BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 16, 2011

keTERLUPAan yang menjadi-jadi.

Masalah!!!

Memang betul-betul masalah!!!

Masalah apa?

Masalah mudah lupa!!!

Adoi, sikap pelupa makin menjadi-jadi!!!  Masih muda pun dah dapat  penyakit lupa ni, camno???

Banyak urat dah putus kot masa  beranak ari tu.. (alasan.........)

Tak abis-abis masalah lupa, terlupa, tak ingat......bukan sekali, tapi berkali-kali.

Baru sehari dua ni Mr Hubby kasik resit dental untuk claim, tapi pagi ni carik tak jumpa!!! LUPA letak kat mana!!!

Kalau tanya dia balik, sure pedih tolingo mak cik.. huhuhu

Relax!! Try ingat slow-slow, nanti cari balik.

Tapi masalah tetap masalah ni.

Apa nak buat supaya tak cepat sangat lupa???

Masa untuk mengoogle tips.....


Jom kita tengok tips dari Bro Mohd Isa ni.

Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan

  • Kurangkan makan bawang besar >> ok, buleh kurangkan
  • Kurangkan makan berempah >> ok jugak. Tak de masalah.
  • Kurangkan makan ketumbar kering >> tak pernah makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan >> Oh tidakkkkkkkkkkk... my AXN, AFC, One HD... huhuhu
  • Kurangkan membaca majalah hiburan >> gonna miss u beaatifulnara... huhuhu
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak >> opssss.. I gelak sopan, okay!
  • Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin >> no problemo!!!
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam >> makan sekali sekala bila tekanan darah rendah.
  • Jangan makan kepala ikan >> Aisey.. Peberet aku ni!!! huhuhu
  • Jangan minum air yang ada semut >> tak minum air semut.
  • Jangan tidur selepas subuh >> hari keje compem tak tido lepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar >> sama seperti diatas
  • Jangan tidur selepas makan >> kalu wiken agak payah untuk tak buat aktiviti ni.. hahaha
  • Jangan makan terlalu kenyang >> no prob! Now pun on diet!!!
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam >> okay!
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam >> tak faham kerelevanan tips ni???
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan >> tak suka jeruk & asam.
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan >> aisey, time buffet makan tak hingat la!!!
  • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam >> okay.



Itu perkara-perkara yang perlu dikurangkan dan dielakkan untuk menguatkan ingatan kita, baiklah jom lihat pula perkara-perkara yang perlu diamalkan dalam mengekatkan ingatan kita pula.


Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain >> morning breakfast oat & kismis.. yeh!!!
  • Selalu makan makanan yang panas-panas  >> memang suka makan yg panas-panas
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain >> balik singgah Giant beli soya drink lah
  • Selalu minum air masak >> diakui, kurang minum air masak.
  • Selalu makan ulam-ulam  >> tak berapa gemor!
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau >> area KL sentral ni mana nak carik pemandangan ijau???  Carik picture pak googel la jawabnya.
  • Selalu bersenam  >> Berat betul permintaan tips ni.. adeyyyyyy.. malas bersenam derrr.
  • Selau menggunakan imajenasi otak >> creative thinking ya.
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya >> soya lagi... emm, makan roti lorrrrr....
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit  >> kene ajak Mr Hubby outing ni... hahaha Alasan baik punye!!!
  • Jangan ego >> ego tak elok!
  • Jangan dengki pada orang lain >> Org Islam tak baik dengki2 tau. 
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal >> Halal tu penting!!!
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal >> Ni sudah semestinya.  Nak jadi darah daging tu beb!!!
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna >> emmm....???
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet >> pengawet mmg tak elok untuk kesihatan
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali >> okay.
  • Jangan mandi selepas 9.00 malam >> aisey, kalu balik umah pun dah lewat camno, buchuk la kalu tak mandi kan.. huhuhu

Tu la dia serba sedikit tips yg dapat dari blog Mohd Isa ni.  Thanks Bro!

Banyak jugak tips2 yang dia senaraikan.  Yang merah oren tu bisikan hatiku ini (seriusly kaler merah memang  tak match ngan back ground blog ni... tapi ai suka merah.. huhuhu).. ada yang macam senang nak buat, ada tu macam payah skit.. sengal tak gua.. patut pun aku ni pelupa!!!  hahaha.

Apa-apa pun, mari  kita sama-sama amalkan gaya hidup yang sihat!!!   

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...