"Diha, you temankan I cari kayu api, boleh?", suara Joseph mengajak.
"Cari kayu api tu keerja lelaki. Tak laratlah I nak angkat kayu api tu nanti. Tak sesuai lah", saja dia bermain kata-kata, walaupun tingkahnya dia sudah bersedia untuk mengikut kawannya itu.
"I taulah you tu macam tuan puteri, asyik nak kene manja saja. Tuan puteri, boleh tak tuan puteri temankan hamba berjalan-jalan sambil mencari kayu api? Kalau tak dicari kayu apinya, tak bolehlah dayang-dayang yang lain nak memasak dan nanti malam tuan puteri terpaksa tidur dengan perut yang kosong. Lebih malang lagi kene gigit nyamuk. Nanti hamba yang susah",dengan penuh gaya menyembah tuan puteri Joseph memujuk Madiha.
Melihat gelagat Joseph, Madiha hanya mampu tergelak.
Mereka berjalan beriringan sambil berbual-bual. Apabila ternampak ranting kayu yang besar, Joseph akan mengutipnya. Dia pula cuba beringan tangan dengan membawa ranting-ranting yang kecil. Tidak lama kemudian, mereka tiba di tepi sebuah kolam yang terbiar. Tepi-tepi kolam kolam itu ditumbuhi dengan rumput-rumput yang subur membesar. Beberapa ekor pepatung terbang hinggap diatas rumput-rumput itu. Walaupun tepinya semak, tetapi kolam itu mempunyai tarikannya sendiri. Terdapat pokok-pokok teratai yang tumbuh ditengah-tengah kolam itu. Dua pokoknya sedang berkembang mekar. Tiupan angin yang sepoi-sepoi petang itu membuatkan kembang-kembang teratai menari-nari dengan lenggok sendiri. Warnanya yang merah memberi kelainan kepada suasana yang penuh kehijauan dan sekaligus menutup pandangan semak-samun disekelilingnya. Mereka berhenti duduk di tepi kolam sambil melihat pemandangan di tempat yang baru mereka kunjungi.
"Diha, habis ekspedisi ni you nak kemana?", tanya Joseph memulakan perbualan selepas beberapa minit masing-masing senyap memandang ke arah teratai yang ditengah-tengah kolam.
"I bercadang nak terus ke kampung Atuk di Merlimau. Dah lama I tak balik kampung. Lagipun, sekarang ni musim buah-buahan. Ummi kata, durian sedang luruh di dusun dan rambutan pun dah ranum. Tak sabar rasanya nak balik ke kampung Atuk. Dah puas kat kampung barulah I balik ke Ampang. You pula, ada plan nak kemana-mana ke?', dia bertanya balik ke Joseph.
"Tak ada, cuma mungkin nak luangkan lebih masa dengan Mail, Lim dan Jay sebelum kami balik ke kampung masing-masing. Lepas ni, bukan senang nak jumpa mereka. Si Lim tu, keluarganya dah tak sabar-sabar tunggu dia kat Kuching. Dengarnya, mereka dah ada calon isteri untuk dia. Bertuah Lim, semua keluarga dia yang uruskan. Macam I ni, susah senang tanggung sendiri. You Diha, dah ada teman lelaki ke?", Joseph cuba mencungkil rahsia.
"Pandailah you nak kenekan I ya. I ni manalah ada boyfriend. You tu lainlah, ramai peminat. Aweks keliling pinggang", dia ketawa sambil cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan tadi.
"Kenapa you takde boyfriend? You ni memilih ya?"
"Emm.. banyaklah you ni, memilih konon... Sapalah yang nak kat I ni. I tak lawa..."
"Sapa kata you tak lawa. Kalau dibandingkan dengan teratai tu, you lagi lawa tau", Joseph tergelak mengusik.
Madiha membaling ranting kecil ke arah Joseph kerana geram disakat olehnya. Gelak kawannya itu semakin kuat.
"Kalau you susah sangat nak dapat boyfriend, biar aje lah yang jadi boyfriend you. Untung you tau. I ni kan baik hati orangnya, kacak dan ada senyuman yang menawan", sambil tersenyum meleret Joseph memuji dirinya sendiri. Tidak dinafikan, Joseph memang mempunyai senyuman yang menawan. Senyuman yang sering menampakkan gigi taringnya yang berlapis dan lesung pipit yang hanya terlekap di pipi kanannya, membuatkan dia mendapat jolokan sipenggoda oleh penghuni kampus.
"Lagi satu, I suka tolong orang. Lagi-lagi kalau orang tu, you sendiri, sepantas kilat I datang".
"Kita tengoklah nanti, kalau betul apa yang you katakan tadi". Kepalanya ligat memikirkan apa yang dia nak buat untuk membalas usikan pemuda itu. "Joe, I sukalah bunga teratai tu. You tolong ambilkan untuk I, boleh ke?", Madiha menguji.
Dengan spontan, Joseph bergerak ke tepi dan bersedia untuk memasukkan kakinya ke dalam kolam. "Joe, you are not serious, right? You are not going to swim in that water just to get that flower for me, right?", ada nada gusar disuaranya. "Well, I don't want that lotus, anyway", pantas dia bersuara, bimbang Joseph betul-betul nak pergi mengambilnya.
Joseph berpaling dengan senyuman yang paling menawan pernah dia lihat, sambil berkata,"jadi girlfriend I Diha. Satu kolam teratai I hadiahkan untuk you".
"Kalau you setuju tukar nama jadi Muhammad Joseph, bolehlah I pertimbangkan", dia pula mengusik Joseph. Dia tahu gurauan itu tidak akan membawa apa-apa makna kerana banyak perbezaan antara mereka.
"Takkan Muhammad Joseph. It's a weird combination. Tak sesuai".
"Emm... Muhammad Johan lah. I suka. Johan is pemenang. So, you'll be a winner all the time".
"Muhammad Johan. Nice name. I can consider that".
"Sudahlah Joe. Kita ni asyik sembang kosong je. Kita ni sepatutnya carik kayu api, bukan menyembang tepi kolam. Nanti tak berasap dapur kita malam ni. Jom balik ke khemah". Dia tak mahu perbualan yang tak berasas itu berpanjangan.
Sebelum mereka beredar, Joseph sempat memetik bunga-bunga liar berhampiran dan memberikannya kepada Madiha, katanya untuk tuan puterinya.
************************************************************
Melihat sekuntum bunga teratai ditengah-tengah kolam membuatkan hatinya sayu kembali. Tinggal sekuntum bunga itu yang masih segar berkembang, sementara sekuntum bunga yang lain telah layu. Walaupun bunga teratai itu nampak cantik, tapi seperti dirinya, ia sendirian ditengah-tengah kolam itu. Mengumpamakan dirinya ibarat teratai itu, hatinya semakin sayu. Airmatanya jatuh tidak dapat ditahan lagi. Kenangan bersama Johan tidak pernah padam dan rindunya juga tidak pernah berkurangan. Hanya Tuhan saja yang tahu derita yang ditanggungnya.
**********************************************************
0 comments:
Post a Comment