BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 29, 2011

Teratai ku sayang - Part 4



Memang banyak kenangan antara dia, Johan dan teratai.  Semua bermula dengan teratai di kaki Gunung Ledang semasa ekspedisi berbasikal anjuran pihak universiti tempat mereka menuntut dahulu.  Ekspedisi itu memberi banyak kenangan manis di dalam hatinya.  Hubungannya mereka tidak terputus walaupun selepas Joseph menamatkan pengajian.

Pagi itu, Joseph menelefon memberitahu dia telah berjaya mendapat kerja di salah sebuah syarikat di ibu kota.  Dia akan mula bekerja dua minggu lagi.  Madiha pula, pada masa itu sudah kembali  ke universiti dan memulakan semestar yang baru.  Oleh sebab itu, Joseph mengajaknya untuk makan tengahari bersama-sama bagi meraikan kejayaannya.  Sudah lama mereka tidak berjumpa.  Kali terakhir adalah semasa di ekspedisi dulu.  Madiha mengambil masa yang agak lama untuk memilih pakaian yang sesuai.  Walaupun ini hanya temujanji biasa, tapi dia mahu kelihatan menarik.

Dia berkira-kira untuk menggayakan gaun peach berbunga paras lutut yang baru dibelinya di butik East India.  Tapi memikirkan reaksi yang bakal diterima dari Joseph yang  tidak pernah melihatnya memakai pakaian seumpama itu, dia membatalkan sahaja niatnya.  Sebaliknya, dia memilih untuk memakai T-shirt Guess merah putih dan dipadankan dengan jeans putih.  Itulah penampilan dia yang biasa dilihat oleh Joseph.  Cuma, hari itu dia membiarkan sahaja rambut lurusnya yang mencecah bahu tidak berikat.

Lewat petang itu barulah dia pulang ke rumah.  Selepas makan, dia menemankan Joseph membeli beberapa helai pakaian baru untuk kegunaan ke pejabat.  Dia membelikan Joseph sehelai tali leher berwarna biru sebagai hadiah kepada kawannya yang baru mendapat kerja.  Semasa memilih tali leher di kedai Tie Rack, KLCC, Joseph telah memilih sehelai tudung berwarna merah jambu dengan corak geometri halus.  Joseph membeli tudung itu dan memberikan kepada Madiha.  Dia terkejut diatas pemberian itu, dan bertanya kepada Joseph makna disebalik hadiahnya kerana dia sendiri tidak memakai tudung.

"I tengok design tudung ni lawa dan warnanya pun lembut.  I rasa kalau you pakai masa raya nanti, mesti nampak lagi anggun.  Itupun kalau padan dengan baju raya you nantilah".
"Kalau nak padan, kenelah you belikan bajunya sekali", dia membalas dengan seloroh.
"Iyalah tuan puteri.  Nanti dah gaji, I belikan you baju ya", balas Joseph dengan gelak tawa.  Mereka kemudian berhenti untuk menghilangkan penat dan dahaga di Deli France sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Madiha, waktu itu sedang menyambung pengajian di tahun kedua.  Dia yang gemar membacasejak dari kecil lagi mengambil keputusan untuk memilih kerjaya sebagai perpustakawan, dengan alasan agar dia sentiasa rapat dengan buku-buku dan bahan bacaan.  Baginya, sehari tidak membaca adalah satu kerugian kerana banyak yang boleh ditimba daripada bahan-bahan bacaan tersebut.  Telah banyak buku-buku literasi dan ilmiah yang dibacanya.  Dia tidak memilih buku-buku karangan penulis terkenal sahaja, sebaliknya menyokong dan memuji bakat-bakat baru dalam bidang penulisan.  Kini, sudah hampir sebulan dia di kampus, bermakna selama itu jugalah dia tidak berjumpa dengan Joseph.  Namun begitu, hampir setiap  hari mereka bertukar-tukar berita melalui email.

Kalau dulu dia sering berbasikal dengan Joseph tetapi sekarang hanya Maya dan Sara saja yang menjadi temannya beriadah di waktu petang.  Walaupun pada awalnya dia merasa janggal dan kehilangan teman baiknya, namun dia cepat membiasakan diri dengan keadaan baru.

Suatu petang semasa dalam perjalanan pulang dari kuliah, dia bertembung dengan Sara.  Kawannya itu memberitahu ada pelawat istimewa yang sedang menunggunya di kafetaria.  Dalam hatinya tertanya-tanya siapakah agaknya pelawat yang dimaksudkan oleh Sara.  Tak mungkin Ummi dan Abi yang datang, kerana dia baru saja menelefon umminya semalam untuk bertanya khabar.  Tak ada pula Ummi bercerita tentang hendak melawatnya di kampus.  Walau bagaimanapun, dia mempercepatkan langkahnya supaya tanda tanya itu segera terjawab.  Terkejut dan gembira apabila dia lihat Joseph yang menantinya di cafe.  Joseph melambai-lambaikan tangannya apabila melihat Madiha menuju kearahnya.

"Joe, what a pleasant surprise!  What are you doing here?  You sihat?", begitu banyak soalan yang diajukan tanpa memberi peluang kepada kawannya itu untuk menjawab.
"I come to see you.  I have a good news and can't wait to tell you myself.  I'm so exited about it!!".  Rupa-rupanya Joseph memdapat tawaran pergi ke Jerman selama tiga tahun atas urusan kerja.  Ini merupakan satu peluang yang sangat berharga dan Joseph telah menerima tawaran tersebut.  Dia akan berangkat ke sana dalam masa seminggu lagi.  Ini merupakan perubahan disaat-saat akhir apabila rakan sejawatnya yang sepatutnya pergi telah menarik diri atas alasan peribadi.  Bermakna ini merupakan pertemuan terakhir antara dia dan Joseph kerana minggu depan peperiksaan pertengahan semestar akan bermula.  Dia tidak dapat untuk pulang ke Kuala Lumpur untuk menghantar Joseph.

Semenjak pertemuan terakhir itu, hari-harinya berlalu seperti biasa walaupun kadang-kala dia teringatkan Joseph.  Hanya email penghubung antara mereka berdua yang berada jauh beribu batu.  Kini, dia telah berada di tahun akhir pengajian, bermakna hampir 2 tahun mereka tidak berjumpa.  Dan selama dua tahun itu juga dia tidak rapat dengan mana-mana pelajar lelaki kerana hatinya belu  terbuka untuk menerima kehadiran sesiapa.  Kenangan bersama Joseph masih utuh walaupun dia tidak tahu kenapa dia begitu merindui saat-saat mereka bersama.  Hanya Maya dan Sara yang menjadi temannya ke sana-sini.  Itupun kadang-kala dia ditinggalkan sendirian kerana kawan-kawannya sudah mempunya buah hati masing-masing.  Sara, temannnya itu telahpun bertunang dengan teman lelakinya yang sama-sama menuntut di universiti yang sama dan akan diijabkabulkan sebaik sahaja tamat pengajian.  Pada usia begini, masing-masing telah mempunyai pilihan hati sendiri.  Sedangkan dia masih berteka-teki dengan perasaannya sendiri.  Walaupun dia sering teringatkan Joseph tetapi dia takut kalau itu hanyalah mainan perasaannya sahaja.  Selain latar belakang mereka yang berbeza, Joseph juga ada beberapa kali dalam emailnya bercerita tentang minah-minah mat saleh yang ditemuinya di Jerman.

Madiha merasa beruntung kerana sebaik sahaja tamat pengajian, dia mendapat tawaran bekerja di perpustakaan negeri di Shah Alam.  Kerana tempat kerjanya jauh dari rumah Ummi di Ampang, dia menyewa sebuah rumah di Shah Alam bersama-sama Maya yang kebetulan bekerja di Kelana Jaya.  Maya, gadis dari Melaka itu merupakan rakan biliknya selama tiga tahun di universiti dulu.  Sehingga kini, mereka masih tinggal bersama-sama.  Banyak kenangan manis dan pahit yang dikongsinya bersama-sama Maya.


***************************************


Deringan telefon bimbitnya menghentikan lamunannya.  Dilihat pada skrin, nama Maya yang tertera.  Seperti dapat merasa yang dia sedang memikirkan sahabatnya itu, Maya menelefon untuk bertanya khabar.

"Assalamualaikum Diha".
"Waalaikum salam.  Engkau sihat?".
"Sihat.  Engkau di rumah tepi bukit ke?".
"Macam biasalah Maya.  Hujung minggu begini macam dah jadi kemestian, aku mesti nak balik ke rumah ini.  Errrr.. kenapa kau cari aku ya?".
"Aku dah agak engkau mesti ada kat sana.  Aku ni sebenarnya cuma nak pastikan yang engkau tu okay sebab ada orang yang tak senang duduk bila engkau tak jawab panggilannya", jelas Maya.
"Sapa?"
"Sapa lagi kalau bukan peminat setia engkau, si Sulaiman tu", jawab Maya sambil tergelak kecil.  Dia hanyan memdiamkan diri bila nama Sulaiman disebut sahabatnya.
"Sebenarnya, dari semalam dia cari engkau.  Katanya, korang sepatutnya makan malam bersama tapi engkau tak datang.  Kau pergi mana?  Risau betul dia.  Lepas kau tak datang, dia pergi ke rumah kau, tapi gelap je katanya.  Dia telefon rumah dan handphone kau, dua-dua tak berjawab.  Ni yang dia minta aku tolong tanyakan khabar kau.  Diha, kau dengar tak apa aku cakap ni?", tanya Maya, risau bila kawannya itu berdiam sahaja.
"Dengar.  Maya, kau cakap kat Sulaiman, aku minta maaf sebab buat dia menunggu.  Siang tu bila kami bertembung, aku dah tolak pelawaannya.  Tapi dia yang beriya-iya dan memaksa aku untuk makan sama-sama.  Tapi aku sepatutnya telefon dan batalkan".
"Diha, aku ni bukan nak busy body hal engkau berdua, tapi aku tengok Sulaiman tu benar-benar ikhlas dengan kau.   Kau terimalah lamarannya.  Lagipun, dah dua tahun kau hidup sendirian.  This is the time for you to start a new chapter in your life.  Give yourself a chance, Madiha", pujuk Maya.
"I'm not ready yet", jawabnya ringkas.
"Sampai bila", ada nada tinggi disuara kawannya.  Mungkin Maya tidak berpuas hati dengan alasan yang dia dengar.
"Bila sampai masanya, InsyaAllah", masing-masing senyap membisu seketika. 
"Takpelah Diha, nanti aku bagitau Sulaiman yang kau tu sihat.  Cuma ayam & itik kau je yang sakit.  Sebab tu kau terpaksa balik ke rumah tepi bukit semalam", Maya cuba untuk mengurangkan ketegangan.
"Ada-ada sajalah kau ni, Maya".
"Okaylah Diha, si Adam ni dah nangis nak menyusu.  Nanti senang-senang aku telefon kau lagi.  Jaga diri kau baik-baik dan jangan bersedih sangat.  Dan lagi satu, jangan biarkan Sulaiman tu tunggu lama sangat.  Kesian dia.  Bye".  Maya mengakhiri perbualan mereka.  Dia termenung memikirkan kata-kata Maya dipenghujung perbualan mereka.


Sulaiman.  Satu nama baru yang muncul dalam hidupnya.  Mereka berkenalan setahun yang lalu masa Sulaiman sering berkunjung ke perpustakaan tempat dia berkerja untuk mencari bahan-bahan rujukan bagi kursus sarjananya.  Dia banyak membantu Sulaiman untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan terutama bahan-bahan yang didalam ruangan khas.  Dari situ, perkenalan mereka berlarutan sehinggalah pemuda itu jatuh hati kepadanya dan ingin melamarnya.  Namun, ingatannya pada Johan masih kuat lagi dan sukar untuk dia menerima lamaran tersebut.  Ingatannya kembali kepada Johan, kekasihnya yang telah pergi selama-lamanya.


Amimarzsays :  still in silence mode!


Makanan HALAL.

Ingat tak, aku pernah citer pasal daun kaduk gorengkan...sepatutnya, daun kaduk tu kene goreng dengan tepung gogi, tapi masa tu tepung tu tak ada, so aku ganti dengan tepung jagung & tepung gandum.  Jadi tu jadilah jugak, tapi rasanya tak sama.


Tepung gogi tu tepung apa?  Hah! Aku pun masa kawan aku bagitau kene pakai tepung gogi, aku pun tercengang-cengang.  Rupa-rupanya inilah dia tepung gogi yang dia cakapkan tu..  Cer tengok cer tengok...




Ohh.. rupa-rupanya tepung gogi ni ialah tepung tempura, so sesuailah kalau kita nak buat tempura udang atau sotong ya.. Kat belakang tu ada ditulis cara-cara bancuhannya.


Tepung gogi ni made in Thailand.. nampak tak tulisan kat packagingnya tu.  Ni sajalah nak story-story pasal citer halal atau tak halal ni.. Emm, macam Ustazah lah pulak bunyiknya ya..heheheh


Macam ni, aku pernahlah share ngan sorang kawan ni, pasal resepi-resepi yang aku dapat dari kawan aku yang berketurunan Thai .  Tak abis aku citer, member ni pun mencelah, “ehh.. bahan-bahan masakan Thai ni kebanyakkannya semua tak halal tau!  Orang-orang Thai bukan ramai yang beragama Islam.  Kilang-kilang dia pun kebanyakkannya orang  bukan Islam punya.  Akak tak beli bahan-bahan buatan Thai ni”.


Aku diam je lah, tapi dalam hati, “aik, makan kat kedai tomyam Thai tu buleh pulakkkkkkk”.  (Kena ingat, kebanyakkan kedai-kedai masakan Thai kat Malaysia, mereka memang menggunakan bahan-bahan masakan daripada Thai). Apa beza makan di kedai tomyam Thai dengan beli bahan-bahan masakan made in Thai???  Kat sini, statement dia tu aku kurang faham.  Kadang-kadang aku ni memang suka diamkan aje, orang yang suka bercakap macam bagus ni.  Sebab, kalau kita bantah masa dia tengok SYIOK bercakap, alamat sampai esok pagi mulutnya tak henti-henti nak bercakap.  Confident ke dia, semua makanan made in Mesir tu HALAL.  Atau betul ke makanan made in China tu TAK HALAL?  Takkan nak judge keHALALan sesuatu produk tu berdasarkan negara ia dibuat.


Apa guna tanda HALAL pada pek bungkusan tu?  Dari tanda HALAL tu, kita boleh jadikan sebagai satu indication masa nak beli produk makanan.  Pengiktirafan HALAL ni diberikan oleh majlis atau persatuan agama Islam ditempat masing-masing. Apabila sesebuah majlis atau persatuan agama Islam di negara luar mengeluarkan piawaian HALAL, kita mestilah bersangka baik yang ulama atau ketua agama Islam negara tersebut membuat yang penilaian yang terbaik untuk kepentingan umat Islam di negara tersebut. 


Tapi, masalah jugak, bila timbul isu tanda HALAL palsu!!!  Hai, banyak benor penyangak kat dunia ni ya.  Nak makan pun susah!  Bila timbul isu-isu tanda HALAL palsu ini, kita sebagai pengguna kenalah alert dan buat extra digging untuk dapatkan kebenaran cerita yang kita dengar.  Cari kepastian untuk hilangkan keraguan kita, “emm.. halal ke tak ni?  Boleh makan ke tak??”.  Bila timbul keraguan HALAL atau TIDAK HALAL, makanan tu dah jadi SYUBAHAH.  HARAM untuk kita makan makanan yang ada unsur-unsur SYUBAHAH ni. 


Jadi, kita nak buat macammana??  Nak pakai tanda HALAL, ada pulak yang palsu ya.  Untuk kes-kes sebegini, kita kenelah rajin-rajin cari info terkini daripada JAKIM.  Selain itu kita juga boleh ambil extra efford, dengan tengok isi kandungannya pulak.  Kan kat tiap-tiap bungkusan misti ada tertera kandungan bahan-bahannya.  Kalau memang dia terang-terang tulis bahan-bahan terlarang, walaupun ada tanda HALAL, wajiblah kita JANGAN BELI!!!


Tapi ada pulak bahan-bahan tu dia sekadar tulis kod sahaja.  Macam mana?  Penggunaan kod makanan ni dah lama digunakan, dan ia standard digunakan diseluruh dunia.  Memang ada kod-kod yang tak halal.  Jadi, kita kenalah tau apa kod-kod yang TAK HALAL tu supaya masa membeli barang-barang, kita tak tersalah beli.

Antara kod-kod makanan yang dikatakan tidak halal adalah seperti berikut :-

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327,334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904


Kebetulan, masa aku carik-carik info pasal kod-kod ni, aku terjumpa satu jawapan daripada JAKIM yang aku rasa menarik, aku nak share dengan semua.  Jawapan ni daripada surat pembaca kepada soal jawab dengan JAKIM.

Soalan:
SAYA ingin memohon penjelasan sebenar dari pihak yang berkenaan (JAIS, JAWI, Jabatan Kesihatan, dan lain-lain) mengenai barangan halal-haram di pasaran yang dikatakan mempunyai unsur-unsur kandungan lemak khinzir.

Jawapan:
UNTUK menjelaskan masalah yang dibangkitkan oleh pembaca di atas, pihak Utusan Malaysia telah menghubungi Bahagian Kawal Selia Pensijilan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berikut adalah keterangan yang diberikan:

Para pengguna biasanya akan meneliti senarai kandungan (ingredient) bahan yang dicatatkan pada produk, terutama bahan makanan bagi memastikan status halal haramnya.
Bagaimanapun, selalunya terdapat kekeliruan apabila pelabelan sesuatu produk menggunakan kod-kod tertentu seperti E471 dan sebagainya.

Kod tersebut membawa maksud edditives, iaitu bahan-bahan tambahan yang digunakan semasa proses penyediaan atau pengilangan sesuatu bahan makanan, terutama membabitkan pembungkusan.

Edditives antara lainnya bertindak sebagai anti foaming agent (anti buih), pewarna, penambah perisa dan penyebatian (emulsifier).
Ini selalunya digunakan ketika proses membuat kek atau coklat.
Bagaimanapun edditives tidak semestinya memberikan kesan dari segi nilai nutritif dalam makanan.

Merujuk kepada kod E471 atau istilah saintifiknya mono and diglycerides of fatty acid, adalah bahan tambahan yang dihasilkan (origin) daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.
Kebimbangan terhadap status halal atau haram, biasanya timbul apabila sesuatu edditives berasal daripada haiwan.

Namun, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebahagian besar bahan makanan yang diluluskan untuk mendapatkan label halal, didapati menggunakan edditives daripada tumbuh-tumbuhan.

Justeru pengguna tidak perlu bimbang tentang masalah kod edditives, sekiranya sesuatu bahan makanan itu telah mendapat status label halal yang sah daripada JAKIM.

Masalah hanya timbul apabila kadang-kala terdapat pengguna yang membeli bahan makanan, terutamanya coklat dari luar negara yang tidak dapat disahkan, sama ada edditives yang digunakan berasal daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Oleh itu bagi mengelakkan sebarang keraguan, para pengguna disarankan agar menggunakan bahan makanan yang telah mempunyai label halal. - HELMI MOHD FOAD



 

Info diambil dari SINI.


Jadi, korang faham tak???  Bila orang yang diberi tauliah telah mengiktiraf sesuatu produk tu HALAL, maka kita sebagai pengguna boleh mengambil menggunakannya sebagai garis panduan.  Jangan kita bersembang tanpa mengunakan fakta, itu TAK HALAL, ini TAK HALAL tanpa asas yang kukuh. Sembang ahli mesyuarat tingkap ni boleh membuat menimbulkan keraguan dan kekalutan kepada orang yang mendengar, terutama bila yang dengar itu jugak kurang pengetahuan.  Waulahua’lam.


Thursday, April 28, 2011

Teratai ku sayang - Part 3



"Diha, you temankan I cari kayu api, boleh?", suara Joseph mengajak.
"Cari kayu api tu keerja lelaki.  Tak laratlah I nak angkat kayu api tu nanti.  Tak sesuai lah", saja dia bermain kata-kata, walaupun tingkahnya dia sudah bersedia untuk mengikut kawannya itu.
"I taulah you tu macam tuan puteri, asyik nak kene manja saja.  Tuan puteri, boleh tak tuan puteri temankan hamba berjalan-jalan sambil mencari kayu api?  Kalau tak dicari kayu apinya, tak bolehlah dayang-dayang yang lain nak memasak dan nanti malam tuan puteri terpaksa tidur dengan perut yang kosong.  Lebih malang lagi kene gigit nyamuk.  Nanti hamba yang susah",dengan penuh gaya menyembah tuan puteri Joseph memujuk Madiha.
Melihat gelagat Joseph, Madiha hanya mampu tergelak. 

Mereka berjalan beriringan sambil berbual-bual.  Apabila ternampak ranting kayu yang besar, Joseph akan mengutipnya.  Dia pula cuba beringan tangan dengan membawa ranting-ranting yang kecil.  Tidak lama kemudian, mereka tiba di tepi sebuah kolam yang terbiar.  Tepi-tepi kolam kolam itu ditumbuhi dengan rumput-rumput yang subur membesar.  Beberapa ekor pepatung terbang hinggap diatas rumput-rumput itu.  Walaupun tepinya semak, tetapi kolam itu mempunyai tarikannya sendiri.  Terdapat pokok-pokok teratai yang tumbuh ditengah-tengah  kolam itu.  Dua pokoknya sedang berkembang mekar.  Tiupan angin yang sepoi-sepoi petang itu membuatkan kembang-kembang teratai menari-nari dengan lenggok sendiri.  Warnanya yang merah memberi kelainan kepada suasana yang penuh kehijauan dan sekaligus menutup pandangan semak-samun disekelilingnya.  Mereka berhenti duduk di tepi kolam sambil melihat pemandangan di tempat yang baru mereka kunjungi.


"Diha, habis ekspedisi ni you nak kemana?", tanya Joseph memulakan perbualan selepas beberapa minit masing-masing senyap memandang ke arah teratai yang ditengah-tengah kolam.
"I bercadang nak terus ke kampung Atuk di Merlimau.  Dah lama I tak balik kampung.  Lagipun, sekarang ni musim buah-buahan.  Ummi kata, durian sedang luruh di dusun dan rambutan pun dah ranum.  Tak sabar rasanya nak balik ke kampung Atuk.  Dah puas kat kampung barulah I balik ke Ampang.  You pula, ada plan nak kemana-mana ke?', dia bertanya balik ke Joseph.

"Tak ada, cuma mungkin nak luangkan lebih masa dengan Mail, Lim dan Jay sebelum kami balik ke kampung masing-masing.  Lepas ni, bukan senang nak jumpa mereka.  Si Lim tu, keluarganya dah tak sabar-sabar tunggu dia kat Kuching.  Dengarnya, mereka dah ada calon isteri untuk dia. Bertuah Lim, semua keluarga dia yang uruskan.  Macam I ni, susah senang tanggung sendiri.  You Diha, dah ada teman lelaki ke?", Joseph cuba mencungkil rahsia.

"Pandailah you nak kenekan I ya.  I ni manalah ada boyfriend. You tu lainlah, ramai peminat. Aweks keliling pinggang", dia ketawa sambil cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan tadi.
"Kenapa you takde boyfriend? You ni memilih ya?"
"Emm.. banyaklah you ni, memilih konon... Sapalah yang nak kat I ni.  I tak lawa..."
"Sapa kata you tak lawa.  Kalau dibandingkan dengan teratai tu, you lagi lawa tau", Joseph tergelak mengusik.
Madiha membaling ranting kecil ke arah Joseph kerana geram disakat olehnya.  Gelak kawannya itu semakin kuat.
"Kalau you susah sangat nak dapat boyfriend, biar aje lah yang jadi boyfriend you.  Untung you tau.  I ni kan baik hati orangnya, kacak dan ada senyuman yang menawan", sambil tersenyum meleret Joseph memuji dirinya sendiri.  Tidak dinafikan, Joseph memang mempunyai senyuman yang menawan.  Senyuman yang sering menampakkan gigi taringnya yang berlapis dan lesung pipit yang hanya terlekap di pipi kanannya, membuatkan dia mendapat jolokan sipenggoda oleh penghuni kampus.
"Lagi satu, I suka tolong orang. Lagi-lagi kalau orang tu, you sendiri, sepantas kilat I datang".
"Kita tengoklah nanti, kalau betul apa yang you katakan tadi".  Kepalanya ligat memikirkan apa yang dia nak buat untuk membalas usikan pemuda itu.  "Joe, I sukalah bunga teratai tu.  You tolong ambilkan untuk I, boleh ke?", Madiha menguji.

Dengan spontan, Joseph bergerak ke tepi dan bersedia untuk memasukkan kakinya ke dalam kolam.  "Joe, you are not serious, right?  You are not going to swim in that water just to get that flower for me, right?", ada nada gusar disuaranya. "Well, I don't want that lotus, anyway", pantas dia bersuara, bimbang Joseph betul-betul nak pergi mengambilnya.
Joseph berpaling dengan senyuman yang paling menawan pernah dia lihat, sambil berkata,"jadi girlfriend I Diha.  Satu kolam teratai I hadiahkan untuk you".
"Kalau you setuju tukar nama jadi Muhammad Joseph, bolehlah I pertimbangkan", dia pula mengusik Joseph.  Dia tahu gurauan itu tidak akan membawa apa-apa makna kerana banyak perbezaan antara mereka.
"Takkan Muhammad Joseph.  It's a weird combination.  Tak sesuai".
"Emm... Muhammad Johan lah.  I suka.  Johan is pemenang.  So, you'll be a winner all the time".
"Muhammad Johan.  Nice name.  I can consider that".
"Sudahlah Joe.  Kita ni asyik sembang kosong je.  Kita ni sepatutnya carik kayu api, bukan menyembang tepi kolam.  Nanti tak berasap dapur kita malam ni.  Jom balik ke khemah".  Dia tak mahu perbualan yang tak berasas itu berpanjangan.

Sebelum mereka beredar, Joseph sempat memetik bunga-bunga liar berhampiran dan memberikannya kepada Madiha, katanya untuk tuan puterinya.


************************************************************

Melihat sekuntum bunga teratai ditengah-tengah kolam membuatkan hatinya sayu kembali.  Tinggal sekuntum bunga itu yang masih segar berkembang, sementara sekuntum bunga yang lain telah layu.  Walaupun bunga teratai itu nampak cantik, tapi seperti dirinya, ia sendirian ditengah-tengah kolam itu.  Mengumpamakan dirinya ibarat teratai itu, hatinya semakin sayu.  Airmatanya jatuh tidak dapat ditahan lagi.  Kenangan bersama Johan tidak pernah padam dan rindunya juga tidak pernah berkurangan.  Hanya Tuhan saja yang tahu derita yang ditanggungnya.

**********************************************************

Wednesday, April 27, 2011

Mefe sadfad....



Moodfud pafagifi afarifi nifi safangatfat tenfensenfen.  Pafagifi-pafagifi sufudahfah jifiwafa kafacaufua.  Bafanyakfak benfendafa yangfang nakfak kefenefe pifikirfir.  Takfak pefe, mafasihfih afadafa samfampaifai pefetangfang ifinifi unfutuktuk pifikirfir.... nakfak bufuatfat afataufau tifidakfak....

Afadafa beferafanifi afataufau tifidakfak....  Sufudahfah tefekadfad afataufau mafainfin safajefe.  Mefe ifaronfen lafadyfy!!!!

Gofo girlfel!!!!!

Teratai ku sayang - Part 2



"Aku terjumpa dengan Mail di perpustakaan tadi.  Bersungguh-sungguh dia mengajak aku menyertai ekpedisi berbasikal tu.  Dahlah dia buat muka seposennya, kasihan pula aku tengok", Maya kawan baiknya bercerita dengan penuh semangat.

"Habis tu, engkau setuju ke untuk pergi dengan mereka?  Masa makan tadi, Joseph pun ada bertanyakan soalan yang sama.  Kasihan mereka, acara kali ini kurang mendapat sambutan.  Yelah, cuti semester ramai yang hendak pulang terus ke kampung masing-masing", dia memberi respon kepada topik perbualan mereka.

"Yelah, kasihan mereka.  Lagi-lagi Joseph sebab dia yang akan mengetuai ekspedisi tu nanti.  Aku ni mudah cair bila orang buat muka kesian, jadi aku pun setujulah."  Maya memaklumkan penyertaannnya.

Sambil tersenyum menyikat rambutnya, Maya berhati-hati mengeluarkan kata-kata, "Diha, kau tak marahkan aku letak nama kau sekali.  Kasihan aku takde kawan nanti.  Kau kan kawan aku, jadi kau temankanlah aku disana nanti ya."  Ada riak takut diwajah Maya semasa menyampaikan berita itu.  Walaupun mereka berkawan baik, tapi dia tahu sepatutnya dia berbincang dahulu dengan Madiha dan meminta persetujuannya.  Madiha pula melihat Maya dengan pandangan yang kosong tanpa bersuara.

"Alah Diha.  Janganlah marah.  Aku tahu aku salah, tapi engkau janganlah marah-marah aku ya.  Kalau engkau tak nak ikut, takpe lah.  Nanti aku batalkan nama engkau.  Diha, senyumlah.  Janganlah marah.  Lagipun niat aku baik.  Aku ingat nak bagi kau pergi sebab Joseph ada.  Ini ekpedisi terakhir dia.  Semester depan dia dah habis pengajian, nanti kau tak dapat jumpa dia lagi.  Diha, janganlah diam je.  Diha...," Maya memujuk kawannya yang dari tadi membisu sahaja.  Bermacam-macam alasan diberikan tanpa putus-putus mengharap simpati sahabatnya itu.

Melihatkan Maya yang bersungguh-sungguh meminta maaf, timbul rasa simpatinya.  Ditambah dengan matanya yang terkelip-kelip mengharap simpati, membuatkan Madiha hampir-hampir tergelak.  "Baiklah, aku tak sampai hati tengok engkau asyik mengelipkan mata macam cicak.  Aku maafkan kau.  Tapi lain kali jangan buat lagi ya."  Madiha tahu Maya bukan sengaja hendak membelakangi dia didalam membuat keputusan.  Lagipun mereka berkawan rapat, salah sikit tak perlu diperbesarkan.

"Lega hati aku, engkau dah maafkan.  Aju janji aku tak buat lagi ya.  Tapi engkau nak ikut sama ke ekspedisi tu tak?".  Walaupun baru sahaja dimaafkan tapi Maya masih tidak serik bertanyakan ekspedisi tu.  Ada nada merayu didalam suaranya.  Dia sangat-sangat berharap Madiha akan setuju kerana dia telah berjanji dengan Mail untuk memujuk Madiha.  Semuanya kerana Joseph yang beriya-iya benar mahu Madiha ikut serta dan dia telah kebuntuaan akal untuk memujuk wanita itu.

"Kalau engkau janji akan menggantikan aku tiap kali kene memasak masa ekspedisi tu, aku akan ikut.  Kalau tak, aku tak nak ikut,"  saja Madiha mengenakan syarat kepada Maya.  Tapi sebenarnya dia pun memang ada hasrat untuk turut serta dalam ekspedisi tersebut, dan alasannya hampir sama dengan seperti yang Maya katakan sebelumnya.  Semuanya kerana ini merupakan ekspedisi terakhir bersama-sama Joseph.  Dan, seboleh-bolehnya dia tak mahu melepaskan peluang ini.

"Itu tak jadi masalah.  Aku tau kau tak nak masak sebab kau tak pandai masak, betul tak?  Jatuhlah saham kau kat Joseph kalau dia tau yang engkau tak pandai masak." Maya tergelak besar. "Tak guna punya kawan, mengutuk aku pulak ya", Madiha berpura-pura merajuk sambil membaling teddy bearnya ke arah Maya.

"Ekspedisi berbasikal bermula sebaik sahaja peperiksaan akhir semestar kedua tamat.  Madiha, Maya dan Sara bergilir-gilir mengayuh basikal dengan peserta lain kerana pihak penganjur sengaja menyediakan peserta tambahan, takut-takut ada peserta yang tak larat untuk berkayuh kerana keletihan.  Lagi pula mereka bertiga merupakan pelajar junior, dan kurang menjalani latihan stamina.  Oleh sebab itu, mereka diberi tugas tambahan iaitu untuk menyediakan minuman untuk setiap peserta apabila mereka berhenti berehat.  Sepanjang di dalam van, Madiha asyik melihat Joseph yang mengayuh basikal dengan penuh bertenaga.  Dia sentiasa berada dihadapan mengetuai kumpulan ekspedisi itu.  Dia memang gemar sukan berbasikal. Setahu Madiha, Joseph sering juga menyertai pertandingan sukan tersebut dan pernah menang beberapa kali.  Dia juga meminati sukan ini, tapi tidak pernah menyertai apa-apa pertandingan.  Baginya, dia berbasikal sekadar untuk beriadah dan mengisi masa lapangnya sahaja.  Namun, kerana minat yang sama, mereka berdua sering juga menghabiskan masa petang bersama-sama berbasikal disekitar kampus.  Keakraban mereka pada awalnya menjadi bualan ramai kerana orang hanya memandang kepada perbezaan bangsa dan agama mereka sahaja.  Tambahan pula Joseph, pelajar tahun akhir ini, mempunyai peminatnya sendiri.  Ramai pelajar perempuan yang mengagumi wajahnya yang kacak dan cuba untuk merapatkan diri kepadanya.  Bagi Madiha yang sedar akan perbezaan besar antara mereka, tidak pernah mengharap sesuatu yang lebih dari persahabatan biasa.

Pada hari ketiga ekspedisi, mereka tiba di kaki Gunung Ledang.  Kalau malam sebelumnya mereka bermalam dirumah tumpangan ataupun asrama sekolah, tapi malam itu mereka ingin merasa tidur di khemah berselimutkan langit dikaki Gunung Ledang.  Setiba dikawasan lapang, masing-masing memulakan tugas yang telah diberikan terlebih dahulu kepada mereka.  Walaupun penah berbasikal, mereka tetap bertenaga dan bersemangat untuk melalukan tugasan mereka.  Maya yang sudah berjanji untuk menggantikan dia memasak, mengotakan janjinya dengan senang hati.  Dia pula mengambil tugasan yang lebih mudah iaitu mengemas khemah peserta wanita yang telah dibina secara bergotong-royong.  Semasa dia leka mengemas, tiba-tiba namanya dipanggil....

Amimarzsays : zzzZZZZZZ  till then.




Kolesterol - Me Hate You!!!

Lepas lunch tadi, sorang member minta tengok tangan aku... dia kata dia dah jadi tok bomoh.. opssss... Mak Moh kot..hahaha.. Aku pun kasiklah tangan aku.. lepas tu dia belek sana, dia belek sini.. tekan sana, tekan sini...

Dianogsis Mak Moh pasal diri aku:-

   Selalu sakit-sakit pinggang  --- > BETUL!!!
-      Banyak angin dalam badan  ---- >  BETUL!!!
-      Badan berKOLESTEROL  ---- >   ALAMAK!!!

Macam mana Mak Moh buat dianogsis dia...

  1. Sakit pinggang – dia tengok kat jari kelingking.. ruas kedua tu bengkok sikit.. tu tandanya  orang tu selalu sakit-sakit pinggang... Kalu ruas pertama yang bengkok, tu tandanya orang  tu selalu sakit2 di bahagian leher.
  2. Badan berangin – dia tengok kat tapak tangan... ada area-area yang nampak tompok-tompok putih.  Dia kata tompok-tompok putih tu angin la tu...emmm
  3. Kolesterol – ni pun dekat tapak tangan.  Sama jugak, ada tompok-tompok atau  bintik-bintik merah.  Yang ni dia kata kolesterol.


Adey... semalam baru cerita pasal bab-bab makan tak hingat ya.  Hari ni aku pulak yang terkene...

So, aku pun google la carik sikit info pasal KOLESTEROL ni.  Kenelah tau , sebab tuan punya badan pun banyak kolesterol ni.


Kolesterol ikut kata cik WIKI ni ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL


Ok, panjang betul cik WIKI ni bercerita ya..  banyak la pulak ceritanya ya...  

Kolesterol ni bukan something yang baik untuk kita simpan dan belai dalam badan kita ni..  Walaupun sekarang ni macam tak ada masalah kesihatan, tapi bila umur semakin meningkat, pemakanan tu kene lah dijaga.  Selain daripada tu, kenelah rajin-rajin bersenam jugak.  Badan kita, kesihatan kita, kitalah yang kene jaga.  Takkan nak harapkan jiran sebelah rumah mak cik kita pulak yang jaga untuk kita, ye tak???


Rasa-rasa aku, dulu ada kawan-kawan hantar email pasal makanan mengikut jenis-jenis darah.. Kene check balik archive aku, ada lagi ke tak.. kalu ada, nanti kita share-share info ya...

Tuesday, April 26, 2011

You Are What You Eat!!!


Sapa suka makan???  AKU
Sapa suka coklat??? AKU
Sapa suka tidor???  AKU
Sapa suka tengok TV???  AKU
Sapa suka bersenam???  -----
Sapa suka ulam-ulaman???  -----
Sapa suka puasa sunat???   -----
Sapa suka ubat???   -----


Sekarang ni memang banyak kita dengar, orang cakap pasal masalah kegemukkan, obesiti, penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah jantung... dan seribu macam penyakit!!!



Masalah kesihatan ni, banyak puncanya.  Ada yang dapat penyakit kerana factor genetik @ keturunan.  Ada jugak penyakit yang datang kerana tuan punya badan yang carik penyakit...  Salah satu puncanya ialah, BILA MAKAN TAK HINGAT!!!



Ni bukan nak story pasal orang lain.  Aku ni pun kadang-kadang makan tak hingat!  Pagi sarap nasik lemak, lunch pulak nasik campur.  Petang-petang sikit, kirim pisang goreng kat brader despatch yang on the way nak balik ke office.  Balik rumah, tengok dalam tudung saji, lauk fulamak!!!  Mak masak BEST!!!  Makan lagiiiii.....  ishx3  Macam mana badan tak naik montel.  Tapi tu suatu masa dululah... hahaha



Bila Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan arahan makanan ringan tak boleh dijual dikantin-kantin sekolah, aku  rasa itu salah satu langkah yang bagus.  Pendedahan tentang pentingnya pengambilan makanan yang berkhasiat ini perlu diterap dalam diri anak-anak kita.  Kita kene didik anak-anak kita untuk SAY NO TO JUNK FOOD!!!  Sekurang-kurangnya, kita ambil langkah pencegahan diperingkat awal, sebelum penyakit-penyakit ni menjadi masalah besar untuk kita semua.



Bukan kerajaan saja yang patut mainkan peranan dalam usaha pencegahan ni.  Kita ibu bapa pun patut kawal pemakanan anak-anak kita.   Jangan manjakan mereka dengan snack @ jajan.  Jangan jadikan makan di fast food satu routine hidup.  Kalau boleh, rajin-rajinlah memasak untuk keluarga.  Masak sendiri lagi bagus sebab kita boleh kawal makanan yang disediakan dari segi kebersihan dan kandungan bahan-bahannya.  Bagi yang ibu-ibu bekerja, mungkin penat bila balik dari pejabat.  Tapi, inilah pengorbanan kita untuk anak-anak dan keluarga.



****************************

Garis panduan senarai makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah, iaitu:
  1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  2. Minuman ringan bergas.
  3. Gula-gula, coklat dan biskut berkrim.
  4. Jenis-jemis makanan yang elah dijeruk sama ada masam atau masin atau manis, basah atau kering seperti asam manis atau masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia, jeruk bawang dan lain-lain.
  5. Makanan snek yang rapuh seperti ‘crackers’.
  6. Semua jenis makanan yang berupa permainan atau yang dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
  7. Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya.
  8. Makanan yang melampaui tarikh tamat tempoh.

Selain itu, makanan dan minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah pula ialah:
  1. Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang berlebihan seperti sirap, donat, aiskrim dan lain-lain.
  2. Minuman berperisa kecuali susu berperisa.
  3. Minuman yang menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik seperti minuman oren dan lain-lain.

Wednesday, April 20, 2011

Running in my 2 inches high hill shoes... sadis.

Seriusly, macam nak tercabut kaki den ni... Ya Allah, sodih bonar la den pagi ni.  Nak kato lambat bangun pun tidak.  Nak kato bas lambat pun tidak.  Tapi tensen bonar, pukul 7.25 kek hiway Besraya area Jalan Kuchai tu bas SKS tu buleh ler dia ROSAK!!!!  Umanghaiiiiii... Loteh den dibueknyo...  Kojap kang, drebar lambek sampai, kojap tu jalan jemmed.. lah ni dia buek hal pulak tu.. Kot bas buruk, faham la kito kan...  Ni bas baru!!! Dongar kato hage 1 bas dokek sejuta.. Iyo ko???   Apo kejadah eh boli  bas mahal-mahal, sekojap yo pakai dah rusak!!!   Boli bas seken ko apa SKS ni....



Bilo bas  belakang sampai, turun lah kami semuo.. nak menumpanglah konon-kononnya.. Pulak yang cikaru-cikaru yang masuk bas tumpang tu, tak mau pulak masuk terus ke dalam bas.. Dok menepek tak topi tanggo!!!  Hampeh botol!!! Tak do timbang raso bonar nengok kawan-kawan lain yang tak dapek nak naik.. Panas bonar hati den ni nengok bas tu jalan. Kek tingkat bawah tu, takde seekor  umat pun yang berdiri.. kosong longang.. Apo salah er masuk dalam sikit, kasik la kekawan lain  masuk.  Ni sumo nak poei kojo ni.. bukan nak poei fun fair....



Kami ni yang lain pun torcangaklah kek tepo jalan tu.  Jalan dah lah jemmed teruk.  Nak nunggu bas SKS lain sampai, mau high blood den naik.  Datang la Bas Metro, “Mau pegi mana Kakak?” kami pun jawablah CM.  “Masuk-masuk, ini  bas pegi ke Kotaraya.  Sudah dekat ito.. Boleh jalan saja”.  Aku pandang orang sobolah, dio pandang aku.. pandang orang sebolah lain.. last-last ok lah.. naik lah bas. 



Tetiba bas tu terus ke Jalan Kg Pandan.. Apo ni.. bas ni nak  ke mano??? Aduh.. poning kitorang ni.  Dalam keadaan jalan yang jemmed tu, buleh  bas tu bawak kami pusing sampai ke Jalan Hang Tuah tu.....  Member sobolah tanyo lah konduktor bas tu, “iya kak, ini memangnya laluan bas ini.. tapi ya memang sampai ke Kotaraya.. Tak jauh, dekat saja”.. YA AMPUN pak!!! Yang dokek tu KOTARAYA ngan CENTRAL MARKET, tapi jalan yang ekau  bawak ni pusing-pusing, jauh banget dong!!! 



Sampai je kat area Puduraya, kitorang semuo pun turun.  Membo sobolah, Aunty India kato lagi dokek kalu pegi  ke Masjid Jamek... So, aku pun berlari-lari anaklah ngan dia.  Nak melintas, dio pogang tangan den, den pun pogang tangan dio...  bersatu kami berlari.... hahahah.  Ala-ala Bollywood tu, ngan Aunty pun pun memang pakai baju Punjabi.. hahahha  Dia takpo la, pakai solipar flat jo.. den ni hah, dongan kasut tumis 2 inci ni... macam mak nyah berlari kono kojar orang jabatan agamo yo... “sakit bang” (suara kene kombang ok...)  hahaha. 



Sampai stesen LRT Masjid Jamek pukul 8.30pg.  Nasib tren memang dah ado, torus den naik.  Pukul 8.48 sampai lah den kek opis ni hah... Macam nak putus nyawo den berlari, sampai jo opis habis Teh-O segolas.  Haus gilo!!!  Adui.. apolah ari ni.  Popagi laie dah bernasib malang!!!  Conpem esok den dapek Late Notification...  Harus DEN tulis, “KITA BAKO!! KITA BAKO bas tu!!!”  HAHAHAHA. 



Tapi kesian ado membo sorang tu dio terus amik EL, tak sanggup asik  lambek jo sampai opis.. Dio turun kek Pudu tadi torus amik bas balik Somban.  Cian dio.  Sajo makan angin pagi-pagi ni dari Sonawang ko KL, pastu balik ko Somban balik... Sabor yo lah.  Raso nak complen jo kek Kementerian Pengangkutan.. Sapo montori errrrrr???




Amimarzsays : esok naik bas ko komuter... kejap lagi den lambung syiling ya... huhuhu

1000 - 1500 : Berjimba di Jusco Mid Valley!!!!

Penat, tapi GUMBIRA sangat!!!  Hari ni amik cuti semata-mata nak pergi JCard Sales kat MV.  Dah lama jugak tak pergi bershopping, sakan macam ni.   Best!! Best!! Best!!



Pagi tadi, lepas hantar Nana ke sekolah, me & Mr Hubby pun bertolak Mid Valley... Macam nak pergi kohje la plak ya.  Macam biasalah, pagi-pagi kat KL ni kalu tak jemmed tak sahkan.  Lepas berjaya tempuh jemmed, maka sampailah kami ke MV.  Masa tu pukul 9 lebey.  Parking kat Zone B - P1 dah PENUH!!!  Zone B - P2 pulak masa tu tinggal 445 je.  Tapi Zone C pulak banyak lagi, dalam tujuh ratus lebih.  Amboi x2... Ramai lagi yang lebih awal dari kami ya...  Pusing-pusing dekat 15min, dapatlah parking.. Nasib baik jugak sampai awal, masih banyak lagi peluang untuk dapat parking... 



Then the hunting begannnnnnnnnn................  First thing first, we went to handbag section.  That was my main target.  Lepas 2kali tawaf, maka jumpalah pilihan hatiku....  This time, I want a small tiny handbag.  Cukup-cukuplah dulu ngan handbag besaq-besaq ni... 



Ni lah handbag baru Ai.. by ELLE.  Kecik je, talinya pun pendek.  Ngam-ngam letak kat bahuku....



Masa aku tengah posing-posing depan cermin dengan handbag ni, Mr Hubby kasik lagi 1 beg.  Dia kata, beg ni sesuai kalu nak bawak pi kerja, sebabnya aku ni kan travel naik bas or tren.  Emm... ok gak idea tu!!  Bila tengok tagnya - RED @ 70%!!!   After less, tak sampai pun seratus - Itu sudah BAGUS!!!  Sambar jugak lah.  Ni lah yang dikata, rezeki jangan ditolak, minta 1 DAPAT 2...






 Travelling bag pilihan Mr Hubby - I FOLLOW!!!




Lepas tu, aku pun pergilah dari 1 department ke department yang lain.  Sempatlah tangkap beberapa helai baju untuk aku.  Masa kat Children Department tu yang paling lama... 1st round, URSHA x2 dulu.. 2nd round, pilih mana yang berkenan.  3rd round, double check if ada yang termiss pandang tadi.  hahaah...  Kalau sekali pusing je macam tak puas... sebabnya bila dah banyak sangat yang cantik-cantik, rambang mata... sebab tu kene carik perlahan-lahan..



Masa pusing-pusing kat sini, terserempak la pulak ngan Mrs Sunnies & hubby.  Amboi, penuh dah troli dia ngan barang-barang baby.. Emm... misti dia excited betul nak beli barang-barang baby ni ya...  Bukan nak kata dia, aku ni pun kalu shopping baju Buchuks, macam orang kene rasuk, semua nampak lawa.... masalahnya "kepala Agong" lawa ke tak aje..hahahah



Lepas dah puas hati dengan pakaian Buchuks, aku pun pergilah ke 2nd Floor - Household Department.  Niat hati nak beli cadar je, tapi masa pusing-pusing tu, nampaklah sekumpulan makcik-makcik ni berkerumun kat 1 promotion lot.. Apa yang makcik-makcik ni tengok ya.. Aku pun panjangkan leher.. Oooo... periuk  Iron Chef on sales @ 70%.  Dalam hati kata OK ke brand ni.. Tapi kalu tengok macam bagus je.. Nak belek ke tak??? Lepas tu dengarlah mak cik sebelah ni cakap kat kawan dia, BAGUS ni & MURAH... OK, macam tau-tau je mak cik ni ya.. Ada six sense gamaknya dia ni..hahaha   So, aku pun try la pegang 1... after less RM20... ambil tak ambil.. Belasah je lah.. Kat rumah pun tak cukup periuk.. Kalu tak bagus pun, cuma rugi RM20 je....  Bukan RM200 kan.. Kalu bagus - good investment... Sempat lagi buat kira-kira investment risk tu..hahaha



 Periuk ku..hahahah.. tak tahan Andak gelakkan aku... Nanti ya, kakak hang ni masak pakai periuk baru, hang jangan gelak noooooooo..... hahahah



Selesai kat household department tu, kami pun pergi makan Teppayaki.  Lepas makan kami pun ready-ready untuk balik ke rumah.   Masa tu, barulah terasa penatnya kaki ni...  Sebelum balik, singgah ke counter redemption, untuk tukar cash voucher.




Immediate return of investment @ 10% in 1 day!!! ASB pun kalah.. hahahaha.  Boleh pakai untuk shopping raya ya... Yay Yay!!!  Lilin kat belakang tu pun beli siang tadi... hehehe



Bila sampai rumah, suka sangat Buchuks dapat baju baru...  mana taknya, sorang dapat 4 pasang...  Siap dapat sling bag tu.. Barbie & Princess (tapi picture lupa nak amik..huhuhu). Tu lah masalahnya ngan aku ni, kalu bab shopping baju Buchuks memang susah nak control.. lagi-lagi kalu tengah sales macam ni.   Tapi tak apa lah, bukan selalu pun kan.  Setahun sekali je. And lepas try baju-baju diorang tu, terus kiss-kiss Ami... mekacah Ami... Muahahaha.  Luv you girls....



Tapi yang tak siyok nyer, dah malam-malam sikit baru teringat, ada benda yang TERLUPA nak beli... Ai punya KASUT!!!! Lok lak sungguh la aku ni... tadi dah tengok-tengok, tapi Mr Hubby ajak gi Children Department dulu.  Aku pun ingat nantilah, tengok kasut ngan Ateh je lah.. last-last putih mata je.. LUPER...sedey....



Amimarzsays : Penat nak tido!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...