BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 28, 2011

Hari ini dalam sejarah....

Alhamdulillah, selesai walimatul urus untuk Ateh.  Rasa lapang fikiran sebab semuanya berjalan dengan selamat.  Yang paling lega Mak & Ayah lah, sebab dah sempurnakan majlis perkahwinan anak perempuannya.  Tinggal sorang saja lagi, Andak.  Tu pun dah hint2, boypren pun dah datang umah.  Tunggu  je la bila sirennya  berbunyik, siap sedialah sedara-mara semua untuk berkampung di rumah Wak Jalil ya.

Apa-apa pun, terima kasih banyak2 untuk semua sedara-mara dan jiran-jiran yang siang malam membantu menjayakan majlis perkawinan ni.  Jangan serik sinoman lagi ya J

Pejam celik-pejam celik dah sampai ujung bulan 6.  Rasa macam baru je sambut new year 2011.  Dalam masa 6 bulan ni, banyak betul hal-hal yang terjadi dalam hidup aku ni.  Ada yang gumbira, ada jugak yang sedih... Masam kelat pahit manis pun ada gak.. antaranya yang memberi impak besar dalam diri aku ni (bukan dalam turutan) :-

-      Yaya & Nana masuk alam persekolahan (Pra-sek & Tadika)
-      Arwah Abang Kamil meninggal dunia
-      Mak Long Tugiah kene strok untuk kali ke-3
-      Trip ke Melaka yang best
-      Jumpa dengan Melly, schoolmate lama lepas bertahun-tahun tak jumpa.
-      Makan2 besday Mak
-      Jamuan makan sempana besday Yaya pertama kali di TBS
-      Arwah Nazri (Jiran TBS) meninggal dunia
-      Arwah Nek (Nenek sedara Hubby) meninggal dunia
-      Yaya exam dapat 3A!
-      K.Rosmah (kawan baik kat opis) resign
-      Jimmy kahwin!
-      K.Ita & K.Pogy dapat baby baru!
-      Bonus durian runtuh
-      Increment 20%!!!
-      Pertama kali amik gambar potret sekeluarga
-      Jumpa susur galur
-      Diperkenalkan dengan susu kambing Hi-Goat
-      Kesihatan Hubby yang bertambah  baik
-      Aktiviti geng Tupperware yang semakin rancak
-      Nik Sue dapat baby baru!
-      Dapat contact semula best frenz lama, Laili Ishak yang ilang lepas kawin.. hehehe
-      Terbaru, dapat adik ipar baru!


So far, tu je la yang dapat aku senaraikan.  Yang lainnya tu samada aku tak berapa nak ingat ataupun perkara biasa2 je, so takyah la tulis kat sini.  Hehehe

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...