BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 6, 2011

Masak dengan rasa kasih, hasilnya SEDAP!!!

Gambar dari koleksi album sendiri

Semalam Mr Hubby kata teringin nak makan nasi kerabu.... yang ai buat.  Aduhai!  Permintaan yang sungguh syahdu ni.  Boleh ke masak nasi kerabu ni.  Seriusly, baru sekali ai masak nasi kerabu ni, tu pun long-long time ago...  itu pun with a help from Embong & Cik Yah.


Dengan semangat yang separa membara, ai pun agree la untuk masak nasi kerabu semuanya demi suami tercinta ni.  So, misi membuat nasi kerabu secara solo pun bermula... hehehe


Buat nasi kerabu ni cerewet sikit, sebab banyak bahan-bahan sampingan yang kene disediakan, seperti budu tumis, serunding ikan, ulam-ulaman, solok lada, daging goreng, telur masin & last but not least keropok ikan. 


Mr Hubby ni kalu nak makan nasi kerabu, misti complete semua bahan-bahannya.  Yang paling dia cerewet ialah budu tumis & ulam-ulamannya.  Ulam nasi kerabu ikut selera Mr Hubby misti ada daun SERAI KAYU, daun kaduk, daun kesom & bunga kantan.  Tapi yang paling utama ialah daun SERAI KAYU tu.. bau nya memang menambahkan selera.  Mr Hubby kalau jumpa nasi kerabu ulam kobis & togeh memang dia tolak ke tepi.. jangankan makan, pandang pun tak mau...


Daun serai kayu ni susah nak dapat, tak pasti ada dijual di pasar ke tak.  Dulu kalau nak makan daun serai kayu ni, Apak kene carik di hutan, tapi sekarang tak payah lagi sebab ai ada taman satu pokok di rumah ni.  Kat rumah Alang pun ada sepokok, tapi dia punya lagi subur dari pokok yang kat umah ai ni.  Sebabnya, kat Senawang ni, ai tanam pokok ni dalam pasu.  Tapi takpe, umah ai ke umah dia ke yang penting takde masalah lah nak dapatkan stok daun serai kayu ni.


Dengan penuh kasih sayang, ai pun masaklah nasi kerabu ni... ikut resepi mak mertua ai.. hehehehe.  Alhamdulillah, bila time berbuka puasa tak habis-habis Hubby puji, sedap katanya.. cukup rasa & cukup bahan-bahan....  Dan dia makan dengan puasnya.  Itu aja yang ai harapkan, kegembiraan dia menikmati juadah air tangan ai sendiri.  Sempat juga ai masakkan pengat pisang yang dia minta dari minggu lepas, yang tak kesempatan ai nak buatkan.


Walaupun suka dipuji-puji Mr Hubby, tapi jangan minta nasi kerabu selalu tau... penat lah bang.. hehehe

Wednesday, August 3, 2011

Nana & silat kunci





Pagi-pagi lagi teringat kat Nana, especially karenah dia malam tadi. Karenah yang  bikin Ami poning kepalo.. huhuhu.  Tapi, bila difikir-fikirkan, lucu juga. 

Malam tadi berbuka rumah Mak, kebetulan Abah pergi cari air kat Nilai (kat kampun ada masalah air, dari hari Jumaat lepas.. so, memang kering kontang ya.. kesian, dugaan di Bulan Ramadhan). 

Masa berbuka, Ayah buka cerita, ada budak nak minta Atuknya belikan kereta control... Ami & Abah pun menyampuk la, “ni kes tak dapat nak minta kat Ami & Abah, diorang kecek kat Atuk la pulak  ya...”  Ami pun cakap lah kat Atuk, diorang berdua tu da buat deal ngan Ami, masa beli basikal aritu, dah janji tak nak minta mainan lain.  Kalau minta mainan lain, Ami jual balik lah basikal tu (emm, Ami ni pun satu, ngan anak2 main ugut2 pulak ya.. heheheh)

Tapi bila nampak kereta control Ab Haiqainya, diorang pun terliur.  Apa nak buat, janji dah dibuat.  So, terpaksalah fikir cara lain nak dapatkan mainan idaman tu.

Lepas berbuka, Ami & Abah pun rush nak balik Senawang sebab Abah ada janji dengan orang.  Masa nak balik tu, cepat-cepat Nana pergi kat kereta.. nak ikut balik la tu kononnya.. puas kami cakap, Ami & Abah nak balik kerja, Nana dok umah Nenek, esok nak sekolah kan.. emm..dia jawap “esok cuti ya..”  Memang la esok cuti, sebab krisis air yang terlalu lama, so tadika Nana ditutup sementara, sampai bekalan air ada balik.

Disebabkan Nana menangis bagai nak rak, tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia macam tu aje.  Abah suruh Ami kelon & tidorkan dia.  Masa kelon tu dia kata, “Ami jangan kerja, duduk umah aje”.. Aisey, how I wished I can do that, dear.. InsyaAllah, kalu ada rezki yang cukup, memang Ami akan berhenti and buat part-time keje yang ada flexy hours ni..  Pray hard, sayang.

Then, bila dia dah hampir tidor, Ami pun buat la silat mengelak.. pelan-pelan Ami try loose kan pelukan dia... tapi, rupa-rupanya anak Ami ni lagi pandai silat kuncinyer.. hahaha.  Ami gerak seinci, dia kunci rapat.. makin cuba gerak, makin rapat dia peluk.  Yang tak tahan tu, kaki & tangan dia kunci badan Ami.. Nana, Nana....  tergelak kami dibuatnya.  Mata pejam, tapi boleh rasa tu Ami bergerak...

Last-last Abah kuar suara, Nana nak kereta kontrol warna apa?  Belum pun sempat Nana jawab, Kakak pertama sekali jawab, Kakak nak warna biru ya.. aikkkk.. silat selit terbaek dari Yaya.. dari tadi, masa Adik menangis & merengek, dia steady ke isap susu.. bila ada offer, cecepat dia jawab  ye.. huhuhu

Sayup-sayup terdengar suara, “Na nak warna putih kuning”.  “Apa? Abah  tak dengar”.  Terus dia bukak mata besor-besor, “kereta control putih kuning ya”.. And hilang semua tangisan & rengekan dia bila dia dengar,  “Yelah, nanti Abah belikan kereta control putih kuning ye.  Ami & Abah balik kerja boleh tak?”.  Dia pun angguk.


Bila sampai kat Lukut, Ami telefon Nenek tanyakan Nana, “OK, dia tengah main ni & tengok TV ni....”  huhuhu.. sungguh WAYANG la si Nana ni.. So, nak kene beli kereta control kah????

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan al-Mubarak

Salam Ramadhan ouls... Hari ni kita semua starts puasa.  Tapi puasa untuk orang dewasa macam kita ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga (yang ni lebih sesuai untuk anak-anak kita je.. hehehe).. tapi yang penting menahan nafsu!  Nafsu amarah, nafsu pembaziran, nafsu mengata mengumpat, nafsu tamak haloba dan macam-macam lagi dugaan...  Selain tu juga, bulan Ramadhan ni peluang untuk kita memperbanyakkan ibadah.  Setiap amalan kita di bulan Ramadhan ni, diberi ganjaran yang banyak.. Makan sahur pun ada pahala, berbuka pun ada pahala... solat terawih & tadarus Al-Quran apatah lagi kan, melimpah-limpah pahala yang disediakan... antara nak atau tak nak grab peluang yang ada je.


Nak belajar tahan marah, bulan ni lah bulan yang terbaik untuk kita belajar kawal kemarahan kita, tak perlu pegi bengkel anger management... hehehehe.. ye la, kalu kita marah membabi buta, kurang la pahala kita.. orang kata kurus puasa beb... 


Dugaan bershopping dalam bulan ni pun yang paling tinggi antara bulan-bulan yang lain.. ye lah, nak raya la katanya.  Baju raya, of course la nak kene beli kan (emm.. yang tak posa pun tak missed baju rayanyer.. hahaha).  Paling tak misti 2 pasang baju kurung, kan!  Lepas tu kuih raya.  Merata-rata orang jual kuih raya, bukan diorang buat pun, tapi tolong jualkan untuk orang.. hehehehe.  Camne nak tolak kalau yang jual tu adik-beradik, ipar duai, jiran sebelah, kawan opis, kawan jiran sebelah umah mak.... hahahaha.  Order 1 kat orang sana, order 1 kat orang sini, order 1 kat orang sinun.. bila time raya, tu dia... membukit balang kuih raya ye... time mengorder tu memang sedap, tapi bila time nak membayar tu yang sangap sikit.. "ehh.. aku order 3 jenis kuih je, pesal sampai beratus-ratus ya".. abis tu dah kalu 1 jenis beli 3 balang, apa cer???  ye lah 1 untuk sendiri, 1 untuk mak, 1 untuk mak mertua... hahahah (ai la tu... )


Tu belum  masuk perabot raya, langsir raya, kasut raya, carpet raya... segala macam raya.  Ye lah, kan raya sebulan.  hahahaha.  Kalu macam ni gaya nak sambut raya, memang botak kepala lutut..


Tak apalah, selera masing-masing macam mana nak beraya ya.  Ada yang suka bermewah, ada yang suka bersederhana, yang tak rasa macam nak sambut pun ada jugak!! Orang sekarang suka guna perkataan "hak asasi manusia" dan "kebebasan individu". Kalu cakap lebey-lebey kang, takut surat saman datang.. wakakaka


Untuk diri aku sendiri, Ramadhan tahun ini, semoga dapat benar-benar puasa, segala deria, segala nasfu, segala amarah, segala prasangka dipuasakan juga!!!   Yang wajib dan yang sunat, aku mohon dipermudahkan minda & fizikal supaya selari mencapai matlamat yang 1 - mencari keredhaan Ilahi di bulan yang barakah ini.  Segalanya bermula disini.

Saturday, July 30, 2011

Naik kuda di Bukit Tinggi

Wah.. dah lama betul tak update apa-apa dalam blog blues ni.. nak kata sibuk, sibuk jugak lah.. especially masa nak prepare kenduri kahwin Ateh.. Biasalah, kalu da buat kerja kawin ni, penatnya memang lama nak hilang...  plus dengan mood yang lemau, tinggallah blog blues ni tak berketuk...


Tapi minggu lepas kitorang sempat jugak melarikan diri sekejap dari kehidupan biasa-biasa aje.. tiap-tiap hari asyik rutin yang sama, sesekali tukar selera best jugak kan... yang penting nak bawak Buchuks berjalan-jalan sambil lepaskan gian Yaya nak naik kuda & main dengan arnab.




Bukan Buchuks je yang mengidam nak naik horse, Ami pun teringin jugak...  before ni selalu bawak Yaya naik Poney kat Teluk Kemang, malu la plak Ami nak naik.. ni jauh sikit dari suku sakat & compem takkan bertembung dengan orang yang dikenali, so Ami pun tumpang sekaki la jugak.. hehehe





Bab naik kuda ni, takyah lah kelentong Yaya, sebab dia ni dari kecik memang suka sangat naik kuda.  Macam hari ni, dah naik kuda, nak jugak naik donkey (keldai tu macam tak best benor bunyik nya... heehoonn.. heehoonn.. ).  And memang dia betul-betul enjoy aktiviti ni...




Hari ni juga hari yang bersejarah, sebabnya entah dari mana datang keberanian Nana, tetiba dia kata nak jugak naik donkey ni... Macam tak percaya!!! Yelah, dengan rabbit pun dia takut, ni nak naik donkey.. Since dia sendiri yang kata nak naik, so kami pun encourage dia jugak.. emm.. ni lah dia post yang dah lama ditunggu-tunggu.. Steady Nana!!!





Bila dah sampai ke kandang donkey ni semula, Ami tanya Nana, suka tak naik donkey ni.. dia kata "suka!".. tapi muka ada sikit control.. maybe still takut-takut lagi.. apa-apa pun syabas sebab berani mencuba....

Selain dari horse & donkey ride ni, ada juga aktiviti lain seperti feeding rabbits & deers... donkey too!!!


Tuesday, July 5, 2011

Tonite Dating dengan Mr Hubby

Transformers : Dark of the Moon



Jangan tak percaya.  Sepanjang 6 tahun we all bergelar suami isteri, movie ni adalah movie yang ke-3 kami tengok di pawagam.  Yang 2 lagi tu pun Chinese Kungfu movie (kegemaran Mr Hubby).  Puaslah Ai mengajak dia tengok movie, macam-macam alasan...

Masa pregnant >>   tak elok pegi, kang baby terkejut sound system nya kuat sangat.
Lepas bersalin >>   anak kecik lagi

Lepas setahun, mengandung lagi... alasan yang sama.. huhuhu.  Tapi bila dia rasa nak tengok movie, boleh pulak tu pergi....  Tu yang rasa macam tak aci tu... huhuhu

Then baru-baru ni ajak dia pegi panggung tengok Nur Kasih The Movie, dia kata tak boleh pergi.  Kalu kakak tahu, nanti dia merajuk sebab tak ajak dia.... (baek punya alasan) ngrrrrrrrrrrr.  Sebenarnya dia malas nak layan tengok citer tangkap leleh lah tu.

Ami pun suggestlah, kalau camtu kita tengok Kung fu Panda la.  Kakak & Adik boleh pergi sekali.  Dia kata ok...............  tapi weekend sibuk ngan kerjalah pulak, plus Ateh nak kahwin aritu.  Melopong lagi.

Hah, tetiba ari ni mood orang tu baiklah pulak.  Tu yang happy tu & tak sabar nak balik ni.  Suka.. Suka.. Suka :)

Monday, July 4, 2011

Start Where You Are

Satu dari banyak-banyak perkara yang Ai paling respek tentang Mr Hubby ialah MINAT MEMBACA yang mendalam.  Percentage dia membaca lagi tinggi dari Ai, yang kadang-kadang je nak pegang buku.  Kalu baca novel, compem abis. Tapi bila buku-buku ilmiah ni, macam loteh den nak abiskan... Malu jugak Ai dengan Mr Hubby ni.. hehehe

Berbalik kepada minat Mr Hubby ni, setiap bulan mesti dia akan beli buku. Paling tidak pun sebuah buku.  Kalau ke JJ misti singgah kat kedai MPH.  So, memang banyaklah koleksi buku-buku dia kat rumah tu.

Entah jin mana merasuk Ai pagi-pagi ni, mencapai salah satu buku dia “Start Where You Are” oleh Chris Gardner.  Buku ni dah lama dia beli, Ai je yang tak berminat nak baca.  Bulan lepas kebetulan kat TV2 (kalau tak silap), ada ditayangkan cerita kisah hidup Chris Gardner dalam filem The Pursuit of Happyness.  Menarik ceritanya, bagaimana dari seorang yang miskin, pernah jadi homeless tapi berjaya sehingga menjadi  JUTAWAN.  Penuh INSPIRASI!


Dari dalam bas sampai lah ke pejabat, sempat baca habiskan beberapa dalam buku ni.  Sambil-sambil baca, Ai catatkan nota penting supaya senang nak ingat intipati buku ni.  Ada 10 pengajaran dalam Bahagian 1: Bermula Dimana Kamu Berada.
  1. Pengajaran  # 1 : Tanpa perancangan, Impian Hanya Tinggal Impian Semata-mata
  2. Pengajaran  # 2 :  Kita semua Ada Kuasa Memilih
  3. Pengajaran  # 3 :  Tiada Pembantu yang akan Datang
  4. Pengajaran  # 4 :  Mulakan dengan Apa yang Kamu Miliki Sekarang
  5. Pengajaran  # 5 :  Sedikit Demi Sedikit, Lama-lama Jadi Bukit
  6. Pengajaran  # 6 :  Berhenti Menggali Ubi Sendiri
  7. Pengajaran  # 7 :  Apakah yang akan Dilakukan oleh Juara
  8. Pengajaran  # 8 :  Katakan “Damai Janganlah Berlalu”
  9. Pengajaran  # 9 :  Lewis dan Clark pun Ada peta
  10. Pengajaran  #10:  Cari ‘Butang’ Kamu


Tanpa PERANCANGAN, IMPIAN hanya tinggal IMPIAN semata-mata.  Betullah kan.  Setiap apa yang kita nak buat, mestilah ada PERANCANGAN.  Tak boleh main redah je.  Ataupun jadi macam lalang, ditiup ke kanan, kita pun  bergerak ke kanan.  Bila ditiup ke kiri, kita pun bergerak ke kiri.  Kalau kene pijak.. innalillah lah kat situ.. huhuhu


IMPIAN tu PENTING!  Setiap KEJAYAAN bermula dengan satu IMPIAN.  Bermula dengan IMPIAN inilah yang akan memberi INSPIRASI  dan MOTIVASI kepada kita.  Jika kita PERCAYA IMPIAN itu boleh diCAPAI dan menjadi kenyataan, maka titik permulaan KEJAYAAN sudah ada.


Dalam pengajaran #1 ni, Chris ni gariskan Kompleks-5K... (nilah, kalu baca buku-buku motivasi ni, kalu tak buat notes memang poning kepalo, sebabnya banyak sangat subtopik nya).  Apa pulak 5K ni? KEJELASAN, KETEPATAN, KETERUJAAN, KOMITED dan KONSISTEN.


IMPIAN mestilah JELAS.  Kena tahu apa yang kita mahu lakukan ataupun kemana kita nak pergi. KEJELASAN IMPIAN atau apa yang nak dicapai adalah MANDATORI.  Kalau kita sendiri tak tahu apa yang kita hendak, macam mana nak capainya. Bila dah tahu apa yang nak dicapai, maka kita kenalah letakkan PRIORITI mengikut keUTAMAan IMPIAN kita.

KETEPATAN juga PENTING supaya kita boleh FOKUS kepada VISI kita.  Bila  merangka VISI, ia mestilah  PADAT dan RINGKASs.  Paling penting ia MUDAH DISAMPAIKAN kepada diri kita sendiri dan juga kepada orang lain.  Bila kita sudah ada VISI, maka perlulah ada PERANCANGAN atau PELAN TINDAKAN yang perlu diambil.  Pelan RANCANGAN ini juga mestilah RINGKAS, PADAT tapi MUDAH dilakukan.  Senang cakap, planning kita tu mestilah straight to the point.


Yang ketiga penting dalam Kompleks ni ialah KETERUJAAN @ EXCITEMENT!  Bila dah ada IMPIAN, kita sendiri mestilah ada rasa KEINGINAN untuk dapatkannya.  Kita mesti meYAKINkan diri kita sendiri, apa yang kita IMPIkan boleh diCAPAI dan MENYEMARAKKAN lagi perasaan kita untuk BERJAYA. SEMANGAT ini perlu ada, sebagai PENDORONG untuk diri kita.  Sekiranya, ada masa-masa kita rasa down @ merudum, KEINGINAN kita inilah boleh menjadi PEMBAKAR SEMANGAT dan mencari sebab kemerudumam itu.


Untuk mencapai IMPIAN mestilah ada KOMITMEN @ KEGHAIRAHAN dalam diri kita.  Adakah kita KOMITED untuk mencapai IMPIAN atau sekadar hangat-hangat tahi ayam.  Tahap KOMITMEN yang TINGGI ini juga yang akan membantu meleburkan HALANGAN-HALANGAN dalam merentasi PELUANG-PELUANG yang menanti.  Kita juga perlu tahu KEGHAIRAHAN untuk BERJAYA, adakah sekadar melebihi tahap sederhana ataupun hampir gila mahu mendapatkannya.  Sekiranya KEGHAIRAHAN itu sekadar biasa-biasa atau suam-suam kuku, maka KEJAYAANnya adalah tipis.  Tapi jika KOMITMEN kita untuk BERJAYA adalah ditahap yang LUAR BIASA, maka kita akan memperoleh KEJAYAAN yang LUAR BIASA.


Akhirnya, KONSISTENSI kita atau USAHA yang berterusan dalam kehidupan, pencarian, perhubungan dengan orang lain dan ditempat kerja.  Tindakan ini yang akan memastikan kita terus BERJUANG atau tidak dalam membawa IMPIAN sehingga MENJADI KENYATAAN.


Itulah serba ringkas berkenaan buku yang Ai baca ni.  Apa yang ditulis dalam entri ini, intipatinya adalah dari buku Start Where You Are, tapi olahannya adalah mengikut faham Ai, sebab menulis ni bukan untuk suka-suka, tapi sebagai rujukan Ai sendiri di masa akan datang.  Bukan ini sahaja yang ditulis dalam buku itu, tapi banyak lagi (emm.. Ai pun belum abis baca derrr...).  Ai ambil sebahagian yang ada kaitan dengan diri Ai je.  Sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut, bolehlah membelinya dari kedai-kedai buku berhampiran (siap bagi free promotion plak tu.. ni kene minta royalty kat Chris Gardner ni.. hehehe).


Setiap orang ada IMPIAN.  Ai ada IMPIAN.  Mr Hubby ada IMPIAN.  Even Buchuks pun ada IMPIANnya (yang terkini dan terdekat, memujuk Ami & Abah belikan basikal baru.. hehehe.  Tiap-tiap hari ulang dialog yang sama, “Basikal dah rosak, bila nak belikan basikal  baru”.  KONSISTENSI kedua-duanya menyanyikan permintaan mereka berulang-ulang dengan nada dan ayat yang seragam, mencairkan hati Ami & Abah.  Wokey, hujung bulan boleh dapat basikal baru ya. J  InsyaAllah)


IMPIANku... macam-macam derrrrr.. tak terbilang. Hehehe.  Rasa macam tamak pun ada, tapi suka hati Ai lah kan.  Untung sabut, timbul.  Untung batu tenggelam.  Untung Amimarz, sapa tau kan.. Doa-doakan la ya J

Friday, July 1, 2011

Keikhlasan yang nyata.

Tu dia, mulut sapa yang paling besau tu....


Windu Kakak & Adik!  Very much missing u two........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...