Pagi-pagi lagi dalam tren ERL, kepala tiba-tiba berdenyut-denyut. Perut pulak rasa pedih je... Dan, sampai saat ini pun, kepala ni masih lagi melayang-layang, tekak pun loya je.. Kesiannya aku, pagi-pagi lagi nikmat kesihatan dinafikan... Pasrahlah aku, terpaksa duduk dimeja aku ni, sambil mata mengadap komuter ni dengan pandangan yang kabur.. bukan kabur mata, tapi kabur fikiran!!! Mana mungkin dalam keadaan yang sebegini, aku mampu membuat analisa angka-angka yang berjuta-juta lemon ni... bukan saja memang nombornya mencecah 7-8 digit, tapi jugak segenap pelusuk excel worksheet aku ni penuh dengan angka-angka.. takde langsung karangan-karangan yang ala-ala karangan budak darjah 4 di dalamnya. Dan bila asik mengadap angka-angka dalam kotak-kotak excel ni, makanya orang akan melebel orang-orang akaun ni semuanya square!!! Apakah itu maksudnya??? Emm... Tidak! Tidak! Kami bukan square... lebih tepat, aku bukan square! Sebabnya aku ni montel...huwaaaaaaa... Apakah itu maksudnya??? Entahlah, aku pun pening nak fikirkan apa maksudnya....
Tengah-tengah menaip ni, telefon office berbunyi... “Ya, kak. Ada apa?” “Nanti nak dengar ceramah kat bawah ke?” kawan yang telefon tu tanya. “Ya, Insyaallah nak pegi”,balas aku (ye la, penceramah Pasangan Semanis Kurma tu...Ybhg Ustaz Wan Akashah & Ybhg Dato’ Siti Norbahyah yang datang, mau tak berduyun-duyun yang nak dengar kan...)..... “kita pergi sama ya.” Okay.
Letak saje gagang, telefon berbunyi lagi... “you pergi ke ceramah tengahari ni?”, sorang lagi tanya. “Ya, Insyaallah.” “I pun nak pergi. Nanti kita pergi sama ya.” Okay.
Ya, ceramah petang ni adalah sempena menjelang Maulidur Rasul minggu depan (dalam hati ya : Yahooo cuti lagi!!!!). Sebenarnya, ni bukan yang pertama pejabat aku ni anjurkan ceramah-ceramah agama ni. Tiap-tiap hari Isnin hingga Khamis memang ada kuliah Zohor, tapi penceramah biasa-biasa aje. Masa kuliah pun pendek, dari pukul 1pm ke 1.45pm. Tapi bila ada hari-hari peristiwa tertentu, mereka akan panggil penceramah tersohor seperti Ybhg Ustaz Zawawi dan Ybhg Dato Harun Din. Pasangan Semanis Kurma ni penceramah jemputan ketiga yang dijemput untuk mengisi minda hati warga-warga kerja dipejabat ni. Baguskan. Mana nak dapat peluang sebegini. Syukur Alhamdulillah. Allah rahmati bos aku yang baik hati ini (sebab bos bagi sokonganlah, program ni berjalan lancar.)
Adoi.. kepala bertambah-tambah sakit la pulak... haruslah aku melangkah kaki ke HRA Dept untuk minta 2 bijik panadol.. Entry aku abis kat sini saja lah ya. Nak tulis apa lagi, kalau kepala tengah pening.. Takut-takut korang yang baca pun pening jugak.
Amimarzsays : nak cepat-cepat sihat. Bos baik, kita pun kene baik lah kan...:)
1 comments:
Sakit kepala makan panadol lo... kuat sangat kerja ni... amik ler cuti panjang jln2 makan angain hihihi...
Post a Comment