BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, April 18, 2011

Saham Bank Rakyat

Mungkin ramai yang dah tau pasal saham Bank  Rakyat yang baru dibuka semula baru-baru ini.  Aku terlambat sikit dapat info ni, tapi SYUKUR masih lagi rezeki aku, dapat jugak beli saham Bank Rakyat ni...  hehehe


Petikan dari Utusan Malaysia berkaitan Pengumumam Penambahan Saham Bank Rakyat pada 2/4/11.



Peluang ahli tambah pelaburan

KUALA LUMPUR 1 April - Selepas bertahun-tahun lamanya menunggu, penantian seramai 800,000 ahli Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) untuk membuat penambahan pelaburan dipercayai terjawab esok.


Jumlah itu tidak termasuk lebih 50,000 lagi yang diletakkan dalam 'senarai menunggu' untuk menjadi ahli bank tersebut.


Bank Rakyat dikatakan telah mendapat lampu hijau daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan modal berbayarnya kepada RM500 juta lagi.
Berita lanjut di sini.




Kenapa orang ramai berlumba-lumba untuk membeli saham Bank Rakyat???  Tengoklah, berapa ramai  yang sangat-sangat bersabar menunggu peluang untuk membeli saham bank ini... Sebabnya pulangan dividen yang Bank Rakyat ni bagi memang tinggi, kalau  tak silap antara yang tertinggi di Malaysia.  Tahun 2010, agihan dividen mereka ialah 15%!!!!  Mau tak juling semua mata yang dengar. 



Memandangkan ramai yang nak beli saham ni, ada syarat dan had yang dikenakan.  Bagi setiap ahli baru, mereka cuma boleh membeli 1 unit saham@RM500.00 sahaja.  Kalau ada yang berminat untuk membeli lebih dari 1 unit tu, kene lah isi borang permohonan dulu.  Keutamaan diberikan kepada waiting list yang sedia ada.  Sekiranya permohonan kita diluluskan, Bank Rakyat akan hantar surat.   Cara macam ni barulah adilkan, semua orang boleh merasa beli saham Bank Rakyat.  Kalau takde syarat dan had ni, misti orang-orang yang "ada-ada" tu akan bolot semuanya... heheheh betul tak???



Amimarzsays : Investment Bank Rakyat - Checked.  Investment JCard Member - Esok...hahahah

Life is .......



Life is like a WHAT????  Masa kat Matrikulasi dulu, lecturer pernah suruh buat karangan pendek berkenaan tajuk tu... Ni semua gara-gara pengaruh cerita Forest Gump dulu.  Jadi masa tu banyaklah jawapan-jawapan kreatif yang keluar dari budak-budak hingusan... macam aku..hahaha.  Apa yang aku jawap masa tu ya??? Ntahlah, aku tak ingat pulak.  Tapi yang aku ingat ada sorang classmate aku bagi jawapan "Life is like looking at the back of a dinasour, you cannot see what's behind it"...



Entah kenapa, jawapan member tu masih lagi teringat-ingat dalam memori ni.. mungkin sebab ada benarnya.  Sebabnya, memang kita TAK TAHU apa yang akan datang kemudian hari.  Mungkin hari ini kita sihat, tapi esok belum tahu lagi bagaimana tahap kesihatan kita.  Mungkin hari ini kita hidup mewah, tapi esok belum tentu rezki yang datang.  Mungkin hari ini kita ketawa, tapi esok boleh jadi kita meratap...  semuanya bukan dalam pengetahuan kita, apa yang akan terjadi esok hari.....



Walau apa pun, kehidupan kita pada hari ini, bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita.  Jangan sesekali rezeki yang dapat itu, membuat kita meninggi diri.  Jangan pula memandang hina pada orang yang kekurangan....  Hidup kita ni bagaikan putaran roda... kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah.  Tak ada yang kekal pada diri kita, melainkan pinjaman sementara saja....



Kenapa malam-malam ni, tetiba aku ni sentimental pulak ya... bukan apa, tetiba teringat cerita yang Mr Hubby bagitau tadi. Bukanlah lumrah aku ni suka jaga tepi kain orang, atau pun suka mengambil kesempatan, tapi walau apa pun kebenarannya, aku harap seseorang ni belajarlah dari kehidupan sebenar.  Janganlah suka mengambil kesempatan, mengadu-domba, iri hati dan membangga diri.  Senang cakap, sendiri mau lebey.... 



Bila usia makin bertambah, sepatutnya fikiran kita juga kenelah matang.  Betul kata orang dulu-dulu, lain padang lain belalang.  Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.  Kadang-kadang kita ingat yang makan sepinggan dengan kita tu lah saudara kita, rupa-rupanya dialah musang.



Pengalaman beberapa tahun kebelakangan ini, banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.  Dugaan-dugaan yang Allah berikan, membuka mata aku siapa kawan, siapa lawan, siapa saudara, siapa musuh, siapa ikhlas, siapa bermuka-muka... 



Untuk seseorang itu, I am done with you.  Nothing of your tales will get into me... No, no and NO!!!  I'm sorry to hear what I just heard about you, but no comment.  What you have done to me, has dried everything out.  If you just open your eyes and your MIND, you'll know why this thing is coming back to you.  Think back & MUHASABAH, and don't point finger to other people!!!!



Syukur Ya Allah, walau apa juga ujian & dugaanMu, tidak mengubah pendirian hidup ini.  Tidak juga mengubah hati ini menjadi hitam kelabu mengikut nasfu amarah.  Walaupun seseorang itu sering memberikan provikasi, tapi hati ini masih mahu bersabar kerana aku tahu Ya Allah Engkau Maha Mengetahui apa yang telah Engkau tetapkan untuk aku dikemudian hari, yang aku rasa pahitnya hari semalam mungkin akan KAU maniskan esok.  InsyaAllah.  Amin.

Sunday, April 17, 2011

Marvellous Lunch!!





Ni buah roselle yang aku petik semalam.  Hari ni kene terus buat jusnya, kalau tunggu lama-lama nanti buahnya layu pulak.. membazir je kan.  So, lepas breakfast pagi tadi, aku pun beroperasi di dapur buat jus roselle aku...  






Mula-mula, kene kupas kelopak buah roselle.  Masa kupas tu, kadang-kadang ada semut terselit kat celah-celah kelopaknya.  So, kita rendam 5-10 minit supaya benda-benda asing tu terapung, dan basuh bersih-bersih.








Bila dah basuh bersih-bersih, rebus la pulak....  Agak-agak lah airnya, jangan terlalu banyak ya.







Taraaaaaaa!!! Air dia dah berubah warna!!!  Merah menyala!! Roselle ni direbus selama 15-20 minit supaya warna dan perasanya sebati.  Lepas tu, keluarkan kelopak roselle tadi dan tambahkan gula secukupnya.  Tadi aku letak dalam setengah kilo gula.  Biar rasanya manis sikit, sebab kita buat jus pekat.






Bila jus tadi dah sejuk, bancuh dengan air dan tambahkan ais didalamnya.. SEDAP youu...  lagi-lagi minum masa cuaca panas.  Tak cukup segelas...hehehe. 







Menu lunch ari ni pun boleh tahan jugak!!!  Ayam goreng berempah, masak lemak rebung campur udang, dan ulam pucuk ubi cicah sambal bilis tauchu.  Makan tak agak-agak, 2 pinggan licin..hahaha (macam mana Mr Hubby tak complaint beratnya bertambah...hahaha).  Kalau nak tau, rebung ni aku bawak dari umah Mak mertua aku minggu lepas.  Rebung ni dia yang carik sendiri. Rebung ni betul-betul bahagian pucuknya, dan empuk betul!!! Tak payah rebus lama-lama pun. 



Sekali-sekala kene lauk-lauk kampung ni memang menyelerakan.  Ditambah dengan air roselle yang aku buat pagi tadi.. lunch ari ni memang marvellous!!!

Saturday, April 16, 2011

Hari masak-memasak dan makan-makan, tak hingat!!!

Emm... baru abis tengok Konsert Akademi Fantasia.  Buchuks pun dah tido, so relax la sikit.  Bolehlah berehat-rehat dan berblogging ya.



Penat betul hari ni.. dari mula celik mata sampailah sekarang, ada je kerja yang nak dibuat.  Kadang-kadang rasa, pergi kerja pun tak sepenat duduk di rumah.  At least kat office kita kerja ikut job description (JD) kita, dan JD ni selalunya specific dan terhad.  Tapi, kerja kat rumah ni takde batasan dan had... apa yang patut dan perlu dibuat, kene lah dibuat... SENDIRI...huhuhu.



Lunch hari ni aku masak nasi ayam...  Menu paling ringkas dan senang untuk dibuat.  Satu lagi, aku suka masak nasi ayam sebabnya aku tak perlu masak makanan lain untuk Buchuks.  Diorang ni makan memilih..  Pedas sikit tak boleh, masak lemak pun tak boleh... masak kicap pun tak makan. Sampaikan aku selalu pening nak pilih menu apa untuk dimasak. 






Emm... ni lah rupa nasi ayam yang aku masak siang tadi...  Aku masak nasi ayam ni guna beras Jasmine Basmathi.   Kalau nak bandingkan, masak guna beras biasa dengan beras basmathi ni, of course lah sedap lagi guna beras basmathi ni.  Beras mahal lah katakan.  Kalau masak nasi lemak dan nasi carrot pun sedap jugak!!!






Hah, nampak tak, panjang-panjang nasi ni lepas dimasak.  Dahlah saiznya lebih besar & panjang dari saiz beras biasa, nasinya jugak peroi.  Tu yang jadikan nasi ni lebih enak.  Sebelum ni, aku pernah guna beras Faiza Basmathi Moghul.  Compare antara keduanya, beras Jasmine Basmathi ni kene rendam lebih lama sikit sebelum nak dimasak, antara 10-15 minit.  Berbanding dengan Beras Faiza, rendam 5 minit pun dah ok. 


Mula-mula cuba masak pakai beras basmathi ni, aku tak tau pun kene rendam dulu (sebenarnya kat paket tu memang dah tulis cara-cara memasak, aku je yang tak terbaca..hahaha).  Bila masak , nasinya tak berapa tanak...  Dah jadi satu kerja , kene kukus nasi tu untuk betul-betul tanak.  Penat den.  Nasib baik member office bagitau, kene rendam sekejap supaya beras tu kembang.  So, bila aku rendam, barulah dapat hasil yang memuaskan.. yummy!!!


Petang tadi, aku sempat balik rumah Mak kejap.   Kebetulan, masa tu Mak ada kat kebun, tengah siram pokok-pokok sayur dia.  Aku apalagi, ambil kesempatanlah.  Ambil apa-apa yang patut!  hahaha  Seronok, tolong petik sayur-sayuran ni.. Yang paling seronok, tolong angkut bawak balik rumah sekali...hahahah





Bunga kantan dan daun kesum yang aku ambil dari kebun.  Macam ada keinginan nak buat laksa, sebab tulah aku standy awal-awal bahan-bahannya.  Mana tau, esok lusa sempat nak masak, semuanya dah ready.  Cuba tengok bunga kantan tu, cantikkan macam bunga tulip pun adakan.. heheheh






Hah, ni pulak buah roselle.  Buah roselle ni kita boleh buat jus, sedap tau!!!  Rasanya masam-masam manis, macam ribena.  Jus roselle ni pun memang bagus.  Banyak khasiat yang ada didalamnya.  Antaranya ialah sebagai agen anti penuaan, anti kanser, resdung (alergi) dan asma.  Ia juga boleh mengurangkan stress. 



Kat kebun Mak, ada dekat 20 batang pokok roselle ni.  Aku pun ada tanam jugak kat Senawang ni, tapi buahnya masih kecik lagi.  Belum boleh dipetik.  Rezeki akulah dapat buah roselle ni, sebabnya kalau lambat sikit, dah selamat dipetik Ateh pulak... hahahah.  Esok je lah aku buat jus roselle ni.  Nanti aku buat entry khas cara-cara nak buat jus roselle ni ya.








Pucuk ubi pun sempat aku kebas dari kebun Mak... hahahah.  Sebenarnya, tadi nampak ada sambal bilis tauchu kat dapur.  Tu yang teringin nak cicah dengan pucuk ubi ni.  Memang peveret aku, pucuk ubi(dicelur) cicah dengan sambal bilis.  Terliur den!!!  So, aku pun petiklah pucuk ubi ni kat kebun tadi... Pulak tu, Mak suruh aku tapau sambal bilis tu skali, sebabnya Ayah & Ateh makan malam kat luar.  Daripada membazir, Ai pun TAPAU je lah.. hahahah (rezki jangan ditolak....)






Ni bukan daun sireh ya.  Ni adalah daun kaduk... rupanya seakan-akan sama, tapi bau dan rasanya berbeza.  Daun kaduk ni boleh dibuat ulam.  Kalau buat nasi kerabu, memang sedap kalau letak daun kaduk.. Aromanya menambahkan selero!!!  Tapi, aku bukan nak buat nasi kerabu....  Agak-agak apa aku nak buat dengan daun kaduk ni ya???






Jeng-jeng-jeng, hah! Nilah rupa daun kaduk yang aku petik tadi, lepas digoreng.  Daun kaduk ni aku goreng dengan tepung.  Sepatutnya pakai tepung Gogi, tapi disebabkan kat rumah takde tepung tu, aku pun pakai tepung jagung & tepung gandum untuk buat bancuhannya.  Lepas di goreng dengan tepung, rasanya rangup sekali.






Daun kaduk goreng tu tadi, dimakan dengan kerabu.  Bahan-bahan kerabu tu adalah kacang, udang kering, cili, bawang besar dan limau nipis.  Caranya lebih kurang macam makan meung kam, cumanya takde kuah manisan.  Meung kam ataupun kerabu kaduk goreng, dua-dua pun sedap!!!  Me loike very-very much!!!  (tu yang tak layan Konsert AF, dok sibuk kat dapur goreng daun kaduk!!!)


And now, me already tired!!!  Very-very tired!!! Me wanna sleep.....  till then.

Friday, April 15, 2011

Buat apa pukul dua setengah pagi ni....

Apa kohje pagi-pagi buta ni tak tidor lagi ya... Dah lah tu, sempat lagi membelek-belek blog ni.... Hah, habis semua dipunggah... jadi ini lah hasilnya..hahaha


Hari tu ada cakap nak buat makeover untuk blog ni kan, tapi sekerat jalan lepas tu berhenti... takde idea dan masa pun yileks... Tup-tup mentol idea tu muncul kul 1 pagi tadi, masa tengah syok layan citer Korea...  So, Ai pun on lappy & start lah design mana-mana yang patut. 


Pagi ni idea datang mencurah-curah ni misti sebab banyak sangat makan ikan talapia bakar ni.. Kalau nak tau, jiran-jiran kat sini ciyok... diorang ni banyak aktiviti... petang tadi kaum2 Adam pergi menjala ikan kat kolam (kolam mana den tak tau yer), dah dapat tu, depa pi bakar kat luar lorong ni... Ai tumpang makan je lah..hahaha... sodap!!!


Wokey, nak tidor lah.. Esok nak breakfast apa ya???  Emm.. Karipap yang Mak buat ada lagi dalam peti ais, belum goreng... Sarapan karipap lah kita esok ya!!!  (Syukur, breakfast dah ready)  Mekacih Mak!!! 


Amimarzsays : Nyenyak tengok Buchuks bum-bum, Ami pun nak tido gak lah.

Thursday, April 14, 2011

Happy Birthday Yaya


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Yaya
Happy birthday to youuuuuuu







It was Yaya's birthday yesterday.  She is now 5 years old.  How time flies so fast, it's like only yesterday I gave birth to her.  Can't believe my little baby has grown up...





She was so small... so sweet... so precious.....  This was her. She was 5 days old.  Isn't she's beautiful???... just like her mummy..hahahah





Once, she was a chubby-mubby little girl.  And "dibuk-dibuk" too.. (dibuk-dibuk is a baby word for montel @ tembam.. hahahha).  And believe me, she was really-really tembam!!!





And this is the birthday girl @ present... in her new birthday gift from Ateh  (thanks ya Sis!!)  Lucky Nana she got her share too  (this is why people always says they are twins... because they dress alike, anything for them must be the same... same color, same patern, same style... difference size only...)  This "all must be the same" things sometimes gives me a headache..hahaha



Whether you two are different or very much alike, I love you both the same!!!  You two are my heart, my soul and my life.  Thank you Allah for the greatest Anugerah in my life.....



Amimarzsays :  where is my baby boy???? ngeeeeeeeee

Tuesday, April 12, 2011

SKS - Saya Kene Sauna

PANAS!! PANAS!! PANAS!!

Malam tadi nak tidor, kePANASan sebab terlebey makan durian.  Pagi ni pulak, pagi-pagi buta pun PANAS jugak, apa hal?  Kalau nak tau, pagi ni air-cond bas SKS buat hal.  Boleh pulak dia ROSAK!!!  Hampeh betul!!! grrrrrrrrrrrr 

Bayangkan bas berhawa dingin dua tingkat dari Senawang ke KL, bergerak selama 1 jam 20 minit dengan air-cond yang tak berfungsi.  Mau tak rasa macam dok dalam SAUNA.  Berpeluh-peluh cik kak dalam bas.  Nak pengsan dibuatnya!!!  Macam nak jerit dialog Ahmad Nisfu dalam filem 3 Abdul “Minta nyawa!! Minta nyawa!!” pun ada.

Sampai kat office pun PANAS jugak!!!  Bos dah jerit mintak KPI... Time draft outline KPI ni yang ai kureng gemar.... nak skip buleh tak??? Ngeeeeeeee (jangan haraplah).  Sapa-sapa buleh tulun buatkan untuk ai????

Apa-apa pun, harap-harapnya PANAS ni sementara je!  Kejap lagi SEJUK la semuanya ya.  Hari ni hari yang berbahagia & penuh kegembiraan.  Sebabnya, hari ni HARI JADI YAYA yang ke-5.  Happy birthday sayang!!! Malam ni Ami beli kek ya, kita potong sama-sama.  Muah muah muahhhhhh!!!

Amimarzsays : cepat siapkan KPI tu.........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...