BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, March 16, 2011

Makeover!! Makeover!!

Today I decided to do a makeover to my blog entirely, but first and foremost  the blog title.  Sambal Pecal Manisan Kabung is rather too long for a blog title, and it wasn’t catchy at all, right!!
So, I was pressing my thought, pulling ideas what’s the suitable name to replace it!  Came out with several: “Amimarz in d’house”, “Journal Amimarz”, “Story Morry Amimarz” and “Amimarz Sana Sini Sinun”.
I was thinking, Journal Amimarz is rather general,  or “Skema punya tajuk”..hehehe.  Amimarz Sana Sini Sinun  @ Amimarz Everywhere is more casual (but the Malay version is more catchy kan..)
So then, it was decided that Amimarz Sana Sini Sinun won  the vote... 1 vote only – that me, alone.. hahahaha.... And the tagline Nobody, Nobody like ME!!! – because the Buchuks  love this song like mad, they will sing and dance when they hear this song!! J ( I changed the word for you to me – because this blog is story about ME, not YOU..hahahah) 

Amimarzsays :  more coming in the makeover!!!

Tuesday, March 15, 2011

Sistem Kod Plastik



Kita biasa tengok simbol-simbol segitiga dengan anak panah berangkai  dengan nombor-nombor didalamnya di bawah botol atau bekas plastik yang kita beli. 
Tahu tak apa makna simbol-simbol ni?  Ada yang beranggapan ianya dibuat daripada bahan-bahan kitar semula atau pun bekas plastik ini boleh dikitar semula.  Silap.  Nombor-nombor itu sebenarnya memberitahu kita  jenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik berkenaan.  Ia juga bertujuan untuk memudahkan pekerja-pekerja di bahagian kitar semula untuk mengasingkan bekas-bekas plastik mengikut bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastic berkenaan.
Bisphenol A, sejenis bahan kimia industri yang digunakan untuk menghasilkan plastik polikarbonat telah mencetuskan isu berkaitan dengan kesihatan dan perdebatan antara saintis dan ..  Polikarbonat termasuk dalam katagori no 7 dalam kod plastik, walaupun bukan semua barangan dalam katagori 7 adalah diperbuat daripada polikarbonat.
Walaupun potensi risiko kesihatan daripada penggunaan plastic ini masih belum dalam perdebatan hangat, pemahanam  tentang simbol  kod plastik dapat membantu pengguna mengetahui apakah jenis plastik yang mereka gunakan dalam kehidupan seharian...

Amimarzsays : Jom ramai-ramai guna Tupperware!!!

Monday, March 14, 2011

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT


a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Thursday, March 3, 2011

Mengakui Kesilapan Sendiri

Pandangan aku, orang yang berani mengakui kesilapan dia, adalah orang yang benar-benar berani dan jujur.  Berani untuk menerima akibat dari kesilapannya, dan jujur kepada diri sendiri.  Kalau dengan diri sendiri pun nak menipu, dengan orang lain apatah lagi.. betul tak??

Tak mau cakap panjang.. Masing-masing dah dewasa dan berakal. Menidakkan yang benar dan mengiyakan yang salah, adalah kebatilan yang paling jelek sekali.

Amimarzsays : Lu pikir la sendiri!!!

Kegilaan ku - Astro One HD


Sapa tau ni logo apa???

Takpelah , aku tanya, aku jawab sendiri.  Hah! Inilah logo Astro One HD (Channel 393), khas untuk drama-drama Korea sahaja.  Peminat-peminat drama Korea misti excited kan.  Mana taknya, 24jam drama Korea tanpa henti!!!

Aku bukanlah peminat drama Korea.  Aku terjumpa Channel 393 ni secara tak sengaja, sebabnya terlalu bosan dengan Astro yang asik ulang cerita yang sama.  Kebetulan, masa jumpa Channel ni, drama best disiaran.  Apalagi, teruslah follow.



Drama Secret Garden ni lah yang aku mula-mula tengok di Astro One ni.  Memang sweet ceritanya.  Kisahnya pasal lelaki ni anak orang kaya, jatuh cinta dengan gadis ni yang kerjanya sebagai stunt-woman.  Kemudian lelaki ni kemalangan, dan hilang ingatan.... tapi cinta mengatasi segalanya, banyak benda yang dia lupa, tapi dalam ingatan dia ada nama gadis itu, cumanya dia tak ingat siapa gadis itu dihatinya....bila dia lihat perwatakan gadis tu yang gila-gila dan kasar, dia tak tahu kenapa dia boleh bercinta dengan gadis itu.  Jadi dia pun mencari-cari jawapan, sambil cuba mengenali gadis ni.  So sweet...




Ni pulak Paradise Ranch.  Drama ni baru lagi.  Kisah pasal pasangan suami isteri yang telah bercerai, tapi bila balik ke Korea, mereka perlu berhadapan sesama sendiri dalam urusan harian dan perniagaan.  Walaupun, masing-masing punya pilihan sendiri, tapi bila ternampak ex-wife/ex-husband dengan kekasih masing-masing, nampak riak cemburunya...  Tak sabar nak ikuti kesudahan cerita ni.. Adakah mereka kekal dengan kekasih sekarang, atau pun kembali semula sebagai suami isteri...




Drama Love You Thousand Times ni pulak menggantikan drama First Wives Club yang baru saja abis  2 minggu lepas.  Masih terlalu awal lagi ceritanya.  Tapi, drama berkisah tentang seorang gadis yang terpaksa menjadi ibu tumpang semata-mata ingin membantu keluarganya yang kesempitan kerana perniagaan ayahnya mengalami kerugian, dan dalam masa yang sama ayahnya pula sakit.  Yang nak dijadikan cerita, gadis ni mengandungkan anak untuk abang kekasihnya... macam best kan ceritanya!!!



Bukan aku saje yang minat Channel 393 Astro One ni, tapi Mr Hubby pun minat jugak.  Tapi dia takde lah suka cerita cintan-cintun macam aku ni.  Dia minat drama Giant ni, yang lebih sesuai dengan jiwa dialah..hehehe  Drama Giant ni berkisar pergolakan, dendam  & persaingan dalam bidang perniagaan.  Kisah 3 beradik, yang kematian ibubapa akibat ketamakan seorang sahabat.  Bila 3 beradik ni besar, abang-abangnya bersumpah untuk membalas dendam terhadap orang yang membunuh ibubapa mereka.  Untuk menjadikan cerita ni menarik, adik perempuan mereka bercinta dengan anak orang yang membunuh ibubapa mereka.  Sementara abangnya yang kedua pulak terpaksa mengenepikan cintanya, malah menjadikan gadis yang dicintai sebagai saingan dan musuh, demi untuk membalas dendam dan mencapai impiannya - sungguh dramatiskan.  Tak sabar nak tunggu minggu depan untuk sambungannya.

Amimarzsays : Astro AXN tetap dihati jugak!!!

Kaedah menentukan Jabatan yang sesuai untuk pekerja baru

Pagi-pagi lagi dapat emel merepek dari kawan lama... dan mood aku petang ni pulak mood merewang... Jom merepek & merewang dengan aku..hahahaha

KAEDAH BERGUNA BAGI MENENTUKAN JABATAN YANG SESUAI UNTUK PEKERJA BARU

1.    Masukkan 400 keping  batu-bata dalam bilik yang tertutup
2.    Masukkan pekerja-pekerja baru di dalam bilik tadi
3.    Tinggalkan mereka selama 6 jam


Selepas 6 jam, buat kajian mengikut tingkah laku mereka:-

a.    Jika mereka mengira batu-bata, masukkan mereka ke Jabatan Akaun
b.    Jika mereka mengira semula batu-bata, masukkan mereka ke Jabatan Audit
c.    Jika mereka membuat bilik itu tunggang langgang dengan batu-bata di merata tempat, masukkan mereka ke Jabatan Kejuruteraan
d.    Jika mereka menyusun batu-bata dalam bentuk yang aneh, masukkan mereka ke Jabatan Perancangan
e.    Jika mereka membaling batu-bata ke arah satu sama lain, masukkan mereka ke Jabatan Operasi
f.     Jika mereka hanya tidur, masukkan mereka ke Jabatan Keselamatan
g.    Jika mereka memecahkan batu-bata, masukkan mereka ke Jabatan Teknology Maklumat
h.    Jika mereka hanya duduk diam, masukkan mereka ke Jabatan Sumber Manusia
i.     Jika mereka kata mereka telah cuba beberapa pendekatan, dan masih lagi mencuba, tetapi tiada satu pun batu-bata yang digerakkan, masukkan mereka ke Jabatan Jualan
j.     Jika mereka telah meninggalkan bilik itu terlebih dahulu,  masukkan mereka ke Jabatan Pemasaran
k.    Jika mereka merenung ke luar tingkap, masukkan mereka ke Jabatan Perancangan Strategik
l.     Jika mereka berbual sesama sendiri, tiada satu batu-bata yang dipindahkan, ucapkan tahniah kepada mereka, dan masukkan mereka ke Bahagian Pengurusan Atasan

Sapalah yang buat analisa macam ni ya.  Mana-mana majikan yang ikut kaedah ni memang Sangap la..hahahaha... tapi, kalu korang tau ada jugak majikan yang follow kaedah ni tolong bagitau aku ya..

Amimarzsays : Agak-agak korang, nak pilih buat yang mana ya??? Of course la l kan..muahahahaaaa

Wednesday, March 2, 2011

COMPLETE vs FINISHED...

People say there is no difference between the word "COMPLETE" & "FINISHED"
... but there is:

When you marry the right one, you are COMPLETE....
When you marry the wrong one, you are FINISHED.....
And when the right one catches you with the wrong one, you are ...
COMPLETELY FINISHED !!!!!!!!!!!!!!

Amimarzsays : completely complete... <3 <3 <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...