BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 24, 2012

A Shoulder to Cry On...





Salam Aidilfitri untuk semua.  Dah lama tak bersiaran kat blog ni, kalau rumah tinggal bukan takat bersawang dah ni.. silap2 dah boleh jadi hutan belantara dah blog ni... hahaha


Terlanjur jumpa gambar kat atas tu dlm FB, terasa nak share plak dalam blog blues ni....


Dan ya.. betul betul betul!!!  

Who wants to HUG me!!!

I need to be HUG!!!

I do! I do!



Hanya DIA yang dapat menghiburkan duka ini...

Hanya DIA yang tahu... segalanya

SYUKUR!!! Masih ada DIA

Dan cukuplah DIA bagiku.



notakakiku :: Rindu ayam masak tauchu umah sebelah.  Al-Fatihah utk Abah @ Pak Ngah.

Monday, October 31, 2011

Kuliah Zohor bersama Ustaz Sharhan Shafie

Alhamdulillah, lunch time tadi berjaya mengawal nasfu nak makan, dan berjaya menggerakkan diri untuk hadir dengar kuliah Zohor bersama Ustaz Sharhan Shafie. Kuliah hari ini takde tajuk yang khusus, tapi Ustaz banyak sentuh bab-bab amalan sihir, jin dan penawarnya.  Ustaz Sharhan memang terkenal dengar kaedah perubatan Islam.


Apa yang menarik, yang ai nak kongsi dalam blog blues ni, ialah nama-nama yang kita sebagai ibu bapa patut elakkan daripada memberi nama kepada anak-anak kita.  Ini kerana, nama-nama ni menurut Ustaz ada berkait dengan nama-nama jin.


Antara nama-nama yang beliau highlightkan adalah:-

1)  Qistina
2)  Batrisya
3)  Syafiqa
4)  Zakuan
5)  Erisya/Arisya
6)  Haziq
7)  Balqis
8)  Najwa


Teringat ai, dulu masa Nana lahir ai memang plan nak namakan dia Nur Rizqhana Balqis.  Tapi, si Nana ni dok asyik menangis je bila panggil nama tu.. Dia ni kalu menangis, sampai merah-merah mukanya.  Last-last Abah cakap la, "Adik nak nama macam kakak ke? Abah bagi nama macam kakak ya, Nur Rizqhana Suffiya."  Langsung terus senyap & lekatlah nama tu sampai sekarang. 


Masa tu, ramai yang kata mungkin nama tu tak serasi dengan dia, maklumlah nama tu kan sinonim dengan nama Puteri Balqis yang cantik rupawan.   Bukan semua orang boleh ada nama yang sama dengan nama puteri-puteri ni.. emm.. ye ke???


Tapi, apa-apa pun ai bersyukur sangat.. walaupun tak tau sebab mutlak kenapa Nana menangis-nangis bila diberi nama Balqis tu, sekarang ai bersyukur sebab dielak dari memberi nama yang tidak baik untuk dia.  Tanggungjawab ibu bapa memberi anak-anak nama yang baik.


Walau bagaimana pun, Ustaz kata kalau dah kebetulan nama anak-anak kita termasuk dalam senarai yang dia bagi... tak perlu kelam-kabut pi tukar nama kat jabatan pendaftaran... cukup sekadar ditukar nama panggilannya saja.


Bagi yang baru merancang-rancang nama untuk anak-anak, rujuklah pada Ustaz-ustaz atau alim ulama ya.. nama ni kadang-kala sedap didengar, tapi maknanya tidak elok.


Sunday, October 30, 2011

Kakak Makan Suka Epal

Result penilaian akhir tahun Yaya da dapat...

     *     English     100%
     *     Maths        98%
     *     BM            82%


Aduhai anak Omak... apa sudah jadi ni... kesilapan dia banyak pada ejaan.. kedai, dia tulis "kebai"...  abah, dia eja "adah"tak pasti samada dia confuse antara huruf "b" dan "d".. atau just silly mistake... tapi, apa pun kene betulkan so that dia tak ulang kesilapan sebegitu lagi...

Dan, bila dia minta susun ayat... emm, nak tau jawapannya...

"Kakak makan suka epal"... Emm.. nasib baik dia tak tulis "epal suka makan kakak"... wakakaka  poning Omak!!!

Takpe, tahun ni boleh dimaafkan lagi, tapi lain kali simple mistake macam ni kene avoid la ya Kakak... Apa-apa pun, well done sebab dapat markah penuh dalam English & juga Maths (1 mistake only)!!!

Thursday, October 20, 2011

Welcome Pink Cherry!!!

Salam Jumaat semua.  It’s Friday again... and it’s coming to end-October already!!! In another 2 months, we will bit farewell to 2011.  Cepatnya masa berlalu ya.


Kebelakangan ni, memang tak banyak coretan dalam blog blues ni.  Busy sangat ker?.. emm, tak jugak.  Takde ilham la tu... emm, maybe!  Penyakit “M” datang... emm, barangkali. 


Bukan di blog blues ni saja yang ai senyap, dalam FB pun macam tu jugak.  Dah kurang berminat nak update status di mukabuku tu.  Masuk pun sekadar menjengah cerita-cerita kawan-kawan lain, mencelah bila perlu.. selebihnya, hanya baca sepintas lalu.


Kenapa ya????  Keghairahan nak beramah di alam maya, tetiba lesu.  Maybe, tu tandanya ai dah berumur..oopsss  matang kot.. hahaha.  Biarlah RAHSIA...

Oh ya, sebelum terlupa, welcome blogger Eja dengan blognya Pink Cherry !!!  Pn Eja ni dulu, classmate dan juga roommate ai masa matrikulasi dulu.  Ceria betul blognyer, pink colour gitu.. hehehehe.  Apa-apa pun Selamat Berkarya, Mate!!!


Sapa-sapa yang biasa datang blog blues ni, mesti perasan, blog list ai dah kosongkan... takyah nak gosok-gosok mata tu, kot-kot mata korang tu tersilap tengok... ya, memang ia dikosongkan  buat sementara waktu... nanti dah dapat ilham baru, ai updatekan blog list tu semula ya.  Buat masa ni, biarkan saja ia begitu....


Dah lama aku tenung screen computer ni... ada benda yang nak ditulis, tapi berat tangan ni nak ketuk-ketuk keyboard.  Runsing cara nak zahirkannya.  Akhhirnya, aku putuskan, biarkan dulu, mungkin belum masanya, sebab itulah ilham tak timbul lagi.


....................... kita MINUM duluuuuuu.........................

Monday, October 10, 2011

Nana da flower girl in town!!!

.... berjalan dia melenggang
      ditangannya penuh bunga... dihati penuh cinta....heheheh



Fewitttttttt.... control senyum pulak Nana ni ya :) 


Emm... Masa cikgu Nana bagitau ada pakaian beragam.. Ami garu kepala.. nak pakai baju apa, sebab masa da suntuk sangat, 3 hari je yang ada.. tak sempat nak cari  baju lain.  Ingatkan nak pakaikan baju kakak Yaya, tapi sebab Ami pun sebenarnya tak confident Nana berani nak buat show sendiri, so Ami telefon Cikgu Nani minta permission masukkan kakak untuk temankan Nana nanti... Cikgu Nani kata, okay..


Ami pun perah otak, nak pakaikan Nana baju apa???  Fikir punya fikir, dapatlah idea flower girl ni...  Ari Jumaat, balik dari opis terus Ami melembutkan sikit  tangan untuk hias topi & bakul Nana.. lepas siap, terus kami bertolak ke PD Walk... harus semput Ami aritu!!!


Sampai kat sana, Nana buat peel!!! dia tak mau pakai topi & bawak bakul yang Ami buatkan.. Lepas tu dia menangis2.. Aduhai!!!! Dalam hati, Ami cakap ni ada yang balik saje je petang ni.. tup-tup time tu Cikgu Nani sampai dengan kawan-kawan yang lain... tak lama tu, Nana pun reda lah skit.  Lega Ami.



Peserta-peserta berbaris untuk naik ke stage semula, untuk announce pemenang nya!!!


Ho ho ho... tak sangka Ami!!!  Tempat ke-3 jugak!...


So, ni la para pemenang nyer... boleh la kan... untuk pakaian bidan terjun macam Nana ni ya :p

Btw, mana kakak Yaya.. emm.. dia cuma dapat hadiah saguhati je.. takpe la ya Kakak... rezki adik pulak....  Tapi terima kasih sebab teman kan Adik Nana!!!

Namastee... Alliya in da house!!!

Baru sempat nak update gambor-gambor Yaya masa pertandingan pakaian beragam kat sekolah dia bulan lepas... Takpe la kan, bior lambat sikit, janji buat kan.. hehehe



Namastee...


Posing before nak naik stage.. ngan kawan sekelas dia Ah Moi Amilupa nama.. heheheh


Jujurnya, Ami takde masa Yaya buat persembahan ni... Sebabnya :-

1)  Buat time sekolah... untuk pelajar2 & guru2 sahaja...

2)  Ami pun keje ari ni... hehehehe

Jadi, sape yang amik gambor-gambor ni semua.. of course la Sir Maman a.k.a Pak Langnya.. hehehe.  So, Ami nak cerita banyak pun Ami tak reti.. layans gambor-gambor sajalah ya :)



Model catwalk yang jalan control2.. hehehe



Berbaris nak tunggu result diumumkan... tak nampak berdebar-debar pun.. ekekeke


Ramai jugaklah yang masuk pakaian beragam ni.. tapi rata2 pakai baju ala-ala India.. emm.. maybe sebab Deepavali da dekat, offer tengah banyak.. heheheh


Apa-apa pun, Ami gumbira sebab Yaya nampak enjoy atas stage.. & dapat no 3!!!  Okay la tu kan...


Sunday, October 9, 2011

Blog blues ni Dairi Amimarz


Mode syahdu pagi ni.. again, dalam bas teringat Buchuks.  Seminggu cuma 3 hari je kami dapat  berjumpa.  Masa pulak cepat benor berlalu, tau-tau dah masa untuk daftarkan persekolahan Nana.  Bila teringat anak-anak, ai memang akan emo sikit.  Ye lah, ibu mana yang tak sayang anak, betul tak....


Then, aku teringat Kuch Kuch Hota Hai...  dulu masa ai belajar, citer ni memang hot betul.. masa ni la demam Bollywood melanda negara kita...  masa ni bangla2 memang laku giler, ramai wanita2 Melayu yang tergoda sebab muka perasan ala2 Shah Rukh Khan.. hahahaha No comment la bab tu, selera masing-masing ye.


Yang aku  nak share, dalam cerita ni kan, setiap tahun bila tiba besday Anjali (anak Rahul@SHK) dia dapat surat dari mendiang ibunya.  So, dalam surat tu si ibu akan bercerita kepada anak yang dia tinggalkan sejak lahir lagi. Walaupun si anak ni tak pernah jumpa ibunya, jauh sekali dapat belaian kasih dari ibunya, tapi kehadiran surat-surat tu menjadi penghubung anak kepada ibunya yang telah meninggal dunia.  Melalui surat-surat tu, si anak dapat mengenali ibunya. 


Dulu, masa tengok cerita tu, scene tu hanya ditengok sebagai pembuka jalan cerita.   Tapi, ari ni, bila ai ingat balik scene tu, ia memberi tafsiran yang berbeza.  Timbul keinginan yang baru.. Ya, ai juga ingin seperti si ibu itu.  Bercerita dan berkongsi rasa kasih dengan anak-anak sepanjang masa, tanpa had masa dan tempat, secara nyata atau di alam maya.




 
Teringat aku pada blog blues aku ni.  Walaupun dalam blog ni memang ada cerita-cerita pasal 2 Puteri Buchuks ai, tapi tak banyak.  Since mediumnya dah ada, ai cuma perlu polish saje.  Dan, ye.. blog ni memang blog peribadi.. sebagai catatan peristiwa yang nak ai framekan supaya ia kekal, kalau bukan dalam ingatan, sekurang-kurangnya.. suatu masa nanti boleh di recall semula.  Tulisan2 dalam blog ni maybe tak relevan untuk dibaca oleh sesetengah pihak, tapi rentetan peristiwa yang dicatat dalam blog blues ni sungguh significant dalam hidup ini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...