| SATU |
| Kasih yang abadi |
| Tiada tandingi DIA yang satu |
| DUA |
| Sayang berpanjangan |
| Membawa ke syurga KASIHnya IBU |
| TIGA Lapar dan dahaga |
| Rela berpayahan SETIAnya AYAH |
| EMPAT |
| Mudah kau ketemu |
| Berhati selalu beza antara |
| Kasih dan kekasih |
| IBU kuingat dahulu |
| Menyisir rambut ku kemas selalu |
| AYAH menghantar ke sekolah |
| Bergunalah ilmu bila dewasa |
| Sayang dengar lagu ini |
| Untuk kau sandarkan buat pedoman |
| Jangan manis terus ditelan |
| Pahit terus dibuang... itu bidalan |
| Harus kau renungkan |
| Andai kau peroleh BAHAGIA |
| INGAT ITU BUKAN UNTUK SELAMANYA |
| Andai kau dalam sengsara |
| INGAT ITU BUKAN UNTUK SELAMANYA |
| Hidup ini sementara |
Tuesday, June 21, 2011
1 2 3 4
Posted by amimarz at 9:33 PM 0 comments
Labels: General Gebang
Takde Jawapan.
anak pak google
Ya, aku macam budak botak tu... ada tanda "?" yang besar dalam kepala otak aku ni....
Posted by amimarz at 2:16 AM 0 comments
Labels: Me
Thursday, June 16, 2011
keTERLUPAan yang menjadi-jadi.
Masalah!!!
Memang betul-betul masalah!!!
Masalah apa?
Masalah mudah lupa!!!
Adoi, sikap pelupa makin menjadi-jadi!!! Masih muda pun dah dapat penyakit lupa ni, camno???
Banyak urat dah putus kot masa beranak ari tu.. (alasan.........)
Tak abis-abis masalah lupa, terlupa, tak ingat......bukan sekali, tapi berkali-kali.
Baru sehari dua ni Mr Hubby kasik resit dental untuk claim, tapi pagi ni carik tak jumpa!!! LUPA letak kat mana!!!
Kalau tanya dia balik, sure pedih tolingo mak cik.. huhuhu
Relax!! Try ingat slow-slow, nanti cari balik.
Tapi masalah tetap masalah ni.
Apa nak buat supaya tak cepat sangat lupa???
Masa untuk mengoogle tips.....
Jom kita tengok tips dari Bro Mohd Isa ni.
Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan
- Kurangkan makan bawang besar >> ok, buleh kurangkan
- Kurangkan makan berempah >> ok jugak. Tak de masalah.
- Kurangkan makan ketumbar kering >> tak pernah makan ketumbar kering
- Kurangkan menonton hiburan >> Oh tidakkkkkkkkkkk... my AXN, AFC, One HD... huhuhu
- Kurangkan membaca majalah hiburan >> gonna miss u beaatifulnara... huhuhu
- Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak >> opssss.. I gelak sopan, okay!
- Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin >> no problemo!!!
- Kurangkan makan organ dalaman ayam >> makan sekali sekala bila tekanan darah rendah.
- Jangan makan kepala ikan >> Aisey.. Peberet aku ni!!! huhuhu
- Jangan minum air yang ada semut >> tak minum air semut.
- Jangan tidur selepas subuh >> hari keje compem tak tido lepas subuh
- Jangan tidur selepas asar >> sama seperti diatas
- Jangan tidur selepas makan >> kalu wiken agak payah untuk tak buat aktiviti ni.. hahaha
- Jangan makan terlalu kenyang >> no prob! Now pun on diet!!!
- Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam >> okay!
- Jangan menyapu rumah pada waktu malam >> tak faham kerelevanan tips ni???
- Jangan makan yang masam-masam berlebihan >> tak suka jeruk & asam.
- Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan >> aisey, time buffet makan tak hingat la!!!
- Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam >> okay.
Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan
- Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain >> morning breakfast oat & kismis.. yeh!!!
- Selalu makan makanan yang panas-panas >> memang suka makan yg panas-panas
- Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain >> balik singgah Giant beli soya drink lah
- Selalu minum air masak >> diakui, kurang minum air masak.
- Selalu makan ulam-ulam >> tak berapa gemor!
- Selalu mengamalkan pandangan hijau >> area KL sentral ni mana nak carik pemandangan ijau??? Carik picture pak googel la jawabnya.
- Selalu bersenam >> Berat betul permintaan tips ni.. adeyyyyyy.. malas bersenam derrr.
- Selau menggunakan imajenasi otak >> creative thinking ya.
- Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya >> soya lagi... emm, makan roti lorrrrr....
- Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit >> kene ajak Mr Hubby outing ni... hahaha Alasan baik punye!!!
- Jangan ego >> ego tak elok!
- Jangan dengki pada orang lain >> Org Islam tak baik dengki2 tau.
- Jangan makan dari sumber yang tidak halal >> Halal tu penting!!!
- Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal >> Ni sudah semestinya. Nak jadi darah daging tu beb!!!
- Jangan makan makanan yang ada pewarna >> emmm....???
- Jangan makan makanan yang ada pengawet >> pengawet mmg tak elok untuk kesihatan
- Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali >> okay.
- Jangan mandi selepas 9.00 malam >> aisey, kalu balik umah pun dah lewat camno, buchuk la kalu tak mandi kan.. huhuhu
Tu la dia serba sedikit tips yg dapat dari blog Mohd Isa ni. Thanks Bro!
Banyak jugak tips2 yang dia senaraikan. Yang merah oren tu bisikan hatiku ini (seriusly kaler merah memang tak match ngan back ground blog ni... tapi ai suka merah.. huhuhu).. ada yang macam senang nak buat, ada tu macam payah skit.. sengal tak gua.. patut pun aku ni pelupa!!! hahaha.
Apa-apa pun, mari kita sama-sama amalkan gaya hidup yang sihat!!!
Posted by amimarz at 9:41 PM 0 comments
Labels: Me
Saya nak MENANG ini!!!
Hadiah untuk Lucky Draw The Snowflake Wonders Challenge dari Tupperware!!!
Tak mau cakap banyak, nama pun lucky draw kan. UNTUNG badan dapat la peti ais Hitachi BIG French 4-Door Series dan barangan Tupperware bernilai RM5,000.00!!!!
Amimarzsays : Mekacih geng Tupperware yg sportingnya membeli Snowflake Wonders ni dan melayakkan Ai untuk masuk contest ni. Kalu Ai menang, kita kenduri tupperware ni sama-sama ya!!!! :)
Posted by amimarz at 1:29 AM 0 comments
Labels: Tupperwareku
Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi
Lagi info dari Jakim berkenaan non-halal products yang disahkan mengandungi DNA babi. Boleh baca di sini.
Dalam Utusan takde imej, so aku pun google carik apa produk ni sebenarnya... Jeng jeng jeng................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tabasco Pepper Sauce
KANTOI!!! Macam biasa tengok kat sebuah restaurant fast food tu kan...... HANGINS gue!!!!!!!!!!! Apa benda lu kasi orang makan, derrrrrrr
.
.
.
.
.
.
.
.
HP Sauce
Tapi yang ni tak penah jumpa, so macam tak KANTOI la tapi kalu termasuk dalam hidden ingredient masakan - Waulahu'alam.
So, harap2 lepas ni tak termakanlah 2 produk ni ya.
Posted by amimarz at 12:12 AM 0 comments
Labels: Halal Product
Friday, June 10, 2011
Jalan Lurus, Jangan Belok-belok!!!
Sunyi pulak hari ni, ramai yang dah cuti.. Ye lah, dah penghujung cuti sekolah ni, ramai yang ambil peluang nak spend lebih masa dengan famili kan.
Dan, macam kebiasaannyalah, bila ada yang tak datang maka kerja-kerja pejabat ni harus dibahagi-bahagikan, gitu.... So, macam lipas kudung jugak lah ai menyiapkan kerja pagi ni.. tengah siyok buat kerja, tup tup telefon ai berbunyi..
Yang tak berapa siyoknyer, suara dari sebelah sana cakap "nak cakap dengan My Mr Seth Tan"... hahaha (ni agak-agak perasan my Mr Hubby seromantis Seth Tan la ni) Mentang-mentang Seth Tan tengah hangat dipasaran.. hehehe
Ai pun cakap la, "ni no hp ai. No tel suami ai xxxxxxxxxx."
Tak dan selang setengah jam, telefon ku berbunyik lagi. Jugak nak cakap ngan My Mr Seth Tan!!! Grrrrrrrrrrrrrrrrrr
Control marah x2. Hari Jumaat tak elok marah-marah ni.... Tapi dalam hati ni berfikir, kenapa lah orang yang kasi nombor tu tak terus direct kasi no tel Mr Hubby. Sebenarnya kedua-dua caller tu memang takde no telefon Mr Hubby, dan ni pertama kali nak berurusan dengan dia. Jadi mereka pun minta no telefon tu dari kenalan kami. Bukan ari ni je dapat panggilan hangit macam ni, sebelum ni pun dah pernah terjadi.
Persoalannya, kenapa tak diberi terus no Mr Hubby kepada orang yang minta? Kenalan tu takde no tel Mr Hubby >>> MUSTAHIL!!!
Tak terlintas ke kat kepala orang tu, dia dah menyusahkan orang yang meminta tolong dari dia??? Hajat nak cakap ngan Mr Hubby, tapi panjang pulak jalannya. Macamlah Pn Isteri ni kaki control pulak ya, sesiapa yang nak berurusan dengan Mr Hubby kene melalui Pn Isteri ni.. sabar je lah kan.
Lagi pulak, tak sensitif la kenalan tadi tu dengan adab pergaulan. Yang minta no telefon tu lelaki yang kami tak kenal. Ai ni kan perempuan, berstatus isteri orang pulak tu... Kenapa misti beri no telefon ai kepada orang asing yang takde urusan dengan ai. Ai rasa tu satu tindakan yang tak manis dan boleh menimbulkan fitnah. Mungkin kenalan ni tadi, mereka suami isteri memang dah biasa & tak kisah langsung memberi no telefon mereka kepada sesiapa sahaja.
Mungkin pada sesetengah orang, hal ni perkara kecil. But to me, it's a BIG deal!
Posted by amimarz at 1:22 AM 0 comments
Labels: General Gebang
Wednesday, June 8, 2011
Hujan di petang Rabu, rezki alam...
Bukan masanya untuk bicara panjang. Ada kelapangan, jari-jemari ni akan mengetuk kekunci keyboard ni lagi, InsyaAllah.
Posted by amimarz at 12:59 AM 0 comments
Labels: General Gebang
Subscribe to:
Posts (Atom)

