Hari ni Hari Buruh dan yang paling penting, besday Mr Hubby!!! Happy birthday Dear! Planning awal, nak sambut besday Abah dengan family picnic, tapi hajat tak kesampaian sebab malam semalam Nana demam. Alahai, kesian betul Buchuk yang sorang ni. Kerap benar Nana ni kene demam. Harap-harap lepas ini dia sihat-sihat aja lah.
So, pagi-pagi lagi kami pun bergegaslah ke klinik. Biasanya kami pergi ke Klinik Anjung Karisma, tapi hari ni tutuplah pulak. Cuti umumkan. Nasib baik ada klinik panel Ibnu Sina bukak. Doktor checked temperature Nana - 38'C. Tinggilah tu. Patut dia merengek je. Makanya, lepas balik dari klinik kami pun balik dan bertapa kat rumah aje..huhuhu. Takpelah, nak buat macam manakan. Kesihatan anak-anak lagi penting. Picnic tu kita postponelah lain kali.
Disebabkan Nana tak sihat, kami pun tak buat banyak aktiviti hari ni. Tapi, kalau semalam memang sibuk, sebabnya dua-dua Buchuks ni sibuk dengan project sains diorang dengan Abahnya. Macam tongkang pecah ruang tamu rumah ni dibuatnya. Ada dua project yang diaorang buat. Pertama, semai anak benih kacang dalam balang (yang ni, aku tak sempat nak ambil gambar sebab sibuk memasak kat dapur). Project kedua tu, hiasan pasir berwarna. Emm... nasib baik semua barang-barang tu mudah dan memang sedia ada kat rumah.
Bahan-bahan untuk buat hiasan pasir berwarna :-
watercolour - merah, biru, kuning
air
garam
balang
kapas
Cara-cara membuatnya, seperti yang Yaya & Nana buat ni...
Masukkan 1 sudu air & watercolour merah - kacau hingga rata. Merah ni peberet Yaya, so dia yang pilih warna ni.
Masukkan 3/4 mangkuk garam ke dalam warna yang telah dibancuh. Kacau sehingga sebati dan semua garam tadi bertukar menjadi warna merah.
Ulang langkah tadi dengan menggunakan warna yang lain. Untuk warna kuning ni, turn Nana pulak yang tunjuk skill.
Ni dia garam yang telah dicampurkan dengan warna kuning. Dalam bahan-bahannya ada 3 warnakan, so warna yang ketiga tu Ami yang buat. Kasik adil, sorang buat 1 warna saja.... kalau tak kang berebut, Ami yang pening kepala... hehehe
Garam-garam yang telah diwarnakan, kenalah dijemur dahulu. Sebabnya, masa campur dengan pewarna tadi, semuanya lembap-lembap sikit. Tengoklah tu, Buchuks ni sempat lagi posing depan garam-garam diorang tu.. sebenarnya, diorang tu tak sabar-sabar nak tunggu garam ni kering. Nasib juga cuaca semalam ok, cepat jugak garam-garam ni kering...
Bila garam-garam tu dah kering, kita masukkan ke dalam balang. Kalau nak lawa, pakai balang kaca. Tapi since kat rumah tak ada balang kaca, balang plastik ni pun boleh lah. Masukkan garam-garam tu berselang-seli ikut turutan warna. Untuk ruang kosong antara garan dan penutup balang, masukkan kapas untuk memadatkannya agar garam-garam tu tak goyang dan bercampur bila digoncang.
Hah... tersenyum puas Yaya bila project sainsnya berhasil... Nana tak sempat nak bergambar sebab dia dah mula merengek-rengek sebab demam. Hah!!! Macam mana??? Cantek ke balang hiasan Buchuks ni???
Seronok betul aku tengok gelagat mereka menyiapkan project ni. Nak tau mana diorang ni dapat idea untuk buat balang hiasan ni??? Hah, dari buku Magic English yang aku belikan untuk mereka... Tak sia-sia aku belikan buku-buku tu. Walaupun mahal, tapi bila Buchuks gunakan dengan sepenuhnya, semuanya tu berbaloi sangat!!!
0 comments:
Post a Comment