BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 29, 2011

Makanan HALAL.

Ingat tak, aku pernah citer pasal daun kaduk gorengkan...sepatutnya, daun kaduk tu kene goreng dengan tepung gogi, tapi masa tu tepung tu tak ada, so aku ganti dengan tepung jagung & tepung gandum.  Jadi tu jadilah jugak, tapi rasanya tak sama.


Tepung gogi tu tepung apa?  Hah! Aku pun masa kawan aku bagitau kene pakai tepung gogi, aku pun tercengang-cengang.  Rupa-rupanya inilah dia tepung gogi yang dia cakapkan tu..  Cer tengok cer tengok...




Ohh.. rupa-rupanya tepung gogi ni ialah tepung tempura, so sesuailah kalau kita nak buat tempura udang atau sotong ya.. Kat belakang tu ada ditulis cara-cara bancuhannya.


Tepung gogi ni made in Thailand.. nampak tak tulisan kat packagingnya tu.  Ni sajalah nak story-story pasal citer halal atau tak halal ni.. Emm, macam Ustazah lah pulak bunyiknya ya..heheheh


Macam ni, aku pernahlah share ngan sorang kawan ni, pasal resepi-resepi yang aku dapat dari kawan aku yang berketurunan Thai .  Tak abis aku citer, member ni pun mencelah, “ehh.. bahan-bahan masakan Thai ni kebanyakkannya semua tak halal tau!  Orang-orang Thai bukan ramai yang beragama Islam.  Kilang-kilang dia pun kebanyakkannya orang  bukan Islam punya.  Akak tak beli bahan-bahan buatan Thai ni”.


Aku diam je lah, tapi dalam hati, “aik, makan kat kedai tomyam Thai tu buleh pulakkkkkkk”.  (Kena ingat, kebanyakkan kedai-kedai masakan Thai kat Malaysia, mereka memang menggunakan bahan-bahan masakan daripada Thai). Apa beza makan di kedai tomyam Thai dengan beli bahan-bahan masakan made in Thai???  Kat sini, statement dia tu aku kurang faham.  Kadang-kadang aku ni memang suka diamkan aje, orang yang suka bercakap macam bagus ni.  Sebab, kalau kita bantah masa dia tengok SYIOK bercakap, alamat sampai esok pagi mulutnya tak henti-henti nak bercakap.  Confident ke dia, semua makanan made in Mesir tu HALAL.  Atau betul ke makanan made in China tu TAK HALAL?  Takkan nak judge keHALALan sesuatu produk tu berdasarkan negara ia dibuat.


Apa guna tanda HALAL pada pek bungkusan tu?  Dari tanda HALAL tu, kita boleh jadikan sebagai satu indication masa nak beli produk makanan.  Pengiktirafan HALAL ni diberikan oleh majlis atau persatuan agama Islam ditempat masing-masing. Apabila sesebuah majlis atau persatuan agama Islam di negara luar mengeluarkan piawaian HALAL, kita mestilah bersangka baik yang ulama atau ketua agama Islam negara tersebut membuat yang penilaian yang terbaik untuk kepentingan umat Islam di negara tersebut. 


Tapi, masalah jugak, bila timbul isu tanda HALAL palsu!!!  Hai, banyak benor penyangak kat dunia ni ya.  Nak makan pun susah!  Bila timbul isu-isu tanda HALAL palsu ini, kita sebagai pengguna kenalah alert dan buat extra digging untuk dapatkan kebenaran cerita yang kita dengar.  Cari kepastian untuk hilangkan keraguan kita, “emm.. halal ke tak ni?  Boleh makan ke tak??”.  Bila timbul keraguan HALAL atau TIDAK HALAL, makanan tu dah jadi SYUBAHAH.  HARAM untuk kita makan makanan yang ada unsur-unsur SYUBAHAH ni. 


Jadi, kita nak buat macammana??  Nak pakai tanda HALAL, ada pulak yang palsu ya.  Untuk kes-kes sebegini, kita kenelah rajin-rajin cari info terkini daripada JAKIM.  Selain itu kita juga boleh ambil extra efford, dengan tengok isi kandungannya pulak.  Kan kat tiap-tiap bungkusan misti ada tertera kandungan bahan-bahannya.  Kalau memang dia terang-terang tulis bahan-bahan terlarang, walaupun ada tanda HALAL, wajiblah kita JANGAN BELI!!!


Tapi ada pulak bahan-bahan tu dia sekadar tulis kod sahaja.  Macam mana?  Penggunaan kod makanan ni dah lama digunakan, dan ia standard digunakan diseluruh dunia.  Memang ada kod-kod yang tak halal.  Jadi, kita kenalah tau apa kod-kod yang TAK HALAL tu supaya masa membeli barang-barang, kita tak tersalah beli.

Antara kod-kod makanan yang dikatakan tidak halal adalah seperti berikut :-

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327,334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904


Kebetulan, masa aku carik-carik info pasal kod-kod ni, aku terjumpa satu jawapan daripada JAKIM yang aku rasa menarik, aku nak share dengan semua.  Jawapan ni daripada surat pembaca kepada soal jawab dengan JAKIM.

Soalan:
SAYA ingin memohon penjelasan sebenar dari pihak yang berkenaan (JAIS, JAWI, Jabatan Kesihatan, dan lain-lain) mengenai barangan halal-haram di pasaran yang dikatakan mempunyai unsur-unsur kandungan lemak khinzir.

Jawapan:
UNTUK menjelaskan masalah yang dibangkitkan oleh pembaca di atas, pihak Utusan Malaysia telah menghubungi Bahagian Kawal Selia Pensijilan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berikut adalah keterangan yang diberikan:

Para pengguna biasanya akan meneliti senarai kandungan (ingredient) bahan yang dicatatkan pada produk, terutama bahan makanan bagi memastikan status halal haramnya.
Bagaimanapun, selalunya terdapat kekeliruan apabila pelabelan sesuatu produk menggunakan kod-kod tertentu seperti E471 dan sebagainya.

Kod tersebut membawa maksud edditives, iaitu bahan-bahan tambahan yang digunakan semasa proses penyediaan atau pengilangan sesuatu bahan makanan, terutama membabitkan pembungkusan.

Edditives antara lainnya bertindak sebagai anti foaming agent (anti buih), pewarna, penambah perisa dan penyebatian (emulsifier).
Ini selalunya digunakan ketika proses membuat kek atau coklat.
Bagaimanapun edditives tidak semestinya memberikan kesan dari segi nilai nutritif dalam makanan.

Merujuk kepada kod E471 atau istilah saintifiknya mono and diglycerides of fatty acid, adalah bahan tambahan yang dihasilkan (origin) daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.
Kebimbangan terhadap status halal atau haram, biasanya timbul apabila sesuatu edditives berasal daripada haiwan.

Namun, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebahagian besar bahan makanan yang diluluskan untuk mendapatkan label halal, didapati menggunakan edditives daripada tumbuh-tumbuhan.

Justeru pengguna tidak perlu bimbang tentang masalah kod edditives, sekiranya sesuatu bahan makanan itu telah mendapat status label halal yang sah daripada JAKIM.

Masalah hanya timbul apabila kadang-kala terdapat pengguna yang membeli bahan makanan, terutamanya coklat dari luar negara yang tidak dapat disahkan, sama ada edditives yang digunakan berasal daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Oleh itu bagi mengelakkan sebarang keraguan, para pengguna disarankan agar menggunakan bahan makanan yang telah mempunyai label halal. - HELMI MOHD FOAD



 

Info diambil dari SINI.


Jadi, korang faham tak???  Bila orang yang diberi tauliah telah mengiktiraf sesuatu produk tu HALAL, maka kita sebagai pengguna boleh mengambil menggunakannya sebagai garis panduan.  Jangan kita bersembang tanpa mengunakan fakta, itu TAK HALAL, ini TAK HALAL tanpa asas yang kukuh. Sembang ahli mesyuarat tingkap ni boleh membuat menimbulkan keraguan dan kekalutan kepada orang yang mendengar, terutama bila yang dengar itu jugak kurang pengetahuan.  Waulahua’lam.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...