BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, November 10, 2010

Meruntun jiwa

Emosi sikit terganggu... ingatkan nak telefon buchuks just to say hi, a quick call pembakar semangat.  Tapi turns out ia meruntunkan jiwa raga ku...huhuhu

Kakak “Ami balik ari ni ker?”
Ami  “Tak, Ami blik esok ya...”
Kakak “Ala, asik2 esok je”

Aduhai, anak...andai kau tahu, it’s not easy for me too,  to leave both of you with Nenek & Atuk...

Tak semua benda dalam hidup ni kita boleh dapat, tapi apa yg penting ialah menghargai apa yg kita ada, dan dalam masa yg sama, buat org2 yg kita sayang gembira.

Bila aku mula2 aku amik keputusan pindah ke Senawang & tinggalkan Buchuks kat kg ngan mak & ayah, ramai gak yg bg macam2 opinion..of course la yang tak menyokong & menarik utk didengar...  tapi maybe pada diorang, it’s not a good idea..but for me, banyak hati2 yg berkembang merak bila aku kata Buchuks remains kat kg ngan Nenek & Atuk diorang.

Tapi yg paling penting, sbb aku rasa selesa bila Mak aku sendiri  yang jaga Buchuks aku tu..so that, aku boleh pegi kerja dgn hati yg senang, tak payah nak risau2 hal anak bila hantar diorang ni ke nursery or rumah babysitter... Aku tau Buchuks aku ni selamat dalam jagaan Mak aku. Tak payah nak risau Buchuks ni kene dera ke, kene pukul ke, tak makan ke, tak mandi ke apa ke? Nenek mana yang tak sayang cucu oiii!!!  Bertambah2 manja diorang tu dengan Atuk & Nenek lagi ada (tukang back up bila kene marah ngan Ami & Abah!!!). 

Bukan aku tak percaya ngan nursery or babysitter, tp berita2 sedihyg selalu keluar kat papers or tv pasal bayi tercekik susu dalam jagaan pengasuh la, kene dera la, jatuh la, buatkan naluri ibu ni tersentuh, seriau pun ya.  Macam mana la anak kecik yang tak berdosa, yg so innocent, tak tau apa, jadi mangsa orang2 yang tak bertanggungjawab.

Kalu dapat babysitter yg betul2 baik takpe, tu rezki namanya...tp bila dapat babysitter yang jaga anak sekadarnya, tu yang malang tu...depan kita cakap elok jer, tapi kat belakang kita, bila anak kita buat salah, abis dimaki hamunnya...bodoh la,takde otak la, itu la ini la..bukan setakat pengasuh tu yang maki, anak2 dia pun sama naik maki budak jagaan tu... Sedih betul!!!  Terfikir, agak2 kalu aku letak Buchuks aku kat situ, dia akan buat yang sama ker?....(tak tercapai akal ku nak fikir...)

Nak carik orang jaga Buchuks tu satu hal, Mak & Ayah aku pun satu hal...bila cakap nak pindah aritu, mula la Mak aku tu dok terperuk kat dapur sambil meleleh air mata dia... adussssss!!! Tu yg tak tahan tu!!! Lemah lutut den ni hah jadinya.  Ayah plak kata, Buchuks tak payah bawak dulu, nanti kalu salah sorang kami dapat keje dekat2, barulah boleh bawak.. Ye la, aku ni kerja kat KL, pagi2 dah kuar, malam baru sampai.  Hubby pun kerja dia banyak travel... Tak tentu masa.  Jadi memang susah la kalu nak kene amik Buchuks dari nursery/umah babysitter on time...

Ayat Kakak yg last tadi before letak tel, “Amik, dengar ni, Kakak dah selsema” sambil sok sek sok sek dia bunyikan kat telefon...sodeh la plak ati den ni jadinyo...


 Amimarzsays : tambah berkobar2 semangat  nak carik keje kek Soromban....huhuhu

Wednesday, November 3, 2010

Iktibar untuk diri sendiri

Semalam member kasik 1 blog kepunyaan kawan jauhhhhh kami la... sbnrnya, dulu masa sama2 keje skali, takde la amik tau sgt pasal hal minah ni...tp, sbb rasa nak tau apa yg  hot sgt citernya, aku pun visit2 la blog kawan ni td..Ya rabbi!!! Terkejut & terkedu la baca entry & comment2 yg pada hemat aku ni, sungguh keterlaluan & memalukan.

Alkisah, bermula citer, konon2 kawan ni nak buat citer ala2 kebudak2an, tp tak disangka rupa2nya dia ni ada musuh dalam selimut, kene kasik hantam & taruk KAW2 punya!!!!

Bukan la aku nak curah cuka kat luka pulak (aisey...baeekkk punya peribahasa pg ni), tu blog dia, citer dia, hal dia...Cuma, utk aku yg baru seminggu tercebur diri dlm dunia blog ni, pd aku ini peringatan terbaik utk aku amik iktibar!!! Selama ni aku follow blog2 yg ada, tak kira la personal blog ke business blog ke apa ke, tak jumpa lg la yg kes macam ni...

Walaupun blog ni blog peribadi, tp kita sdr yg membuka pintu utk org luar menilai peribadi kita...  kita sendri tak akan tau sapa yg akan baca blog kita ni, boleh jd yg baca tu kawan2, kawan kepada kawan, strangers or even ‘musuh’ kita!!! So, sendri mau ingat la ya!!!!

Amimarz says : tak tau pula POYO tu maksudnya cantek!!! (betul ke ada dlm kamus Dewan?)

COUPLE ONE SPRAY PERFUME




COUPLE PERFUMES-ONE SPRAY PERFUME  adalah satu produk wangian yang kini sedang mendapat sambutan di pasaran.Dengan berkonsepkan 2 in 1 (2 botol dalam 1 kotak), produk ini menjadi pilihan ramai.  Tambahan pula wangian ini diperbuat dari pati minyak wangi asli yang berinspirasikan haruman jenama terkenal antarabangsa.  Yang menarik lagi produk ini menggunakan cara semburan (spray)yakni lebih efektif dan senang digunakan.
Produk ini telah dibuat testimonial kepada ramai penggemar minyak wangi seperti selebriti,artis dan orang ramai sebelum ianya dilancarkan.  Ternyata ramai yang menggemari aromanya dan ketahanannya.


1 kotak 2 botol 2 haruman pada harga RM29.90
Jenis-jenis Haruman
Produk ini mengandungi 14 jenis haruman yang diinspirasikan dari jenama antarabangsa seperti:
Lelaki
Hugo Boss                                                     
Polo Double Black                                 
Dunhill Desire Blue                               
Aqua Di Qio                                                  
CK1 Calvin Klien                                            
Davidoff Cool Water                              

Wanita
Jadore                                                  
Escada Pacific Paradise                                            
Fantasy – Britney Spear                         
Carolina Harrera                                  
Allure Chanel                                                
Gucci Rush                                                    
Paris Hilton (Star)                                
DKNY Be Delicious                                

16 Set Haruman
Kod                        Jenis Haruman Dalam 1 Kotak
CW01                     Jadore + DKNY Be Delicious
CW02                     Paris Hilton (Star) + Escada Pacific Paradise
CW03                     Gucci Rush + Fantasy – Britney Spear
CW04                     Allure Chanel  + Carolina Harrera
CW05                     Escada Pacific Paradise + Fantasy – Britney Spear
CW06                     Carolina Harrera + Jadore
 
CL01                      Polo Double Black + Hugo Boss
CL02                      Aqua Di Qio + CK1 Calvin Klien
CL03                      Hugo Boss + Davidoff Cool Water
CL04                      Dunhill Desire Blue + Aqua Di Qio
CL05                      CK1 Calvin Klien + Davidoff Cool Water
 
CLW01                    Dunhill Desire Blue + Jadore
CLW02                    CK1 Calvin Klien + Gucci Rush
CLW03                    Davidoff Cool Water + Fantasy – Britney Spear
CLW04                    Polo Double Black + Allure Chanel
CLW05                    Polo Double Black + Paris Hilton (Star)
 NOTE:
CW=SET WANITA   CL=SET LELAKI       CLW=SET LELAKI + WANITA

emm...amacam, hensem tak duta minyak wangi ni....hensem tak hensem, yg penting bila korang pakai perfume ni, baunya..perghhhh  WANGI!!!! (kalu nak lg wangi letak kat lubang idung..ngeeeeeee). 

Kat mana nak beli perfume yg wangi ni... Hah, kalu ada yg berminat nak dapatkan koleksi perfume terbaru ni, boleh la order melalui blog ini atau pun boleh tel En Zaki di nombor 010-3354895.

Jika ada yg kat luar sana berminat untuk jadi ejen dan cara2 untuk menjana pendapatan yg lumayan dr Couple One Spray Perfume ini, juga dialu2kan untuk menghubungi En Zaki.  Dia tak akan teragak2 untuk berkongsi rahsia & peluang keemasan ini!!!

Amimarz says :  best bila bau wangi!!!!!

PELABURAN UNIT AMANAH

Ari ni kita sembang pasal duit!!!..kalu citer pasal duit ni,  misti ramai yg suka, betul tak? (lg2 kalu org yg ada nombor getaran wang dalam diri dia...mata duitan..hahahaha)  Sapa kat dunia ni yang tak suka duit?? Kalu ada sapa2 yg baca blog ni  yg tak suka duit atau kenal org yg tak suka  duit, helo2 kat aku..heheheh, kita boleh tolong adjustkan kan utk dia..heheheh... “Cik Dot, ko amik la duit la duit aku ni, menyampah plak aku nengok duit ni asik melekat dlm purse aku ni.  Benci youuuuuuu!!!” Compem, tak kan jumpa lah!!!  (Dermawan & org yg tak suka duit ada lah org yg berbeza sama sekali, wokey!!! Jgn salah paham) Buchuks aku tu pun da pandai nak minta duit utk beli jajan or mainan...kejap2 minta 50sen, nak beli tikam2 kat kedai acik Ipin..sungguh la aku ni bengkek ngan mesin tikam2 tu..kot dlm tu mainan yg senonoh takpe...


Sekarang ni ramai yg cakap pasal pelaburan unit amanah...kat tv, kat radio, even kat tepi2 jalan pun korang boleh nampak billboard yg besor bagak macam kat bawah tu, dok promote unit amanah.




Apa tu pelaburan unit amanah?  Ye la, kalu kita nak melabur, kene la faham apa yg kita laburkan.  Takkan org kata melabur, kita pun terus melabur kan.  Sbb ini adalah duit tabungan kita di masa depan.

Pelaburan unit amanah ni ialah satu alat pelaburan secara kolektif, dimana ia membolehkan pelabur2 yg mempunyai objektif yg sama utk mengumpul dana yg akan dilaburkan dalam pelbagai portfolio termasuklah pelaburan aset seperti tunai, bon & simpanan, saham, properties dan komoditi.  Dana yg dikumpulkan ini pulak akan diuruskan oleh pengurus2 dana professional ke dalam pelaburan2 yg dibenarkan oleh surat ikatan disamping tertakluk kepada Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC).





Proses pelaburan dalam unit amanah (ikhsan : Public Mutual)

Dalam pelaburan unit amanah ni, ada 3 pihak berkepentingan yg terlibat iaitu pemegang unit, pengurus dana dan juga pemegang amanah.  Siapakah mereka bertiga ini?

1.    Pemegang unit ini ialah pelabur, org yg melaburkan duitnya ke dalam dana amanah ini.
2.    Pengurus Dana pula ialah sykt pengurusan  yg mempunyai kepakaran secara teknikal yg akan menguruskan dana secara professional.
3.    Pemegang Amanah pulak adalah badan bebas yg akan mengawalselia pentadbiran dana pelaburan.

Berbanding dengan saham, pelaburan unit amanah ni tertakluk kepada Suratikatan (Deed) yg akan menggariskan hak & tanggungjawab pengurus dana dan pemegang amanah, termasuk juga hak2 pemegang unit.  Suratikatan ini penting sebab ia menyatakan secara terperinci bagaimana pengurusan dan operasi unit amanah ini patut dijalankan.  Selain itu, ia juga akan menyatakan bagaimana kadar bayaran yuran ditentukan utk sesuatu dana itu. Dengan adanya Suratikatan ini, kepentingan pemegang unit dilindungi.


Bila cakap pasal pelaburan, misti la ada keuntungan nya kan..kalu tak untung tu bukan la pelaburan..tp peleburan..ngeeee.  so, macam mana kita nak dpt keuntungan dr pelaburan unit amanah ni.  Ada 2 cara – Capital gains (pertumbuhan modal) dan Distribution (agihan dividen).  Apakah maksudnya tu?

Bila kita pelabur dalam unit amanah ini, pegangan pelaburan kita akan dibahagikan kepada unit pelaburan.  Apabila nilai dana meningkat/menurun, nilai seunit pelaburan kita juga akan meningkat/menurun. Capital gain ni kita akan dpt bila masa kita jual unit pelaburan kita, nilai seunit pada masa jualan adalah lebih tinggi berbanding nilai seunit masa kita beli.

Agihan dividen pulak adalah dari pendapatan hasil yg dijana oleh pelaburan yg dbuat.  Ianya bergantung kepada prestasi pelaburan dana.  Sekiranya keuntungan pelaburan tinggi, maka agihan dividen kepada pemegang unit juga akan tinggi, begitu jugak sebaliknya. Agihan dividen ini kadang kala tidak dibayar secara tunai, tetapi boleh juga diberi dalam bentuk unit tambahan.



Kelebihan2 melabur dalam unit amanah:-

1.    Kepelbagaian (Diversification)
Berbanding kalau kita melabur pada 1 atau 2 jenis pelaburan atau saham, 1 portfolio pasaran sekuriti boleh diwujudkan. Dengan adanya portfolio pelaburan yg luas, maka kuranglah ketidaktentuan pulangan drpd  pelaburan. Dalam ertikata lain, pelaburan dalam unit amanah ni bermaksud kita mempelbagaikan risiko “not putting all your eggs in one basket”

2.    Kecairan
Pada bila2 masa, pemegang unit amanah boleh menjual semua atau sebahagian pelaburan mereka tanpa sebarang  kesulitan. Unit amanah menyediakan kelebihan ini iaitu ianya senang untuk dibeli dan dijual.  Walaupun, ada pelaburan lain yg lebih menguntungkan tetapi sukar untuk ditunaikan (dijual), ia bukanlah pelaburan yg bagus kerana kecairan yg rendah akan meningkatkan risiko kepada pelabur.
     
3.    Modal yg sedikit
Untuk melabur dalam unit amanah ni, tak perlu modal yg besar.  Ianya mampu untuk semua golongan.

4.    Pengurus dana professional
Orang yg menguruskan unit amanah ini adalah org yg benar2 professional dan berpengalaman luas dalam bidang ini. 

5.    Transaksi yg mudah
Dengan ada nya syarikat pengurusan dana, pelabur boleh melabur dengan mudah tanpa sebarang kerumitan, berbanding jika memegang portfolio saham sendiri di pasaran saham.

6.    Peruntukan undang2
Macam yg kita da bincang kat atas, unit amanah ni terikat dengan Suratikatan yg merupakan dokumen sah dr segi perundangan.  Selain itu juga, ia tertakluk kepada peraturan2 yang dikawalselia oleh SC yg bertujuan untuk melindungi kepentingan awam.

7.    Pulangan yg memberangsangkan
Untuk jangka masa panjang, pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal dan juga agihan dividen adalah yang lebih tinggi  berbanding simpanan di bank-bank.

Ni sikit sebanyak yg aku boleh citer pasal pelaburan unit amanah.  Harap2 korang sume dapat la info yg berguna dr entry ni.  Kalau ada sesapa yg berminat untuk tau lebih lanjut pasal pelaburan unit amanah ni, feel free to drop a note to me, ya.



“The mutual fund is a wonderful invention for people who have neither the time nor the inclination to test their wits against the stock market, as well as for people with small amount of money to invest who seek diversification” – Quote : Peter Lynch, One up on The Wall


Amimarz says : nak pencen bergaya, kene plan dr muda!!!

Monday, November 1, 2010

KALAU DAH SUKA....

Kalau da suka, benda lain da tak pandang dah.  Kalu ari2 mengadap benda yg sama pun tak kesah.  Sbbnya, dah suka. 


Kalau dah suka seafood, tetap aku bedal gak udang & ketam (sotong sedara mara Paul ni mmg aku tak gemor), walaupun doktor mmg ckp aku ni ada allergy resdung. Aaacummm!!!  Tu la akibatnya, kalu da byk sgt mkn seafood, mula la idung & mata aku ni rasa gatal2...paling aku tak tahan kalu start bersin2... rasa mcm nak tercabut idung aku tu, tp bila da ilang gatalnya, aku bedal lg..hehehehe

Kalau dah suka mancing, ari2 nak pegi mancing. Lagi2 kalu geng2 pancing dtg umah, get ready nak gi mancing sama2.  Tak kira la, ujan ke, panas ke, time2 sibuk pun sempat gak boloskan diri pegi memancing ni... dpt lepas kan gian mancing puyu kat parit pun jadilah...udah2 la Wak JJ ya..hehehehe
                                                mcm gaya Ayah aku mancing daaa...


Kalau dah suka kartun, 24jam asik nak tengok kartun je.. HAH!! Ni tak lain, my 2 puteri buchuk la ni.  Astro 611, 613, 615 & 616 (tak tau nape diorg tak suka 612...emmm).  Weekend, sambil2 melayan diorg, aku pun terpaksa la tgk citer kartun2 ni..sampaikan ada 1 mlm tu aku mimpi, aku plak bertukar jd BEN10 (ya rabbi, haru biru la idup aku dengan kartun2 ni). 

            dapat bayangkan aku bertukar jd Ben10...tak payah la bayangkan..huduh babe!!!



Kalau dah suka teh tarik, asal order minum kat kedai misti order teh tarik, walau pun tengah lepak2 kat kedai kopi...pagi teh tarik, lunch pun teh tarik...minum petang compem teh tarik.  Dinner pun teh tarik jugak.  Pendek kata, payah nak dengar dia ni order Nescafe ke, fresh orange ke, barli ke, laici ke... apa yg best sgt  ngan teh tarik ni aku pun tak tau. Mr Hubby, sila jawap..hehehehe

Korang suka apa? Aku tau, kat luar sana pun mcm2 lg yg pelik & tak pelik yg korang suka kan.  Ada yg suka ayam, ari2 nak makan lauk ayam...lama2 badan pun macam ayam ternak..huhuhu..  Ada plak yg suka telur. Telur goreng la, telur dadar la, telur masak kicap la..janji lauk telur (tp, kalu makan byk telur pastikan anda tidak meninggalkan bau2an yg tak menyeronokkan idung ya...hehehehe)-jgn mare ya!!!!

Tak kurang juga ada yg suka buat koleksi2 khas item2 yg dia suka.  Dr sekecik2 pin kolar sampai la sebesor2 kereta, org buat koleksi pun ada... tak kira mahal atau pun murah, yg penting korang suka.  Asalkan tak menyusahkan org lain, okay la kan.  Tp kalu blh, biarlah minat ni td yg boleh mendatangkan manfaat.  Kalu bab2 makan ni plak, agak2 la bila makan...makan berlebih2 boleh mendatangkan mudarat pd kesihatan kita.


Amimarz says : suka2 akibatnya duka... dlm idup kene ada had (nasihat utk diri sdr!!!)

NOMBOR AKAR, ELEMEN, WARNA - APA CITER NI???

Kalu nak tau, benda2 atas tu pasal kajian metafizik – rahsia tarikh lahir.  Misti ramai yg penah dengar benda ni kan.  Aku pun baru tau gak la benda ni, Mr hubby la yg slalu citer.  Dia tertarik nak tau apa menatang benda ni.  Byk la plak citernya kat paper & Internet. Pulak2 dia dengor ada kawan tu da pegi attend seminar ni, member kata best..apa lg!!! Meluap2 la semangat dia nak tau.  Tp yg pelik tu, dia sruh aku la plak yg pegi seminar rahsia tarikh lahir ni...(tak patut! Tak patut! Lg tak patut, alasan dia tak nak pegi sbb tak buleh nak isap rokok dlm dewan...Udah2 la Abah, bukan ada pekdahnya pun merokok tu!!!). Pendek citernyer, aku pun terpergi la ke seminar Dr Azizan tu (pulak2, abis je seminar tu, aku register utk seminar lanjutan..amik ko!!!)


So, apa citer rahsia tarikh lahir ni..yg org dok sibuk2 citer ni... Citer dia sbnrnya ialah menyingkap potensi2 yg ada dlm diri kita. Dalam ertikata yg senang nak faham, kaedah utk kita kenal diri kita berdasarkan kajian2 yg telah dibuat oleh org2 yg terdahulu. Amaran: yg membaca mistilah boleh menggunakan akal utk menilai & jgn percaya membabi buta, wokey!!!   So, kat sini aku akan tekankan beberapa key word penting, so korang jgn terpesong bila baca entry2 aku. Kat sini nnt kita akan cerita POTENSI diri berdasarkan kajian tarikh lahir tarikh..  Caranya simple.  Sume org ada tarikh lahir lengkap, pastu..... kira jer la!!!  Tak reti2 lg..heheheh..kureng asem sungguh la aku ni ya..sori2...(pastikan yg nak mengira tarikh lahir ni  buleh boleh menyongak  1+1=2 kat kpala wokey...tak yah susah2 nak keluarkan kalkulator saintifik korang tu ya!!!!).  Camne kekdah nyer?  Jawapannya: (dlm entry akan dtg!!!!  Sabo yo lah).  Bila sume nombor2 ni da dicampurkan, maka akan dapatla nombor yg last skali – no tunggal..itu la no akar kita.  Nombor akar ni start dr 1,2,3.........sampai la 9. Setiap no tu ada katektor2 nyer sdr.  Dr situ la, kita tau org ni seorg pemimpin atau pun follower  ker, jenis org yg rajin keje atau hangat2 taik ayam ker, atau  tergolong dlm kategori org suka dibodek ker (tips utk org yg ada bos: “bos2, apa  tarikh  lahir u ya? I nak kira tarih lahir ikut metafizik u, sbb I nak tau u  ni jenis org yg suka kene bodek ke tak?? ..jgn skali2 buat dialog ni kat bos korang wokey!!! harharharuuuuuuuu!!!) dan macam2 lg lah kegunaannyer, kalu pandai.  Karektor2 utk nombor2 ini pun aku akan citer dlm next entry...hehehe...aci tak?

Lepas tu,  dr no akar tu tadi kita boleh  tau  elemen/unsur alam apa yg mewakili diri kita ni.  Tadi nombor, skrg elemen la plak ya.  Ada 5 jenis elemen – besi, tanah, air, api, & kayu (apa punya kayu daaaaa...dun worry! Org yg elemennya kayu, korang bukan kayu KAYU or kayu api or tunggul kayu ya).  So, kat mana plak kita nak guna kelebihan elemen kita ni??? Soklan bijak!!! Gunanya sebagai PANDUAN (jgn ikut buto2 tau!!!) utk kita buat pilihan. Contohnya : nak pilih pasangan – kalu da kita ni elemen api...jgn la pilih yg pasangan yg elemen api gak..kang dua2 terbakar, sape yg susah!!!  HAH! Tp kalu yg da kawin tu plak, jgn sesekali gunakan alasan elemen tak serasi ni nak carik calon2 yg lain. Konon2 baru terbaca kat blog aku ni kan.  Apa kes!!! (kot ado yg kono tido kek luar mlm ni, bukan salah den yo!!!..hehehe).  Atau pun utk carik pekerjaan/perniagaan yg sesuai dengan diri kita ni.  Korang misti penah dengar kan org ckp, tangan dia tu sejuk, tanam apa pun menjadi.. tangan aku ni panas...tanam apa  pun tak penah idup (kesian nyer org itu ya...)  Atau pun, penah tak terjadi, kita ni punya la kecek minta resepi & tips memasak kat member kita ni , dia plak jawab “akak masak mane ado pakai resepi2 ni..sumo main campak2 kek dlm kuali nu hah..”  (bengkek gak dengar tu, aku ni da la  memang tak pandai masak, nak blajor, dia sruh campakkan je!!!  Compem!!! kalu aku yg campak, terus keluar dr kuali...hahahaha) Ini lah contoh2 situasi yg kita sedar tak sedar ada kaitan ngan elemen metafizik. Nak tau kenapa? Sabor.  Byk lg citer2 pasal elemen2 metafizik ni, akan aku kupas dlm entry akan dtg...mmg saje aku nak bg korang tertunggu2!!! tungguuuuuuuuuuu


Warna pun memainkan peranan penting dlm idup kita ni... Ada warna, yg bila kita pakai, muka kita nampak berseri-seri. You look blue, babe!!! Kita pun tersenyum la sampai ke telinga.  Ada plak warna yg tak sesuai dengan diri kita.  Rasa mcm da lawa sgt baju kita ni, hage pun bleh tahan gak, tp bila pakai cam serba tak kene... Apasal ya???  Ni sbbnya warna ni terbagi kpd 3 –warna asas, warna sokongan & warna kawalan.  Kesesuaian warna ni pun bergantung kepada elemen kita. Contohnya, utk elemen kayu, warna asasnya hijau.  Tp kalu dia nak nampak lebih menarik, tertarik & the buummmm, try2 la pakai baju warna itam/biru. Warna2 merah, pink & warna2 seangkatan dengannya tak berapa sesuai utk org2 elemen kayu... walaupun merah tu cantek, tp ikut metafizik, ia melambangkan api..bila kayu jumpa api, alhukumya terbakor la...  So, nak tau warna apa yg sesuai dengan elemen korang..seperti biasa la (tak leh ulang byk2 kali..kang korang fed-up la plak kan... heheheh).  Bukan aku nak buli korang, tp ni org kata baru masuk intro je dulu...kalu citer sume dlm entry ni, panjang berjela la plak...3hari 3mlm lum tentu siap entry ni..heheheh

Amimarz says : marangkerapuuukepundennnmarangsekeperrrr....

Friday, October 29, 2010

2 Puteri Buchuk


                            

Sape dua budak comey ni??? (comey ker?..comey!!!!  hehehe)..isk3..anak sapaaa la ni...alahai!!!


Kalu nak tau, ini lah dia dua orang pengarang ati ulam jantung aku..yg selalu mengeletek ati aku dengan telatah & karenah diorg ni... yg buat aku pening kpala pun ya gak. Macam2 ragam diorg berdua ni... kjap baik, kjap bergaduh, kjap ketawa, kjap menangis, kjap sharing, kjap berebut, suka mengusik, suka merajuk, suka berlumba tp tak nak mengalah. Tp apa nak kata, ni la ragam anak2 aku. Kalu diorg takde, sunyi la plak idup ni...

              
                                 
Ni yg sulung, Nur Alliya Suffiya a.k.a Yaya/kakak.  Org nya nampak GARANG tp lembut atinya.  Slalu ngalah ngan adiknyer (syg adik!!!...ye ke???  Betul3 , dia mmg sgt2 syg adiknya).  Sbb tu dia nie slalu kene buli ngan adiknyer...cian anak Ami sorang ni ya. walaupun ada adik, tp dia la yg paling manja.  Esp ngan atuk & nenek nyer...Suka bercakap..kalu bercakap tak boleh berenti, plak tu laju, non-stop..loteh la plak  nak dongar kan...





Yg ni pulak Nur Rizqhana Suffiya a.k.a Nana/adik.  Muka dia ni mmg la sweeettt... tp keras ati (sungguh la kontras mereka berdua ni tau)..skali dia kata “ni Na punyer!!” or “Na nak JUGAK!!” mmg kompem tak kan dpt kat org lain dah... org nogori kato “tak dapek la den nak nolong yo”  Walau pun masih kecik (compare ngan kakak nyer la), dia ni lebih independent.  Sume benda dia nak buat sdr..mkn sdr, pakai baju sdr, amik brg sdr..Cuma 1 je yg dia akan kata “nak Ami buat JUGAK!!!”-bancuh susu dia..huhuhu


Dlm blog ni nnt akan byk lg citer2 pasal keletah diorg ni..ye la, apa lg nak tulis, kalu da namanyer sorang ibu, misti lah nak citer pasal anak2 nyer kan..kalu tak caya, cuba dengar kat opis ker, kat pantry ker, kat kenduri kawin ker, kat menyuarat tepi pagar ker, mak pak misti suka citer pasal anak2 diorg kan..apa pasai agaknya ya??? korang pikiaq la sendri ya!


Amimarz says : Agak2 apa mak aku citer pasal aku ya????


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...