Gara-gara sakit kepala yang berpanjangan, pagi ni aku jumpa doctor untuk buat pemeriksaan. Tekanan darah agak rendah, so doctor suruh aku berehat. Korang tau tak apa maknanya tu.. MC la apa lagi...
Lepas makan ubat dan tidur, aku rasa sedikit lega. Walaupun kepala ni masih lagi berdenyut-denyut, tapi aku bukak jugak lah mini lappy aku ni. Yelah, dari pukul 9 tadi asyik berbaring je, lama-lama bosan jugak. Tidur, dah tidur. Makan pun aku dah makan. Tengok TV, takde apa cerite yang menarik...huhuhu. Layan blog la kejap. Tapi kejap je tau!!! (cross my fingers..heheheh)
Hari Sabtu ni aku ada interview, untuk kerja dekat Rembau. Sebenarnya, aku ni berbelah bagi nak pergi ke tak interview tu (memang la aku yang apply kerja tu kan). Kenapa ya? Padahal aku memang menanti-nanti peluang untuk kerja di sekitar Seremban/Senawang ni. Bila dapat kerja disini, bolehlah aku urusan hal-hal keluarga aku dengan lebih teratur lagi. Tapi, entah kenapa tiba-tiba aku rasa tak pasti dengan apa yang aku hendak. Ragu-ragu bukan dalam hal nak menguruskan keluarga aku (yang ni memang sentiasa dalam top priority aku). Yang aku ragu-ragu ialah untuk mencari kerja berdekatan dengan rumah aku ni.
Sebelum nak buat sesuatu kita mestilah buat pertimbangan baik dan buruknya, betul tak? Rata-rata bila aku bercakap dengan geng bas SKS aku, aku tanya mereka kenapa mereka sanggup bekerja jauh sampai ke KL? (Ni aku harap MB NS atau wakil-wakilnya baca dan renung-renungkan keluahan anak Nogori ya) Semuanya cakap, sebab kat Seremban tak banyak peluang kerja. Susah sangat nak dapat kerja kat Seremban. Kalau ada kerja pun gaji yang ditawarkan rendah (berapa tahap rendah tu aku tak pastilah). Oleh sebab itu, ramai yang sanggup untuk berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, semata-mata untuk mencari rezeki.
Betapa gigih sungguh orang-orang Seremban ni bekerja. Bangun pagi seawal 5pagi untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Sampai rumah setiap hari, paling awal pun 7.45 malam. Setiap hari! Aku rasa, tak semua orang sanggup untuk buat macam tu. Tapi, untuk orang-orang Seremban, kebanyakkannya tak ada pilihan. Untuk dapatkan gaji yang selesa untuk menyara seisi keluarga, dengan imbuhan-imbuhan tambahan seperti pakej perubatan, insuran dan yang paling penting, peluang untuk memajukan diri dari segi skil dah pengalaman kerja, ramai yang membulatkan tekad untuk kerja di luar. Sebabnya, peluang sebegini tak ada ditawarkan di Seremban. Kita boleh lihat sendiri, berapa kerat sangat syarikat-syarikat besar yang menapak di Negeri Sembilan. Kenapa syarikat-syarikat besar tak mahu melabur di Negeri Sembilan? Sapo nak jawab ni???
Nilai dan Senawang ni memanglah terkenal sebagai kawasan peridustrian. Satu masa dulu,dua kawasan ni memang terkenal sebab banyak kilang-kilang yang beroperasi. Masa tu, ramai lah yang datang berhijrah ke sini. Tapi, walaupun banyak kilang-kilang yang beroperasi di sini, tapi pembangunan keseluruhan tidaklah serancak pembangunan di Shah Alam. Kalau nak dilihat, Seremban dan Shah Alam, kedua-dua bandar ni terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur. Tapi Shah Alam lebih maju dari Seremban. Kek mano silap nyo? Sekarang ni pun, banyak kilang-kilang besar di Senawang ni yang dah tutup kodai atau pun mula mengurangkan pekerja. Motorola dah lama lonyap, terbaru pulak Samsung Elektronik bagi VSS kepada pekerja-pekerjanya. Esok lusa tak tau pulak kilang mana yang akan tutup.....
Jadi, berbalik kepada permasalahan aku ni, nak teruskan kerja sekarang ataupun cari kerja di Seremban, terus terang aku pun tak pasti. Yang pasti, kalau aku sedia kerja di sini, maka aku kenelah terima yang aku akan dibayar gaji yang kurang dari sekarang secara relatifnya. Bila aku kata secara relatifnya ialah peningkatan dari segi kerja & tanggungjawab, tapi berkemungkinan gaji yang diterima sama dengan gaji sekarang, ataupun lebih sadis lagi kurang dari sekarang. Kat sini isu moral kerja pulak boleh jadi akan timbul, terpaksa terima diri dalam golongan underpaid worker.
Berapa jauh jarak Seremban ke Kuala Lumpur? Jauh ke? Tak jauh. Sedangkan bas-bas SKS mampu bawak penumpangnya sampai ke destinasi masing-masing dalam masa 1jam 20min (secara purata dalam masa peak hours), kalau bawak kereta sendiri lagilah cepatkan. Dalam keadaan sekarang yang banyak kemudahan pengangkutan dan hiway-hiway penghubung kedua tempat, kenapa perbezaan taraf hidupnya sangat jauh berbeza. Tapi, harga bahan mentah seperti ikan, ayam, beras, minyak masih juga sama dikedua-dua tempat. Harga Pizza Hut kat KL sama jugak harganya dengan harga Pizza Hut di Seremban. Giant, Teso, Carefour, Jusco pun pastinya semua amalkan harga yang sama untuk setiap cawangannya. Maksudnya, orang-orang Seremban juga bayar barang dengan harga yang sama dengan orang-orang Kuala Lumpur. Tapi, kenapa majikan-majikan di Seremban, tak bersedia membayar gaji sama seperti majikan-majikan di Kuala Lumpur??
Itulah, kalau nak difikirkan lagi bertambah-tambah pening kepala aku ni. Dah nak sampai masa untuk aku makan ubat lagi. Lepas makan ubat ni, aku nak sambung tidur. Esok kerja!!! Yang pasti, interview hari Sabtu ni tetap aku akan pergi, tengok dulu persekitarannya ya. Kalau dah tertulis itu rezeki aku, aku terima seadanya. Tapi kalau masih lagi rezeki aku diperantauan, tetap akan aku gagahkan diri ini.
Amimarzsays : Makan + makan ubat + tidur + layan Astro = best jugak MC macam ni kan!
4 comments:
semoga cepat sembuh tau.. dni kalo kena darah rendah suka makan kerang :D
Mekacih Dni. Mami dah baik, Buchuks pulak yang demam.. dua-dua pulak tu..huhuhu...Loteh Mami tak tido jaga anak-anak. Tp Alhamdulillah, mereka pun dah beransur baik.
LAaa mami...ingatkan 'ada' lagi satu...ekekeke...
Hahaha.. blum ada rezki no. 3 la Dni...
Post a Comment