BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 27, 2011

Teratai ku sayang - Part 2



"Aku terjumpa dengan Mail di perpustakaan tadi.  Bersungguh-sungguh dia mengajak aku menyertai ekpedisi berbasikal tu.  Dahlah dia buat muka seposennya, kasihan pula aku tengok", Maya kawan baiknya bercerita dengan penuh semangat.

"Habis tu, engkau setuju ke untuk pergi dengan mereka?  Masa makan tadi, Joseph pun ada bertanyakan soalan yang sama.  Kasihan mereka, acara kali ini kurang mendapat sambutan.  Yelah, cuti semester ramai yang hendak pulang terus ke kampung masing-masing", dia memberi respon kepada topik perbualan mereka.

"Yelah, kasihan mereka.  Lagi-lagi Joseph sebab dia yang akan mengetuai ekspedisi tu nanti.  Aku ni mudah cair bila orang buat muka kesian, jadi aku pun setujulah."  Maya memaklumkan penyertaannnya.

Sambil tersenyum menyikat rambutnya, Maya berhati-hati mengeluarkan kata-kata, "Diha, kau tak marahkan aku letak nama kau sekali.  Kasihan aku takde kawan nanti.  Kau kan kawan aku, jadi kau temankanlah aku disana nanti ya."  Ada riak takut diwajah Maya semasa menyampaikan berita itu.  Walaupun mereka berkawan baik, tapi dia tahu sepatutnya dia berbincang dahulu dengan Madiha dan meminta persetujuannya.  Madiha pula melihat Maya dengan pandangan yang kosong tanpa bersuara.

"Alah Diha.  Janganlah marah.  Aku tahu aku salah, tapi engkau janganlah marah-marah aku ya.  Kalau engkau tak nak ikut, takpe lah.  Nanti aku batalkan nama engkau.  Diha, senyumlah.  Janganlah marah.  Lagipun niat aku baik.  Aku ingat nak bagi kau pergi sebab Joseph ada.  Ini ekpedisi terakhir dia.  Semester depan dia dah habis pengajian, nanti kau tak dapat jumpa dia lagi.  Diha, janganlah diam je.  Diha...," Maya memujuk kawannya yang dari tadi membisu sahaja.  Bermacam-macam alasan diberikan tanpa putus-putus mengharap simpati sahabatnya itu.

Melihatkan Maya yang bersungguh-sungguh meminta maaf, timbul rasa simpatinya.  Ditambah dengan matanya yang terkelip-kelip mengharap simpati, membuatkan Madiha hampir-hampir tergelak.  "Baiklah, aku tak sampai hati tengok engkau asyik mengelipkan mata macam cicak.  Aku maafkan kau.  Tapi lain kali jangan buat lagi ya."  Madiha tahu Maya bukan sengaja hendak membelakangi dia didalam membuat keputusan.  Lagipun mereka berkawan rapat, salah sikit tak perlu diperbesarkan.

"Lega hati aku, engkau dah maafkan.  Aju janji aku tak buat lagi ya.  Tapi engkau nak ikut sama ke ekspedisi tu tak?".  Walaupun baru sahaja dimaafkan tapi Maya masih tidak serik bertanyakan ekspedisi tu.  Ada nada merayu didalam suaranya.  Dia sangat-sangat berharap Madiha akan setuju kerana dia telah berjanji dengan Mail untuk memujuk Madiha.  Semuanya kerana Joseph yang beriya-iya benar mahu Madiha ikut serta dan dia telah kebuntuaan akal untuk memujuk wanita itu.

"Kalau engkau janji akan menggantikan aku tiap kali kene memasak masa ekspedisi tu, aku akan ikut.  Kalau tak, aku tak nak ikut,"  saja Madiha mengenakan syarat kepada Maya.  Tapi sebenarnya dia pun memang ada hasrat untuk turut serta dalam ekspedisi tersebut, dan alasannya hampir sama dengan seperti yang Maya katakan sebelumnya.  Semuanya kerana ini merupakan ekspedisi terakhir bersama-sama Joseph.  Dan, seboleh-bolehnya dia tak mahu melepaskan peluang ini.

"Itu tak jadi masalah.  Aku tau kau tak nak masak sebab kau tak pandai masak, betul tak?  Jatuhlah saham kau kat Joseph kalau dia tau yang engkau tak pandai masak." Maya tergelak besar. "Tak guna punya kawan, mengutuk aku pulak ya", Madiha berpura-pura merajuk sambil membaling teddy bearnya ke arah Maya.

"Ekspedisi berbasikal bermula sebaik sahaja peperiksaan akhir semestar kedua tamat.  Madiha, Maya dan Sara bergilir-gilir mengayuh basikal dengan peserta lain kerana pihak penganjur sengaja menyediakan peserta tambahan, takut-takut ada peserta yang tak larat untuk berkayuh kerana keletihan.  Lagi pula mereka bertiga merupakan pelajar junior, dan kurang menjalani latihan stamina.  Oleh sebab itu, mereka diberi tugas tambahan iaitu untuk menyediakan minuman untuk setiap peserta apabila mereka berhenti berehat.  Sepanjang di dalam van, Madiha asyik melihat Joseph yang mengayuh basikal dengan penuh bertenaga.  Dia sentiasa berada dihadapan mengetuai kumpulan ekspedisi itu.  Dia memang gemar sukan berbasikal. Setahu Madiha, Joseph sering juga menyertai pertandingan sukan tersebut dan pernah menang beberapa kali.  Dia juga meminati sukan ini, tapi tidak pernah menyertai apa-apa pertandingan.  Baginya, dia berbasikal sekadar untuk beriadah dan mengisi masa lapangnya sahaja.  Namun, kerana minat yang sama, mereka berdua sering juga menghabiskan masa petang bersama-sama berbasikal disekitar kampus.  Keakraban mereka pada awalnya menjadi bualan ramai kerana orang hanya memandang kepada perbezaan bangsa dan agama mereka sahaja.  Tambahan pula Joseph, pelajar tahun akhir ini, mempunyai peminatnya sendiri.  Ramai pelajar perempuan yang mengagumi wajahnya yang kacak dan cuba untuk merapatkan diri kepadanya.  Bagi Madiha yang sedar akan perbezaan besar antara mereka, tidak pernah mengharap sesuatu yang lebih dari persahabatan biasa.

Pada hari ketiga ekspedisi, mereka tiba di kaki Gunung Ledang.  Kalau malam sebelumnya mereka bermalam dirumah tumpangan ataupun asrama sekolah, tapi malam itu mereka ingin merasa tidur di khemah berselimutkan langit dikaki Gunung Ledang.  Setiba dikawasan lapang, masing-masing memulakan tugas yang telah diberikan terlebih dahulu kepada mereka.  Walaupun penah berbasikal, mereka tetap bertenaga dan bersemangat untuk melalukan tugasan mereka.  Maya yang sudah berjanji untuk menggantikan dia memasak, mengotakan janjinya dengan senang hati.  Dia pula mengambil tugasan yang lebih mudah iaitu mengemas khemah peserta wanita yang telah dibina secara bergotong-royong.  Semasa dia leka mengemas, tiba-tiba namanya dipanggil....

Amimarzsays : zzzZZZZZZ  till then.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...