....”  huhuhu.. sungguh WAYANG la si Nana ni.. So, nak kene beli kereta control kah????

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...