BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 26, 2011

You Are What You Eat!!!


Sapa suka makan???  AKU
Sapa suka coklat??? AKU
Sapa suka tidor???  AKU
Sapa suka tengok TV???  AKU
Sapa suka bersenam???  -----
Sapa suka ulam-ulaman???  -----
Sapa suka puasa sunat???   -----
Sapa suka ubat???   -----


Sekarang ni memang banyak kita dengar, orang cakap pasal masalah kegemukkan, obesiti, penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah jantung... dan seribu macam penyakit!!!



Masalah kesihatan ni, banyak puncanya.  Ada yang dapat penyakit kerana factor genetik @ keturunan.  Ada jugak penyakit yang datang kerana tuan punya badan yang carik penyakit...  Salah satu puncanya ialah, BILA MAKAN TAK HINGAT!!!



Ni bukan nak story pasal orang lain.  Aku ni pun kadang-kadang makan tak hingat!  Pagi sarap nasik lemak, lunch pulak nasik campur.  Petang-petang sikit, kirim pisang goreng kat brader despatch yang on the way nak balik ke office.  Balik rumah, tengok dalam tudung saji, lauk fulamak!!!  Mak masak BEST!!!  Makan lagiiiii.....  ishx3  Macam mana badan tak naik montel.  Tapi tu suatu masa dululah... hahaha



Bila Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan arahan makanan ringan tak boleh dijual dikantin-kantin sekolah, aku  rasa itu salah satu langkah yang bagus.  Pendedahan tentang pentingnya pengambilan makanan yang berkhasiat ini perlu diterap dalam diri anak-anak kita.  Kita kene didik anak-anak kita untuk SAY NO TO JUNK FOOD!!!  Sekurang-kurangnya, kita ambil langkah pencegahan diperingkat awal, sebelum penyakit-penyakit ni menjadi masalah besar untuk kita semua.



Bukan kerajaan saja yang patut mainkan peranan dalam usaha pencegahan ni.  Kita ibu bapa pun patut kawal pemakanan anak-anak kita.   Jangan manjakan mereka dengan snack @ jajan.  Jangan jadikan makan di fast food satu routine hidup.  Kalau boleh, rajin-rajinlah memasak untuk keluarga.  Masak sendiri lagi bagus sebab kita boleh kawal makanan yang disediakan dari segi kebersihan dan kandungan bahan-bahannya.  Bagi yang ibu-ibu bekerja, mungkin penat bila balik dari pejabat.  Tapi, inilah pengorbanan kita untuk anak-anak dan keluarga.



****************************

Garis panduan senarai makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah, iaitu:
  1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  2. Minuman ringan bergas.
  3. Gula-gula, coklat dan biskut berkrim.
  4. Jenis-jemis makanan yang elah dijeruk sama ada masam atau masin atau manis, basah atau kering seperti asam manis atau masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia, jeruk bawang dan lain-lain.
  5. Makanan snek yang rapuh seperti ‘crackers’.
  6. Semua jenis makanan yang berupa permainan atau yang dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
  7. Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya.
  8. Makanan yang melampaui tarikh tamat tempoh.

Selain itu, makanan dan minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah pula ialah:
  1. Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang berlebihan seperti sirap, donat, aiskrim dan lain-lain.
  2. Minuman berperisa kecuali susu berperisa.
  3. Minuman yang menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik seperti minuman oren dan lain-lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...