BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, January 31, 2011

Jangan sampai jadi buluh.

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan?

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia
lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau ! bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku
balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg.

Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

"sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....!

Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa!

Hang jangan nak buat pasai!

Hang nak pakai tudung buat apa???

Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!

Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
-Dipetik dari email seorang sahabat, sumber asal tidak diketahui.

Pastinya, bila baca tulisan diatas ni, akan ada yang tergelak-gelak sebab lucu. Betul tak?  Tapi, dalam pada kita ni bergelak-gelak, dapat tak kita tangkat mesej yang nak disampaikan oleh penulis ni?

Teringat pulak cerita Anakku Sazali... Aku ingat-ingat lupa dialog nya, tapi lebih kurang macam ni lah kot “Kalau 13tahun (emm... ye ke 13thn???) dulu bapak pukul Sazali, Sazali tak akan jadi seperti ini....”

Bukan senang sebenarnya, tugas mendidik anak-anak ni.  Besar dan berat tanggungjawab seorang ibu dan seorang bapa.  Kalau tersalah didikan, takut-takut bila anak ni sudah besar, akan menyusahkan ramai orang, termasuk ibu bapa sendiri.  Mulalah keluar ayat begini, “kecik-kecik tak nak mampus, dah besor menyusahkan orang!!”  Tapi yang bercakap tu lupa nasihat orang dulu-dulu, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh, memang la payah nak dibentuk.

Dalam sibuk seharian dengan kerja dan  tugas-tugas lain, kadang-kadang aku terfikir, dah terbaik ke didikan yang aku beri untuk Buchuks aku?  Cukupkah masa yang aku luangkan untuk mengasuh mereka?  Pendekatan yang aku guna untuk mendidik mereka, adakah memberi kesan kepada mereka?  Akan ingatkah pesanan-pesanan dan peringatan-peringatan yang aku berikan kepada mereka?  Berbagai-bagai soalan yang terlintas dalam kepala ni, bila memikirkan hal anak-anak ni.

Sebagai ibu, aku berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk Buchuks aku.  Tak akan aku berputus asa untuk mendidik Buchuks aku, supaya kelak mereka menjadi insan kamil.  Semoga Allah mempermudahkan segala usaha aku!

Sunday, January 30, 2011

Dah lama sangat senyap.

Pejam celik-pejam celik, esok dah 31 Jan 2011.  Dah sebulan kita berada dalam tahun  2011 ni.  Sekejap je kan!!! Tinggal 11 bulan je lagi menjelang 2012.  So, sepanjang bulan Jan 2011 ni, apakah azam tahun baru yang telah kita semua capai?  Sebelum jawap soalan tu, pertama mula kene lah tanya, korang dah tanam azam 2011 ke sebelum ni..hehehe.  Kalau yang belum ada azam tu,masih belum terlambat lagi sebab korang ada sebanyak 334 hari lagi untuk sampai ke hujung tahun ni... selamat mencuba!!!

Salah satu azam aku tahun ni, ialah untuk amalkan gaya hidup sihat bersama keluarga aku!  Bunyik macam azam biasa-biasa aja kan... tapi impaknya besar tau!  Sebab apa aku kata macam tu, tak lain kerana selama ni kami sekeluarga tak pernah pun buat aktiviti riadah seperti bersenam dan berjogging.  Selalunya, bila hujung minggu, kami akan berjalan-jalan dan mencuci mata sambil mengisi perut di shopping2 complex.  Kalau tak keluar, kami lepak-lepak dengan family sambil makan-makan.. makan lagi (camne tak bertambah gumuks..hahahah)

Jadi, awal tahun ni aku telah berbincang dengan Mr Hubby tentang aktiviti riadah ni.. sekurang-kurangnya seminggu sekali kami perlu bawa Buchuks berjogging atau pun main-main di taman.  Paling utama, kami sendiri juga perlu bersenam, dan membakar segala lemak-lemak yang lama terkumpul dalam badan ni.  Dalam usia yang semakin meningkat ni, kene lah jaga kesihatan kan...  Sekarang ni, bukan sesuatu yang mustahil dalam usia 30-an ramai yang mengidap masalah jantung....

Alhamdullillah, apa yang dirancang setakat ni, berjalan dengan jayanya.  Buchuks pun enjoy dengan outdoor activities yang kami buat.  Mana taknya, mereka dapat bermain sepuas hati di taman, sambil kami berjogging!




Antara aksi-aksi Buchuks semasa beriadah.  Seronok lihat gelagat mereka, bebas untuk mengekspresi diri bersama alam.  Bak kata iklan Milo, "play more,learn more!!!".

Selain dari azam untuk beriadah dengan konsistan, aku juga sudah mula merajinkan diri memasak untuk keluarga.  Bermula dengan masakan yang simple-simple, kini aku mula mencuba masak makanan yang lebih mencabar (mencabar sebab tak pernah cuba..hahahha)  Tapi, yang paling aku suka bila Yaya kata Mami masak sedap!! Tu yang tambah berkobar-kobar lagi semangat aku untuk menajamkan skill memasak aku.  Nanti, bila dah pandai ala2 Top Chef, aku akan postkan sesuatu yang menarik dalam blog ni... Tunggu ya :) 

Thursday, January 6, 2011

Pertama di 2011

2011 dah masuk hari ke-6. Kejap je kan rasanya... baru minggu lepas kita cuti sambut tahun baru!! Ni entry pertama aku untuk tahun 2011.  Sebenarnya, ada beberapa entry yang aku dah draft, tapi half way, ada je yang ganggu emosi aku, hingga terbantut idea aku..huhuhu

Bila citer pasal tahun baru ni, misti orang akan sibuk2 dengan azam tahun baru kan.  Bagi orang yang teliti dan suka merancang, misti dah well prepared dengan azam2 2011 ni sebelum abis tahun 2010 lagi kan.  Bagi yang dah bersedia dengan senarai azam2 tu, aku doakan korang semua terus istiqamah untuk capai azam korang tu ya.  Bagi yang takde azam tu, cuba2 lah buat azam ya. Sekurang-kurangnya, korang ada jugak matlamat hidup!  Hidup yang ada matlamat, barulah lebih bermakna!!!



Hari Isnin aritu, dua2 Buchuks memulakan alam persekolahan.  Yaya masuk ke Pra-sekolah, Nana pulak ke Tadika Kemas.  Untuk Yaya, aku memang menaruh harapan dia tak meragam untuk ke sekolah, macam tahun lepas (cuma bertahan 2 minggu je, lepas tu dia tak mau pegi dah - pening aku!).  Alhamdulillah, nampak dia bersungguh untuk ke sekolah.  Dia pun enjoy kat sekolah!  Kalau dulu sebelum masuk sekolah, dia selalu tidor lewat. Kadang-kala sampai pukul 12 malam belum tidor, layan kartun! Tapi, ni dia dah bersekolah, pukul 9.30mlm je dia dah siap2 nak tidor, sebab esok nak sekolah!  Perubahan yang bagus!  Syabas Yaya!!!





Untuk Nana pulak, aku sengaja masukkan dia ke Tadika Kemas sebab aku nak dia belajar berkawan2 dulu.  Selama ni, dia cuma berkawan dengan kakaknya saja.  Lagi pun, dia baru 3 tahun!! (dia lahir 29/12/2007).  Kalau ikutkan real age dia, Nana baru 3 tahun 8 hari tapi ikut calendar year dia dah 4 tahun.  Maknanya, bila dia masuk Darjah 1 nanti, umurnya baru 6 tahun 4 hari.  Aku yakin, walaupun usianya muda berbanding dengan kawan2 yang lain, Nana mampu untuk menunjukkan kecemerlangannya mengikut keupayaannya.  Dia ni cepat belajar dari Yaya dan tak nak kalah dengan Yaya, sebab tu dia selalu berusaha untuk maju.  Dan memang betul firasat aku, sebab walaupun takde sorang pun yang dia kenal dalam kelasnya, dia pandai bawa diri & sesuaikan diri dengan persekitaran.  Hari pertama pun takde masalah untuk aku tinggalkan dia sendirian (kejap2 je aku intai2 dia dari tingkap!!)  Syabas juga Nana!!!

Perjalanan 2011 masih awal, dan banyak lagi perkara yang mungkin akan berlaku dan perlu dilakukan!  Semoga semuanya berjalan lancar pada 2011 ni.  Semoga segala usaha berhasil! Semoga segala impian terlaksana! InsyaAllah.

Friday, December 24, 2010

Entry awal pagi.....

Malam yang penuh santai, ie relax takde apa yang menerjah tetiba...cuma batuk2 masih belum kurang.  Masalah dengan batuk ni, ialah batuk berkahak...since aku still kene pegi kerja (takat batuk2 je doktor tak layan la nak bg MC ni..huhuhu) so, aku pun cuba la petua madu & perahan limau nipis.. pagi2 before nak pegi kerja, aku makan madu & limau nipis tu, okey la, ada kurang sikit.  memang berkesan jugak petua ni.  Kalau makan ubat batuk, for sure la kepala ni jadi weng skit, sebab ubat batuk ni mengantuk!!!

Yang tak bestnya, untuk kita yang ada anak2 kecik ni... batuk, demam & selsama ni memang la sangat2 perlu dielakkan... sebabnya, budak2 ni cepat betul la berjangkit.  Macam sekarang ni la.. since aku ni beberapa hari batuk, hari ni si Nana dah mula menampakkan tanda2 nak selsema jugak!!! Aduhai lah... Ni yang buat jiwa raga aku ni gelisah.  Sebabnya, bila dah tak sihat, compem la dia akan merengek aje.  Dan yang tahan tu bila time makan ubat, melalak2.. Ya Rabbi, malu kat jiran2 bila si Nana ni menjerit2 "tak sedap! tak sedap!" sekuat2 hati.  Dengan bantuan Abahnya, misi bagi makan ubat selosai...  Bila dia tido, aman la hidup aku..ngeeeeee

Dalam pada terbatuk2 ni, mata asik menjeling2 bungkusan2 jajan yg Mr Hubby beli dari Lumut semalam.. mengancam jiwa raga ku sungguh la.  Dahlah semuanya tu memang kegemaran aku (special order tu!!),  satay ikan, keropok ikan, sotong gula...huwaaaaaaaaaaaa!!!!! bila boleh makan ni!  Nasib baik la Buchuks tak pandai makan jajan2 tu lagi, kalu tak, putih mata la Ami...hihihi  So, takat jeling2 manja la kat jajan2 atas peti ais  tu la, sampai batuk ni ilang.. (tak sabor dah ni nak makan!!!)

Okay lah, dah lewat pagi la rupanya ya... mato den pun dah kuyu jo ni... apa2 pun, selamat bercuti hujung minggu lah untuk semua ya.. bagi yang kerja ari sabtu, best la korang dapat nikmati cuti umum ni kan..tapi macam aku yang memang berkerja 5 hari seminggu, rasa takde perbezaan pun cuti Hari Natal ni dengan Sabtu minggu lepas... apa2 till next tima ya!!!


Tuesday, December 21, 2010

Bukan sombong....

Dah lama aku tak jenguk2 blog aku ni, apatah lg berblogwalking.... bukan aku sombong atau dah ilang minat dengan dunia blog ni... tapi kesibukan masa dan tahap kesihatan yang kurang baik tak izinkan aku untuk menyapa blog kawan2, apatah lagi untuk membuat entri terbaru..  Kepada kawan2 yang aku belum sempat nak ziarah balas, bila da sihat sikit nanti aku akan jalan2 umah korang ya... jangan mare ya..ngeeeeeee

Hujung  minggu yang lepas, aku sibuk dengan majlis pertunangan adik perempuan aku. Walaupun majlis tu berlangsung pada hari Ahad, tapi sejak hari Sabtu lagi kami semua dah sibuk2 dengan persiapan.  Aku pun tak terlepas dari bersengkang mata sampai pukul 1 lebih pagi, dek sibuk menghiris daging daging salai untuk menu masak lemak daging salai esok harinya....

Pagi Ahad  tu pulak, pagi2 lagi dah bangun, untuk siapkan sarapan pagi.  Sarapan ni kene prepare awal2 sebab pukul 8.30am dah ramai sedara2 yang datang sinoman... Emmm.. memang sibuk betul ari tu.. Dek kerana penat sangat aku hampir2 tumbang... nasib baik ada si Nana, dalam pukul 11am, dia merengek nak minta susu & nak aku temankan dia menyusu. Apalagi!!! Peluang depan mata ni.. misti aku sambar! So, aku pun ajak la Nana masuk bilik, sambil2 tidorkan dia, aku pun tidor sama (tapi kejap ke lah aku mengelatnya...)  Bila da bangun tu rasa refresh la pulak.. Bagus jugak tu kan, rehat sekejap untuk recharge.
Nasib baik majlis tu abis awal, seperti yang dirancang.  Tapi bila petang tu, terasa2 sakit la plak pinggang aku ni.  Adus!! Sakit pinggang aku ni datang balik la..huhuhu
Aku pun telan lah pain killer yang memang ada dalam beg aku... lepas tu, tido la..apa lagi...

Esok paginya nak pergi kerja, sakit tak kurang.  Tak tahan dengan sakit, aku pun pergi la ke klinik.  Kali ni aku suruh doctor buat x-ray  (patutnya minggu lepas aku pergi buat x-ray, tapi tak berkesempatan).  Lepas tu, doctor buat surat reference untuk aku jumpa pakar kat hospital swasta kat Seremban.  Bayangkan dari pukul 9am sampai la pukul 5.20pm, aku terperangkap dalam spital.. tension betul!! Lama betul aku tunggu giliran nak jumpa doctor  tu.. kalu tak sebab aku ni  memang tengah sakit, mau je aku angkat kaki balik rumah... tp sebab sakit, aku pun tunggu jugak lah.  Sib baik ada novel Sungguh Aku Cinta (Anis Ayuni), temankan aku... kalau tak, berangin2...  Lepas jumpa doctor, aku kene buat physiotherapy pulak... tu yang pukul 5.20pm baru siap!! Burn MC aku aritu.. tak dapat nak rehat2 kat umah (dah macam pegi keje la pulak rasanya ya....)huhuhu...  Minggu depan kene buat follow up check-up.. plus doctor pun nak buat MRI scan kat aku...  bila terbayang nak kene masuk dalam terowong MRI Scan tu, ngeri la plak.... Tak mo pikir! Tak mo fikir!

Hari ni kat opis, pinggang aku masih lagi terasa sengal2nya...  tak boleh duduk lama2 & tak leh berdiri lama2.. jalan pun masih lagi slow2.  Opis aku ni pulak, sejuknya Ya Rabbi, sampai aku terpaksa pakai stoking untuk elakkan kaki aku ni kesejukan.. bila sejuk, pinggang & lutut ni terasa lagi berbisa sengalnya (terasa macam dalam berpantanglah pulak, bila pakai stoking ni..ngeeeeee).

 Amimarzsays : Bila sakit2 begini, teringat masa sihat...

Thursday, December 16, 2010

Semuanya kerana......

Emm... perut dah kenyang...Alhamdulillah, lagi best sebab bos yang belanja lunch tadi. Heheheh....Syukur ya, dapat bos yang baik hati & bertimbang rasa.  Boleh bergurau2 & lepak2 dengan anak2 buah, macam kawan tapi rasa hormat pada bos tetap ada...

Pagi tadi, masa Town Hall session dengan top management, Big Boss cakap.. as a muslim, what ever we do..or where ever we go, it must be Lillahi Taala..semuanya kerana Allah, dengan kuasa dan limpahanNya kita berada disatu2 tempat.

Sebenarnya, peringatan2 begitu sering kita dengar dari zaman persekolahan dulu, dari Ustaz2 & Ustazah2, dari ceramah2, dari kawan2... malah mak ayah pun selalu pesan perkara yang sama... Tapi, natijahnya, kita sebagai manusia ni selalu lupa... lagi2 bila diulit kemewahan dan kesenangan... lagi cepat kita lupa pada sejarah.  Sebab itulah, adalah kewajipan kita sesame Muslim untuk saling ingat-mengingati dan berpesan2, supaya kita sentiasa.

Sedihnya, harta & kuasa masih lagi menjadi keagungan manusia..sehingga ada yang sanggup membunuh, menganiaya, menindas dan menyeleweng.  Semuanya semata2 kerana harta & kuasa.  Kala ini, hilanglah pandangan siapa saudara, siapa kawan.  Yang penting, mulut sendiri mahu disuap untuk kenyang sendiri.

Soalnya, adakah semua itu berbaloi kesenangan yang dicapai dengan jalan yang pincang, bila mana di hari Perhitungan nanti takde sebesar zarah pun harta yang dikumpul dapat membantu kita.  Bolehkah emas segunung yang kita kumpul hasil dari penipuan2 & penindasan2, membeli sekaki payung untuk kita berteduh daripada panas matahari yang jaraknya sejengkal itu?  Andai didunia kita adalah pemimpin yang paling berkuasa, ramai pak turut & pembodek yang tak putus2 menempel.  Yang bila kita lapar, cepat2 disuapkan makanan... bila bersin, cepat2 dicarikan ubat – hanya kerana mau imbalan yang lumayan.  Adakah pak2 turut & pembodek2 ini akan masih setia menjadi teman berpanas di Mahsyar?

Walau berkali2 diperingat... Walau banyak kisah2 teladan dicerita... Walau berulang2 drama2 kehidupan dipertontonkan di TV untuk ikhtibar... namun, ramai yang mendengar, tapi sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. ramai yang melihat tapi buta mata hari...

Pengalaman masa lalu banyak memberi pengajaran.  Tak pernah terlintas difikiran untuk melihat sendiri drama2 kehidupan yang rata2 dilakonkan oleh orang2 terdekat.  Lantaran kerana tamakkan harta dan kuasa, yang anak menghina mak & ayah... saudara bertikaman sesama sendiri... keluarga berpecah belah & berpuak2...kawan makan kawan... sindir-menyindir, umpat-mengumpat, kutuk-mengutuk, hina-menghina berlarutan, akhirnya menjadi dendam kesumat.  Hakikatnya, kayu yang sudah dibakar, walaupun apinya sudah padam, takkan kekal menjadi kayu – jika tak jadi abu, tetap menjadi bara.  Begitu juga kehidupan....

Andai diberi harta segunung, akan jadi pemurahkah kita, seperti Saidina Usman Bin Affan... (takut2 kita menjadi pengikut Qarun yang haloba....)
Andai diberi kuasa & kekuatan, akan jadi seadil Saidina Umar Al-Khatab kah kita, menjatuh hukuman tanpa melihat darah daging kerana patuh pada perintah Allah... (takut2 kita menjadi pengikut Firaun yang zalim...)

Sekadar renungan....

Amimarzsays : walau tak sekaya Mark Zuckerberg, cukup sekadar senang & dipermudahkan segala urusan...ngeeeeee

Wednesday, December 15, 2010

Tiruan sana sini.....

Dalam berita semalam, 3,360 kicap tiruan dirampas..aku geleng kepala... Aduhai...apalah nak jadi ngan orang-orang ni... sampaikan kicap pun ada versi cetak rompak ya..isk isk isk... balik nanti nak check kicap kipas udang aku – ori ke tiruan..huhuhu

Sekarang ni banyak sangat barang-barang tiruan yang ada dipasaran...  daripada barangan elektrik, telefon, pakaian berjenama, aksesori, CD hinggakan jenama makanan pun ada tiruan. 


Kenapa agaknya ada banyak barang2 tiruan kat pasaran ya??? Aku rasalah kan, mungkin sebabnya.......................


1)    Ada permintaan lah kot..... 
Ye la, selalunya barang2 yang ditiru ni semuanya barang2 jenama terkenal... orang cakap Branded la...  Nak beli yang original mungkin tak mampu la kot, sebab harganya riban-riban (bukan kicap la kan..heheheh).  Tengok member sebelah pakai handbag Prada, jam tangan Guess, telefon Blackberry.. pedih la plak mata... Nak beli, takut miss soru..so carik yang cetak rompak la...bukan orang tau maaaaaaa

2)    Ada orang yang kreatif lah kot....
Orang-orang ni malas nak carik idea sendiri, tapi cukup kreatif nak buat magic..iaitu trace without trace (salin tanpa kesan)....  nak dapat skill ni, bukan semua orang boleh  buat.. sebab tu la, barang2 tiruan ni pun ada grading nya...

3)    Ada orang yang tamak lah kot...
Nak modal kecik tapi nak untung riban2... dari orang yang keluarkan barangan tiruan ni, ke pengedarnya...ke penjualnya  sampailah ke pembelinya..tamak!!! Sebab apa aku kata tamak?  Kalu takde pembeli yang nafsu tinggi ni, takkan ada la penjual barang2 tiruan ni kan... Kalu takde penjual yang nak untung banyak (beli seringgit jual sepuloh hinggit – sbb ada brand maaaaa), takkan ada orang yang nak keluarkan barang2 tiruan ni kan.. yelah, dah buat berkodi2 kalu  takde sapa nak jual, mana nak dapat untungkan...Yang keluarkan barang pulak nak amik jalan mudah, tak payah buat R&D, marketing & promotion.. tempekkan je jenama orang lain (macam kes kicap ni lah kan...).  Profit pulak tak payah declare... Emm..senang sangat lah kan.  Tapikan, mereka2 ni lupa sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah.. bila dah jatuh, baru mereka ingat orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang2...

Aku tak tau lah orang lain kan... tapi aku memang tak berminat dengan barang2 tiruan ni, walaupun dari jenama antarabangsa yang terkenal.  Aku rasa takde feel kalau pakai barang yang tak ori ni... baik aku beli barang dari jenama biasa2 aja, yang aku mampu beli tanpa perlu merobekkan poket aku daripada beli barang dari jenama2 5star tapi made in Thai/China......

Amimarzsays  :  Kenelah sedar diri & ukur baju dibadan sendirikan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...