BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 18, 2011

Saham Bank Rakyat

Mungkin ramai yang dah tau pasal saham Bank  Rakyat yang baru dibuka semula baru-baru ini.  Aku terlambat sikit dapat info ni, tapi SYUKUR masih lagi rezeki aku, dapat jugak beli saham Bank Rakyat ni...  hehehe


Petikan dari Utusan Malaysia berkaitan Pengumumam Penambahan Saham Bank Rakyat pada 2/4/11.



Peluang ahli tambah pelaburan

KUALA LUMPUR 1 April - Selepas bertahun-tahun lamanya menunggu, penantian seramai 800,000 ahli Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) untuk membuat penambahan pelaburan dipercayai terjawab esok.


Jumlah itu tidak termasuk lebih 50,000 lagi yang diletakkan dalam 'senarai menunggu' untuk menjadi ahli bank tersebut.


Bank Rakyat dikatakan telah mendapat lampu hijau daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan modal berbayarnya kepada RM500 juta lagi.
Berita lanjut di sini.




Kenapa orang ramai berlumba-lumba untuk membeli saham Bank Rakyat???  Tengoklah, berapa ramai  yang sangat-sangat bersabar menunggu peluang untuk membeli saham bank ini... Sebabnya pulangan dividen yang Bank Rakyat ni bagi memang tinggi, kalau  tak silap antara yang tertinggi di Malaysia.  Tahun 2010, agihan dividen mereka ialah 15%!!!!  Mau tak juling semua mata yang dengar. 



Memandangkan ramai yang nak beli saham ni, ada syarat dan had yang dikenakan.  Bagi setiap ahli baru, mereka cuma boleh membeli 1 unit saham@RM500.00 sahaja.  Kalau ada yang berminat untuk membeli lebih dari 1 unit tu, kene lah isi borang permohonan dulu.  Keutamaan diberikan kepada waiting list yang sedia ada.  Sekiranya permohonan kita diluluskan, Bank Rakyat akan hantar surat.   Cara macam ni barulah adilkan, semua orang boleh merasa beli saham Bank Rakyat.  Kalau takde syarat dan had ni, misti orang-orang yang "ada-ada" tu akan bolot semuanya... heheheh betul tak???



Amimarzsays : Investment Bank Rakyat - Checked.  Investment JCard Member - Esok...hahahah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...